BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! CEC DAP TIDAK SAH !!! KENAPA NAK ADAKAN KONVENSYEN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 16 Nov 2013 07:30 AM PST


DAP dijadualkan mengadakan Konvensyen di peringkat negeri pada bulan hadapan.Mengikut perlembagaan parti di bawah Fasal 15(6),konvensyen yang dijadualkan di semua negeri itu hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).Bagaimanapun,DAP dijangka terpaksa menangguh konvensyen tersebut memandangkan parti itu masih mempunyai masalah dengan perlantikan CEC.Ini berikutan aduan yang dibuat kepada ROS oleh ahli seumur Hidup DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang,Goh Swee Huat mengenai pemilihan semula pada 29 September lalu yang dikatakan tidak mengikut perlembagaan.Swee Huat menyatakan bahawa aduan tersebut dibuat bagi mewakili ramai ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan tindakan kepimpinan pusat mengabaikan perlembagaan parti.Apa yang kita tahu ialah Pemilihan CEC DAP hanya melibatkan pengiraan sebanyak lebih kurang 2,000 undi.Pun begitu,DAP dilihat begitu sukar untuk menguruskannya.Sejak pemilihan awal pada Disember lalu,DAP terus mengalami pertikaian. 

Pertamanya kerana keputusan pemilihan tidak memperlihatkan gambaran parti berbagai bangsa seperti yang dilaungkan kerana selain bangsa Cina,bangsa lain langsung tidak terpilih memegang jawatan tinggi.Justeru,DAP telah mengumumkan pengiraan semula undi atas alasan kesilapan komputer.Namun,masalah tetap timbul apabila didapati seramai 753 perwakilan yang majoritinya dari bangsa India telah tidak menerima notis mesyuarat dan tidak dapat membuang undi.Akibatnya,DAP terpaksa membuat pemilihan semula yang mana telah menyaksikan 'kehilangan' lebih ramai lagi perwakilan.Walaupun tiada dari perwakilan yang 'hilang' itu membuat aduan,tetapi timbul pula aduan yang DAP telah bertindak tanpa mengikut perlembagaan dengan mengadakan pemilihan di dalam Kongres Khas dan bukan Kongres Kebangsaan seperti sepatutnya.Apa yang menarik ialah DAP telah menggunakan kos yang tinggi untuk mengadakan pemilihan semula tersebut di Hotel One World serta menggunakan khidmat konsultan bagi mengira undi. 

Nampaknya,setelah begitu banyak masa dan wang dihabiskan,pemilihan CEC masih juga belum muktamad.Jika perkara semudah ini juga DAP tidak dapat uruskan dengan cekap dan bersih,bagaimana kita mengharapkan DAP dapat menguruskan negara dengan cekap dan bersih juga ??? Seperti biasa,DAP cuba mengambil sikap degil dengan mengabaikan aduan ahli dan juga siasatan ROS.Parti itu dilihat cuba untuk meneruskan Konvensyen peringkat negeri sepertimana yang dijadualkan.Sudah tentu ini akan mengundang lebih banyak masalah di mana keputusan Konvensyen itu juga nanti tidak boleh digunapakai kerana ia diadakan di bawah pengurusan CEC yang tidak sah.Rakyat kini menunggu sejauh mana DAP ingin berlagak degil seolah-olah mereka mampu mengatasi undang-undang dan perlembagaan.Jika perlembagaan parti pun hendak dilanggar,bagaimana DAP mampu bercakap soal keadilan,kesaksamaan dan ketelusan ??? Terbukti bahawa DAP adalah sebuah parti yang berperwatakan samseng.Tidak hairanlah parti ini sering membela penjenayah dan sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang.Apakah logik kita mengharapkan parti samseng dapaat menjadi kerajaan yang baik ??? Logiknya,tempat samseng ialah di dalam penjara,bukan di atas takhta.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM CUBA MENIPU LAGI !!! BLOG NEGARA PAKATAN RAKYAT ADALAH MILIK PEMBANGKANG !!!

