CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[TERKINI GAMBAR] Ustaz Azhar Idrus kahwin isteri ke 3 pada Hari Ini 26 Mei 2013 (Ahad)

Posted: 26 May 2013 02:36 AM PDT


Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Ustaz Azhar Idrus yang telah mendirikan mahligai dengan pasangannya yang ke-3 pada hari ini Ahad, 26 Mei 2013 bertempat di Perumahan Taman Keramat Permai, AU1, Keramat, Kuala Lumpur.

Ramai yang bertanya apakah rahsia Ustaz sehingga ramai yang berminat, sedangkan kami yang masih bujang, belum ada yang menjenguk.

Hebat sungguh Ustaz, siap ada udang memanjat semasa sesi makan beradab yang turut diiringi oleh isteri pertama dan kedua di kiri kanan pengantin.






[KOMEN AC MIZAL] Dari Penuhkan Perhimpunan Baik Penuhkan MASJID

Posted: 25 May 2013 06:34 PM PDT

'Abby di Perhimpunan Suara Rakyat 505' - berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang hingga Malam 25 Mei 2013

Macam tak sampai 50 ribu?
CANDLE LIGHT VIGIL secara umumnya merupakan suatu perhimpunan mengingati insan-insan yang telah meninggal dunia.
Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
  2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

[PEMBOHONG & PEMUNGKIR JANJI] Anwar Mungkiri Perjanjian Rahsia Terima Keputusan PRU-13 - Jusuf Kalla

Posted: 25 May 2013 05:46 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

WSJ juga melaporkan Anwar mengakui beliau telah membuat perjanjian bersama Najib, dengan Jusuf sebagai orang tengah, namun Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) telah membatalkannya melalui cara mereka menjalankan kempen. Jusuf juga berkata beliau menghubungi Anwar sehari selepas hari pengundian pada 5 Mei untuk meminta pemimpin pembangkang itu menerima keputusan tersebut.

"Kami ada komitmen," Jusuf dipetik sebagai berkata. "Pada Isnin, saya meminta Anwar menerima (keputusan) dan melihat kepada realiti. Tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak,".

PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei.

Tanpa mengkritik mana-mana parti, Jusuf berkata beliau berpendapat kedua-dua pihak menunjukkan komitmen mengelak daripada melakukan serangan peribadi semasa kempen.

Jusuf pernah bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian damai dalam pelbagai konflik di Kepulauan Indonesia yang bergolak semasa beliau menjadi naib presiden dari 2004 hingga 2009 dan berperanan dalam perjanjian damai di Thailand dan Sri Lanka.

Pemuda PAS Gombak SOUND Ketua AMK PKR

Posted: 25 May 2013 05:14 PM PDT


GOMBAK - Pemuda Pas Gombak meminta Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak menggunakan media atau mengkritik secara terbuka masalah parti komponen itu.

Ketua Pemuda Pas Gombak, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata demikian mengulas kenyataan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyelar tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencerca calon PKR tanpa bukti pada kempen PRU13.

"Kami tidak kisah AMK mengkritik mana-mana pimpinan Pas, tetapi perlu menggunakan saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini.

Katanya, AMK seharusnya menjadikan pengalaman calon lompat parti semasa PRU12 sebagai pengajaran sehingga menyebabkan Perak dirampas BN.

"PR dimalukan dengan insiden wakil PKR keluar parti seperti Parlimen Bayan Baru, Nibong Tebal, Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Kulim-Bandar Baru.

"Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan PR, malah pengkhianatan terhadap mandat rakyat menyebabkan perkara calon sering diingatkan oleh Abdul Hadi," katanya

[FITNAH PR] BN tidak pernah curi kemenangan pembangkang, ia tuduhan palsu - PM

Posted: 25 May 2013 08:53 AM PDT


PUTRAJAYA 25 Mei - Dakwaan pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) telah mencuri kemenangan mereka adalah satu kepalsuan kerana BN tidak pernah melakukan penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun pembangkang sering mendakwa berlaku penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tetapi mereka gagal menunjukkan bukti, malahan tidak membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Tunjuk warganegara Bangladesh yang dikatakan mengundi, tunjukkan di pusat mengundi mana terdapat warga Bangladesh. Mereka tidak ada bukti.

"Mereka mendakwa bahawa 40,000 warga Bangladesh diterbangkan untuk mengundi, tunjukkan lapangan terbang mana. Jangan tuduh sembarangan bahawa seseorang itu adalah warga Bangladesh hanya kerana mereka gelap sedikit,'' katanya ketika berucap merasmikan Festival Belia Putrajaya di sini malam ini. 

[TAK JADI BERSARA] Anwar bertegas tidak akan undur kerana PRU13 KALAH dengan penipuan

Posted: 25 May 2013 08:41 AM PDT


PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur daripada persada politik tanah air.

Katanya, tindakan itu kerana mendakwa Pakatan Rakyat (PR)  kalah dengan penipuan dalam pilihan raya lalu.

"Jika tanpa ada penipuan, kita akan berada di Putrajaya hari ini, saya bukan tidak boleh terima kekalahan, tapi jika pilihan raya kalah dengan proses yang dijalankan secara telus saya akan bersara.

"Tapi dalam kes ini, kita menang, apa sebab saya nak undur, dia (Barisan Nasional) dapat undi 47 peratus dengan tipu takkan hendak minta orang (PR) dapat undi 51 peratus undur, kamu tidak malu ke?

"Saya putuskan kita tidak akan undur," katanya ketika menyampaikan ucapan pengggulungan pada Kongres PKR ke-9 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya tetapi tidak menyatakan sama ada di universiti dalam atau luar negara.

Anwar juga pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

Mengulas lanjut, katanya beliau bukan mengubah fikiran, tetapi mahu teruskan perjuangan kerana mendakwa penipuan didalangi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membantu kemenangan BN.

"Bagi kita, kita sudah menang pilihan raya, tetapi kekalahan  ini melibatkan bawa masuk (orang) Bangladesh, ini penipuan," dakwanya.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, sekiranya kerusi parlimen yang ditandingi turut dicurigai berlaku penipuan, beliau sedia jika berhadapan dengan pemilihan semula.

"Saya sedia bertanding semula, tetapi jika parti memilih saya kembali," katanya.

[CINA KIASU TERKEDU] Tun Hussein Kata " Cina Nak Jadi Warga Negara Kelas Pertama Dengan Syarat Pindah Kekayaan Ekonomi Kepada Orang Melayu"

Posted: 25 May 2013 08:14 AM PDT


25 MEI — Pada 1978, bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn berdepan dengan kumpulan pendesak perkauman yang mendakwa wujud dua kelas warga negara di Malaysia. Puak ini membuat bising kerana tidak gembira dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang kononnya mendiskriminasi orang Cina dan menjadikan mereka warga negara kelas kedua. Menurut mereka, hak istimewa Melayu, yakni tonggak kontrak sosial yang turut mempertahan hak bukan Bumiputera, meletakkan orang Melayu sebagai warga negara kelas pertama.

Sebagai reaksi, Tun Hussein menyatakan bahawa DEB bertujuan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Ia tidak mendiskriminasi mana-mana pihak, malah orang Cina tetap menjadi kaya di bawah DEB. Ini jawapan beliau: "Orang Melayu boleh saja menjadi warga negara kelas kedua di negara sendiri dan orang Cina boleh diangkat jadi warga negara kelas pertama, dengan syarat orang Cina memindahkan semua harta dan kekayaan mereka kepada orang Melayu."

Pihak pendesak tersentap dan terkedu dengan jawapan itu. Buat seketika, tiada lagi kedengaran desakan atau tuntutan yang tidak munasabah itu. Walaupun Tun Hussein tidak lama jadi Perdana Menteri, beliau dikenali sebagai pemimpin yang tegas dan berprinsip, sama seperti Perdana Menteri sebelumnya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Mereka dihormati, disegani dan adakalanya ditakuti kawan dan lawan.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga meninggalkan legasi yang kuat sepanjang mentadbir negara ini selama 22 tahun. Seorang yang tegas pendirian dan memiliki keyakinan diri yang tinggi, beliau berani membuat keputusan, hatta yang tidak popular, dan menghadapi risiko. Beliau berdepan dengan pelbagai krisis yang melanda parti, kerajaan serta keluarga dan dirinya, namun kesemuanya dihadapi dengan berani dan tegas. Dr Mahathir melahirkan pandangan mengenai pelbagai isu, termasuk mempertahan hak Bumiputera tanpa segan silu, dan berani berdepan dengan semua pengkritiknya, baik di dalam mahupun di luar negara.

Ketegasan dan keberanian pucuk pimpinan menjadikan negara ini aman dan makmur. Rakyat boleh menjalani kehidupan seharian dengan selesa, pembangunan boleh berjalan baik dan ekonomi berkembang pesat. Tapi semua ini boleh terjejas jika soal keselamatan dan kestabilan diambil mudah. Melihat kepada kerenah pembangkang selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13, banyak pihak berasakan perlunya kepemimpinan yang lebih tegas dan berani bagi menangani gejala yang boleh mengancam keamanan negara dan keharmonian bermasyarakat.

Pemimpin pembangkang sedang menanam pemikiran anarkis dalam kalangan pengikut mereka melalui tindakan provokasi, protes dan demonstrasi. Penyokong yang taksub diajar untuk mendengar sebelah pihak saja. Mereka tidak digalak berfikiran rasional atau objektif. Mereka diajar untuk tidak menghormati undang-undang dan bertindak ganas jika disekat. Mereka juga dididik supaya mengecam dan bersikap kurang ajar kepada seteru.

Selain menyerang pemimpin negara, khususnya dari Umno dan Barisan Nasional (BN), mereka juga menghina institusi seperti Raja-Raja Melayu, Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan sistem kehakiman. Sultan Johor dan Sultan Perak adalah antara Raja Melayu yang dihina pemimpin DAP. Tun Mahathir digelar "syaitan" oleh Lim Kit Siang, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah pula dilabel "rasis" manakala Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan timbalannya, Datuk Zulkifli Noordin dianggap pelampau, atas pendirian mereka mempertahan hak orang Melayu, kesucian Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Tidak terkecuali alim ulama, tokoh akademik, cendekiawan dan akhbar Melayu. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sering dikecam penyokong PAS walaupun bercakap benar mempertahankan agama dan nilai Islam. Datuk Dr Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa pula dihina kerana menganjurkan perpaduan ummah Melayu-Islam. Tunku Aziz Tunku Ibrahim turut dikecam kerana pendiriannya menentang keganasan dan demonstrasi jalanan. Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein pernah menangis apabila novelnya, Interlok, dibakar puak pelampau yang memprotes penggunaan perkataan yang dianggap menyinggung perasaan kaum India.

Fenomena keganasan dan pelampau mesti dibanteras segera. Ia sudah berlarutan terlalu lama, sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat yang cintakan keamanan.

Pembangkang harus ingat bahawa Malaysia bukan milik mereka saja. Mereka tidak boleh buat sesuka hati, lacurkan undang-undang dan ranapkan perpaduan. Malaysia milik semua rakyat, semua warga negara ada hak untuk menikmati kedamaian, kestabilan dan kemajuan. Andainya sebahagian lagi rakyat yang membantah "kegilaan" pembangkang yang berterusan ini hilang sabar dan mahu bertemu buku dengan ruas, alamatnya negara kita akan mengalami perang saudara.

Kerajaan dan pihak berkuasa perlu menangani situasi ini dengan cepat, tegas dan tuntas. Episod di Lahad Datu dan Semporna masih terasa, mengingatkan semua pihak soal keamanan tidak boleh diambil mudah. Sudah cukup amaran diberi kepada pencetus huru-hara dan puak anarkis. Ketegasan yang ditunjukkan Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mesti diterjemah dalam bentuk tindakan yang boleh meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak berkuasa. — Berita Harian

[DITEMBAK MATI] Tersilap samun polis

Posted: 25 May 2013 07:32 AM PDT


Petaling Jaya: Padah menyamun polis, seorang lelaki berusia 34 tahun ditembak mati dalam kejadian di SS21/35 Damansara Utama, semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, anggota polis terbabit daripada Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) dari Balai Polis Subang baru tamat bertugas dan singgah di mesin juruwang automatik (ATM) di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek dikenali sebagai Chin Thin Choon, 43, dikatakan mengekori mangsa ke mesin ATM sebelum meletakkan pisau pemotong daging pada lehernya.

"Suspek meminta anggota berkenaan menyerahkan semua barangan berharga dan mengugut mencederakannya jika enggan.

FotoANGGOTA polis memeriksa mayat suspek.

"Anggota berkenaan menyerahkan seutas jam tangan, telefon bimbit dan wang kepada suspek sebelum dia diarahkan berbaring di atas lantai," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...