BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! LUAHAN HATI #AKTIVIS #REFORMASI TAHUN 1998 DIDEDAHKAN !!!

Posted: 25 Jun 2014 05:00 AM PDT


di bawah adalah luahan sebenar bekas aktivis keadilan yang pernah mengikut anwar ibrahim.ikuti luahan beliau

Dulu sewaktu ana jadi aktivis reformasi 98' apa saja yg kerajaan buat pasti ana lawan! walaupun utk kebaikan rakyat,sedikit pun ana tak pandang! Otak kami sudah dihasut siang malam agar terus menerus membenci TV3,RTM dan UTUSAN,kerana media itulah yg paling mereka takutkan! Waktu itu kami disogok dgn cerita2 kununnya kerajaan zholim@diktaktor! Kununnya Dr Mahathir maha firaun,kuku besi.kununnya ada konspirasi.walhal ternyata semua itu adalah dusta rekayarsa dari makhluk2 kecewa yg gilakan kuasa semata2.individu yg ingin lari dari kesalahan diri! Waktu itu kami mudah terpengaruh kerana ramai golongan cerdik pandai turut terjebak.tapi kini syukran golongan tersebut sudah menyedari antara isi dan duri.antara liwat dan lewat.antara panggung dan punggung!! Sedarlah bangsaku!!!

Buktinya?? 

28 daripada 32 pengasas PKR telah keluar parti beramai2.malah menghentam ketuanya kembali! Hampir semua pemimpin tertinggi parti telah sedar bahawasanya otak mereka telah diliwat selama ini! Kini parti itu hanya di-ikuti oleh golongan anak2 muda yg baru kenal politik.golongan mahasiswa radikal protes.golongan orang tua akal singkat yg mudah terjerat.golongan cendiakawan yg targetnya hanya pangkat dan habuan!! Kebenaran tak mungkin dapat dipalsukan! Janji Allah pasti termenterai!! Nak Tipu Siapa sebenarnya?? Cukup2lah dibodoh2kan!!! Apa yg berlaku dlm PKR hari ini adalah skrip yg sama berulang dari dulu lagi sebenarnya.di awal penubuhannya dulu memang mendapat sokongan kemudian gaduh lantas masing2 hilang kepercayaan dan masing2 mula menyiasat sendiri apa yg berlaku.menimbal balik semula segala apa yg telah dimomokkan oleh DSAI kepada mereka akhirnya terbuka minda mereka setelah dapat menilai kebenaran pro dan kontra segala pernyataan dan tuduhan yg kununnya sebuah KONSPIRASI terancang. 

Kini mereka(PR) terus menerus mencari pengaruh yg baru dari kalangan marhain yg dapat dijebak melalui lakonan dan simpati dgn skrip yg sama memburuk2kan kerajaan yg sememangnya tidak dapat dinafikan pernah berbuat silap@ tidak sempurna.untuk menguatkan pengaruh mereka juga harus memiliki segelincir org2 kenamaan yg diumpan habuan sebagai pelobi kepada rakyat yang masih terpingga2 dipersimpangan antara aspirasi TULIN dan PALSU sebuah perjuangan yg kununnya berlandaskan BANGSA dan AGAMA'. 

Senario itu mungkin akan terus berulang sehinggalah saki baki golongan tersebut berkurangan dan keseluruhan rakyat mula sedar dari skrip dan lakonan insan yg bernama DATO SRI ANUWAR IBRAHIM SHEIKH AL-JUBURI (sebuah gelaran yg telah diberi oleh sahabatnya sendiri Hj Mohd Sabu@pelawak@penipu.) Wallahua'lam bis'showab'.

From-Bekas Aktivis Reformasi 1998-2008.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#KALIMAHALLAH !!! #PAS RELA MENJUAL AGAMA ISLAM KERANA #DAP ??? APA CERITA NI ???

Posted: 25 Jun 2014 02:00 AM PDT


Perjuangan PAS untuk menegakkan Islam sudah lama terbukti sebagai sekadar hipokrasi untuk merebut kuasa politik.Namun,saya tidak pula menyangka yang PAS bukan sahaja sudah tidak ikhlas mempertahankan Islam,tetapi sanggup pula memperjuangkan Kristianisasi.Tindak tanduk dan dolak dalih PAS apabila berbicara tentang Kristian sudah lama meragukan kita semua.Sejak penyingkiran Datuk Hassan Ali berikutan isu murtad,PAS terus konsisten mempertahankan Kristian dan meminggirkan Islam.Dalam pada itu,PAS tetap mencuba untuk mengelirukan penyokong mereka dengan memainkan isu hudud.Bagaimanapun,isu hudud juga bagaikan 'ditutup' sendiri oleh PAS apabila UMNO bersedia bekerjasama melalui Jawatankuasa Teknikal bagi memastikan undang-undang tersebut dapat dirangka dengan sempurna dan direalisasikan.Akibatnya,PAS memutuskan untuk menangguhkan pembentangan hudud dan membisu seribu bahasa mengenainya.Bagi para pemerhati politik,kita semua sudah lama maklum bahawa PAS bukannya serius ingin melaksanakan hudud.Jika PAS serius,ia tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP yang menolak hudud mentah-mentah. 

Mana mungkin PAS akan dapat melaksanakan hudud selagi ia berada di dalam PR.Apatah lagi apabila DAP mengulangi buat kesekian kalinya bahawa negara ini bukan negara Islam tetapi negara sekular dan PAS pula langsung tidak membantah.Ini merupakan bukti paling kukuh bahawa PAS sememangnya tidak ingin melaksanakan hudud kerana tidak mungkin hudud dapat dilaksanakan di bawah negara sekular.Dengan itu,sebarang perbincangan mengenai hudud oleh PAS tidak harus dilayan lagi.Semua pihak wajib menerima hakikat bahawa PAS pada hari ini tidak lagi berminat mengenai hudud,Negara Islam mahupun Islam itu sendiri.PAS hari ini terlalu sibuk membela puak Kristian yang berusaha memurtadkan umat Islam.Menggunakan hujah dari AlQuran yang tidak membenarkan paksaan dalam agama maka PAS membela usaha Kristian untuk memurtadkan umat Islam melalui manipulasi Injil berbahasa Melayu dengan menggantikan nama Tuhan Bapa kepada nama 'Allah'. 

PAS hari ini berdiri bersama-sama Kristian menempelak MAIS dan JAIS. PAS menolak peranan dan kuasa MAIS dan mendesak agar kuasa itu dihapuskan sahaja.Hujah PAS ialah MAIS telah memberi gambaran bahawa Islam tidak menghormati kitab agama lain apabila bertindak merampas Injil berbahasa Melayu yang menggunakan nama 'Allah' dari Bible Society tidak lama dahulu. MAIS bertegas dan enggan memulangkan Injil tersebut berdasarkan undang-undang yang mengharamkan penyalahgunaan nama Allah dalam risalah agama lain.Walaubagaimanapun,PAS memilih untuk membelakangkan undang-undang dan meletakkan kepentingan dakwah Kristian melebihi segala-galanya.Melihat isu ini secara adil dan rasional, maka mungkin MAIS atau JAIS tidak seharusnya menyerbu dan merampas Injil tersebut secara keras,tetapi persoalannya,bukankah pihak Bible Society juga tidak seharusnya melanggar undang-undang ??? Mungkin MAIS dan JAIS perlu menggunakan cara yang lebih 'lembut' dalam menangani isu ini, tetapi persoalannya juga, bukankah Bible Society juga boleh menggunakan cara yang lebih baik untuk berdakwah ??? Sehingga kini pihak Kristian tidak mampu berhujah apakah kesan dan akibat atau kelebihan atau mudarat sekiranya nama 'Allah' tidak digunakan dalam Injil berbahasa Melayu.Pihak Kristian tidak mampu menjelaskan apakah keperluannya menggunakan nama Allah di dalam Injil untuk edaran di Semenanjung walaupun ia bertentangan dengan undang-undang ??? Atau kenapa perlu ditimbulkan ketegangan dengan sengaja jika undang-undang itu tidak membawa mudarat kepada sesiapa ??? 

Malangnya,PAS nampaknya langsung tidak berminat untuk melihat isu ini dari sudut persepsi, pendapat dan perasaan umat Islam.Sebaliknya,PAS hanya mengambilnya dari perspektif Kristian semata-mata.Hakikatnya,Jika PAS ikhlas bercakap tentang hak, maka ia tidak perlu pun mempersoalkan kuasa MAIS berdasarkan satu insiden.PAS boleh menyatakan ketidakpuasan hati dengan tindakan MAIS tetapi tidak perlu sampai mendesak kepada penghapusan kuasa badan penguasa agama Islam itu.Justeru,saya hairan kenapa PAS ingin sangat agar kuasa MAIS yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan dihapuskan sahaja.Kenapa sampai begitu sekali ??? Sedarkah PAS bahawa tindakan itu bakal melemahkan kedudukan Islam di Selangor ??? Atau apakah itu yang sebenarnya PAS sedang perjuangkan, iaitu melemahkan kedudukan Islam ??? Melihat dari apa yang berlaku,rasanya tidak salah jika dikatakan bahawa PAS sebenarnya sedang memperjuangkan penyebaran agama Kristian di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

PAS sengaja menafikan wujudnya unsur manipulasi dalam aktiviti dakwah Kristian dan kini berusaha pula menutup ruang untuk pihak berkuasa agama Islam bertindak balas. Benar bahawa tidak ada paksaan dalam beragama, termasuk Islam.Tetapi kita juga harus ingat bahawa tidak ada manipulasi dan tipu helah dalam beragama, termasuk Kristian.Agama yang terpaksa disebarkan melalui manipulasi pastinya membawa ajaran yang salah kepada penganutnya.Juga,tidak ada jual beli dalam agama. Agama yang perlu menabur wang untuk membeli penganut,bukanlah agama,tetapi sekadar 'ajaran' untuk menyesatkan manusia.Apakah PAS tidak tahu semua ini ?? Atau PAS memang rela dibeli ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#ROMBAKANKABINET !!! KANTOI !!! #MALAYSIANINSIDER KENCING RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 24 Jun 2014 11:04 PM PDT


tu dia !!! nampak sangat malaysian insider kencing rakyat malaysia.kenapa saya kata macam tu ??? news feed di atas.anda nampak tak tajuk tu ??? apa kata anda klik link di bawah.adakah berita tu keluar di laman portal Malaysian insider ??? 


UNTUK SELANJUTNYA

nampak tak permainan mereka ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#KALIMAHALLAH !!! ARTIKEL 11 DAN ISLAM DI NEGERI SELANGOR !!! ULAMA #PR JUAL AGAMA ???

Posted: 24 Jun 2014 10:00 PM PDT


di bawah adalah kenyataan yang tertulis di dalam Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 11.Kebebasan Beragama : jom kita saksikan di bawah

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya. 

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak-
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; 
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan 
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang. 

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang- undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral." 

Mari pula kita lihat Perkara 11. 

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan TERTAKLUK KEPADA FASAL (4) MENGEMBANGKANNYA.Fasal (4) dalam perkara yang sama dengan jelas menyebut "Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang- undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam."

Perlembagaan Malaysia bukan sahaja merupakan tulang belakang kepada undang-undang Malaysia,tetapi ia juga disertai dengan pengurniaan hak asasi kepada mana-mana individu di Malaysia.Namun,setiap hak yang diberikan tidaklah bersifat "total" dimana, ada undang-undang yang mengawalnya supaya hak yang diberikan tidak dimanipulasi dan dirosakkan oleh pihak-pihak yang berkempentingan di negara ini. Kita perlu ingat Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan bukannya bersifat anarki.Apabila dinyatakan bahawa kebebasan untuk beragama di Malaysia adalah hak milik semua rakyat. Tidak kira agama apa pun.Namun begitu, hak untuk memilih agama di kalangan orang Islam di Malaysia adalah terhad. Ini kerana orang Islam di Malaysia tertakluk kepada perundangan Syariah dan juga perundangan Sivil.Namun perkara ini tidak pernah dipertikaikan oleh orang Islam itu sendiri, tetapi dipertikaikan oleh orang bukan Islam yang ingin mengembangkan ajaran mereka kepada orang Islam/Melayu di Malaysia.Artikel 11 (4) memberikan kuasa kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa agama untuk menyekat penyebaran agama lain kepada orang Islam. Bidang kuasa ini diberikan kepada institusi atau jabatan agama bagi setiap negeri. Ia selaras dengan perlembagaan Malaysia dan tidak menganggu gugat kepentingan agama lain di negara ini. Baru-baru ini terdapat beberapa isu yang menjadi pertikaian di antara orang Islam, orang bukan Islam dan juga institusi keagamaan di Malaysia. 

