BADUT RAKYAT |
KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM AKAN BERUNDUR TAK LAMA LAGI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 13 Nov 2013 03:06 PM PST Pakatan pembangkang kini sudah tidak tentu arah akibat kemelut dalaman yang semakin parah.Di Sabah,PKR sudah kehilangan dua Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu Kadamaian dan Matunggong.Ini sekali gus mengurangkan jumlah kerusi DUN PKR daripada tujuh kepada lima sahaja.Biarpun kedua-dua ADUN tersebut,Jeremmy Malajad (Kedamaian) dan Jelani Hamdan (Matunggong) menjadi wakil bebas yang menyokong Barisan Nasional Sabah namun tindakan mereka merupakan hebat kepada Anwar Ibrahim yang begitu yakin pembangkang akan menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.Itu semua hanyalah khayalan Anwar kerana rakyat Sabah 'tatap' berdiri teguh menyokong BN.Campur dengan ADUN Luyang daripada Dap,Hiew Ling Cheu yang keluar parti September lalu juga untuk menjadi wakil bebas,pembangkang di Sabah sudah kehilangan tiga kerusi DUn setakat ini. Tidak mustahil lebih ramai lagi wakil-wakil rakyat akan menyeberang menyokong BN setelah menyedari mereka dilayan secara buruk oleh pimpinan pusat PKR dan Dap.Anwar dan pemimpin pembangkang dari Semenanjung hanya pandai membuat pelbagai janji manis semasa usaha memancing sokongan daripada pimpinan pembangkang peringkat negeri.Namun apabila sudah menang lain pula ceritanya.Apa yang nyata janji yang dibuat tidak ditunai lantas menyebabkan kedua ADUN PKR tersebut mengambil keputusan meninggalkan parti mereka.Masalahnya disebabkan Anwar adalah kaki pembohong nombor satu dan tidak kena mengena dengan BN.BN sudah amat selesa dengan majoriti dua pertiga di di dalam Dewan Undangan Negeri.Tidak ada sebab untuk memancing sokongan daripada wakil rakyat pembangkang. Tetapi alasan tidak masuk akal inilah yang digunakan oleh naib presiden PKR, Tian Chua apabila menuduh Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Panglima Musa Aman merasuah Jeremmy dan Jelani melompat parti. Tuduhan tidak berasas ini dibuat kerana PKR mahu menutup kelemahan parti itu di Sabah.Hakikatnya Anwar tidak mampu menunjukkan kewibawaan sebagai pemimpin pembangkang yang boleh membawa perubahan di negeri itu.Beliau membawa isu kenaikan royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus untuk meraih sokongan pengundi tetapi setelah pihak kerajaan memberi penjelasan dan kedudukan sebenarnya,rakyat sedar tembelang Anwar.Untuk menutup juga malu kehilangan tiga wakil rakyatnya,pembangkang kini membuat cerita dua ADUN BN dari Perak pula mahu melompat ke pembangkang.Kononnya dua ADUN misteri ini telah bertemu dengan Anwar berbincang terma-terma 'penghijrahan' mereka. Hikayat yang dipintal oleh pembangkang ini juga tidak logik kerana BN Perak tidak menghadapi sebarang masalah dalaman yang serius seperti mana yang membelenggu Anwar dan parti-parti yang dipimpinnya. Kepimpinan menteri besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir diterima baik oleh semua lapisan parti-parti komponen BN terutamanya UMNO.Mungkin Anwar takut lebih ramai wakil rakyatnya termasuk Ahli Parlimen akan melompat menyebelahi BN.Ini kerana walaupun pembangkang berjaya meningkatkan jumlah kerusi Parlimen dan juga DUN di seluruh negara,namun rasa tidak puas hati di kalangan wakil-wakil rakyat mereka bukanlah rahsia lagi.Perbalahan dalaman juga semakin serius dalam PKR menjelang kongres parti itu yang akan diadakan pada penghujung tahun ini.Cerita menarik menjelang kongres PKR akan dikupas dengan lebih lanjut dalam masa yang lain pula.adakah anwar ibrahim akan berundur tak lama lagi ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! #MUKTAMARPAS !!! ADAKAH BRIDGET WALSH AKAN HADIR PADA MUKTAMAR KALI INI ??? Posted: 13 Nov 2013 05:02 AM PST Bagi mereka yang baru sahaja mendengar nama Bridget Walsh,anda pasti tidak tahu apakah signifikasi nama