House PK

House PK


PANAS PUNYA CERITA! KEBENARAN TENTANG AZEEZ RAHIM YANG SELALU KITA TERLEPAS PANDANG!

Posted: 09 Jun 2014 09:05 AM PDT

Inilah orang yang puak pakatan dan puak yang benci ngan dia panggil dia mamak la, hindu la dan macam-macam lagi. Tapi bila bab orang melayu dalam kesusahan, seperti anak lari atau apa saja masalah. Bila jumpa insan bernama Azeez Rahim, pastinya beliau tidak akan menolak dan akan bantu habis-habisan punya.

Banyak sudah dia bantu dan terbaru aku nak share dengan korang bagaimana dia mambantu jemaah umrah yang terkandas di tanah suci, ikuti kisah penuhnya di bawah ini:


Seramai 121 jemaah umrah yang terkandas di Madinah sejak 1 Jun lalu selamat tiba di tanah air kira-kira jam 6.10 petang tadi.

Ketibaan jemaah yang menggunakan pesawat Flynas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Timbalannya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah jemaah kerana dapat pulang ke Malaysia dalam keadaan selamat hasil bantuan yang dihulurkan oleh biro berkenaan.

Bercakap kepada para jemaah, Abdul Azeez menjelaskan pihaknya tampil menghulurkan bantuan itu tanpa mengira fahaman politik.

Jelasnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri mengarahkannya untuk menguruskan kepulangan 121 jemaah itu yang mengerjakan umrah dengan pakej RM3,700 seorang yang ditawarkan syarikat beroperasi di Taiping.

"Tawaran pakej umrah di bawah RM4,000 adalah tidak munasabah dan saya berharap kejadian ini akan menjadi iktibar berguna kepada umat Islam yang ingin mengerjakan umrah," katanya.

Sementara itu, beberapa jemaah umrah yang ditemui melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

Jemaah, Abdul Ramesh Abdul Rahim, 60, melahirkan rasa kesal dengan syarikat yang menguruskan pakej umrah terbabit.

"Saya rasa sakit hati kerana syarikat tersebut tidak mengambil peduli hal kami dan langsung tidak menghantar wakil daripada pihak mereka utuk menerangkan hal sebenar," katanya lagi.

Beliau yang berasal dari Pulau Pinang itu menzahirkan rasa gembira kerana ramai pihak prihatin terhadap jemaah yang terkandas di Madinah.

"Saya rasa sangat gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang sudi menolong kami menerusi Biro Kebajikan UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim," katanya.

Baca seterusnya di Perak Today 

Untuk Foto Penuh kepulangan mereka KLIK SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...