Posted: 16 Nov 2013 04:00 AM PST


Beberapa hari ini ramai di kalangan pimpinan pembangkang 'menjerit-jerit' di dalam laman sosial Twitter menafikan penglibatan mereka terhadap kewujudan sebuah blog 'Negara Pakatan Rakyat' (www.negarapakatanrakyat.blogspot.com).Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim di dalam twitternya baru-baru ini mengatakan kononnya blog tersebut bukan milik pakatan pembangkang tetapi ditaja oleh Umno.Yang menghairankan ialah,mengapa Anwar menyalahkan Umno di dalam isu ini ??? Sedangkan sekiranya diteliti semua kandungan yang dipaparkan di dalam blog terbabit,secara jelas mengkritik kerajaan.Dengan mengambil contoh isu video seks dahulu yang didedahkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah,ahli parlimen Permatang Pauh itu tidak mengheret ahli perniagaan itu ke mahkamah sebaliknya hanya membuat laporan polis.Katanya,apabila hasil siasatan forensik mendapati video tersebut sahih dan benar,beliau pula menyatakan itu adalah satu konspirasi serta memperlekehkan kredibiliti polis.Itu belum lagi diambil kira tindakan Anwar untuk menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan berhubung dakwaannya mengenai 40,000 pengundi hantu yang kononnya di terbangkan secara khas dari Bangladesh untuk mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang lalu. 

Apabila siasatan dilakukan,ternyata ia hanyalah merupakan cerita rekaan pembangkang untuk menghasut rakyat menolak keputusan pilihan raya.Selain Anwar,Pengarah Komunikasi parti itu,Fahmi Fadzil turut dilihat cuba meletakkan kesalahan tersebut kepada Umno.Malah Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR,Latheefa Koya turut mengambil pendekatan sama dengan mendakwa ia adalah merupakan perbuatan macai @ cybertroopers Umno.Mudahnya mereka menyalahkan orang lain.Pembangkang,nampaknya mempunyai satu pendekatan yang 'standard' untuk menyalahkan Umno dan kerajaan dalam semua perkara.Sebagai contoh pendedahan video seks Anwar suatu ketika dahulu,turut dikatakan salah Umno,DAP bermesyuarat tanpa mengikut perlembagaan parti,sehingga terpaksa menjalankan semula pemilihan CEC,dikatakan sebagai salah Umno.Tidak ketinggalan yang terbaru perpecahan dalaman Pas antara kumpulan Ulama dan Liberal turut menjadikan Umno sebagai kambing hitam.Sedangkan semua yang dinyatakan tadi adalah merupakan kesilapan mereka sendiri,namun disebabkan ingin memperbodohkan rakyat buat kesekiaan kalinya Umno dikaitkan dalam semua hal. 

Seolah-olah penubuhan Umno hanya untuk mengenakan pembangkang di negara ini.Namun apa yang peliknya ialah,sehingga ke hari ini,tiada satu pun laporan polis yang dibuat bagi menafikan penglibatan pakatan pembangkang terhadap blog tersebut atau sekurang-kurangnya mengambil tindakan undang-undang.Kesimpulannya,ini hanyalah merupakan taktik murahan Anwar bagi mengalihkan perhatian masyarakat.Ini kerana,banyak artikel-artikel yang disiarkan,banyak mengkritik pimpinan rakan sekutu mereka.Persoalannya ialah benarkah pimpinan pakatan pembangkang tidak terlibat di dalam menaja blog tersebut ??? Atau ia sebenarnya adalah merupakan gerakan perang saraf mereka untuk memastikan semua pimpinan pakatan selari dengan pendirian dan keputusan yang dibuat Anwar.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PEMBANGKANG BERDEPAN DENGAN PELBAGAI ISU DALAMAN DAN BAKAL TERKUBUR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 16 Nov 2013 12:30 AM PST


Walaupun pilihan raya umum telah melabuhkan tirainya,namun saban hari ada sahaja laporan mengenai ketidakpuasan hati para pengikut dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).Ada yang mengambil pendekatan memendam rasa dan tidak kurang juga yang mula menzahirkan rasa ketidakpuasan hati mereka dengan mengumumkan untuk keluar dari parti yang hidup atas sandiwara dan drama.Terbaru,dilaporkan hampir 90 peratus ahli jawatankuasa parti itu dari cabang Kota Belud mengumumkan untuk 'keluar' beramai-ramai.Sebelum ini pula media melaporkan seramai 70 orang ahli PKR dari Cabang Pandan turut mengambil tindakan yang sama kerana sudah hilang kepercayaan terhadap parti yang menganggap Anwar Ibrahim adalah segala-galanya.

