Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Oitt Dyana, Cukuplah Gadai Diri Tu.. Jangan Cuba Gadai #UiTM Pulak!! #PrkTelukIntan

Posted: 24 May 2014 08:34 AM PDT




Persatuan Alumni UiTM Malaysia menegaskan institusi itu tidak harus dijadikan bahan kempen politik seperti yang dilakukan pihak tertentu menjelang pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung persatuan itu, Shukri Ishak menarik perhatian bahawa setiap individu berhak dalam negara demokrasi memilih arus politik masing-masing.

"Tetapi jangan gunakan UiTM sebagai bahan kempen politik. Jangan babitkan UiTM. Setiap individu berhak membuat kenyataan tetapi biarlah yang benar dan ada bukti.

"Cakap sahaja untuk kempen politik tanpa bukti dan fakta tidak menunjukkan kepintaran atau kecerdasan minda," katanya dalam kenyataan hari ini.

Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dilaporkan mendakwa UiTM mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin Umno yang berada, berbanding penuntut daripada keluarga bukan berada yang tiada kaitan dengan Umno.

Dyana Sofya merupakan bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM.

Shukri berkata: "Dia (Dyana Sofya) hanya seorang daripada 600,000 alumni UiTM. Ramai (alumni) juga menjadi pemimpin parti lain daripada Umno."

Mengulas lanjut, beliau berkata UiTM mempunyai program dipanggil 'JPA/MARA/Petronas Pre-Overseas Programme' yang membantu pelajar yang ditaja JPA termasuk berketurunan India dan Cina menjalani latihan antara setahun dan dua tahun sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara.

Beliau berkata program yang diperkenalkan sejak 1980-an itu turut meliputi program A Level Jerman yang menyaksikan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti di Jerman.

"Ramai tidak tahu UiTM membantu pelajar bukan Bumiputera mendapat pendedahan melalui latihan selama setahun hingga dua tahun di UiTM sebelum mereka ke luar negara," katanya berhubung program itu yang dibuat di Pusat Pendidikan Antarabangsa (Intec), yang merupakan sebahagian daripada UiTM.

Beliau menjelaskan Intec yang menawarkan pelbagai program, terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pensyarahnya juga terdiri daripada kalangan pensyarah UiTM.

"Saya yakin UiTM telah melatih lebih ramai anak bukan Bumiputera berbanding Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) dan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Tanya UTAR dan KTAR berapa ramai anak Melayu lulus dari tempat mereka," tegas Shukri.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan 31 Mei.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. - Alumni UiTM

INFO! Video Yang Perlu Semua Bangsa Melayu Hayati #PrkTelukIntan

Posted: 24 May 2014 06:12 AM PDT




Sejarah telah mencatatkan bahawa Bangsa Melayu merupakan satu bangsa yang hebat dan maju satu ketika dahulu. Namun disebabkan wujudnya si kitol si kitol yang tamak kepada jawatan maka bangsa Melayu itu sendiri telah berpecah.

Tidak di nafikan bahawa sehingga ke hari ini telah banyak wujudnya si kitul-si kitul dalam bangsa Melayu sehinggakan ada anasir dari luar yang tidak suka kepada bangsa Melayu menggunakan kelemahan ini untuk menjatuhkan bangsa Melayu di Tanah Air Sendiri.

Sekiranya keadaan sebegini berterusan berlaku.. Percayalah bahawa Bangsa Melayu akan merempat di tanah air sendiri.

Si kitol akan muncul dalam pelbagai rupa. Contohnya seperti dibawah,

INFO!! Jihad Memerangi Orang Tengah @IsmailSabri60 #Wira Petani dan Nelayan! #Dsis

Posted: 24 May 2014 01:06 AM PDT



Hari ini berlangsung sebuah program yang dinamakan sebagai Jihad Memerangi Orang Tengah sub sektor sayuran dan buahan di RTC Gopeng.

Perasmian program telah dilakukan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri yang juga disertai oleh pengerusi pengerusi agensi dan badan di bawah kementerian tersebut.



Program ini turut dihadiri oleh Pengerusi Tekun, Dato Hanidah Osman dan Pemgerusi FAMA , Tan Sri Badruddin serta dif dif kehormat dari kalangan pengarah dan pegawai kementerian.






