Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Fitnah Terhadap Gadis Bermutaah dijawab Bapa Mertua! #Turun

Posted: 03 Jan 2014 06:12 AM PST




Kalau pembaca ingat Mc pernah posting mengenai seorang gadis cun yang dikatakan boleh bermutaah (semestinya syiah) dengan sesiapa saja yang mahu. posting tu boleh baca kat SINI.

Tapi betui ka dakwaan tu?




Untuk pengetahuan semua, Ali Hanifah Al Qadahi ni memang terkenal dengan posting yang berunsur syiah. Sejak dari PRK Sungai Limau.. dia ni aktif berkempen dan menyebarkan fahaman syiah di FBnya.

Tapi kali ni nampaknya Ali Hanifah ni dah makin teruk!

Tapi kita tak tahu cerita disebalik posting berkenaan. Mc diberitahu, Bapa mertua kepada gadis terbabit sudah menjawab dan menjelaskan apa yang berlaku!

Nak tahu apa cerita,

baca dibawah,


Ini tukang fitnahnyaaa..

Assalamualaikum...

Tuan Ali Hanifah Al Qadahi,

Dengan nama Allah Tuhan Penyeru Alam..yang menjadikan lagi dan Bumi, yang mana dengan peluh dan keringat kedua ibu bapa ku Hajah Hasnah dan bapa ku Haji Ibrahim juga dengan keringat dan peluh ku...sesungguhnya aku bersumpah bahawa tuan telah melanggari batas Akhlak dan syariat seorang mukmin...

Sesungguhnya Tuan telah menjaduhkan Maruah saya sebagai seorang bapa, photo yang Tuan fitnah adalah merupakan anak menantu perempuan saya yang mana ianya adalah isteri kepada anak lelaki sulung saya.

Tuan telah menggunakan photo keluarga kami sambil menfitnah mengatakan anak perempuan saya adalah perempuan Mutaah, sedangkan kami sekeluarga adalah merupakan orang awam yang beragama Islam dan Ahlul Sunnah Waljamaah.

Anak perempuan saya dan anak lelaki saya juga merupakan seorang Islam Ahlul Sunnah Waljamaah yang mana kedua mereka masih lagi sedang belajar menyambung Ijazah masing masing di Pusat Pengajian Tinggi Malaysia.

Disini saya ingin memaklumkan yang tuan telah menfitnah kami serta mengaibkan kami sekeluarga dengan menggunakan photo anak perempuan kami sebagai bahan Propaganda Mutaah Syiah tuan.

Kami tidak HALAL kan perbuatan ini dan kami akan mengambil tindakan undang undang dengan membuat lapuran kepada pihak berkuasa.

Bersama ini juga saya sertakan gambar perkahwinan anak anak kami.

sekian.

Ali Zaik aka Ali Russia

Sumber



Sesungguhnya fitnah adalah makanan puak Pakatan!! Sampaikan isteri dan menantu orang pun hangpa fitnah dan aibkan macam tu? teruk betui!!

McTheory:
Kalau nak suruh orang turun demo pun, jangan la sampai macam tu!!

HOT! Sambutan Tahun Baru Habiskan RM15Juta?? #Turun

Posted: 03 Jan 2014 05:12 AM PST



Benarkah dakwaan mereka bahawa sambutan tahun baru 2014 di Dataran Merdeka menghabiskan Rm15juta?

Tengok dulu video dibawah ni,



Kemudian ianya disambut oleh Wardina..


Betui ka? Cuba dengar betui-betui apa yang Datuk Bandar KL kata dalam video ni..




Kalau tak faham dan kurang jelas.. cuba baca apa yang dia kata kat bawah pulak!



Soo.. apa yang heboh selama ni, sebenarnya adalah fitnah dan spin dari pihak Pakatan! Hati-hati apabila mendengar perkara yang tidak sahih! Jangan terus melompat atau percayakan berita tersebut.. kaji dulu.. kalau tak ianya akan menjadi fitnah!

McTheory:
Berapa banyak fitnah daa.. dari puak kejadah Pakatan ni..

INFO! PM @NajibRazak Terus di TIPU Oleh Pegawai @PMOMalaysia?

Posted: 02 Jan 2014 11:12 PM PST


Sapa yang advise pada PM bahawa rakyat beri maklum balas positif tentang 11 langkah pengurangan kos belanja yang diumumkan kerajaan? Malam ni keluar pulak berita TV3 kod apa yang PM ulas di FB. Apa tak sedar ke komen komen semua sejak pengumuman 11 langkah ni 80% rakyat kutuk pelaksanaan tersebut? Pemimpin dan ahli UMNO dan Bn sendiri pun jelek dengan 11 langkah itu dan boleh lihat luahan mereka tu semua.

Pegawai PMO bantu ke tidak bagi penjelasan yang sebenar kepada PM keluhan rakyat dibawah? PM masih lagi syok sendiri akibat pegawai PMO tidak melaporkan pekara yang sebenar. Siapa yang bagi cadangan pada PM untuk buat kenyataan ni? Ada sabotaj ke dari dalam PMO untuk menjatuhkan kreabiliti PM Dato Sri Najib?

Rakyat kat bawah memperli 11 langkah yang diumumkan tempoh hari. 11 langkah yang diumumkan PM tempoh hari mendatangkan mual kepada rakyat kerana bukan itu yang rakyat mahukan sebaliknya isu poket mereka yang mereka mahu dengar. Apakah PM dimomokkan oleh pegawai PMO sehingga tidak mengetahui luahan rakyat yang sebenar dibawah ini?

Tolong lah PM kita tu, tolong bagi nasihat dan suara rakyat dibawah yang sebenar. Jangan tipu PM kita. Bantu PM dengan menyatakan pekara sebenar bukannya membohong dan ambil culas isu rakyat.Cukup cukup guna angka 11 tu nak bodek PM. Pak Lah dulu pasal angka 13 lah tersungkur. Rakyat dah taknak terima benda benda merepek ni. Rakyat nak PM cakap apa yang PM dah janjikan. - Malay Right

"Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup" - Najib Razak


McTheory:
Betul ke dengar?

INFO! Ayahanda Tun Mahathir Tegur Penganut Kristian di Malaysia!

Posted: 02 Jan 2014 08:08 PM PST



KUALA LUMPUR  - Pegangan penganut Kristian di Semenanjung tidak akan terjejas walaupun mereka tidak menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, istilah Arab yang merujuk kepada Tuhan itu selalunya digunakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

"Selama ini, kita tak pernah berbalah tentang perkara ini kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan kalimah itu, jadi kenapa perlu menyakiti hati orang lain, tidak menggunakan kalimah 'Allah', tidak akan memudaratkan mereka.

"Sebelum ini, mereka tidak pernah menggunakannya pun. Yang menggunakannya ialah (orang) Sabah dan Sarawak. Tak ada bantahan, tapi di Semenanjung ni, kenapa kita nak jadikannya alasan untuk bergaduh pula," katanya di sini, semalam.

Dr. Mahathir berkata, sejak sekian lama, rakyat negara ini, tanpa mengira agama, hidup bersama secara aman dan oleh itu, sebarang tindakan yang boleh menyakiti hati sesuatu pihak, tidak patut dilakukan. - BERNAMA

HOT!! Penyokong Bola Kedah Ugut BOIKOT? #HanyaDiKedah

Posted: 02 Jan 2014 05:39 PM PST




Nak boikot? Taknak beli jersey dan barang KFA baru? Apa punya penyokong ni?

baca kat bawah,





Satu majlis pelancaran jersi dan pasukan akan dilangsungkan bersama peminat setia hijaukuning, nantikan ianya pada 15 Januari ini. Bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman.

KFA nak lancar logo baru..

Apakah ada "himpunan" protes logo baru akan di adakan semasa Majlis itu berlangsung?





Jika dilihat pada status yang dikeluarkan di Fb akan ada gerakan atau tindakan untuk mengadakan protes besar-besaran di Majlis itu kelak.



Logo tu memang maruah, tapi yang lebih penting kewangan dan sponsor dari pihak yang nak bantu pasukan Kedah ni. Kalau dok sibuk dengan logo saja pun tak guna, kalau duit takdak. Pemain nak makan apa, sewa stadium sapa nak bayar? Perancangan masa depan bola sepak Kedah lagi. Lebih baik kita tumpukan kepada semua itu dari nak bantah logo baru ni.

perasaan orang lama yang berat hati nak tukar logo, tapi pandanglah kearah kebaikkan, pandanglah kearah kemajuan. Kita boleh buat brand baru untuk niagakan logo baru kita ni. Persatuan boleh cari duit, mungkin ada pihak sponsor yang tertarik dengan imej baru bola sepak Kedah.

Kita ambil Johor DT sebagai contoh, macam mana depa niagakan brand baru JDT hinggakan orang luar Johor pun tertarik dengan baju dan poster JDT. Itu contoh, bukan Mc nak puji JDT tapi mereka merupakan salah satu pasukan bola yang digeruni, walaupun pada hakikatnya tak kuat mana.. he he he..

Kepada brader-brader otai bola sepak yang dok marah tak tentu pasai, dok hingaq sampai nak buat demo tu, pikiaq la pat lima kali brader. Apa yang orang buat hanya untuk kebaikan bola sepak Kedah, takkanlah ada orang saja-saja nak pelingkup pasukan bola sepak negeri sendiri? Sambung Sini

Kita fokus pada apa yang penting, iaitu memartabatkan semula bola sepak Kedah.

Bukan semua penyokong hijau kuning membantah logo baru tu. Ada yang setuju untuk tukar. Cuma bila ada yang berkepentingan dan ada juga yang hanya mengikut-gikut, membantah tanpa tujuan. Rasanya tak salah nak tukar kearah kebaikkan.

Lagi pun Mc rasa bukan semua persatuan dan kelab penyokong Kedah ni yang berdaftar. Berapa kerat sangat yang benar-benar berdaftar, malah ahli persatuan dan kelab pun tak ramai mana. Malah penyokong hijau kuning yang tidak berdaftar bawah kelab dan persatuan pun jauh lebih besar angkanya.

Keduanya kalau boleh Mc cadangkan persatuan dan kelab penyokong hijau kuning ni, berdaftar dibawah satu persatuan saja. Buat apa banyak kelab dan persatuan, kan bagus kalau dibawah satu kepala saja.

Ketiganya kalau betul sayangkan KFA, jangan lagi minta tiket percuma untuk sebarang perlawanan dan pastikan peminat yang ada di bawah persatuan depa ni, jangan dok bakar mercun setiap kali permainan. Teruk KFA nak bayar denda. Tu pun kalau rasa sayang dan nak bantu KFA la.

Dari kita asyik membantah, apa kata kita bagi peluang kepada KFA untuk buktikan kemampuan mereka pada tahun ini. Kita tengok apa yang mereka mampu buat, dan sejauh mana KFA mampu membuat perubahan pada pasukan bola sepak Kedah.

Tu ayat yang Mc ulang balik!! Ada berani ka wahai-wahai brader otai-otai semua?

Lagi satu yang membantah dan demo ni, bila check balik, ramai dari puak-puak Pas!! Apa nak herann.. memang kerja depa asyik nak demo saja!

Kalau tak mampu nak bantu, jangan menyusahkan boleh?


McTheory:
Dah la tak bantu.. lagi nak bising plak..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...