BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BREAKING NEWS !!! PRESIDEN BARU BIBLE SOCIETY MALAYSIA SELEWENG FAKTA SEBENAR !!!

Posted: 14 Jun 2014 08:00 AM PDT


Baru-baru ini Presiden Bible Society Malaysia (BSM) telah ditemu ramah oleh media berkenaan perpaduan rakyat Malaysia.Bishop Datuk Ng Moon Hing telah terpilih sebagai presiden baru bagi menggantikan Lee Ming Choo selepas mesyuarat agung tahunan persatuan tersebut.Bishop Datuk Ng Moon Hing juga merupakan bekas Presiden Persekutuan Kristian Malaysia.Aktivis agama Kristian yang berumur 58 tahun ini sememangnya berpengalaman luas di dalam aktiviti keagamaan Kristian dan masyarakat.Namun begitu,jawapan yang telah beliau berikan tentang kononya Malaysia diserang oleh golongan ekstremis dan kegagalan Putrajaya untuk mentadbir dengan baik merupakan satu kenyataan menyeleweng yang harus diperbetulkan untuk kebaikkan sejagat.Datuk Ng Moon Hing dengan sewenang-wenangnya menyalahkan Putrajaya tentang serbuan demi serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (kes cetakan dan edaran Injil di dalam Bahasa Malaysia) dan juga tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (tuntutan jenazah Muslim). 

Dengan menyifatkan bahawa kegagalan utama adalah dari kerajaan Persekutuan Malaysia,Datuk Ng Moon Hing yang juga merupakan seorang Bishop bagi gereja Anglican dengan jelas menyalahkan kerajaan tanpa melihat perkara yang berlaku ini dari sudut holistik. Sudah terang lagi bersuluh,kedua-dua negeri yang paling bermasalah dengan hubungan antara kaum adalah negeri yang telah ditadbir oleh Pakatan Rakyat.Contohnya di Negeri Selangor Darul Ehsan,dimana terlalu banyak tindakan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada orang bukan Islam sehingga menjejaskan hubungan antara rakyat. Mengapa Datuk Ng Moon Hing tidak sekali pun menyebut tentang pengurusan hal ehwal Islam di negeri Selangor ??? Adakah kerana walaupun Negeri Selangor telah mengambil banyak tindakan keatas rakyat yang beragama bukan Islam, maka mereka diberi pelepasan dan peluang ini diambil oleh Datuk Ng untuk menyerang kerajaan Malaysia ??? Kita semua perlu faham, apa yang terjadi di negara ini adalah hasil daripada percaturan politik PR yang telah mencampur adukkan ideologi perjuangan yang berbeza.Hasil dari experimentasi ini lahirlah satu pentadbiran negeri yang celaru mengenai hala tuju pentadbiran mereka. 

saya rasakan,tidak perlu rasanya Bishop Datuk Ng Moon Hing,menyindir kerajaan Persekutuan Malaysia sedangkan yang patut beliau nasihatkan ialah para pemimpin yang mentadbir negeri Selangor dan Pulau Pinang yang terang-terang mengelirukan rakyat.Urusan agama Islam (peristiharan dan penguatkuasaan undang-undang) adalah tertakluk kepada kerajaan negeri.Oleh kerana itu,negeri-negeri ini telah menyediakan exco-exco tertentu untuk menjaga dan mentadbir urusan agama Islam.Apakah Datuk Ng Moon Hing tidak faham akan perkara ini ??? Ataupun beliau cuba untuk melindungi Pakatan Rakyat dan menyerang Kerajaan Persekutuan semata-mata kerana ingin menjatuhkan imej kerajaan Malaysia? Mungkin Bishop Ng Moon Hing perlu diberi taklimat mengenai oleh pengurusan agama Islam agar beliau tidak terkeliru dengan penguatkuasaan yang sedang dijalankan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.Dengan menyalahkan Putrajaya kononya, generasi baru kini tidak lagi mempercayai pihak berkuasa dan kerajaan seolah-olah menunjukkan belang sebenar yang beliau sebenarnya adalah penyokong tegar Pakatan Rakyat. 

Sebagai orang yang ber "agama" Bishop Ng Moon Hing perlu ingat,bahawa kononya golongan yang membenci kerajaan adalah golongan yang sama menyokong tindakan diambil oleh JAIS dalam isu kalimah Allah dan juga rampasan Injil di negeri Selangor.Apakah Datuk Ng Moon Hing lupa bahawa PAS yang selama ini menjadi tulang belakang PR adalah antara pihak yang sering memprovokasi pihak berkuasa dan rakyat Malaysia tentang perkara ini ??? Mungkin juga perlu didedahkan berapa ramai yang menyokong tindakan terhadap gereja di Selangor yang juga menjadi ahli PAS atau PKR ??? Apakah sudah hilang rasa tanggungjawab sehingga setiap kali ditanya tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Kristian,Ng Moon Hing dengan senang meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan.Perangai beliau tidak ubah seperti mereka yang membawa konsep ABU (asalkan bukan UMNO).Bishop Datuk Ng perlu sedar bahawasanya, masalah ini dapat diatasi apabila tiada lagi ekstremis agama seperti PAS di dalam PR.Mungkin selepas ini,Bishop Datuk Ng Moon Hing boleh menjadi salah seorang pelopor penyatuan agama diantara parti-parti komponen dalam PR.Alang-alang sudah mencampur adukkan ideologi dan perjuangan,perlukah agama pula dicampur adukkan selepas ini ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKTELUKINTAN !!! FAKTA !!! #DAP MEROYAN LAGI NAK KUASAI #TELUKINTAN ???

Posted: 14 Jun 2014 05:00 AM PDT


Pilihan raya kecil Teluk Intan sudah hampir dua minggu selesai tetapi impak kekalahan Dap masih terus panas di kalangan parti pembangkang.Bak kata pepatah,rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi,begitulah keadaan yang boleh digambarkan di antara Pas,Dap dan PKR.Kalau pembangkang menang di Teluk Intan sudah tentu mereka akan bersorak gembira dan terus mengutuk dan mencerca Barisan Nasional kononnya rakyuat sudah kuat menyokong mereka.Hakikatnya Dap kalah dan mereka kalah teruk dan begitu memalukan sehingga sukar bagi mereka untuk menerima kenyataan.Ketika mengumumkan seorang perempuan Melayu muda bernama Dyana Sofea Daud yang merupakan setiausaha politik Lim Kit Siang,Dap sungguh bongkak mendabik dada bahawa mereka telah berjaya memecah tembok politik perkauman. 

Mereka menuduh BN sebuah parti perkauman tetapi mereka lupa ia adalah gagasan 14 parti politik pelbagai kaum merentasi agama,kaum dan budaya.Malang bagi Dap mereka terlalu taksub dengan melontar fitnah terhadap pihak lain sehingga mereka lupa identiti perkauman yang tebal dianuti pemimpin parti tersebut sejak ditubuhkan.Konsep 'Malaysian Malaysia' yang dilaungkan bersebelahan 'Negara Kebajikan' milik Pas dan 'Harapan Baru Untuk Malaysia' slogan PKR hanyalah satu ilusi yang tidak berpijak di bumi nyata.Hakikatnya sejak ditubuhkan hampir lima dekat Dap tidak pernah sekali meletakkan seorang Melayu menjadi pemimpin utamanya samada sebagai setiausaha agung mahupun pengerusi kebangsaan.Kalau dulu seorang Melayu pernah diangkat kepada jawatan naib pengerusi Dap sekitar tahun 1980an,parti itu mengambil masa hampir suku dekat untuk melantik seorang lagi Melayu ke kedudukan yang sama iaitu Tunku Aziz Tunku Ibrahim. 

Di dalam hirarki tertinggi parti tidak ada seorang Melayu yang berjaya melepasi kedudukan 20 tangga teratas untuk menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat.Dap terpaksa mencari calon Melayu yang sesuai untuk mengisi kuota agar parti itu tidak dilihat sebagai rasis dan cauvinis.Hakikatnya Dap memang sebuah parti Cina yang tebal sifat perkaumannya walau bagaimana kuat usaha untuk mengikis wajah rasisnya itu.Hakikatnya juga Dap tidak pernah terlintas di fikiran pemimpin mereka seperti Kit Siang atau Lim Guan Eng untuk mengangkat atau mengasuh pemimpin Melayu agar satu hari nanti untuk menjadi pemimpin tertinggi parti itu. Dap mengamalkan budaya disriminasi terhadap orang Melayu di dalam parti itu.Paling kanan sekali pun orang Melayu naik atas dasar kuota atau lantikan tetapi amat jarang sekali malah tiada dalam sejarah orang diterima dengan tangan terbuka.Kaedah melantik orang seperti Dyana atau orang Melayu sebagai setiausaha politik atau jawatan yang lebih rendah hanyalah sandiwara politik untuk mengaburi orang Melayu. 

