BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! APAKAH ALLAH ISTILAH SESUAI UNTUK GOD/LORD ???

Posted: 19 May 2013 05:00 AM PDT


Nama saya Abdul Karim.Saya seorang lelaki.Dalam Bahasa Inggeris,lelaki disebut sebagai "man".Untuk diterjemahkan "man" ke dalam Bahasa Melayu,ianya ialah "lelaki".Bukan "Abdul Karim".Kerana itu nama saya dan nama lain-lain lelaki yang senama dengan saya.Takkan semua "man" yang ditemui hendak kita kirakan itu adalah "Abdul Karim".

Begitu juga untuk seorang yang bernama "Mariam".Beliau seorang wanita.Dalam Bahasa Inggeris,wanita disebut sebagai "woman".Untuk diterjemahkan "woman" ke dalam Bahasa Melayu,ianya ialah "wanita".Bukan "Mariam".Kerana itu nama khas kepada wanita itu dan lain-lain wanita yang bernama "Mariam" Begitulah apabila kita hendak terjemah istilah "God" dari Bahasa Inggeris. "God" dalam Bahasa Melayu disebut  "Tuhan" bukannya diterjemahkan dengan nama khas "Allah". Mudahnya nak faham.


RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! NAK SANGAT #INIKALILAH AKHIRNYA DAPAT #INNALILLAH !!! #LAINKALILAH !!!

Posted: 18 May 2013 10:00 PM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak telah menubuhkan Kabinetnya 10 hari selepas rakyat memberinya mandat dalam PRU13 pada 5 Mei lalu.Dengan ini,bermulalah pentadbiran beliau untuk tempoh lima tahun akan datang,sehingga PRU14 diadakan nanti.Di negeri-negeri,menteri besar dan ketua menteri juga menubuhkan kerajaan masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab diamanahkan rakyat.Bagi majoriti rakyat, mereka mahu melihat ke hadapan dan meneruskan kehidupan dalam suasana aman dan stabil.Mereka menyahut seruan Perdana Menteri untuk membina penyatuan nasional.Mereka faham bahawa politik yang keterlaluan dan tidak berkesudahan bukan sahaja menjejas kesejahteraan rakyat malah boleh merosakkan negara.Mereka mahu melihat negara ini terus berkembang dan membangun, dengan rakyat hidup aman dan bersatu padu.Bagi galakkan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum dalam semangat 1Malaysia,sekumpulan pengguna media sosial memulakan kempen Kita Kawan Mah menggunakan facebook. Dalam dua hari, kempen ini telah menerima lebih 10,000 likes. 

Tiga hari selepas hari mengundi,ada facebook dipanggil One Bangsa One Negara yang turut menerima sambutan menggalakkan daripada pengguna media sosial.Orang yang memulakan inisiatif ini ialah Rachel Ng,seorang peguam muda berumur 27 tahun,yang mahu meraikan kepelbagaian masyarakat Malaysia.Manakala NGO bernama Random Alphabets yang dimulakan Zain HD menggalakkan seramai mungkin penduduk untuk berkelah di Taman Tasik Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu dan memakai pakaian warna Jalur Gemilang melalui kempen #SayaMahuPicnic.Usahawan sosial Anas Zubedy melancarkan kempen #SaySomethingNice,yang menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk berbudi bahasa dan bersopan santun dalam percakapan,perbualan,menghantar mesej,membuat pengumuman, menulis artikel atau sebarang notis.Kempen ini berjalan selama 17 hari dari Hari Merdeka hingga Hari Malaysia bertujuan merapatkan muhibah di kalangan warganegara,termasuk yang tinggal di luar negara.Menurutnya,mengakui kesalahan dan memaafkan orang lain serta mengelak mengutuk atau melahirkan perasaan benci terhadap pihak lain boleh membantu meredakan suasana resah di dalam masyarakat, justeru membantu ke arah penyatuan nasional. 

Deejay radio beberapa stesen termasuk Red FM, 98.8FM,Suria FM dan Capital FM tidak mahu ketinggalan.Mereka memulakan kempen dipanggil Kamilah Malaysia.Mengambil lagu popular kumpulan Freedom tahun 1980an bertajuk Mulanya Di Sini sebagai tema,mereka membincangkan isu-isu menarik dengan beberapa wira negara terdiri daripada personaliti terkenal seperti tokoh sukan dan chef hebat. Turut terbabit ialah pihak media.Kempen #MyWant telah dimulakan secara online oleh sebuah akhbar harian bagi menggalakkan warganegara melahirkan perasaan dan pandangan mereka kepada pemimpin dan tokoh politik berhubung perpaduan nasional.Manakala kesemua ini dianggap usaha yang baik dan dialu-alukan,ada pihak yang tidak berpuas hati kerana kalah dalam PRU13,justeru memilih untuk terus berdemonstrasi.Mereka tidak menerima ketentuan ALLAH SWT,menolak qada dan qadar dan cuba menjustifikasikan revolusi untuk mengguling kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.Padahal ruang untuk mencabar keputusan pilihan raya melalui mahkamah dan proses undang-undang secara konvensyen terbuka luas. 

