BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


#PEMILIHANPKR !!! #PKR KINI TERJERUMUS DALAM SENTIMEN KEBENCIAN !!!

Posted: 09 Jun 2014 08:00 AM PDT


Sedihnya dalam program reformasi PKR apa yang ditekankan ialah amalan konfrantasi.Yang diraikan ialah hujah provokasi.Matlamat akhir amalan ini ialah menyebarkan rasa benci pada sistem dan institusi yang ada dengan matlamat supaya rakyat akan bergantung pada mereka untuk mengutuk sistem yang dikatakan bobrok.Politik konfrantasi dan membenci marak dan membakar sentimen rakyat,termasuk pemimpin-pemimpin PKR sendiri.Setiap kali berhadapan saingan politik,tidak kira dari dalam dan luar parti, jurus pertama yang dipilih ialah mengeji,mencabar,menghina dan membenci. 

Maka terjerumusulah PKR ke dalam kancah "najis politik" yang ditaburinya sendiri.Sehingga 22 Jun ini apabila proses pemilihan PKR tamat,lebih banyak episod serang menyerang akan berlaku sesama pemimpin dan pengikut parti itu.Kini berhamburan gertakan saman menyaman melayang dalam sfera politik PKR.Khalid Ibrahim mahu menyaman Manikavasagam, Dr Xavier Jeyakumar pula mahu membawa Chegubard ke mahkamah kerana memfitnahnya dan Jawatankuasa Disiplin parti sentiasa sibuk menimbang siapa lagi yang perlu "dibisukan" sebelum proses pemilihan berakhir. Ini semua memang sudah menjadi darah daging dalam tubuh perjuangan PKR.Mereka sudah lebih 15 tahun diasuh untuk bersikap sedemikian. 

Gejala huru-hara dalam parti yang dialami sekarang ialah bak "menuai apa yang disemai".Sebaliknya,setiap tindakan disiplin yang diambil ke atas ahli dan pemimpin PKR akan terus membangkitkan ketidakyakinan dan malah kebencian terhadap insitusi kepimpinan parti itu sendiri – formula dan kesan yang sama digunakan terhadap institusi politik Malaysia yang cuba diubahnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! USTAZ #KAZIMELIAS #UKE SANGGAH FATWA #ALQARADAWI !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 09 Jun 2014 05:00 AM PDT


Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia,Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan,termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal,Mohd Kazim Elias atau dikenali sebagai Ustaz Kazim.jom lihat video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PEMILIHANPKR !!! #CHEGUBARD MENGAMUK LAGI !!! NAMPAK SANGAT #PKR ADA SKANDAL !!!

Posted: 09 Jun 2014 02:00 AM PDT


Nampaknya kepincangan di dalam PR semakin menjadi-jadi.Dulu Chegu Bard lah dikenali sebagai Jaguh Reformasi yang ke hulu ke hilir denga demonya tapi sekarang dia sendiri telah di buang parti.Di mana suara Anwar ??? Sebelum ini sibuk menunding jari salah orag itu,salah orang ini.Macam mana pulak dengan parti sendiri ??? Dah terang lagi bersuluh ni !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #MALAYSIAKINI KENCING RAKYAT MALAYSIA BERKENAAN KEMATIAN LELAKI INDIA !!!

Posted: 09 Jun 2014 01:32 AM PDT


tu diaaa,menipu,menipu dan menipu saja portal pembangkang,meloyakini ni !!! "Menabur kebencian " itu lah taktik media pembangkang seperti Malaysiakini melaporkan berita supaya rakyat terutama kaum India benci kepada POLIS dan Kerajaan.Malaysiakini melaporkan lelaki India yang mati itu disyaki menagih dadah tetapi Timbalan OCPD POLIS SPT dedahkan suspek ditahan oleh pengawal keselamatan kilang kerana mencuri besi.Perbezaan fakta yang jauh menyimpang sekali !!!! 

Apakah wartawan Malaysiakini ini kerjanya melaporkan berita atau memutar belitkan fakta ??? Jika tidak kerana penjelasan POLIS yang pantas mendedahkan perkara sebenar ,sudah tentu ramai yang akan percaya dakwaan di artikel Malaysiakini ini yang mengaitkan kematian pencuri berbangsa India ini ketika dalam tahanan polis.Kita tunggu apa kata lawyer PR.

Polis hari ini menyangkal laporan portal berita Malaysiakini bahawa seorang tahanan lokap yang mati ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam semalam,ditangkap kerana disyaki menghisap dadah di dalam kilang tempatnya bekerja di Perai,pada 2 Jun lalu.Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT),Supritendan Baharom Abu berkata,sebaliknya,SN Aginraj,26,bukan bekerja di kilang tersebut dan ditahan oleh pengawal keselamatan serta rakannya kerana mencuri 12 ketul besi di premis itu.Kata beliau, berlaku pergelutan semasa kejadian sehingga mengakibatkan lelaki tersebut mengalami kecederaan. 

"Ketika polis sampai,terdapat kecederaan pada tubuh Aginraj.Aginraj bersama rakannya,N. Mohanraj,31,kemudian direman pada 3 Jun dan keesokannya,Aginraj dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam kerana diserang sawan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.Baharom berkata,pada 6 Jun lalu,Aginraj telah dituduh di Hospital Bukit Mertajam ketika masih menerima rawatan dan dia mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan sebelum diikat jamin sebanyak RM8,000. 

"Keluarganya memaklumkan mereka akan mengusahakan untuk mencari wang jaminan dan pada pagi semalam,polis mendapat panggilan bahawa Aginraj telah meninggal dunia di hospital pada pukul 7.05 petang," katanya.Terdahulu,dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT,Baharom mengesahkan bahawa hasil bedah siasat yang dijalankan Pakar Patologi Hospital Pulau Pinang yang diketuai Datuk Dr. Bhupinder Singh mendapati kematian Aginraj berpunca daripada Hypocix Elcephalopathy Following Epileptic Fits atau sawan yang menyebabkan kesukaran bernafas.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...