Kit Siang berpendapat dengan meletakkan Dyana sebagai calon di Teluk Intan,orang Melayu akan sekali lagi terpedaya atau pengundi Cina akan menerima beliau dengan tangan terbuka.Strategi beliau meleset sama sekali kerana Dap bukan sahaja ditolak oleh orang Melayu tetapi juga pengundi Cina.Pengundi Melayu marah kepada Dap kerana menghina hukum hudud manakala pengundi Cina pula mahukan calon bangsa mereka dan bukannya Dyana.Kekalahan Dap di Teluk Intan bukanlah satu kekalahan yang boleh dipandang kecil enteng.Parti itu gagal menyelamatkan majoriti lebih 7,000 yang dicapai pada PRU13 lalu.Kekalahan Dap bukan sekadar kelebihan 238 undi yang diperolehi oleh calon BN tetapi undi lebih 7,000 yang hilang dari genggaman mereka.Sebab itulah pengerusi Dap Perak,Ngeh Koo Ham mempersalahkan Kit Siang atas kehilangan kerusi parlimen yang mereka anggap selamat itu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! #LIMKITSIANG PERDAYA #NIKAZIZ DENGAN BAWA #DYANASOFYA !!!

Posted: 14 Jun 2014 01:30 AM PDT


pandai lim kit siang berlakon untuk meredakan ketegangan yang berlaku antara DAP dan PAS,Lim Kit Siang terpaksa berjumpa dengan Mursyidul Am PAS,Nik Aziz Nik Mat bagi menjelaskan kekeliruan punca kekalahan DAP dalam PRK Teluk Intan.Selepas keputusan kekalahan DAP dalam PRK Teluk Intan,Ahli Parlimen DAP Puchong,Gobind Singh Deo secara terang membuat kenyataan bahawa kesungguhan PAS memperkenalkan hudud merupakan punca utama kekalahan DAP ketika PRK Teluk Intan,hujung Mei lalu. 

Malah,dalam kempen DAP di PRK Teluk Intan,penyokong DAP dan Pakatan Pembangkang membawa penolakan hudud yang diperkenalkan PAS.Gobind juga ada menyatakan hudud adalah antara salah satu isu (kekalahan),tapi beliau tidak mengatakan ia merupakan isu utama,tidak dinafikan ia merupakan isu besar di masa hadapan,tetapi ia bukanlah isu utama kekalahan kita.Seperti biasa lidah bercabang Lim Kit Siang yang menyatakan Nik Aziz telah menerima penjelasan mereka kerana berpendapat sebelum ini Nik Aziz percaya apa yang disiarkan dalam akhbar sebelum ini adalah benar. 

Sementara itu,calon PRK Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud masih tetap dengan pendiriannya bahawa beliau tetap menolak pelaksanaan hudud seperti mana yang digariskan DAP parti yang diwakilinya.Menurutnya,beliau mengakui sebagai umat Islam hukum tersebut tidak boleh ditolak namun dari segi pelaksanaannya,beliau masih lagi berpegang teguh dengan pendirian parti. "Sebagaimana telah saya nyatakan sebelum ini, sebagai umat Islam, saya tidak boleh menolak hudud, tetapi saya punya pendirian adalah sama dengan parti," katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #ANWARIBRAHM KENA BELASAH DENGAN PEMBERITA #BBC !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 13 Jun 2014 10:00 PM PDT


amik ubat !!! kan dah kena belasah dengan pemberita BBC.lai kali burukkan malaysia lagi.di bawah adalah point beliau kena belasah dan video penuh.jom kita lihat

1. anwar tuduh kerajaan kejam,tetapi pengacara berkata dia yang melawan sistem sedia ada.sebagai contoh beberapa kali bukti dikemukakan mahkahmah memang anwar meliwat'.

2. orang melaysia sudah menyampah dengan anwar dan demo jalanan kerana seperti anwar ingin elak dari isu peribadinya.

3. kata anwar menang undi popular.ia tak di layan kerana sistem di sana England juga tidak mengira kemenangan melalui undi popular.

4. anwar tuduh kerajaan kuku besi,tetapi tidak cukup bukti terus menukar kepada topik mh370.pengacara perli "interesting you brought up mh370" dan terus mengatakan malaysia menanganinya dengan baik.tentulah pak liwat membuak marah

5. kemudian pengacara menegur mengapa anwar sanggup mempolitikkan isu seperti mh370 demi kepentingan politknya.

LIHAT VIDEO DI BAWAH


selepas beberapa hari anwar balik ke malaysia tanpa sambutan "hidup anwar".yang menyambutnya che gu bard,itu pun kena tindakkan displin oleh PKR kerana buat laporan pemilihan PKR penuh rasuah. apa kata macai ??? apa kata macai kepada macai PAS ??? muahahaha

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...