Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Pesanan Keras Kepada Awek Melayu di Luar sana!!

Posted: 30 Aug 2013 08:12 AM PDT



Hati-hati jangan sampai terkena baru nak mengelabah! Perhatikan teman lelaki anda tu, kalau rasa macam pelik, tinggalkan saja la.

HOT! Pas kata Adun BN anti Al-Quran dan Hadis!

Posted: 30 Aug 2013 06:12 AM PDT


Mungkin ramai yang akan percaya dengan kata kata ketua pembangkang Kedah tentang isu undang undang syariah yang diluluskan dalam sidang dun baru baru ini al maklumlah mereka kan parti Islam.

Jadi kenyataan Amiruddin Hamzah (ketua pembangkang) dalam FB telah dikongsi dan disebarkan kononnya adun adun BN yang menyokong undang undang syariah tersebut menghina Al Quran dan Hadith.

Sebenarnya undang undang syariah yang dibahaskan itu adalah undang undang lama yang dipinda dan ditambah undang undang baru termasuk melarang ajaran yang bertentangan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Apa-apa ajaran yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah akan dikenakan tindakan dibawah undang undang baru ini.

Di Kedah bukan saja terdapat ajaran syiah tetapi bermacam macam lagi ajaran sesat yang lain bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah.

Fokus di Kedah sekarang ini bagi menghalang segala aktiviti melibatkan tentang fahaman syiah yang makin menjadi jadi..

Jika undang undang ini hanya di tulis perkataan syiah, bagaimana pula dengan ajaran sesat yang lain seperti agama matahari dan ajaran ajaran sesat yang bertentangan dengan Islam?? Mesti adun adun Pas akan persoalkan tentang perkara ini.

Kerajaan Kedah mengeluarkan fatwa bahawa syiah adalah ajaran sesat. Sebab itu Kedah memerlukan undang undang untuk mengambil tindakkan terhadap kumpulan ini..

Menurut apa yang dijelaskan oleh penasihat undang undang negeri Kedah, untuk meminda atau menambah undang undang baru, kesemua undang undang yang terkandung dalam undang undang syariah berkenaan dikeluarkan dan dimasukan semua bersama sama undang undang baru.
Jika benar Amiruddin menganggap undang undang ini menghina Al Quran dan hadith, orang pertama yang akan menegur adalah Dato Mufti kerana undang undang dibincangkan bersama dengan beliau..

Soalnya sekarang adalah kenapa Pas menolak undang undang anti syiah ini ataupun dalam bahasa mudahnya ajaran yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah??

Jika sebelum ini Pas pusat bertegas mahu membanteras isu Syiah, tetapi kenapa sebaliknya di Kedah?

Sumber dari Medan Tempur

HOT! Guan Eng Haram, Menteri Hanya Melatah? #TandaPutera

Posted: 30 Aug 2013 04:19 AM PDT



Disebabkan filem Tanda Putera diharamkan di Pulau Pinang oleh Guan Eng, menyebabkan kecoh satu Malaysia. Guan Eng sudah tentu guna kuasanya untuk haramkan tayangan filem tu, tapi jangan lupa di pihak kita juga ada hak berbuat benda yang sama.

Himpunan klik dan rumusan ni Mc ambil dari blog The Unspinners,
Mc membaca kenyataan Menteri, Dato Shaberry Chik di Helen Ang SINI. Nampaknya dia hanya marah saja tapi tak bertindak. Sepatutnya dia beri amaran kepada Guan Eng untuk saman atau amaran akan tarik balik pengusaha panggung.

Mana tidaknya?

PBT hanya berkuasa dalam hal keselamatan, lesen operasi dan lain-lain tapi pelepasan sesuatu filem adalah ruang kuasa KDN di bawah LPF. Perkara ini sudah jelas lulus. Jemaah menteri pun tak ada masaalah untuk benarkan siaran lepas pilihanraya.

Dari mula, KDN tidak ada masaalah untuk meluluskan. Malah ketika mantan Menteri Dato Dr Rais Yatim buat helah ada masaalah dengan LPF, sebenarnya dia menipu untuk halang filem ini di tayangkan.

Malahan apabila Wee Ka Siong cuba menyalahkan pada Pengarah Filem jika ada apa-apa berlaku, dia nampak sangat menunjukkan kebodohannya. Malah dia juga dedahkan niat jahat MCA sama dengan niat jahat DAP dan The Star. BAca Helen Ang SINI dan SINI.

TANDA PUTERA adalah dimasukkan dalam kategori wajib tayang. Mana-mana panggung yang tidak tayangkan TANDA PUTERA harus di tarikbalik lesen. Baca Tok Gajah SINI


Sebaik saja Lim Guan Eng mengacah untuk tahan tayangan di Pulau Pinang menggunakan kuasa PBT, GSC telah mengumukkan setuju untuk tahan tayangan. Baca komen Helen Ang di SINI.

Kemudian dia cuba bermain psywar konon, dia tak mengeluarkan arahan tapi hanya nasihat. Tapi sebenarnya dia telah arahkan, lihat surat berikut:

Ambil dari Belantan SINI
Lim Guan ENg telah arahkan Ng Wei Aik yang rasis untuk keluarkan surat pekeliling. Konon-konon dia ubah kenyataan, kata Belantan.

Dengan segera Golden Screen Cinema terus tidak mahu siarakan dengan alasan ikut arahan ibu pejabat. GSC tidak akan berbuat demikian jika Ketua Pengaraha FINAS tidak persetujui.

Nampaknya Ketua Pengarah FINAS macam takde telor dan tidak tahu kuasa yang FINAS ada. If you are powerful, use your powerful. If not, you are bloody full.

Nampaknya betullah Menteri hanya tahu marah tapi tak berani bertindak

Guan eng hanya ugut, Menteri dah melatah, Ketua Pengarah penakut dan akhirnya Robert Kuok hanya sedia berkerjasama dengan DAP. Lepas Tanda Putera, kami nak boikot GSC dan semua produk dan perkhirmatan syarikat Kuok brothers. 
Campur, tolak, darab dan bahagi.. akhirnya melayu juga yang rugi!

INFO! Senarai Kongsi Gelap yang di haramkan di Malaysia!

Posted: 29 Aug 2013 08:12 PM PDT




Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengumumkan nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media di sini, berkata kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," katanya.



Beliau berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:

- Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

- Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

- Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.

- Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.

- Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.

- Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.

- Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang,
Perak dan Johor)

- Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor)

- Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)

- Gee Ah Eng

- Loh Kuan

- Tiang Yee Tong

- Geng 21

- Ang Soon Thong

- Wah Kee

- Sio Sam Ong

- PNEH

- Hong Hong San

- Hai San

- Sin Ang Bin

- New Cell 20

- Jit It Hai

- Sio Koon Tong

- Gee Lam Kor

- Geng Leng Hor

- Geng 35

- Geng 303

- Geng Satu Hati

DI SABAH:

- Sabah ATAP

- Hung Ann

- Sui Yuk

- Otai

- Borneo Red EMP

DI SARAWAK:

- Sarawak Ah Ngau

- Batu Tiga

- Ah Feng

- Batu 10

- Sibu T

- Ah Seng

- Ah Chin

- Lee Lung

- Lo Han

- Sg Merah

- Sg Badut

- Ting Ching Lee

- Tua Cak Lee

- Teksi Station

- Pintu Merah

- Krokop

Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.

Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.

Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.

Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. - Bernama

INFO! Rakyat Patut Tengok Filem Tanda Putera dan New Village - Tun Dr Mahathir

Posted: 29 Aug 2013 06:12 PM PDT


Rakyat sepatutnya dibenarkan untuk menonton filem berkisar tentang sejarah seperti Tanda Putera dan New Village, dan mereka akan membuat keputusan sendiri mengenainya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jika mereka mahu mengharamkan Tanda Putera, mereka sepatutnya mengharamkan kedua-dua filem.

"Jika mereka mahu menayangkan filem, mereka sepatutnya menayangkan kedua-duanya. Kemudian, rakyat akan membuat keputusan berdasarkan pandangan mereka," katanya pada sidang media di Shah Alam, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta pandangan mengenai keputusan untuk menayangkan filem kontroversi Tanda Putera.

Filem Tanda Putera merupakan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, yang menggambarkan mengenai rusuhan 13 Mei 1969, memfokuskan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Manakala New Village, berlatarkan zaman penjajahan British pada era 1950an di Tanah Melayu, dan menggambarkan kisah cinta antara seorang gadis kampung dan seorang gerila komunis, yang mengimbas mengenai kehidupan kaum Cina pada zaman darurat.

-mStar
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...