Perkara yang saya ingin ulaskan di sini adalah tindakan MAIS & JAIS terhadap rampasan bible di Malaysia.Untuk pengetahuan umum MAIS dan JAIS bergerak dengan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan di Malaysia. Menurut Enakmen 1,Tahun 1988,Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembahan di Kalangan Orang Islam 1988) jelas menunjukkan bahawa tindakan JAIS adalah bersesuaian dengan undang-undang di Malaysia.Di dalam enakmen negeri tersebut dinyatakan bahawa larangan tertentu seperti mengajak, menyebar,memberi penerangan dan menggunakan ayat-ayat tertentu (seperti kalimah Allah) oleh bukan Islam adalah tidak boleh dan melanggar undang-undang. Oleh itu tindakan JAIS adalah bersesuaian dengan enakmen tersebut dan juga mengikut Artikel 11 Perlembagaan Malaysia.Apa yang menjadi masalah besar ialah,apabila sebahagian dari mereka yang tidak berpuas hati mengatakan JAIS telah melangkaui tugas mereka sebagai penguatkuasa agama Islam dengan melaksanakan tindakan kepada orang bukan Islam.Ya,orang bukan Islam tidak tertakluk kepada undang-undang Syariah,tetapi apabila terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam, adalah dalam bidang kuasa JAIS atau mana-mana jabatan agama Islam untuk bertindak.Penterjemahan apa-apa kitab keagamaan ke dalam bahasa Melayu secara umumnya tidak salah.

Namun begitu,apabila ada unsur penyebaran kitab atau tulisan atau risalah secara terbuka kepada orang Islam, ia merupakan kesalahan.Ditambah lagi dengan pengunaan kalimah Allah di dalam kitab agama lain selain Islam.Dari sudut perundangan perkara ini sememangnya satu kesalahan dan ia di bawah penguatkuasaan pihak yang berwajib untuk menangani perkara ini.Kita juga perlu melihat natijah utama kenapa perlunya naskah-naskah keagamaan tertentu diterjemah kepada bahasa majoriti umat Islam di Malaysia. Kesimpulannya adalah untuk memastikan bahawa isi kandungan kitab keagamaan itu dibaca oleh orang Islam.Ya,memang mereka katakan bahawa ianya untuk kegunaan Bumiputera yang bukan Islam di Semenanjung Malaysia.Persoalannya,berapa ramai orang Bumiputera yang menjadi penganut agama lain selain Islam di Semenanjung amnya dan Negeri Selangor khususnya.Alasan demi alasan dikeluarkan oleh golongan ini untuk meng"halal"kan tindakan mereka menyebarkan agama kepada orang Melayu/Islam di Malaysia.Namun,kita sebagai umat Islam terus berdiam diri dan ada pula yang menyalahkan JAIS & MAIS dalam isu rampasan kitab yang dilakukan tidak lama dahulu. Yang peliknya semalam, 4 wakil rakyat dari PARTI YANG PALING ISLAM SEKALI DALAM MALAYSIA,telah bertindak menekan Kerajaan Negeri Selangor,Kesultanan Selangor,MAIS & JAIS untuk dihadkan kuasanya.Mungkin wakil rakyat ini lupa bahawa sedang sibuk mereka berpolitik dan menikmati hasil kutipan tabung TIN MILO,mereka telah gadaikan maruah agama mereka kerana kepentingan politik.Buat apa bercakap pasal mempertahankan hudud sedangkan akidah umat Islam pun tidak mereka sanggup bela."Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama.Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).

Allah SWT berfirman kepada mereka : "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?.Demi kebesaran Ku,Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)." (HR Tirmidzi) 

Dan apa yang dikatakan oleh Rasulullah telah terjadi di masa kita, di negara kita. Masihkah kita buta dan mengikut kata "pejuang palsu Islam" ini ??? Jika dahulu sebelum dapat memerintah negeri Selangor, mereka janjikan orang Islam dengan kebajikan,keIslaman dan SYURGA kini tidak lagi. Hatta, kilang ARAK yang dikatakan akan tumbang sekiranya mereka memerintah itupun masih berdiri megah. Jangan kita lupa ada diantara 4 wakil rakyat yang menentang JAIS telah pun melawat dan bersuka ria di kilang tersebut.Apa yang boleh kita katakan sekarang terutamanya para pengundi kerajaan Pakar Rompak (PR) adalah PADAN MUKA KITA.Ini adalah hasilnya daripada perjuangan RAKYAT yang dicanang mereka.Inilah REFORMASI/UBAH ala mereka.Agama dijual,bangsa tergadai.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! SAH !!! #DAP MEROYAN,#PKR CACA MERBA !!!

