Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Pas Kedah Plan Nak Jatuhkan Azizan!! #HanyaDiKedah
- HOT INFO Menarik! Apa yang berlaku pada PRU ke 13 Tempohari! #PRU13
- TUDIAA! MB Baru Kedah Testing Duduk Meja Menteri Besar! #HanyaDiKedah
| TUDIAA!! Pas Kedah Plan Nak Jatuhkan Azizan!! #HanyaDiKedah Posted: 07 May 2013 06:08 AM PDT Berita kat bawah ni, macam platform nak sepak seseorang keluar dari jawatan tertentu. Tak kisah la apa Pas nak buat. BN nak fokus majukan Kedah dulu. PAS Kedah akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengenal pasti punca kekalahan teruk parti itu, sehingga hilang kuasa kerajaan negeri kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Ke-13 (PRU13), Ahad. Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata PAS Kedah juga akan mengkaji semula struktur pimpinan parti itu termasuk jawatan Pesuruhjaya negeri yang kini dipegang Datuk Seri Azizan Abdul Razak. "Bila berlaku kekalahan seperti ini, PAS Pusat akan melantik satu jawatankuasa untuk mengkaji semua struktur kepimpinan bagi melihat dari segi jangka masa panjang," katanya kepada pemberita. Pada PRU13 dua hari lepas, PAS hanya menang sembilan daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 16 pada PRU 2008. BN Kedah memperoleh 21 kerusi DUN untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu. Phahrolrazi berkata hasil bedah siasat itu akan diserahkan kepada PAS Pusat untuk membuat penilaian sebelum menentukan tindakan lanjut demi masa depan parti itu. Beliau yang mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur berkata prestasi buruk parti pada PRU13 mungkin disebabkan beberapa faktor seperti melibatkan kepimpinan parti, percaturan calon tidak sesuai, jentera dan kelemahan dalam organisasi terutama di kawasan yang tewas. Katanya semua organisasi dalam PAS akan mengadakan mesyuarat agung dan membuat pelantikan baharu dalam masa terdekat. "Selepas mesyuarat agung tahunan PAS Pusat, jawatan Pesuruhjaya negeri akan dilantik semula. Jika perlu perubahan, kepimpinan PAS Pusat akan membuat keputusan," katanya. McTheory: Hangpa buat la apa yang patut.. he he.. |
| HOT INFO Menarik! Apa yang berlaku pada PRU ke 13 Tempohari! #PRU13 Posted: 06 May 2013 11:17 PM PDT |
| TUDIAA! MB Baru Kedah Testing Duduk Meja Menteri Besar! #HanyaDiKedah Posted: 06 May 2013 07:31 PM PDT Halamak.. hari ini dalam sejarah, MB Kedah yang baru Datuk Mukhriz Mahathir buat pertama kalinya duduk diatas Meja Menteri Besar Kedah. Untuk pengetahuan pembaca, Datuk Mukhriz Mahathir baru berumur 49 tahun. Menteri Besar Kedah paling muda yang pernah kita ada. Harap-harap pergerakan Datuk Mukhriz lebih laju dari MB sebelum ni. Majukan ekonomi Kedah, anak muda dahagakan ekonomi baru. Dah letih merantau ke negeri orang, lebih baik bersama bekerja membangunkan negeri sendiri. Betul tak? Harap Kerajaan Persekutuan, salurkan Kewangan lebih ke Kedah. Orang Kedah SOKONG BN. tak payah bagi Selangor, maju tapi lupa diri!! McTheory: Dah sedia bersama MB baru untuk majukan Kedah? |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.


No comments:
Post a Comment