CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[PESTA BUIH] 47 remaja Islam ditahan sertai parti buih

Posted: 23 Jun 2013 03:07 AM PDT

SEBAHAGIAN daripada remaja Islam lelaki dan perempuan yang asyik mandi buih di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, malam semalam.
KUALA LUMPUR 22 Jun - Seramai 47 remaja Islam termasuk tiga pelajar tingkatan lima ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika asyik berhibur dalam parti mandi buih di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng di sini malam tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, pihaknya menahan seramai 38 lelaki dan sembilan perempuan yang berusia lingkungan 17 ke 30 tahun.


Menurutnya, tiga daripada remaja perempuan terbabit berusia 17 tahun dan masih bersekolah.

"Ketika serbuan dilakukan kesemua mereka sedang menari sambil mandi buih dengan berpakaian seksi," katanya ketika ditemui selepas operasi yang turut disertai oleh anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Wan Jaafar, setiap pelanggan yang menyertai pesta itu dikenakan bayaran sebanyak RM40 seorang.

Beliau berkata, pihaknya melakukan intipan di restoran berkenaan setelah mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan maksiat itu.

"Hasil siasatan mendapati restoran ini mempunyai lesen perniagaan yang sah dan mengadakan pesta seperti ini pada masa-masa tertentu sahaja," ujarnya.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 29 dan Seksyen 35 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Jawi untuk siasatan lanjut," ujarnya.

[NGERI, TERHEMPAS] Pesawat Lakukan Lagak Ngeri Terhempas, Dua Terbunuh

Posted: 22 Jun 2013 09:39 PM PDT


DAYTON, Ohio: Pihak berkuasa berkata, sebuah pesawat yang membawa pelagak ngeri terhempas di pertunjukan udara Ohio, mengorbankan seorang juruterbang dan pelagak ngeri itu.

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Dayton, Linda Hughes dan Peronda Lebuh Raya Negeri Ohio, Leftenan Anne Ralston mengesahkan kematian itu kepada The Associated Press pada Sabtu (waktu tempatan).

Nahas itu berlaku pada petang Sabtu di Pertunjukan Udara Vectren dekat Dayton.

Tiada penonton pertunjukan yang cedera dilaporkan.

Pertunjukan itu kemudiannya dibatalkan pada hari tersebut. – AP

Jane Wicker (left) and her pilot Charlie Schwenkerdied were killed instantly in a horrific crash in Ohio Saturday afternoon. 

Pilot Charlie Schwenker was also killed in the crash.


Wing walker Jane Wicker was sitting on the wing of the plane when it crashed on Saturday afternoon







[BIADAP] Peserta Black505 Bawa Bendera Merah Putih Ganti Jalur Gemilang

Posted: 22 Jun 2013 08:32 PM PDT



[PENGARUH FATWA SYAHID HUSAM] Timbalan Ketua Penerangan AMK Ajak Pengulas Mykmu Bergaduh?

Posted: 22 Jun 2013 10:15 AM PDT


Rentetan ulasan Mykmu.net,AMK Punca Pegawai DBKL Dipukul? telah menyebabkan seseorang individu yang mendakwa dirinya Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip telah bersetuju untuk bergaduh dengan pengulas bernama Omega.

Malah pengulas yang mendakwa dirinya Rozan Azen a.k.a Mat Ranggo turut mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Politik Ahli Parlimen Batu, Y.B. Tian Chua.

Mykmu masih tidak dapat mendapat pegesahan Rozan sama ada beliau sendiri yang menulis komen tersebut atau ada orang menyamar.

Suasana malam tadi di Padang Merbok setelah DBKL mengalah dan membiarkan petualang sakit jiwa mendirikan khemah
Mat Sabu bersama pelanggar undang-undang

 AMK Punca Pegawai DBKL Dipukul?

Mungkin kerana terpengaruh dengan janji syahid yang diberikan oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa sebelum ini, sekumpulan anak muda yang mengelar diri mereka sebagai ABU telah bertindak liar dengan menghalau dan memukul pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) petang tadi.

Insiden yang berlaku ketika berlangsungnya program himpunan 'Black505' itu, ekoran dari tindakan mereka yang cuba menghalang pegawai tersebut dari menjalankan tugas.

Mereka sebelum ini telah bertindak melanggar arahan yang diberikan sebelum ini agar tidak mendirikan sebarang khemah di tempat awam.

Ekoran tindakan kumpulan tersebut, pegawai DBKL yang bertugas telah menghampiri kumpulan tersebut dan dengan secara baik telah meminta mereka agar mengemas kembali khemah yang didirikan itu.

Sumber: mykmu.net

Blackout 505 – Anwar GAGAL, Tak Sampai 1% Hadir

Posted: 22 Jun 2013 08:29 AM PDT


PERHIMPUNAN Blackout 505 bermula seawal pukul 10 pagi, ada di antara kera pembangkang yang hadir seawal 7 pagi pun, sama-sama isi minyak dengan penulis di jalan masuk ke Kuala Lumpur.

Kalau mengikut cakap Anwar Ibrahim semalam, himpunan haram hari ini akan dihadiri lebih suku juta manusia.  Itu cakap Anwar Ibrahim.  Kalau kita dengar cakap macainya yang majoriti sudah ada masalah mental, 1 juta akan hadir beramai-ramai untuk membantah keputusan PRU13 yang lepas kerana dakwaan penipuan.

Tapi ternyata, dua dua pun meleset, hakikat sebenarnya, tak sampai 1% pun yang hadir dalam himpunan yang berakhir sebentar tadi.  Ini macam mana cerita, 1% saja yang datang?

Paling mengejutkan, komuniti Ah Beng yang memberikan 97% undi kepada pembangkang dalam pilihanraya umum yang lepas, tidak hadir bagi menyokong himpunan kali ini.  Pelik, sebab kalau mengikut beberapa siri perhimpunan yang diadakan di beberapa negeri sebelum ini, kumpulan ini yang menjadi minoriti.

Malaysiakini melaporkan Padang Merbok, Jam 5pm Sudah Kosong. Many complained about the heat, haze and lack of excitement
Sebaliknya yang kembali menjadi bodoh, ialah orang Melayu juga, malunya pun ada dengan sikap segelintir bangsa sendiri.

Sudah tentu Anwar ada sahaja alasan untuk menjustifikasikan keadaan kenapa kehadiran kali ini begitu mengecewakan.  Sama ada Anwar nak berterusan menipu dengan fakta-fakta yang direkanya sendiri, ataupun Anwar akan menyalahkan cuaca Jerebu yang sedang melanda negara kita.


Ini Anwarlah, pembohong dan penipu nombor satu.  Kalau dia boleh adakan perhimpunan berdasarkan keadaan yang tidak wujud (Blackout), setakat mencipta alasan untuk menjawab kepada balacinya kenapa kehadiran kali ini begitu mengecewakan, bukanlah 
satu masalah besar pada dia.

Tapi melihat kepada keadaan tadi, rasanya kepimpinan Anwar semakin ditolak oleh penyokongnya sendiri.  'Kesikitan' kera yang datang itu sudah satu hal, kalau yang datang pun 'boo' semasa Anwar berucap (kumpulan ABU), itu apa cerita?

Apa sekalipun penulis melihat masa depan yang gelap untuk pembangkang.  Dia nak blackout SPR, dia pulak yang akan diblackout rakyat kerana tidak konsisten dalam banyak hal.  Kata tipu, tapi angkat sumpah dan sebagainya.

-Sumber:Mykmu

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...