Posted: 24 Jun 2014 07:22 PM PDT


Pakatan pembangkang semakin goyah setelah Dap kehilangan kerusi parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil lalu.Boleh dikatakan belum selesai pelbagai masalah yang membelenggu ketiga-tiga Pas,Dap dan PKR,kini pembangkang terpaksa menelan pil pahit menerima hakikat bahawa rakyat sudah sedar dan mula menolak mereka.Dap sehingga kini masih menjilat luka yang dialaminya di Teluk Intan seperti seekor singa tua yang sudah tidak bermaya lagi.Apa tidaknya,Dap memasuki gelanggang kempen pilihan raya dengan penih angkuh dan bongkak dengan mengatakan pengundi yang dahulunya memberi kemenangan dengan majoriti lebih 7,000 kepada mereka akan tetap bersama parti itu pada kali ini.Harapan dan impoian mereka ranap apabila bukan sahaja mereka gagal mempertahankan benteng majoriti yang besar itu malah kalah pula kepada Barisan Nasional dengan 238 undi.Inilah yang dikatanan menangis tidak berlagu kerana pemimpin tertinggi Dap pusat dan negeri Perak terpegun dan terkedu dengan keputusan tersebut malah ada yang tidak segan silu menangis teresak-esak.Sehingga kini mereka masih tercari apa sebab sebenarnya yang menyumbangkepada kekalahan teruk parti itu di Teluk Intan yang dilaungkan sebagai kubu selamat mereka.Adakah Dap kini akan menukar strategi kempen dan pemilihan calon mereka akibat kekalahan yang memalukan ini ??? 

Apa yang jelas belum sempat mereka melakukan post mortem kekalahan pada malam yang sama setiausaha agung Dap, Lim Guan Eng sudah menyalahkan calon perempuan Melayu muda,Dyana Sofea Daud kerana beliau bukan bangsa Cina.Alasan ini sengaja diberikan kerana beliau tahu fraksi yang menentang dinasti Lim di dalam Dap yang diketuai oleh pengerusi Perak,Ngeh Koo Ham akan menghentam bapa Guan Eng, Kit Siang.Sementara Dap teraba-raba mencari alasan untuk menutup sikap cauvinis dan perkauman parti itu yang menjadi sebab utama kekalahan parti itu,rakannya PKR masih terus bergelut dengan masalah dalamannya yang serius.Memang benar kata mendiang Karpal Singh yang menganggap PKR sebagai ikatan pakatan pembangkang yang paling lemah.Perihal pemilihan parti yang diadakan dua bulan lepas, sehingga kini keputusan siapa yang menang pertandingan sengit jawatan timbalan presiden PKR antara Azmin Ali,Khalid Ibrahim dan Saifuddin Nasution Ismail masih belum dapat diumumkan.Sebabnya senang sahaja kerana terdapat terlalu banyak undur penipuan proses pengundian,penyelewengan kertas undi dan gejala politik wang yang berleluasa, jawatankuasa pemilihan parti tidak dapat menentukan sebarang keputusan.

Alangkah malunya ketua umum PKR Anwar Ibrahim yang bercita-cita untuk memimpin negara sebagai perdana menteri tetapi kemampuannya tidak kesampaian utuk menyelesaikan kemelut dalam parti sendiri. Begitu juga dengan pimpinan PKR yang begitu gah dan mendabik dada satu ketika dahulu mengatakan parti itu parti pilihan anak muda tetapi lihat apa yang dilakukan untuk menambat hati generasi muda.Apa yang berlaku semasa proses pemilihan PKR dan apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka semasa berkempen adalah amat jauh sekali daripada nilai-nilai integriti,moral,etika dan disiplin. Semasa berkempen sesiapa sahaja boleh berkata apa sahaja tanoa menghirau peraturan parti. Apabila ada pihak yang membuat aduan dan menegur pimpinan parti mereka pula yang dianggap disiplin lalu terus digantung keahlian.Inikah nilai-nilai keadilan dan ketelusan yang ingin diajar PKR kepada generasi muda yang menyokong mereka dengan mengamalkan dua jenis peraturan – satu untuk kelas pimpinan yang kebal daripada sebarang kesalahan dan satu lagi kelas ahli biasa yang tidak mempunyai hak untuk bersuara. 

Porak peranda yang berlalu di dalam PKR bukan sahaja akan menghancurkan pakatan pembangkang tetapi akan menjadi penyebab utama kehancuran mereka.Harapan baru yang cuba disogokkan kepada rakyat melalui slogan basi PKR sebenarnya adalah dalih untuk mereka terus menutup segala onar dan kerosakan yang kini merebak di dalam parti itu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...