Walaupun amaran pihak polis dan nasihat alim ulama telah diberi,mereka tetap berdegil untuk meneruskan cara yang salah dan tidak bertamadun untuk merampas kuasa.Walau apa pun dilakukan,jika tidak diredai ALLAH SWT,usaha itu tetap gagal.ALLAH menetapkan kepada siapa ingin diberiNya amanah dan tanggungjawab.Manusia boleh mencuba,malah berdoa dan bersolat macam-macam,tetapi ALLAH yang menentukan.Sudah ditakdirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi perdana menteri walaupun itulah keinginannya yang meluap-luap.Juga ditakdirkan Datuk Seri Hadi Awang tidak akan menjadi perdana menteri dan Pas tidak boleh memerintah negara ini,cuma sekadar Kelantan sahaja.Cita-cita Pakatan Rakyat ialah untuk memenangi PRU13 dan memerintah Malaysia dengan slogan "Inikalilah", tapi rakyat sudah tolak hasrat mereka dengan "Innalillah".

Oleh : Dr Mashitah Ibrahim

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! NEWCABINET !!! ANTARA JANGKAAN DAN HARAPAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK KABINET BARU !!! ADAKAH NEGATIF ATAU POSITIF ???

Posted: 18 May 2013 07:00 PM PDT


Barisan Kabinet baru telah pun diumumkan kelmarin malangnya,ia disambut dengan keluhan.Dunia seolah-olah terhenti seketika,sunyi,seolah-olah memikirkan arah pusingan selepas ini.Kadangkala apabila keadaan terlalu senyap,kita menjadi gelisah.Apatah lagi apabila melihat musuh kita turut senyap seolah-olah 'merestui' kabinet baru yang dilantik.Sedangkan musuh yang kita kenal itu tidak pernah merestui apa-apa yang kita lakukan sebelum ini.Di laman-laman sosial rakyat marhaen dan atas pagar yang ramai-ramai turun mengundi Barisan Nasional dalam PRU-13 kerana terlalu takut jika PR menang,kini tertanya-tanya apakah mereka baru sahaja membantu BN menang atau sekadar membantu BN menunda kekalahan ??? 

Entah kenapa,majoriti rakyat tidak gembira walaupun media-media perdana cuba 'memberi muka' dan menyedapkan hati rakyat bahawa barisan kabinet ini adalah yang terbaik.Entah kenapa rata-rata rakyat ragu-ragu dan bimbang serta tidak mampu memaksa keyakinan terhadap barisan kabinet yang baru.Mungkin juga rakyat telah meletakkan satu jangkaan yang terlalu tinggi terhadap kepimpinan.Ini tidak menghairankan kerana kita semua sudah 'terbiasa' dengan pemerintahan dinamik dan tegas Tun Mahathir selama 22 tahun dan tidak mampu lagi menerima apa-apa yang berbeza dari cara itu.Tun Mahathir telah melonjakkan Malaysia terlalu jauh ke hadapan dengan pendekatan tegas apabila berhadapan dengan kuasa besar,berani mencabar Zionis,lantang menghentam Soros,pantas mengambil tindakan mempertahankan hak negara, bijak memacu ekonomi serta tidak teragak-agak untuk membantu saudara seagama di seluruh dunia. 

Biarpun beliau dihentam dan dicemuh,tetapi beliau konsisten dan fokus dengan perancangannya sehingga akhirnya satu demi satu yang mereka yang mencemuh dan menghentamnya terpaksa akur bahawa beliau benar.Kaum Cina yang sebelum itu menggelar beliau Ultra-Melayu juga akhirnya akur bahawa beliau bukan rasis lalu memberi sokongan padu kepadanya.Pengajaran dari sejarah kegemilangan Malaysia di zaman Tun Mahathir adalah jelas iaitu 'ketegasan' adalah penting dan bukannya 'populariti'.Dari situ,Malaysia muncul sebagai negara yang makmur dan bermaruah.Jika pengajaran dari kejayaan tidak cukup maka lihat pula pengajaran dari kegagalan di mana Malaysia menjunam turun selepas Tun Mahathir meletak jawatan.Kenapa ??? Tidak lain tidak bukan ialah kerana pendekatan kepimpinan baru adalah seratus-peratus 'terbalik' dari apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir iaitu mementingkan populariti dan langsung tidak bertegas.

Justeru,rakyat yang mengundi Barisan Nasional tempoh hari menaruh harapan yang tinggi agar keadaan 'diterbalikkan' semula sepertimana zaman kegemilangan Malaysia.Tidak cukup sekadar ekonomi yang teguh dan kukuh jika soal maruah bangsa dan negara tidak diambilkira.Ancaman keganasan serta penjajahan alaf baru kini bukan lagi sesuatu yang dibaca di akhbar dan ditonton diTV.Tetapi ia sudah begitu dekat dengan kehidupan kita.Oleh kerana itulah semua yang sebelum ini 'malas' mengundi,telah turun memberi kemenangan kepada BN supaya ancaman itu dapat dikekang dan dihapuskan supaya kita boleh fokus ke arah membina negara.Di saat ini,rakyat berada dalam keadaan resah dan gelisah melihat musuh-musuh negara bebas ke sana ke mari membuat onar dan melakukan kerosakan tanpa apa-apa tindakan.Jika persoalan awal di kalangan rakyat berbunyi 'apakah yang ditunggu oleh kerajaan ???', soalan selepasnya kini berbunyi 'apakah yang kerajaan takutkan ???' Dan semua persoalan ini perlu dijawab secepat mungkin oleh barisan kabinet baru.Rakyat hanya mampu berharap agar keresahan dan kegelisahan mereka dapat dihilangkan dengan segera.Kini,terpulanglah kepada mereka yang dilantik untuk memastikan resah dan gelisah rakyat itu tidak bertukar menjadi menyampah.kita tunggu dalam 100 hari bagaimana kabinet baru ini berfungsi.adakah seperti dulu atau sebaliknya ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...