Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


#HOT!! Gambar Kereta Mewah Baru Ustaz Azhar Idrus.. huuyooo..!! #Kantoi

Posted: 28 May 2014 08:27 AM PDT


Ini bukan cerita nak dengki, perut busuk atau jaki dengan Ustaz ni. Tapi saja Mc sentuh sebab menyampah dengan drama swasta yang dah hampir basi bila Ustaz ni kantoi berkereta mewah. Dulu dia naik motor besar dan ferrari, tapi bila orang tanya, dia kata itu HAK kawan.

Tapi kereta putih ni hak kawan gak ka?

Pesanan Mc pada Ustaz, walaupun Mc ni tak sepandai Ustaz, tapi basic bab agama tu ada untuk bekalan ke akhirat. Orang bijak pandai macam Ustaz ni, sepatutnya tunjuk tauladan yang elok pada peminat dan pengikut Ustaz. Bukan asyik menipu sana-sini.

Kononnya turun ceramah tak dapat duit banyak, orang susah la, miskin la dan macam-macam lagi. Malah dalam keadaan kerajaan yang KEJAM (puak PR kata kerajaan BN kejam) ni pun, Ustaz boleh berkereta mewah, kalau tak kejam, silap2 Ustaz gi ceramah naik helikopter ja.

Dalam keadaan rakyat negara dikejami oleh kerajaan (kononnya) dia masih lagi boleh berkahwin anak dara untuk jadi bini ke 3.

Kalau tak KEJAM.. mau tiap-tiap tahun bertukar bini. he he he..

Cukup-cukuplah Ustaz.. takyah dok temberang dah.. tolonglah. Dosa dok berlakon dan menipu dengan rakyat Malaysia ni banyak dah..tak terampun nanti.

Mengaku saja la.. bukan salah pun.. he he..

PANASS!! Anak Muda Malaysia Bersama Hero Kedah Tawan Greenland!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Posted: 27 May 2014 08:03 PM PDT


Lapan penjelajah Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014 berjaya memuktamadkan ekspedisi di Hill 660 Kangerlusuaq dua hari lalu sekali gus menjadikan rakyat Malaysia sebagai kumpulan pertama dari Asia Tenggara merentasi pulau ais terbesar dunia itu.

Perjalanan sejauh 540 kilometer (km) diharungi lapan anak muda negara hanya mengambil 27 hari berbanding 30 hari anggaran perjalanan yang dijadualkan sebelum ekspedisi bermula.

Presiden Kelab Eksplorasi 7Benua (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, kumpulan penjelajah kini berada di Kangerlusuaq sehingga 30 Mei ini dan akan diterbangkan di Nuuk, Greenland sebelum berpelas ke Kuala Lumpur menerusi Bandaraya London pada 2 Jun ini.

Beliau berkata, kumpulan penjelajah negara dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8 pagi pada 3 Jun ini.

LAPAN penjelajah negara yang berjaya tiba di Hill 660 Kangerlusuaq, Greenland.

Kumpulan penjelajah memulakan ekspedisi pada 28 April lalu di Hans Gletche selepas menjalani latihan teknikal terakhir di Lambafill Blue Mountain atau Blafjoll dan Bandaraya Reykjavik, Iceland.

Video Ds Mukhriz bangga dengan kejayaan mereka.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...