tersebut dengan Parti Islam Se-Malaysia.Bridget adalah seorang Professor Madya di Singapore Management University dan sering terlibat dengan aktiviti politik di negara-negara membangun.Keterlibatan Bridget Walsh adalah suatu perkara yang amat menghairankan.Ini kerana tiada siapa pun mengetahui dari mana datangnya wanita berketurunan Eropah ini dan bagaimana beliau memperoleh "network" perhubungan yang luas sehinggakan dianggap sebagai tempat rujukan oleh kebanyakkan parti pembangkang di benua Asia.Untuk pengetahuan umum,Bridget telah "berkhidmat" di seluruh dunia dan pernah tinggal di negara-negara Timur Tengah,Amerika Latin,Kepulauan Carribean dan juga kini di Asia Tenggara.Jika diamati tulisan dan analisis yang dikeluarkan oleh Bridget Walsh,anda akan mendapati bahawa beliau adalah seorang ahli akademik yang biasa-biasa sahaja. Namun begitu,pendapat beliau diambil kira kerana ideologi anarki dan hak kebebasan sepenuhnya yang beliau anuti. Ini terbukti apabila dengan jelas,Bridget Walsh menyokong Arab Spring dan demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh rakyat sesebuah negara itu.Seperti lalat yang membawa penyakit,Bridget akan hinggap di sesuatu negara dan menyebarkan dakyah beliau,selepas itu beliau akan hinggap pula ke negara lain apabila negara yang beliau telah tinggal itu mempunyai masalah besar. Kini berpusat di Singapura,Bridget sibuk pula mencampuri senario politik Malaysia.Dilantik sebagai salah seorang kolumnis untuk portal pro-pembangkang Malaysiakini.com Bridget sering mengeluarkan pendapat yang jelas bertentangan dengan akidah Islam dan juga semangat perpaduan yang telah diamalkan di Malaysia sejak dari awal penubuhan negara ini.Kekuatan Bridget yang ternyata jelas adalah apabila beliau berjaya menundukkan kepemimpinan PAS dengan mengambil kata-kata beliau sebagai rujukan dan panduan parti Islam tersebut. Bridget juga pernah dijemput untuk menghadiri Muktamar PAS yang ke-55.Seperti seorang perisik beliau berjalan dari satu negara ke satu negara lain tanpa jemu dan akhirnya akan merosakkan negara tersebut dengan menggunakan ideologi atau pemahaman politik yang beliau reka sendiri.Pelik tetapi benar, namun realiti ini dapat dilihat dari masa kesemasa kerana modus operandi seorang manusia bernama Bridget Welsh ini adalah sama dengan apa yang telah beliau lakukan kepada negara-negara lain di seluruh dunia.Soalannya adakah beliau benar-benar seorang perisik dari negara lain atau beliau hanyalah aktivis yang tidak mendatangkan apa-apa faedah di dalam apa jua organisasi yang beliau ceburi. Didalam satu artikel yang ditulis beliau berjudul "The Politics of Accomodation in PAS" ternyata Bridget Walsh telah memuja kehebatan PAS dalam membuka ruang kepada liberalisasi dan penghapusan keIslaman di dalam ideologi parti tersebut.Bridget telah diambil menjadi sumber rujukan oleh banyak pihak di dalam PR juga telah menyatakan dengan berkias bahawa PAS sanggup menggadaikan maruah dan akidah mereka semata-mata untuk menentang kerajaan Barisan Nasional yang dianggap sebagai musuh yang terlalu hebat oleh mereka.Bridget Walsh telah diangkat menajadi serikandi ulung oleh PR sehingga beliau boleh membincangkan hala-tuju PAS dengan sewenang-wenangnya dan juak-juak PAS hanya mampu mengangguk lesu tanpa sedar bahawa mereka bukan sahaja sedang diperkudakan oleh rakan-rakan mereka di dalam PR,tetapi mereka juga sedang dipermain-mainkan ejen-ejen asing yang ingin menghancurkan agama, bangsa dan negara ini.Adakah Bridget akan dijemput lagi untuk muktamar PAS pada 24 November ini ??? Atau orang asing lain pula akan dijemput oleh PAS ??? Semua ini berlaku kerana PAS sudah hilang arah tuju dan memerlukan mat dan minah salleh yang tidak diketahui asal usul mereka untuk "membangkitkan" semula semangat politik dan keIslaman perjuangan mereka yang telah lama hilang. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment