House PK

House PK


PANAS SESAJE WEI! DAP BUAT WAYANG KUNUNNYA POSTER DYANA DICONTENG!

Posted: 30 May 2014 02:04 AM PDT

Apabila calon Bn di Teluk Intan Dato Mah membuat laporan polis yang poster dia diconteng, KLIK SINI. Maka DAP pun tak nak ketinggalan lalu mereka pun menconteng poster Dyana. Bukan apa ini kira last minit punya undi simpati la mereka mau cari.

Rata-rata di Teluk Intan ni nampaknya peluang untu BN menang memng agak cerah. Moodnya pun lain macam, ini yang membuatkan DAP tak senang hati sebab tu mereka cuba main kotor. Dari awal lagi DAP buat poster Dyana berpakaian bikini dan tuduh UMNO.

Tak cukup dengan itu banyak lagi status FB dan Twitter Dyana yang mereka sendiri buat yang palsu dan tuduh ini semua kerja UMNO. Sudah la wei. Jangan bikin wayang opera cina murahan la ok. Lagipun perkataan BABI ni memang DAP yang suka, semua tahu kan? Ini provokasi yang nak membuat kacau bilau!

PANAS BERAPI! LAGI GAMBAR DYANA KANJERI MENYOKONG PERKASA, DAP MAKIN FENIN LA

Posted: 29 May 2014 08:54 PM PDT

Ini pendedahan menarik yang dibuat oleh blogger KRO, jom kita tengok betapa kanjerinya si Dyana ni, makin banyak dia kantoi..

Dyana Sofya, calon DAP bagi PRK Teluk Intan dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 26 Mei 2014 menyatakan yang beliau hanya membantu Ibunya mengendalikan sessi pendaftaran ahli baru PERKASA di Majlis Pendaftaran Ahli baru pada 21 Oktober 2008. Di dalam kenyataan akhbarnya, beliau menegaskan seolah-olah itulah satu-satunya majlis beliau bersama PERKASA. Mana-mana pembaca yang lurus akan membuat kesimpulan yang sama selepas mendengar penjelasannya. Kenyataan Ibunya selepas itu juga memberi gambaran yang sama. 
Apa yang Dyana Sofya tidak jelaskan kepada umum adalah beliau turut bergiat aktif di dalam PERKASA selepas sessi pendaftaran berkenaan. Buktinya, pada 21 March 2009, beliau juga turut terbabit di dalam membantu menyempurnakan Raptai Perhimpunan Dan Sidang Kemuncak Peribumi PERKASA Negara yang telah diadakan pada keesokkan harinya. Gambar-gambar Dyana Sofya di bawah yang berbaju hijau diambil di blog PERKASA, di sini. Lihat Dyana Sofya yang memakai tag berwarna kuning seperti tag penganjur. Ini membuktikan bahawa beliau aktif di dalam PERKASA. Pengundi-pengundi di Teluk Intan harus tahu pembohongan ini.


CILI KASI TARUK! DAP MEMANG CONFIRM HADAPI MASALAH DALAMAN

Posted: 29 May 2014 05:00 PM PDT



Artikel berikut dipeik dari MIM di SINI:

DAP sebenarnya berdepan dengan dua masalah yang tidak dijangkakan di kalangan pengundi Cina.

Pertama, DAP mungkin menghadapi kemerosatan undi Cina kerana sabotaj dalaman sendiri.

Pencalonan Dyana tidak diterima baik oleh DAP Perak. Namun, perkara ini ditutup dengan rapi oleh serangan bertubi-tubi pada peribadi Dyana.

Ada yang merasakan para pemimpin tertinggi DAP perlu diberi pengajaran untuk menyedarkan mereka bahawa mereka perlu menghormati hasrat akar umbi. "You just cannot do it the way you like and as you wish."

Bagi golongan ini, mereka merasakan tiada apa yang perlu dikesalkan jika kerusi ini jatuh ke tangan Gerakan.

Malah daripada sudut politik dalaman, kekalahan di Teluk Intan akan menyebabkan para pemimpin tertinggi DAP berfikir dua kali sebelum campur tangan di bahagian negeri.

Selain itu, DAP juga berdepan dengan permainan perkauman daripada pengundi Cina sendiri.

Persoalan yang berlegar di minda para pengundi Cina konservatif ialah apakah jaminan kerusi ini jatuh kembali ke tangan wakil rakyat berbangsa Cina sekiranya ia bertukar tangan ke bangsa lain?

Sentimen ini semakin mendalam apabila PRK Teluk Intan terpaksa diadakan tidak lama selepas PRK Kajang yang memperlihatkan kerusi Cina jatuh di tangan Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Api ini sudahpun ditiup dan merebak di kedai kopi, dan DAP semestinya sedar kewujudan sentimen ini. 


------------------


Sambil itu, khabarnya DAP Perak begitu bengkak dengan cara kumpulan Lim Kit Siang melayani pemimpin DAP Perak.

Ngeh Koo Ham dan pemimpin DAP Perak asalnya malas nak menyertai kempen di Telok Intan terutama bila balu mendiang Dr Seah yang pro Kit Siang memulangkan sumbangan pengkebumian sebanyak RM3 ribbu dari DAP Perak.

Oleh kerana dah jadi buah mulut, mereka sertai demi parti untuk menunjukkan kesatuan parti pada pengundi. Tapi Ngeh berkecil hati apaila asyik diletakkan di hujung ketika ceramah atau duduk atas pentas.

House PK: Ini aku petik dari The Unspinners, aku dah kata dari hari tu lagi, DAP memang sedang hadapi masalah dalaman.  Nah korang tengok la sendiri

PANAS! DIKALA RAKYAT SEDANG BERDUKACITA PEMIMPIN PAKATAN MENARI GEMBIRA

Posted: 29 May 2014 01:04 PM PDT

Dengan diketuai oleh Lim Guan Eng yang menggunakan jawatan rasminya iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, para pemimpin Pakatan Rakyat khususnya dari Perak tidak mahu ketinggalan untuk memastikan DYMM Sultan Azlan Shah benar-benar sudah mangkat dan bukannya satu berita 'palsu' sebagaimana yang telah dibuat oleh macai-macai mereka sepanjang minggu lepas sehinggalah tengah malam beberapa jam sebelum baginda benar-benar mangkat.

Dan sebaik-baik sahaja mereka dapat pengesahan menerusi majlis istiadat pemakaman yang berlangsung secara rasmi, mereka datang sambil bergelak tawa dan tersenyum riang. Begitu juga ketika berada di Balai Rong Seri Istana Iskandariah, mereka lebih gembira dan menghela nafas panjang.


Dendam Pakatan Rakyat, terutama Nizar Jamaluddin, Ngeh Kor Ham, Nga Kor Ming dan DAP terhadap Almarhum Tuanku Sultan Azlan Shah sememangnya tidak pernah surut. Mereka menyalahkan baginda kerana telah menggunakan budi bicara untuk menolak jumlah kerusi DUN yang kurang 3 berbanding Barisan Nasional sebagai Kerajaan Negeri yang baru pada tahun 2009.

Dek kerana itulah, sebaik-baik mendapat tahu bahawa baginda berada dalam keadaan gering, Pakatan Rakyat segera mengerahkan jentera propaganda mereka segera menyebarluaskan berita kononnya Almarhum sudah pun mangkat. Berkali-kali mereka memperbaharui fitnah tersebut dan menggunakan kesemua medium media siber yang ada untuk tujuan berkenaan.

Hari ini, para pemimpin Pakatan Rakyat Perak terutama sekali calon DAP untuk PRK Teluk Intan, Dyana Sofya, telah pergi ke istana untuk membuat pemeriksaan ke atas jenazah Almarhum DYMM Sultan Azlan. Mereka benar-benar tidak sabar untuk bergelak tawa. Ketika datang, kesemua mereka tersenyum lebar dan gembira. Ketika jenazah dibawa ke kawasan permakaman, masing-masing mengambil kesempatan untuk bergembira dan berseronok kerana orang yang telah menghalang Ngeh Kor Ham-Ngah Kor Ming dengan menggunakan Nizar Jamaluddin sudah tiada di dunia ini.

Gambar-gambar yang disajikan ini sudah cukup untuk menunjukkan kegembiraan mereka!
 Sumber: Selangor Chronicle

WEI ORANG TELUK INTAN! KORANG NAK TAK WAKIL RAKYAT KORANG JADI MENTERI?

Posted: 29 May 2014 06:32 AM PDT

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Datuk Mah Siew Keong akan dilantik sebagai Menteri jika menang PRK Parlimen Teluk Intan.

Kalau hangpa masih pilih DAP selayaknya hangpa ni patut dipanggil CADBURY!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...