CELAH GELEGAR |
- [LAGI DITAHAN POLIS] Tamrin Ghafar, Tian Chua dan Haris Ibrahim ditahan ‘akta hasutan’ polis
- [MENGHASUT] Tian Chua dan Haris Ibrahim DITAHAN POLIS
- [DEGIL ENGGAN BERSURAI] 18 Lagi DITAHAN POLIS Termasuk Pegawai khas Sivarasa
- [BUKAN SENATOR] Kit Siang DAKWA 5 anggota Kabinet Angkat Sumpah Depan Agong TIDAK SAH
[LAGI DITAHAN POLIS] Tamrin Ghafar, Tian Chua dan Haris Ibrahim ditahan ‘akta hasutan’ polis Posted: 23 May 2013 12:56 AM PDT SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Tian Chua menerusi laman mikro Twitter miliknya memberitahu beliau kini dalam tahanan polis. Turut ditahan ialah seorang aktivis Haris Ibrahim dalam dua operasi berasingan, lapor Malaysiakini. Kartunis Zunar turut menulis dalam dalam laman mikro Twitter miliknya mengesahkan penahanan mereka berdua. Dipercayai penahanan ini berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini. "Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," tulis Tian menerusi Twitter beliau setengah jam yang lalu. Beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan. Sementara Haris yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) dikatakan ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut. Difahamkan, seorang lagi turut ditahan ialah aktivis Pas, Tamrin Ghafar. Selain Tian dan Haris yang ditahan di bawah Akta Hasutan, Tamrin juga menerima nasib sama. Haris turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu, di mana aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim turut berucap.Ketiga-ketiga mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang. Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan dalam perhimpunan Sabtu ini di padang Amcorp Mall. SH |
[MENGHASUT] Tian Chua dan Haris Ibrahim DITAHAN POLIS Posted: 22 May 2013 11:16 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan aktivis politik, Haris Ibrahim telah ditahan polis untuk membantu siasatan dibawah Akta Hasutan berkenaan dengan Perhimpunan 505 yang dianjurkan oleh parti pembangkan yang lalu. Beliau ditahan di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang lebih kurang jam 12.50 tengah hari tadi sementara Haris Ibrahim pula ditahan polis di Segambut ketika baru hendak menjamu makan tengah hari. Penangkapan tersebut didedahkan melalui akaun Twitter Tian Chua dan beberapa akaun Twitter yang lain. |
[DEGIL ENGGAN BERSURAI] 18 Lagi DITAHAN POLIS Termasuk Pegawai khas Sivarasa Posted: 22 May 2013 06:20 PM PDT SHAH ALAM - Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang sedang bersoladariti bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim telah ditahan ketika kira-kira jam 9.45 malam tadi. Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang berkata, mereka yang ditahan termasuk pegawai khas kepada Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa iaitu Peter Chong dan semua yang ditahan telah dihantar ke Balai Polis Jalan Travers. "Kira-kira jam 9.00 malam, beberapa aktivis ini memulakan ceramah di hadapan Balai Polis Jinjang dan tiba-tiba pihak polis datang memberikan arahan supaya kami bersurai. "Tempoh masa untuk bersurai adalah 10 minit tetapi tak sampai 5 minit pihak polis terus membuat tangkapan apabila kami teruskan dengan ucapan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Sebelum ini, Adam telah ditahan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan. Beliau direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan akan berakhir hari ini untuk didakwa di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Seksyen Jalan Duta. Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu. Menurut Safwan, yang menjadi persoalan adalah sepanjang lima hari pihak aktivis dan penyokong Adam berada di balai berkenaan, tidak pernah dikeluarkan arahan bersurai. "Mengapa baru sekarang? "...tetapi kami tetap akan berada di sini dan akan ikut Adam ke mahkamah," dakwanya lagi |
[BUKAN SENATOR] Kit Siang DAKWA 5 anggota Kabinet Angkat Sumpah Depan Agong TIDAK SAH Posted: 22 May 2013 09:52 AM PDT Menurutnya, walaupun kelima-lima mereka telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong minggu lalu, ianya tidak sah kerana kelima-lima mereka perlu mengangkat sumpah sebagai Senator terlebih dahulu sebelum mengangkat sumpah sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. "Sepanjang 56 tahun Malaysia merdeka, ini merupakan kali pertama saya melihat situasi sebegini kerana ini merupakan kesalahan besar membabitkan perlembagaan. Mengapa ia berlaku sekarang? "Ini kerana sehingga kini kelima-lima mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator untuk membolehkan mereka dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet baru Najib," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, sehingga kini, Datuk Seri Najib masih lagi membisu mengenai pelantikan dua Menteri iaitu Datuk Paul Low Seng Kwan dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta tiga Timbalan Menteri iaitu Waytha Moorthy, Datuk Dr J Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. "Najib sepatutnya mendedahkan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kesalahan yang memalukan Yang di-Pertuan Agong ini sehingga menjadikan Malaysia bahan ketawa di kalangan komuniti diplomatik dan antarabangsa. Jika saya salah sila bidas. "Jika dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri itu tidak juga mengangkat sumpah sebagai Senator, ini bermakna pelantikan mereka boleh dianggap tidak sah dan boleh dicabar," katanya. Kit Siang sebelum itu beramah mesra dengan pengundi Cina di kedai kopi Nam Yuen, Kampung Abdullah, Segamat. Turut hadir, Adun Jementah, Tan Chen Choon. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment