House PK |
- CILI KASI TARUK! MAJISTRET TAK TAU UNDANG-UDANG ATAU MEMANG DIA PENYOKONG PAKATAN?
- WAHAI PENCACAI PAKATAN! MANA DIA BUKTI BLACKOUT MASA PRU TEMPOHARI? MANA BUKTINYA?
- CILI KASI TARUK! SPR TIDAK AKAN LAYAN PEMBANGKANG!
- HEBAT NI! APA PANDANGAN KORANG KALAU BN JADI PARTI TUNGGAL?
CILI KASI TARUK! MAJISTRET TAK TAU UNDANG-UDANG ATAU MEMANG DIA PENYOKONG PAKATAN? Posted: 25 May 2013 12:41 AM PDT Section 4 Akta Hasutan jelas ... ... anyone who "does or attempts to do, or makes any preparation to do, or conspires with any person to do" an act with seditious tendency, such as uttering seditious words, or printing, publishing or importing seditious literature, is guilty of sedition. It is also a crime to possess a seditious publication without a "lawful excuse". The act defines sedition itself as anything which "when applied or used in respect of any act, speech, words, publication or other thing qualifies the act, speech, words, publication or other thing as having a seditious tendency". Under section 3(1), those acts defined as having a seditious tendency are acts with a tendency:
Ianya begitu jelas apabila Cauvanis Cina dalam DAP, NGO penyokong PKR dan kumpulan sisipan PAS bermain politik benci terhadap pihak berkuasa, menghina orang Melayu dan menimbulkan isu sensitif terhadap Melayu (yang meliputi kedudukan dan kuasa raja-raja Melayu dan Islam). Akibatnya akan membawa kesan negatif dan reaksi pertembungan yang dahsyat. Kat mana yang Magistret Norashikin Sahat tak faham mengenai apa-apa yang disebut oleh ketiga-tiga badigol Tian CHua, Tamrin Ghaffar dan Harris Ibrahim? Berikut Harris Ibrahim yang begitu jelas seditous di 45:00 Video penuh boleh lihat DISINIMacam-macam pihak nak salahkan polis lah dan ada nak salahkan DPP lah ... Isunya kenapa magistet tak guna kuasa untuk ambil kira jaga kepentingan keselamatan dan kesejahteraan orang awam dan rakyat teramai? Hak asasi seorang untuk lakukan huru hara dan kecuhkan negara boleh diutamakan melebihi keselamatan rakyat jelata? Magistret berkuasa tapi kenapa tak diguna kuasa tersebut. Takut? Tak tahu? Kalau tak tahu, kenapa terima tawaran jadi magistret? Pasal ramai orang muda tergila nak naik pangkat tak kira dan lihat kebolehan sendiri. Magistret berpandangan sempit dan tak ambil perkiraan lebih besar. Dia lihat kes hanya dari kes itu secara "stand alone." Jika ini yang dilakukan magistret, ini bermakna rakyat teramai dan orang awam di GALAKKAN OLEH MAHKAMAH supaya melaksanakan undang secara sendiri demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan sendiri. MAHKAMAH JADI PENGHALANG untuk polis menjalankan tugas dan diperlecehkan siasatan oleh puak-puak sial ini. MAHKAMAH MENGHAMPAKAN usaha pendakwa untuk memastikan proses undang dihormati. Itukah yang Mahkamah mahu? HOUSE PK: Artikel ini aku ambil dari The Uspinners. Baru polis nak jalankan tugas dah datang manistret penyokong Pakatan! Apa nak jadi undang-udang kat Malaysia ni? Aku dah mula hilang keyakinan pada majistret da hakim la kalau macam ni. Bila kita nak dapat AG baru ni? Aku nak letak sikit petikan dari Flying Kick: Kementerian Dalam Negeri dan PDRM kelihatan sedang bertungkus lumus untuk mengamankan negara ini daripada pengacau-pengacau yang tidak dapat menerima keputusan PRU13. Namun ramai juga yang menjangkakan, tugas Menteri KDN dan KPN bukannya semudah menangkap dan menahan, sebaliknya mereka perlu berhadapan dengan satu lagi halangan besar iaitu MAHKAMAH DAN HAKIM. Hari ini, kes mendapatkan reman melibatkan seorang majistret wanita, telah pun membuktikan kebimbangan berkenaan. Adakah sudah sampai masanya untuk pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan majistret tersebut, memulakan gerakan mendedahkan, membogelkan dan menelanjangkan mana-mana majistret atau hakim yang kelihatan berpihak kepada Anwar Ibrahim dan gerombolannya sebagaimana yang dilakukan oleh Ketua Umum PKR itu sebelum ini? Dan persoalan yang lebih penting, apakah badan perundangan negara ini sudah bertukar dari COURT OF LAW kepada SAVIOUR OF ANARCHIST? Harap-harap ada penjelasan daripada majistret atau hakim yang membuat keputusan kontroversi seperti Majistret bernama NORASHIKIN SAHAT yang telah menolak permohonan reman PDRM terhadap Tamrin Ghafar, Haris Ibrahim dan Tian Chua serta membebaskan mereka secara serta-merta! | |||||||
WAHAI PENCACAI PAKATAN! MANA DIA BUKTI BLACKOUT MASA PRU TEMPOHARI? MANA BUKTINYA? Posted: 24 May 2013 09:43 AM PDT Inilah antara gambar yang disebarkan dalam isu lampu padam atau 'Black Out' yang didakwa Pakatan Rakyat. Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya. "Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut. "Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini. Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon. "Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul… mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang. "Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya. Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas. "Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak. "Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa," katanya. Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan. Beliau berkata namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13. "Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis… itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan. "Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu," katanya. Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah. Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara. "Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?," katanya. – Bernama | |||||||
CILI KASI TARUK! SPR TIDAK AKAN LAYAN PEMBANGKANG! Posted: 24 May 2013 05:43 AM PDT Gesaan pakatan pembangkang untuk mengadakan perdebatan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan dilayan. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, perdebatan tersebut dilihat tidak perlu kerana pihak yang tidak berpuas hati mengenai PRU13 boleh memfailkan petisyen kepada mahkamah. "Sebenarnya kami tidak takut untuk berdebat dengan sesiapa kerana kami melaksanakan kerja bersandarkan pada undang-undang dan peraturan tetapi untuk apa SPR perlu bagi publisiti murahan kepada mereka? "Jika tidak puas hati failkan petisyen pilihan raya melalui saluran yang sahih, bukan dengan ke medan debat atau ke jalanan...SPR punya segala bukti tetapi kami perlu menghormati tempoh 21 hari petisyen," katanya kepada pemberita baru-baru ini. Katanya, hujah-hujah ketika perdebatan tersebut tentunya akan digunakan pembangkang untuk petisyen yang akan difailkan. "Pembangkang hendak sangat tunjukkan pada penyokong mereka kononnya mereka menang debat...dia berdebat nak cari publisiti, nak hujahkan perkara yang dia duk debat di jalan raya tu, walhal sekarang ini waktu petisyen pilihan raya, kita kena hormat undang-undang," katanya. Dalam pada itu, beliau turut mengulas tindakan seorang pemuda dari Kuantan yang bertindak turun mengundi sebanyak dua kali bakal dikenakan hukuman dibawah Akata Pilihan Raya. Ujarnya, pemuda tersebut bakal dikenakan hukuman penjara, denda serta hilang kelayakan mengundi selama lima tahun sekiranya didapati bersalah. "Saya cukup kasihan dengan budak itu, dia rasa perbuatan dia begitu berani dan seronok sedangkan dia tidak sedar dia diperalatkan oleh orang politik. "Kalaupun dia menyesal sudah tidak berguna, dia tidak boleh nafikan lagi kerana pengakuannya telah tercatit di bawah aduan polis...inilah akibatnya apabila hendak cuba menipu sistem pilihan raya," katanya. Sumber: KL Pos | |||||||
HEBAT NI! APA PANDANGAN KORANG KALAU BN JADI PARTI TUNGGAL? Posted: 24 May 2013 01:27 AM PDT Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan. Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata cadangan besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas. "Selepas mengambil kira apa yang berlaku dalam PRU lepas kalangan pimpinan BN melontarkan pandangan apakah wajar BN dilihat semula kerana kerjasama yang wujud sekarang ialah penggabungan 13 parti yang menjadi komponen BN dengan setiap parti mempunyai perlembagaan sendiri dan cuma bergabung atas nama BN. "Ada yang berpendapat mungkinkah sudah sampai masa bahawa penggabungan itu dapat dibentuk dalam satu situasi yang lebih mantap iaitu BN sebagai sebuah parti politik, bukan lagi gabungan pelbagai parti politik," katanya mengulas cadangan parti Gerakan yang mahu BN bersifat parti tunggal seperti mana yang dinyatakan pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn dua hari lepas. Baca seterusya di Perak Today |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment