Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT INFO! Fitnah Merupakan Senjata Utama Pembangkang!! #PRU13
- PANASS!! Apa Masalahnya Kalau Kedah Laksanakan AES? #HanyaDiKedah
- PANASS!! Masalah bila rakyat Malaysia tak tahu bahasa Melayu!!
- TUDIAA!! Video Anwar Kencing Penyokongnya Beradap!!
- PANASS!! Rombongan Pemangku Sultan Kedah Di Serang!!
- HOT INFO! Ustaz Azizan Mantan MB Kedah Kini Bergelar Tan Sri! #HanyaDiKedah
HOT INFO! Fitnah Merupakan Senjata Utama Pembangkang!! #PRU13 Posted: 02 Jun 2013 09:46 AM PDT Dengan kerusi sebanyak 38 daripada 89 jumlah kerusi pembangkang di Dewan Rakyat, Dap sudah amat amat yakin parti itu sudah cukup yakin dan popular di kalangan rakyat. Malah Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng dengan megahnya berkata masa depan negara akan bertambah cerah jika pihak pembangkang kuat di parlimen. Namun apakah apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu benar atau apakah asas yang digunakan untuk mengeluarkan kenyataan begitu? Benarkah dengan penambahan kerusi parlimen Dap, Pas dan PKR negara akan mendapat keuntungan, kebajikan rakyat lebih terbela, dan negara lebih selamat dan kedaulatan terjamin? Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang baru berlangsung, Barisan Nasional menang dengan 133 kerusi parlimen berbanding 89 untuk pembangkang. Dengan peningkatan tujuh kerusi daripada 82 yang diperolehi pada PRU 2008, pembangkang memikirkan rakyat sudah menerima mereka dan sudah sedia menjadi alternatif kepada BN sebagai kerajaan pusat. Jika dianalisa kemenangan yang lebih besar dicatat oleh calon-calon parti pembangkang dalam PRU13, boleh disimpulkan secara ringkas bahawa kerusi yang mereka menangi adalah berlandaskan semata-mata kepada fitnah dan tohmahan. Kerajaan dilemahkan dengan serangan bertalu-talu, terancang dan secara berterusan sejak 2008 lagi sehingga imej dan prestasi pentadbiran BN terjejas di mata rakyat. Apatah lagi dengan pendedahan kewujudan beribu-ribu pasukan tentera siber yang dibiayai oleh Dap untuk menyerang kerajaan dengan isu-isu yang sengaja dicipta dan melalui penyelewengan fakta. Walaupun dinafi sekeras-kerasnya oleh pemimpin veteran Dap, Lim Kit Siang, namun pengakuan bekas salah seorang anggota tentera siber parti itu sebenarnya telah membuka rahsia dan agenda besar parti itu untuk menumbangkan kerajaan melalui budaya fitnah. Malah pasca PRU13, gerakan menyebar fitnah ini terus meningkatkan serangan fitnah terhadap kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya. Umpamanya Dap dengan kerjasama rapat sekutunya PKR dan Pas mencipta pelbagai propaganda untuk mencemarkan keputusan pilihan raya dengan tujuan menimbulkan kekacauan jalanan. Isu 'blackout' dicipta untuk menjaja cerita berlakunya penipuan di beberapa pusat pengiraan undi dengan bekalan elektrik sengaja diputuskan. Malah disiarkan gambar kejadian 'blackout' disebuah pusat pengiraan undi disebuah lokasi yang tidak didedahkan. Penyokong-penyokong pembangkang tanpa usul periksa dan menyiasat kesahihan andaian tersebut dengan menyebar secara meluas gambar dan dakwaan tersebut. Di dalam perhimpunan haram yang diadakan oleh Anwar Ibrahim di seluruh negara isu 'blackout' telah dijadikan modal untuk menimbulkan kemarahan rakyat. Penjelasan SPR yang berjaya membuktikan kepalsuan gambar tersebut tidak dipedulikan dan dipercayai kerana cerita sensasi 'blackout' yang dijaja oleh pembangkang lebih menarik hati dan ditelan bulat-bulat oleh mereka. Begitu juga dengan isu undi popular yang diputar belitkan oleh Anwar dengan mengatakan pembangkang sebenarnya telah menang tetapi dinafikan oleh BN. Walaupun telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh SPR berdasarkan perundangan negara dan sistem pilihan raya yang telah digunapakai sejak merdeka, namun isu ini terus disebarkan untuk mewujudkan keadaan huru hara oleh penyokong pembangkang. Seolah-olah Dap bersama-sama Red bean Armynya sudah bersedia dengan satu templat dan agenda yang terlebih dahulu telah ditetapkan untuk menyerang kerajaan. Gerakan ini bertambah mantap dengan penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh portal-portal berita pro-pembangkang seperti malaysiakini.com, themalaysianinsider.com dan freemalaysiatoday.com Portal-portal berita ini berganding bahu dengan pasukan siber Dap untuk menyerang sesiapa sahaja yang dianggap musuh kepada pakatan pembangkang. Jadi apalah sangat yang hendak dibanggakan oleh Dap dan sekutu pembangkang mereka kerana kemenangan yang mnemberangsangkan bagi mereka adalah berlandaskan pembohongan dan fitnah semata-mata. Politik Dap hanyalah berasaskan kepada agenda menimbulkan sebanyak mungkin isu yang boleh dijadikan modal untuk menghentam kerajaan samada dalam Dewan Rakyat atau di ceramah-ceramah mereka. Calon-calon BN bukan dikalahkan kerana tidak layak atau 'winnable' tetapi kecundang akibat fenomena fitnah yang disebarkan seluas-luasnya oleh pembangkang semasa masa berkempen. | ||
PANASS!! Apa Masalahnya Kalau Kedah Laksanakan AES? #HanyaDiKedah Posted: 02 Jun 2013 05:37 AM PDT Bila exco terlampau pandai si Tajul Urus membuat kenyataan bahawa Automated Enforcement System (AES) akan dilaksanakan di Kedah. Maka berduyun-duyunlah puak pembangkang berterima kasih kepada rakyat Kedah kena Kerajaan BN Kedah menghadiahkan AES. Walaupun tahniah yang disampaikan tu cara perli, tapi namun pada hakikat yang sebenar, perlaksanaan AES itu penting dan perlu untuk mencegah kemalangan dan jenayah jalanraya. Kita jangan fikir ia satu hukuman, kita anggap dia sebagai alat keselamatan umpama lampu isyarat. Kenapa kita perlu lampu isyarat? Sebab nak selaraskan traffik. Sama juga macam AES, untuk mencegah pemandu dari memandu terlalu laju. Kebanyakan orang takut dengan saman yang dikeluarkan AES. Kenapa takut kena saman kalau kita tidak lakukan? Contohnya macam ni, Kerajaan Malaysia laksanakan undang-undang keras kalau melakukan hubungan seks luar tabie, kenapa kita takut pada undang-undang luar tabie kalau kita tidak pernah terfikir nak main 'belakang'? heh.. Patutnya orang yang selalu 'main' belakang atau melakukan hubungan sejenis yang akan takut pada undang-undang itu betul? Jangan takut kalau kita tak buat salah. Macam tu juga dengan AES, buat apa nak takut kalau kita tak langgar undang-undang dan pandu terlalu laju? Kamera AES bukan hanya untuk tangkap orang bawa laju, ia boleh digunakan untuk memantau pergerakan traffik, boleh digunakan untuk mencegah jenayah jalanraya, boleh memantau jika berlakunya kemalangan dan beberapa fungsi penting lagi. Sepatutnya kita rasa lebih selamat dengan adanya AES, bukan rasa tersepit. Biar penjenayah yang rasa takut, bukannya kita rakyat marhein ni. Cuma kalau nak pacak AES tu biar la di tempat yang strategik, jangan main pacak ikut suka saja. Buat kajian habis-habis dahulu. Ada orang kata pacak AES sepanjang jalan pun, kalau nak eksiden, tetap eksiden. Betul, ajal maut tu di tangan tuhan, tapi Allah juga mahu kita berusaha untuk mencegah. Kita manusia hanya mampu untuk merancang, Allah yang menentukan. Dari biar dan berserah ramai rakyat Kedah mati katak dijalanraya, baik kita cuba untuk mencegah, tak salahkan? Sekali lagi Mc nak ulang, AES ni untuk orang yang buat salah saja, kalau tak buat salah, buat apa nak takut? Mc bukan menyokong, ini hanya pendapat peribadi saja. Bila difikir-fikirkan, lebih banyak kebaikan dari keburukan. Betul? McTheory: Tolong komen wahai sahabat ku sekelian.. | ||
PANASS!! Masalah bila rakyat Malaysia tak tahu bahasa Melayu!! Posted: 02 Jun 2013 02:37 AM PDT Nampaknya, kaum Cina langsung tidak menghargai tindakan kerajaan untuk tetap melantik wakil mereka di kabinet setelah MCA menolak sebarang jawatan. Malah mereka mempertikai pula perlantikan itu atas alasan wakil yang dipilih tidak mampu menguasai Bahasa Mandarin. Persoalan ini dibangkitkan oleh Dong Zong dengan menyifatkannya sebagai tidak wajar. Kita tidak faham kenapa mereka yang mengaku sebagai warganegara Malaysia dan enggan digelar pendatang memerlukan wakil yang mampu menguasai bahasa lain selain Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kedua negara. Nampaknya, Dong Zong telah membuktikan bahawa kaum Cina memang layak digelar pendatang. Dong Zong telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa kaum Cina di Malaysia sememangnya tidak fasih berbahasa kebangsaan. Dalam ertikata lain, mereka telah lama meminggirkan Bahasa Malaysia dan langsung tidak mengiktirafnya sebagai bahasa rasmi negara ini. Ini adalah bukti jelas betapa kroniknya kesetiaan kaum Cina kepada negara ini dan perkara ini tidak wajar diambil ringan oleh kerajaan. Mengupas isu ini dengan lebih mendalam, inilah dikhabarkan kepada kerajaan bahawa kaum Cina sebenarnya memandang lantikan wakil mereka sebagai tidak bermakna kerana apa yang mereka mahu adalah kuasa yang lebih, iaitu di kementerian yang lebih signifikan seperti Kewangan, Pertahanan atau Timbalan Perdana Menteri kalaupun tidak Perdana Menteri. Sedangkan, keadaan yang sama boleh dilihat di mana-mana negara di dunia di mana tidak mungkin kaum minoriti diberi kuasa lebih apatah lagi dalam sebuah negara demokrasi. Hal yang sama berlaku di Singapura di mana kaum Melayu yang jauh lebih layak juga hanya akan diberi jawatan 'cikai' atau bawahan sahaja. Amerika pula hanya baru-baru ini sahaja menerima Presiden kulit hitam, itu pun kita cukup tahu bahawa beliau bukannya berkuasa dalam ertikata yang sebenar. Lebih dari itu, kaum kulit hitam di Amerika dan juga etnik-etnik lain tidak pernah mengambil sikap memencilkan diri dari aspirasi negara. Mereka tidak pernah memperjuangkan bahasa ibunda atau sekolah berasingan. Malah mereka juga tidak punya akhbar dalam bahasa sendiri. Pendek kata, mereka tiada bezanya dengan penduduk asal negara itu, maka kerana itu Presiden Obama mampu diterima ramai. Malaysia tidak mampu mengikut jejak itu kerana soal 'minoriti' bukan merupakan satu-satunya masalah yang mengekang kaum Cina dari mendapat kuasa lebih. Masalah yang lebih besar ialah kaum Cina di Malaysia enggan berasimilasi dengan kaum majoriti, serta enggan menjadi sebahagian dari aspirasi negara ini. Kaum Cina langsung tidak menghormati asas dan dasar-dasar negara sehingga ke tahap memperlekehkan kerajaan itu sendiri. Malah, kita juga sedia maklum bahawa mereka cukup 'anti' dengan perlembagaan negara ini yang meletakkan hak istimewa bumiputera serta agama Islam sebagai agama rasmi. Mereka juga enggan mengiktiraf struktur negara yang meletakkan Raja-raja di tempat tertinggi. Sehingga ke hari ini, majoriti kaum Cina langsung tidak tahu perbezaan Sultan dan Agong atau memahami adat-istiadat rasmi negara. Pendek kata, majoriti mereka tidak pernah menjadi sebahagian dari negara ini. Lebih buruk, sifat rasis kaum Cina Malaysia begitu terserlah. Tiada siapa boleh menafikan bahawa kaum Cina gemar menindas pekerja dan peniaga kaum lain secara halus, mahupun secara terbuka. Justeru, membuka peluang kepada mereka untuk lebih berkuasa bermakna membuka ruang untuk mereka menindas kita. Hakikatnya, perbuatan Dong Zong mempersoal lantikan wakil Cina tersebut merupakan kenyataan 'keangkuhan' kaum itu. Dengan mempertikai kefasihan mereka berbahasa Mandarin menunjukkan bahawa Dong Zong enggan meletakkan bahasa kebangsaan lebih tinggi dari bahasa ibunda mereka. Dong Zong juga mahu kerajaan tunduk sahaja kepada kemahuan mereka itu, tanpa banyak soal. Hari ini, kita sedih melihat Perdana Menteri dicaci-hina dan diketawakan semahu-mahunya di laman-laman web dan laman-laman sosial kaum Cina sementara ada pihak di keliling Perdana Menteri sendiri yang meminta agar kerajaan terus berlembut dengan mereka… | ||
TUDIAA!! Video Anwar Kencing Penyokongnya Beradap!! Posted: 02 Jun 2013 12:18 AM PDT Apakah selama ini.... Macai-macai yang bermati-matian yang menafikan penjanjian yang dibuat tersebut ? Jom tengok !!! Video kencing kasi hancing oleh Anwar !!!! Sudah terang lagi mau suluh ker !! Kesian melihat penyokong-penyokong 'tegar' peliwat porno ini, Confirm dah kena 'main'. Siang malam dok 'terlompat-lompat' macam 'b....k' kena belacan rupanya dah kena liwat pemikiran depa ni... Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata seorang saksi pertemuan yang diadakan oleh orang tengah dari Indonesia dengan kedua-dua pemimpin itu dan seterusnya baca kat disini | ||
PANASS!! Rombongan Pemangku Sultan Kedah Di Serang!! Posted: 01 Jun 2013 08:16 PM PDT ALOR SETAR: Serangan ke atas seorang anggota rombongan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Phuket, Thailand Rabu lepas, bermotifkan rompakan dan bukan ancaman terhadap Tunku Annuar atau anggota rombongan lain. Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan polis Thailand hasil siasatan awal. "Siasatan awal polis Thailand mendapati insiden ini ada kaitan dengan sindiket mencuri pasport kerana harga pasaran pasport haram adalah tinggi," katanya dalam kenyataan, di sini Sabtu. "Tunku Annuar yang juga Tunku Bendahara Kedah turut mengesahkan sepanjang percutian ke Phuket mulai 27 hingga 30 Mei lepas tidak menghadapi apa-apa masalah dan berjalan dengan lancar," katanya lagi. Menurut beliau, pada malam kejadian Pembantu Khas Tunku Annuar, Mohd Sobri Said yang pulang ke biliknya di sebuah hotel mendapati ada empat individu di dalam bilik itu yang kemudian bertindak menyerangnya. Mereka kemudian merampas pasport Malaysia beliau, telefon bimbit dan dompetnya tetapi tidak mengambil barangan lain, kata Syed Unan. Media pada Sabtu melaporkan polis Thailand menahan dua lelaki rakyat Malaysia berumur 40-an bagi membantu siasatan kes tersebut. Turut ditahan isteri mereka serta seorang rakyat Thailand. - BERNAMA | ||
HOT INFO! Ustaz Azizan Mantan MB Kedah Kini Bergelar Tan Sri! #HanyaDiKedah Posted: 01 Jun 2013 05:39 PM PDT Tahniah Mc ucapkan pada Ustaz Azizan.. walaupun sering diserang oleh pengkhianat dalam Pas Kedah, namun YDP Agong nampak jasa-jasa Ustaz Azizan dan perlu diberi anugerah. Tahniah sekali lagi. Tentang keadaan terkini Ustaz Azizan, Mc diberitahu, beliau dah semakin sihat, cuma masih tak boleh makan sendiri. Ustaz tetap setia ditemani oleh Ister-isteri dan anak-anaknya. McTheory: Doakan Ustaz semoga cepat sembuh.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment