BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! PERANGAI TIAN CHUA MENANGIS MACAM BUDAK KECIK BILA DITANGKAP PDRM DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 24 May 2013 08:30 AM PDT


Tian Chua yang akan didakwa atas Akta Hasutan.Seperti biasa,YB Batu ini telah melakukan drama dengan tidak memberikan kerjasama sehingga memaksa anggota Polis untuk mengangkat beliau untuk masuk ke dalam kenderaan.jom kita layan video dibawah.


RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! KARPAL SINGH UMPAMA SINGA BAPUK ???

Posted: 24 May 2013 05:00 AM PDT


Walaupun diancam dengan ugutan untuk diambil tindakan mahkamah,bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Ibrahim jelas berani dan tetap dengan pendiriannya untuk terus mendedahkan semua rancangan jahat DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.Sebagai seorang yang tinggi dengan jati diri Melayu,beliau tegas mempertahankan tindakannya dengan mengambil pendekatan untuk tidak menjual 'rohnya' kepada parti 'ultra kiasu' itu.Malah sebagai warganegara yang taat kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong,sudah menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. 

"Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan 'rahsia' DAP yang cuba merosakkan negara. Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!" tegasnya yang berani menolak ugutan 'Singa Bapok' DAP,Karpal Singh.Tindakan Abdul Aziz sebelum ini,telah menyebabkan Pengerusi DAP,Karpal Singh mengugut beliau untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya masih terus mendedahkan rahsia DAP.Namun ugutan Karpal itu nyata tidak menggentarkan Abdul Aziz,sebaliknya beliau bertegas akan terus mendedahkan rahsia-rahsia DAP meskipun diheret ke mahkamah.Beliau turut berkata Malaysia adalah tanah airnya dan keluarganya telah menetap di negara ini sejak ribuan tahun. Ugutan Karpal baginya adalah sekadar angin yang berlalu, kerana perjuangannya adalah sebagai seorang anak Melayu yang tidak sesekali akan menjualnya demi keamanan negara. 

Amaran-amaran DAP itu tegasnya lebih menyemarakkan semangat Melayunya untuk melakukan pendedahan mengenai perancangan DAP menghancurkan Malaysia.Karpal sebelum ini menggesa Abdul Aziz supaya menghentikan pendedahan yang menjadi rahsia dalam parti itu kepada umum.Menurut Karpal,jika Abdul Aziz benar-benar 'gentleman' beliau tidak harus mendedahkan rahsia dalam parti.Pada Mei 2012,Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.Pada awal Mei lalu,Tunku Abdul Aziz mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya.Tindakan Abdul Aziz nyata memberikan kesan kepada DAP dan mereka khuatir rancangan-rancangan jahat parti cauvinis itu akan terdedah kepada umum sekali gus menyukarkan usaha mereka untuk menguasai Malaysia.Dengan tindakan yang dibuat Abdul Aziz,ia membuktikan parti itu tidak pernah ikhlas dalam perjuangan mereka kononnya untuk rakyat berbilang kaum,sebaliknya hanya mengambil kesempatan atas kebodohan sesetengah pemimpin Melayu yang menyertai parti tersebut.Syabas Abdul Aziz.Teruskan perjuangan sebagai anak Melayu demi tanah air tercinta daripada dimusnahkan parti cauvinis penipu dan rasis.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SIFAT KEMANUSIAAN MAS PERLU DIPUJI !!!

Posted: 24 May 2013 02:00 AM PDT


Mimpi ngeri yang menimpa seorang wanita dan bayinya yang baru berusia 14 bulan selepas dihalang menaiki pernerbangan pulang Air Asia dari Ho Chi Minh,Vietnam ke Malaysia sudah pun berakhir sebaik mereka selamat sampai di di KLIA tepat jam 7.45 19 Mei 2013.Mereka tidak dibenarkan menyertai pernerbangan Air Asia atas alasan bayi 14 bulan itu dikatakan masih belum sihat dari demam campak sedang hakikatnya sudah sembuh dan tidak membahayakan penumpang lain.Kedua-dua beranak itu kemudiannya di bawa pulang ke Malaysia dengan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bersama dua saudara yang lain.Jika tidak terpaksalah mereka terkontang kanting di Vietnam untuk selama lima hari lagi.Turut sama menjayakan misi penerbangan ehsan itu termasuklah Tourism Malaysia, Kedutaan Malaysia di Vietnam, Hong Leong Bank serta kakitangan MAS. 

Inisiatif kesemua pihak di atas wajar diberi pujian kerana masih mengutamakan sifat kemanusiaan yang cukup tinggi.Tahniah diucapkan.Meskipun begitu bukan bermakna trauma yang mereka alami telah berlalu pergi kerana peristiwa tersebut tentunya melekat dalam ingatan untuk tempoh masa yang sama,barangkali kalau melihat logo Air Asia di kaca TV pun boleh mengundang imbasan yang tidak menyenangkan itu.Sukar dipercayai sama sekali perkara ini berlaku,jika tidak kerana keprihatinan wartawan TV3,Mazidul Akmal yang kebetulan berada di tempat kejadian barangkali kes ini hanya dipandang sepi seolah-olah tiada apa yang berlaku.Kisah yang menimpa mereka berdua cukup menyentuh perasaan ramai di masa yang sama membongkar sisi gelap syarikat penerbangan murah Air Asia yang memperlihatkan ketinggian ego dan betapa rendahnya sifat kemanusiaan syarikat itu.Apapun,sekali lagi kita ucapkan terima kasih kepada pihak MAS dan semua yang terlibat di atas jasa baik dan sikap kemanusiaan yang ditunjukkan dan ia satu tindakan terpuji dan cukup menyentuh hati khalayak.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! KERAJAAN KELANTAN WAJAR AMBIL SEMULA TANAH NIK AZIZ !!!

Posted: 23 May 2013 11:31 PM PDT


Lebih kurang tiga minggu lalu,rakyat Kelantan telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai 14 lot tanah bernilai lebih RM4 juta yang dimiliki oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tika itu adalah Menteri Besar Kelantan.Keluasan gabungan 14 lot tanah itu ialah 4.4 ekar (1.76 hektar) dan terletak di Jajahan Kota Bharu yang mana sekiranya status tanah itu dikomersialkan nilaiannya boleh mencecah harga RM10 juta.Selain Nik Aziz,isterinya iaitu Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah juga di sekitar Jajahan Kota Bharu yang bernilai jutaan ringgit termasuk dua lot daripadanya yang terletak di Pulau Melaka.Nik Aziz yang terkejut dengan pendedahan tersebut segera tampil menafikan dakwaan yang mana menurutnya tanah atas namanya itu sebenarnya adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan beliau hanyalah pemegang amanah selaku MB Kelantan. 

Bagaimana pun sehingga hari ini Nik Aziz atau wakilnya gagal menjelaskan status 13 lot tanah atas nama isterinya.Tiada jawapan mengenai pemilikan tanah atas nama isterinya itu, seolah-olah sengaja di diamkan untuk mengelakkan kontroversi.Kini status Nik Aziz hanyalah sebagai bekas Menteri Besar Kelantan,jika diikutkan penjelasan Nik Aziz dan PMBK sepatutnya selaku pemegang amanah (jika benar), maka kesemua 14 lot tanah itu sudah bertukar nama kepada MB Kelantan sekarang iaitu Ahmad Yakob.Namun sampai sekarang tiada pengumuman oleh Kerajaan PAS Kelantan menyebabkan timbulnya kebimbangan kalau-kalau kelak tanah itu akhirnya menjadi harta pusakan Nik Aziz sekeluarga.Justeru itu amatlah perlu Kerajaan PAS Kelantan tampil segera membuat penjelasan kerana jika benar ianya hanya amanah maka amat perlu semua 27 lot tanah termasuk 13 lot tanah atas nama isteri Nik Aziz dipulangkan semula kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...