Selain ahli dan penyokong mereka, parti itu juga berdepan dengan masalah apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian,Jeremy Malajad turut mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong parti itu.Pada Jumaat lalu pula,Adun Matunggong,Datuk Jelani Hamdan dilaporkan telah meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR Sabah dan menganggap dirinya bukan lagi anggota parti kera tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan negeri.Sekiranya sebelum ini apabila ada ahli atau penyokong mereka yang mengumumkan untuk keluar parti, pembangkang dengan segera mendakwa ia hanyalah gimik yang dilakukan Umno bagi berhadapan dengan pilihan raya. Namun apa pula alasan mereka apabila tindakan tersebut dilakukan selepas pilihan raya ??? Selain PKR,parti yang dilabelkan sebagai 'ultra kiasu' DAP turut berdepan dengan masalah yang sama. Pada 27 September lalu,ADUN Luyang, Hiew King Cheu mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).Malah mengikut pemerhatian yang dijalankan terhadap DAP,walaupun mereka berjaya meyakinkan pengundi Cina untuk menolak BN sekali gus menambah bilangan kerusi pada pilihan raya umum yang lalu.Namun parti itu dikatakan sedang berdepan dengan masalah perpecahan dalaman yang sangat serius.Berikut adalah antara masalah yang sedang dihadapi oleh parti itu diperingkat negeri : 

JOHOR 

Pengerusi DAP negeri ini,Dr. Boo Cheng Hau tidak begitu digemari oleh dinasti Lim dan puak-puak mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Ini khususnya apabila beliau dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Lim. Perkara ini sudah berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi.Oleh demikian,terdapat dakwaan daripada ahli DAP bahawa dinasti Lim sengaja membuat keputusan untuk bertanding di beberapa kawasan yang rata-rata mempunyai undi Cina dengan membelakangkan Cheng Hau bersama pengikut- pengikut lain yang selama ini telah bertungkus-lumus membangunkan DAP Johor.Cheng Hau merupakan tunjang utama yang berpengaruh dalam membawa sokongan masyarakat Cina secara khusus dan lain-lain bangsa kepada DAP.Cheng Hau juga mempunyai barisan kepimpinan tertinggi negeri yang setia kepada beliau kerana yakin dengan beliau sehinggalah muncul Lim Kit Siang di Gelang Patah. 

Tidak cukup dengan itu,Kit Siang turut membawa masuk Liew Chin Tong dari Pulau Pinang (Bukit Bendera) dan Teo Nie Ching (Serdang) untuk mengukuhkan kedudukannya. Kedua-dua pemimpin ini pula merupakan orang kuat dinasti Lim.Malah,dikatakan sudah ada dakwaan terdapat 'tangan ghaib' dari DAP pusat yang bertindak menukar calon-calon mengikut 'selera' dan kepentingan mereka demi memastikan kuasa dan pengaruh Cheng Hau berkurangan.Perkara ini berterusan walaupun selepas PRU lepas. Kali ini lebih terbuka dengan terdapat usaha untuk 'mencantas' Cheng Hau selamanya.Perkara ini dijangka akan berlaku pada Konvensyen DAP negeri 2013 Disember ini.Antara dijangkakan,Cheng Hau mungkin 'ditendang' keluar dan digantikan dengan Chin Tong yang juga pengikut setia Kit Siang yang akan mengikut semua kehendak mereka. 

KEDAH 

DAP Kedah pula tampak tidak sehaluan dengan pusat apabila akar umbi di negeri itu menyokong bekas pengerusi negeri,Lee Guan Aik yang dipecat oleh DAP pusat.Malahan Guan Eng bertindak melantik anak emasnya,Zairil Khir Johari yang sering mendapat jolokan Melayu celup untuk menggantikan Guan Aik.Apa yang peliknya,pengikut serta ahli DAP di Kedah masih mahukan Guan Aik dan menolak Zairil yang tidak pernah mempunyai sebarang kaitan dengan DAP Kedah sebelum ini.Guan Aik juga merupakan antara pengkritik dinasti Lim yang disifatkan 'sudah lari' dari prinsip parti.Guan Aik mendakwa,berlaku amalan pancung-memancung dalam DAP Kedah yang didalangi dua pimpinan DAP Pusat mewakili CEC yang diarahkan untuk menyelia negeri ini selepas PRU-13.Berikutan itu,beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat lantikan jawatankuasa interim DAP Kedah tersebut yang didakwa dilakukannya secara terburu-buru.

Katanya,tindakan itu bukan sahaja sebagai usaha untuk merosakkan imej parti tersebut,sebaliknya mahu menyelamatkannya daripada 'tangan-tangan hitam' yang berada dalam parti itu sendiri.Guan Aik menambah,dia percaya setiap kejadian yang melanda pimpinan DAP Kedah sebelum PRU-13 lalu juga adalah dirancang oleh 'tangan-tangan hitam' daripada DAP Pusat yang cuba masuk campur berkaitan urusan di negeri. Terdapat khabar angin yang mengatakan Zairil dari Pulau Pinang sengaja dilantik supaya boleh mengetuai kepimpinan di Kedah dan dikuasai oleh kumpulan dinasti Lim yang ketika ini lebih dikuasai oleh penyokong bukan dinasti Lim. 

MELAKA 

Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri,Goh Leong San dari DAP meletakkan jawatan serta-merta apabila disindir oleh ADUN DAP kerana ucapannya yang memuji Ketua Menteri Melaka,Datuk Idris Seri Haron.Beliau sebelum itu menyuarakan rasa kagum dan memuji kematangan yang ditonjolkan Idris dalam menerajui kepemimpinan kerajaan negeri. Peletakan jawatan Leong San telah diikuti oleh ADUN Bachang,Lim Jak Wong sebagai Ketua Whip.Adalah sungguh memeranjatkan apabila Leong San bertindak sedemikian kerana selama ini DAP Melaka merupakan satu-satunya negeri dalam parti itu yang masih bersatu dan walaupun berlainan kem,masing-masing sanggup berdiam diri atau menyelesaikan kemelut dalam keadaan tertutup dan sukar dihidu oleh mana-mana pihak.Leong San juga dianggap sebagai musuh utama yang sering tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi pusat mentadbir parti itu. Pernah beberapa kali secara lantang dia mengkritik dinasti Lim.Adalah agak sukar untuk dinasti Lim dan puaknya melebarkan kuasa di Melaka seandainya Leong San masih berpengaruh di negeri itu.Natijahnya,akibat memuji Ketua Menteri,alasan itu terus dipergunakan untuk menekan beliau sehingga meletak jawatan.Pada pemilihan parti depan,Leong San sudah tentunya tidak lagi berpeluang memegang jawatan itu lagi.Dengar khabar,salah seorang keluarga terdekat dinasti Lim akan memegang jawatan Pengerusi negeri tersebut. 

PERAK 

Operasi cantas mencantas kali ini juga bakal menyaksikan kejatuhan pasangan sepupu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang tidak pernah sehaluan dengan dinasti Lim malah menganggap Perak sebagai 'milik' mereka. Adalah sedikit sukar untuk sebarang tangan ghaib menyentuh hal negeri ini. Namun dengan menggunakan sekumpulan pemimpin dari DAP Pusat, maka sedikit kekecohan sedang dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kepimpinan pasangan sepupu itu semakin lemah. Pada konvensyen negeri kali ini mungkin kuasa kedua-dua mereka akan beralih arah kepada M.Kulasegaran dan Thomas Su yang merupakan pengikut tegar dinasti Lim. 

PAHANG

Perkara yang sama juga terjadi di Pahang di mana sekumpulan pemimpin negeri digantung selama enam bulan dan tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan negeri yang akan diadakan pada masa terdekat. Punca mereka digantung ekoran sokongan kepada ahli DAP yang keluar parti dan bertanding secara bebas. Antara yang digantung ialah ADUN Tras, Choong Siew Onn.Mereka ini bukanlah penyokong tegar dinasti Lim yang akan mengikut rentak lagu yang dimainkan. 

SELANGOR 

Datuk Teng Chang Kim yang merupakan musuh 'ketat' dinasti Lim juga dijangka dicantas selamanya.Namun proses itu mungkin memakan masa.Walaupun Chang Kim merupakan jaguh dalam memperjuangkan prinsip parti dan berjaya mengekalkan nama baik dalam kalangan ahli dan penyokongnya,namun kehadiran beliau dari awal lagi tidak disenangi oleh mana-mana penyokong tegar dinasti Lim. Beliau terlampau vokal sehingga kadang- kadang amat sukar untuk mengawalnya.Tidak ketinggalan parti yang sering mengunakan Islam sebagai modal menarik sokongan rakyat Pas,turut berdepan yang isu dalaman yang meruncing.Pertembungan antara 2 kumpulan antara Ulama dan Liberal dalam pemilihan kali ini sudah cukup meletakkan parti itu berada dalam masalah yang memeningkan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! SIDANG PARLIMEN KECOH !!! SANGGUPKAH KITA DIPIMPIN ORANG TERENCAT AKAL SEPERTI PEMBANGKANG ??? VIDEO INSIDE !!!

Posted: 15 Nov 2013 09:00 PM PST


Sidang parlimen kelmarin menjadi riuh rendah apabila Ahli Parlimen pembangkang 'meragam' bagai anak nakal yang tidak mendengar cakap.Semuanya bermula apabila mereka tidak puas hati dengan penggantungan Ahli Parlimen PKR Padang Serai,N Surendran.N Surendran sebelum ini cuba membentangkan usul untuk mengutuk pecerobohan kuil Hindu Sri Muneswarar di Jalan P.Ramlee tetapi ditolak kerana tidak menepati peraturan mesyuarat.Akibatnya beliau telah bertindak mencabar Speaker sehingga diarahkan keluar dewan. Bertitik tolak dari itu,beliau telah digantung dari parlimen yang mana menyebabkan rakan-rakannya di dalam pembangkang meroyan. 

Justeru,rakyat dapat menyaksikan bagaimana adegan meroyan Khalid Samad melipat kertas usul dan dijadikan kapal terbang,Azmin merenyukkan kertas usul dan juga sorakan dan tepukan meja yang kuat oleh Ahli Parlimen pembangkang bagi mengganggu perjalanan dewan.saya tidak tahu apakah para pemimpin pembangkang ini merasa bangga menunjukkan sikap begitu kepada rakyat.Tetapi saya pasti tiada rakyat yang sanggup membayangkan negara diperintah oleh mereka-mereka ini. Sikap pemimpin pembangkang membuktikan tahap pemikiran mereka yang tidak matang atau lebih tepat,terencat akal.



Ini tentulah malang bagi Malaysia yang sedang dalam perjalanan untuk menjadi sebuah negara maju.Seharusnya pembangkang bersikap professional dan membangkang isu yang lebih relevan bagi menepati sebuah persidangan parlimen sebuah negara yang bergerak maju.Negara memerlukan pembangkang yang mampu membangkang untuk membina bukan  untuk memusnahkan.Dalam pembangkang menuduh kerajaan pimpinan UMNO sebagai kolot dan mundur,sikap pembangkang pula menunjukkan yang mereka adalah golongan jahiliah yang belum menerima tamadun.Dalam pembangkang menuduh kerajaan sebagai 'separuh masak',mereka pula memperlihatkan sikap 'tiga suku'.Mencabar speaker dan membuat kecoh dengan bermain kertas adalah sikap yang tidak boleh diterima sama sekali di mana-mana majlis rasmi di kalangan orang- orang dewasa,apatah lagi pemimpin di dalam sidang yang bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju negara.Jika ingin membantah sekali pun,apakah perlu bersikap seperti orang tidak siuman ???  

Di manakah maruah diri ??? Apakah mereka menyangka rakyat suka melihat sikap yang hodoh begitu ??? Banggakah anak isteri dan ibu di rumah melihat sikap anak, suami atau bapanya yang bergelar pemimpin itu ??? Megahkah dapat mempertontonkan keburukan diri kepada dunia ??? Ahli Parlimen seharusnya membawa watak terhormat dan serius, selaras dengan kedudukannya sebagai pemimpin.Sikap 'gila' seperti yang ditunjukkan sebenarnya telah menakutkan rakyat.Rakyat semakin bimbang sekiranya mereka yang 'gila' ini berjaya menjadi Menteri suatu hari nanti.Untuk itu,PR nampaknya telah memberi bonus yang besar kepada BN kerana telah mengalih isu kuil kepada isu ahli parlimen menjadi 'gila'.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! @KHAIRYKJ VS @CTNURHALIZA11 !!! SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 15 Nov 2013 06:00 PM PST


Kecoh di laman-laman sosial mengenai seorang artis tersohor menegur seorang Menteri muda.Mungkin politik Malaysia sudah benar-benar ketandusan isu sehinggakan perkara sebegini juga dijadikan isu.Tidak keterlaluan dikatakan bahawa akhir-akhir ini,dunia politik dan dunia hiburan seolah-olah sedang bersaing dari segi merebut tempat dalam carta populariti.Suatu ketika dahulu,dunia hiburan dilihat sebagai dunia gelap golongan bahawan manakala dunia politik pula adalah tempat orang-orang terhormat,yang bijak dan berpandangan jauh yang mampu memimpin dan membawa negara ke hadapan.Entah kenapa,kedua-dua dunia ini hari ini telah mengalami pertembungan.Kedua-duanya penuh dengan skandal dan lumpur dan kedua-duanya menyaksikan perlumbaan populariti yang memualkan.Hari ini kita lihat pak-pak Menteri dan artis bagaikan sama saja dari segi 'gila glamour'.Lebih malang bagi Malaysia ialah apabila artis tampak lebih bijak dari Menteri.Artis juga lebih berhemah dan terhormat berbanding Menteri.Malah artis pula terpaksa menegur Menteri.

Jika artis perlu membuat kenyataan kontroversi untuk menarik perhatian,maka menteri juga menggunakan taktik yang sama untuk menonjolkan diri.Sang Menteri akan bercakap apa sahaja asalkan dapat menempelkan muka di akhbar.Akhirnya,keluarlah kenyataan-kenyataan yang kurang bijak dan tidak bijak langsung dari mulutnya.Sebagai seorang yang bertaraf pemimpin dan seringkali mendabik dada sebagai 'bijak',kita menjangkakan respon yang matang dari sang Menteri setelah ditegur oleh artis itu.Bagaimanapun,beliau nampaknya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan membiarkan sahaja penyokongnya menyerang balas.Sikap mendiamkan diri sedang isu terus hangat menunjukkan keangkuhan Menteri tersebut,sekali gus membangkitkan rasa muak di kalangan rakyat terhadap gelagat penyokong yang sanggup berkata apa saja demi membela pemimpin mereka.Mungkin sang Menteri enggan melayan teguran seorang artis kerana menganggap artis sebagai orang bawahan.Namun,itu hanyalah anggapan beliau.Anggapan rakyat pula,artis tersebut lebih berhak dihormati kerana terkenal dengan adab sopan serta kerja kerasnya untuk berjaya sedangkan sang Menteri pula terkenal dengan tidak perlu berbuat apa-apa untuk menjawat jawatannya. 

Apa yang berlaku telah mengalihkan isu daripada isu sebenar iaitu 'bolasepak' kepada isu adab.Manakala daripada isu adab pula kini dikaitkan dengan politik.Semuanya bertitik tolak dari sikap tidak tahu adab berpolitik di mana semua perkara ingin dipolitikkan atau digunakan untuk kepentingan politik.Jika sang Menteri kurang beradab,itu mungkin merupakan masalah yang berpunca dari cara didikan di rumah dan merupakan masalah peribadinya.Tetapi jika Menteri tidak tahu adab berpolitik,maka kelam kabutlah negara hanya kerana sang Menteri ingin mencari publisiti.Matlamat politik adalah untuk memastikan negara dapat berfungsi dengan baik bukannya untuk mencari populariti.Politik itu sendiri membawa bersamanya peraturan.Manusia yang bertamadun sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengikut peraturan.Tanpa peraturan dan adab,manusia akan kembali ke zaman jahiliah.Justeru,seorang pemimpin yang memikul tanggungjawab untuk membawa negara ke hadapan wajib mempunyai adab sopan yang tinggi.Di dalam Islam,adab melambangkan darjat yang tinggi.Kegagalan memahami semua ini menjadikan dunia politik Malaysia dipandang semakin rendah dan semakin hina setiap hari

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #MUKTAMARPAS !!! PAS CUBA MENGELIRUKAN RAKYAT MALAYSIA !!! APA CERITA NI ???

Posted: 15 Nov 2013 04:00 PM PST


Di saat banyak mata yang sedang memberikan tumpuan terhadap pemilihan kepimpinan Pas pada Muktamar Tahunan ke-59 parti itu yang akan diadakan pada 22 November ini,portal pembangkang Meloyakini menyiarkan satu rencana yang bertajuk 'Permata 'kepimpinan ulama' dalam perjuangan PAS'.Rencana yang ditulis oleh Penolong Setiausaha Agung Pas itu,dilihat sebagai usaha untuk menepis dakwaan berhubung kononnya wujudnya pertembungan antara kumpulan 'Ulama' dan 'Liberal' parti itu.Selain Liberal,kumpulan tersebut turut dilabelkan dengan gelaran Endorgan dan Anwarinas kerana gaya dan pendekatan yang digunakan.Pelbagai hujah digunakan bagi meyakinkan pembaca,kononnya di dalam Pas hanya ada satu kumpulan sahaja dan langsung tidak wujud sebarang perpecahan yang melibatkan kepimpinan tertinggi parti.Sedangkan isu yang dibangkitkan itu bukanlah merupakan isu baru,ia telah lama didendangkan oleh pemimpin parti itu sendiri.Sebagai contoh kenyataan Mursyidul Am,Nik Abdul Aziz sebelum ini yang meminta agar para perwakilan memilih ulama sebagai Timbalan Presiden parti. 

Ia sudah cukup membuktikan bahawa pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan yang lalu bukan dari kumpulan ulama.Malah kemenangannya juga dikatakan tidak disenangi oleh segelintir pihak.Ditambah dengan tindakannya yang 'mesra' dengan DAP juga dirasakan sebagai punca semakin ramai yang mula meninggalkan parti yang sering menggunakan Islam sebagai modal untuk menarik sokongan itu.Paling menarik,apabila penulis rencana tersebut dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk menafikan perkara yang telah diketahui umum sebagai pertembungan antara dua kumpulan itu.Tidak cukup dengan itu,dia juga turut melampirkan sejarah parti yang kononnya disifatkan sebagai 'kebijaksanaan' pemimpin dalam membuat keputusan bagi menempuh cabaran politik baru. Dia turut mengatakan bahawa Pas bukanlah sebuah parti politik murahan yang boleh diperkudakan oleh mana-mana pihak.Sedangkan pada hakikatnya,sejak parti itu menggunakan pendekatan 'tahluf siyasi' dengan DAP dan PKR,hala tuju dan perjuangan yang selama ini dikendong sudah semakin dicicirkan.Kepada yang masih ingat,Pas sebelum ini begitu hebat mempromosikan negara Islam,namun apabila kepimpinan parti itu membuat keputusan untuk menerima parti ultra kiasu sebagai rakan sekutu,slogan negara Islam terpaksa digugurkan dan digantikan dengan 'Negara Berkebajikan'

Itu belum lagi dikira dengan isu 'hudud' yang seakan-akan telah lenyap dari perjuangan Pas ketika ini.Bahkan ketika ditanya mengenainya,bekas menteri besar Perak dari Pas suatu ketika dahulu dan tanpa segan silu mengatakan 'hudud' tiada dalam perlembagaan parti.Seterusnya penulis rencana itu mengatakan "PAS mempunyai organisasinya yang tersendiri dan setiap kepimpinan perlu patuh kepada disiplin dan adab-adab parti. Tidak timbul soal 'kumpulan ulama' dan 'kumpulan profesional'.Jangan ada lagi keraguan 'ulama diprofesionalkan dan profesional diulamakan' dalam saf kepimpinan Pas".Sekiranya betul mereka patuh kepada disiplin dan adap parti,mengapa pula penyandang jawatan Timbalan Presiden tampil meluahkan rasa kurang senangnya dalam pemilihan yang diadakan ini ??? Dia yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu,meluahkan rasa kesal kerana menurutnya sepanjang 35 tahun berada dalam parti itu sejak dari tahun 1978,inilah kempen paling teruk pernah dilihtanya. "Untuk menjatuhkan seseorang pemimpin Pas, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal," kata Mat Sabu.Ketika Mat Sabu keluh kesah dengan apa yang beliau anggap perubahan minda ahli Pas terhadap muktamar dan kepimpinan parti,tersebar pula gambar wajah salah seorang calon Ketua Pemuda Pas digantikan dengan kepala anjing.Gambar itu dipaparkan dalam laman Facebook 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami'.Walaupun Pas pusat masih belum mengenal pasti siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan biadab itu tetapi ia sebenarnya memberi isyarat kepada kepimpinan dan ahli Pas bahawa politik tetap politik.Persoalannya dimanakah disiplin dan adap yang dikatakan ??? Apakah ini bentuk pendekatan 'ulama diprofesionalkan' ??? Hanya sekadar untuk renungan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...