Dalam ucapan YB Menteri, beliau mengayakan bahawa, kemiskinan para petani, penternak serta nelayan adalah berpunca daripada sikap orang tengah yang dilihat mengambil kesempatan serya keuntungan berlipat kali ganda hingga para petani berada dalam keadaan yang amat mendukacitakan.




Oleh yang demikian, pihak Bank Pertanian serta TEKUN telah menyediakan dana pinjaman berjumlah RM 120 juta yang mana, bank pertanian telah memperuntukkan sebanyak RM 80 juta dan TEKUN pula sebanyak RM 40 juta.

Dalam pada itu juga, YB Dato' Sri Ismail Sabri melahirkan rasa kecewa dengan segelintir nalayan dan petani yang dilihat lebih selesa berurusan dengan orang tengah daripada menjual hasil mereka secara sendirian dan sekaligus menyebabkan kehidupan mereka makin terhimpit.

Dalam program Jihad Memerangi Orang Tengah ini, pihak TEKUN pula telah mengambil pendekatan dimana sekiranya nelayan atau petani yang telah terhutang dengan orang tengah, maka pihak TEKUN akan melunaskan hutang tersebut dan petani atau nelayan ini hanya akan berhutang dengan TEKUN dan membayar pinjaman tersebut dengan cara mudah.

Dato ' Sri Ismail Sabri mengatakan bagi nelayan, bayaran hutang hanya dikira apabila ada hasil tangkapan dan jika musim tengkujuh, tiada bayaran yang akan dikutip.

Begitu juga dengan petani, mereka akan membuat bayaran apabila hasil pertanian mereka sudah boleh dituai dan dipasarkan barulah hutang berkenaan dikutip oleh pihak TEKUN.

Pelbagai lagi bantuan daripada pihak kementerian dalam membantu meningkatkan taraf hidup para petani, penternak dan nelayan dalam negara disamping beberapa program lain yang dilihat mampu memberikan impak positif terhadap golongan sasar itu.

HOT!! Apa Pulak Ds @MukhrizMahathir Buat Kat Pasar Malam Ni? #MBmesraRakyat #HanyaDiKedah

Posted: 24 May 2014 12:31 AM PDT



Semalam Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir turun walkabout di Pasar Malam Taman Nuri petang semalam, beliau beramah mesra dengan para pengunjung dan peniaga di situ.

Ternyata sambutan yang diterima oleh pemimpin mesra rakyat ini disambut baik oleh peniaga dan penduduk.

Rata-rata terkejut, kerana tak pernah ada seorang Menteri Besar turun ke Pasar Malam bersama mereka. Lebih-lebih lagi dalam keadaan yang tidak ada langsung protokol.

Layan gambar MB Kedah di Pasar Malam Taman Nuri,








Itu cerita semalam, pagi ni Dato Seri Mukhriz turun lagi, kalau semalam Dato Seri Mukhriz mengejutkan orang Taman Nuri, pagi ni beliau sekali lagi walkabout disekitar pekan hari, di Pokok Sena.

Ternyata pendekatan begini lebih berkesan dan lebih dekat dihati rakyat. Meluangkan masa bersarapan pagi dikedai kopi bersama penduduk tempatan.

Sambil berbual, penduduk disitu juga boleh mengutarakan masalah setempat utk beliau bawa ke agensi atau pentadbiran Kerajaan.

Layan apa yang terjadi pagi tadi,






















Selepas walkabout disekitar Pekan Hari, Dato Seri Mukhriz singgah sebentar melawat Adun Dato Mad Lebai yang baru kehilangan Ibundanya.




Dah habis kenduri di rumah Dato Mad Lebai, Dato Seri Mukhriz dibawa ke kedai kopi untuk meluangkan masa bersama orang kampung di sekitar sana.








Pelbagai reaksi secara terus yang diterima oleh Dato Seri Mukhriz. Jarang benar, dan belum ada Menteri Besar Kedah mampu melakukan sepertimana beliau lakukan.

Sepanjang kegiatan turun padang yang beliau lakukan ini, bermacam ragam yang kami sendiri saksikan. Ada yang tersengih bila melihat Dato Seri Mukhriz, ada yang tersenyum simpul, ada yang tak berkata-kata, terpaku. Namun bila seorang pemimpin turun padang macam ni, semestinya rakyat akan suka dan rasa ia akan lekat dihati sampai bila-bila.

Cara Dato Seri Mukhriz ni akan menjadi sejarah baru pemimpin Kedah. Siapa sangka, mungkin nanti bila orang tanya, MB Kedah mana yang paling disukai. Akan ada jawapan yang dan gelaran untuk Dato Seri Mukhriz. Tentulah.. MB mesra Rakyat!


McTheory:
Terbaik Dato Seri Mukhriz.. teruskan momentum ini.. 

HOT!! Ceramah Dedah Kebenaran Memali? Orang Baling #Kedah Kena Tipu Lagi Dengan Puak Pas!! #HanyaDiKedah

Posted: 23 May 2014 09:20 PM PDT


Semalam berlangsung Majlis Ceramah Politik KONONNYA "Mencari Keadilan Untuk Memali". Anjuran Pas, nak cari keadilan apa lagi pun taktaulah.

Depa buat ceramah politik tu di Madrasah Islahiah Diniah, Memali, BALING. Sebelum ni depa dah buat program, tapi malam semalam yang kemuncak.

Sebelah pagi tak ramai, berapa orang saja yang mai. Sebab geng muslimut buat. Ehh.. silap muslimah.

Sebelah petang baru ada acara penting Mahfuz Omar bersama Ajk Pas Cawangan Carok Semaliang si RAMLI bin CHE MIT. Biasa la.. depa pun cerita kononnya true story berkaitan Insiden Memali yang terjadi pada 19 NOV 1985.




Sambutan diterima kurang mengalakkan di sebelah pagi dan petang sekitar 200 hingga 300 orang sahaja. Manakala sambutan sebelah malam lebih kurang seramai 4,500 orang. Mahfuz dalam sidang media, target sekitar 20 ribu orang. Nampaknya gagal..

Cuma bila buat dikawasan sempit sekitar Madrasah ianya penuh hingga ke jalan utama. Pada pandangan kasar, nampak ramai, nampak sesak gila la. Tapi sebenarnya tak pun.

Biasa la Pas, kalau buat ceramah, yang dalam Kedah berapa orang saja mai. Import luar berlambak-lambak dok ada.

Ceramah selain dari PAS Pusat dan KEDAH, Mat Tyson pun ada, si Mat Taib tu, Hadi Awang, PandaNormah aka Mat Sabu bersama dengan Mahfuz Omar, ketua Pas Kedah paling lekeh dalam sejarah Malaysia. Dulu yang jaga Pas Kedah semuanya Ulamak besar, kali ni bagi kat Mahfuz, dia ni mana reti apa, baca jawi pun tak reti.

Masa depa dok promote ceramah ni, depa dok canang nama dan muka Musa Hitam. Nampaknya depa cuma guna nama dan muka, sebab Musa Hitam tak turun pun. Kesian la pada yang kena tipu, pi jauh-jauh nak dengar cerita sebenar dari Musa Hitam. Tunggu punya tunggu, Musa tak timbul, yang ada cuma Mahfuz hitam. he he..

Kena tipu lagi orang Baling. Masa himpunan derita Baling, dok kata Anwar nak turun, tapi tak turun pun. Kali ni kata Musa Hitam nak turun, tak turun-turun juga. Nampaknya Pas Kedah ingat orang Baling ni takdak maruah kot? Boleh dok kena bohong macam tu saja?

Tentu puak pemimpin Pas Kedah ni pikir, orang Baling ni bohong pi la kat depa, depa bukan kisah pun. Bohong 30 kali pun depa tetap sokong Pas. Kesian laa dengan orang Baling ni noo..

Cerita pasal Musa Hitam, dia tu orang bersalah, mana la dia nak berani turun. Satgie kena sumpahan apa-apa ka, naya pulak. he he..

Pas ceramah pi la macam mana pun, orang tau kisah sebenar sebelum dan selepas, sapa punya kerja.

Nak tau cerita pasal Memali, boleh klik link kat bawah ni..

HOT!! Jawapan Tun Dr Mahathir Pada Fitnah Peristiwa Memali!
http://kedahkekl.blogspot.com/2014/04/hot-jawapan-tun-dr-mahathir-pada-fitnah.html

KASI PANAS!! Kisah Memali Ibrahim Libya mati sia sia!! #PASesat
http://kedahkekl.blogspot.com/2012/05/kasi-panas-kisah-memali-ibrahim-libya.html

VIDEO PANASS! Apa kaitan Peristiwa #Memali Dengan #LahadDatu? (Wajib Baca)
http://kedahkekl.blogspot.com/2013/03/video-panass-apa-kaitan-peristiwa.html

PANASS!! Kisah Benar Pas Rembat Duit Tabung Memali!!
http://kedahkekl.blogspot.com/2013/02/panass-kisah-benar-pas-rembat-duit.html

HOT!! MB Kelantan Marah Pas Sanggup Gadai Telor Sendiri Untuk Perempuan Melayu Dap!! #PrkTelukIntan

Posted: 23 May 2014 06:34 PM PDT


Nampaknya masih ada Alim Ulamak dalam Pas yang masih waras dan memegang teguh batas-batas agama dan prinsip yang Pas perjuangkan selama ini.

Pas selama ini mengutuk dan menghina Ds Rosmah kononnya tak Islamik sebab tak menutup aurat dengan sempurna kerana tak memakai tudung.

Namun selepas Dap mengemukakan calon perempuan muda, juga tidak menutup aurat dengan sempurna kerana tidak memakai tudung. Malah beliau juga berkeras menolak hudud jika beliau memenangi kerusi parlimen Teluk Intan.

Paling menyedihkan, parti Pas yang selama ini memperjuangkan hudud dan isu aurat, tidak bertindak balas, malah hanya diam seribu bahasa.

Apakah Pas mengunakan sistem terpilih? Apakah Pas mengunakan Hukum Islam hanya pada orang tertentu?

Ternyata, Dewan Ulamak Pas dan Pemuda Pas telah di BODOHkan oleh Dap!

Nasib baiklah MB Kelantan Mad Yaakob ada, kalau tak rasanya parti Pas ni baik buang dalam longkang saja la.

Baca apa yang Mad Yaakob kata,

"Seseorang yang beragama Islam hendaklah menghormati dan menjaga batasan tuntutan Allah yang telah jelas dinyatakan dalam al-Quran seperti hukum hudud.

Maka jangan ada unsur-unsur penolakan terhadap hukum Allah yang jelas ini walaupun berada dalam parti yang berbeza. Hak seseorang islam terhadap Allah hendaklah dijaga dengan penuh ketaatan.

"Masih ramai pengundi melayu dan beragama Islam dalam Parlimen Teluk Intan yang akan menjadi pengundi dalam PRK tersebut.

Maka atas sensitiviti agama, semua calon sama ada calon daripada Barisan Nasional atau calon DAP mesti menjaga sensitiviti tersebut malahan jika pertikaian kepada hudud ini datang dari seseorang yang beragama islam seperti calon daripada DAP, maka ia lebih mengelirukan masyarakat," katanya yang dipetik melalui posting di laman sosial Facebooknya baru-baru ini.

Pelik bila Pas hanya tengok saja tanpa menegur calon Dap ini yang terang dan jelas menolak prinsip pejuangan Pas. Di mana maruah Pas ni? Telur orang dah usik, takkan tengok saja?

Tolak Hudud? Tak apa? kenapa pulak? Dengan UMNO berkarung korang dok maki!!

Tak pakai tudung? Tak apa? Soal Peribadi? Kenapa Rosmah tak boleh?

Disebabkan Dap, Pas jadi bodoh dan buta tuli. Memalukan pejuang Pas yang menubuhkan parti ini. Memalukan pejuang Pas yang mati syahid kerana mempertahankan Islam dan prinsip pejuangan Pas.

Memalukan ya amat.. apabila di Teluk Intan, Pas hanya sebijik 'telur' yang hanya mampu melihat tapi tak mampu bertindak. Hanya dengan seorang perempuan muda melayu Dap, maruah Pas dah boleh dicampak ke dalam longkang.

Apa pejuang Pas yang KONONnya memperjuangkan Islam dan prinsip Pas tak rasa malu ka?


McTheory:
Pompuan punya pasal.. telur sendiri pun Pemimpin Pas sanggup gadai..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...