CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[SAH] Dr Juanda TIDAK PILIH PAS (konon Perjuang Islam), SAH tanding di Kangar atas Tiker PKR

Posted: 15 Apr 2013 02:43 AM PDT


KANGAR - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket PKR.

Pengerusi PKR, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata, dengan pemilihan Juanda, partinya yakin akan menang di kubu kuat BN itu.

"Kami optimistik akan menang," kata beliau dipetik Star Online hari ini.

Juanda memegang jawatan mufri sejak awal 2009 menggantikan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sebelum ini, Pas dikatakan telah cuba menghalang tokoh ulama itu daripada bertanding atas tiket PKR di Perlis kerana Juanda akan menyertai PKR, bukannya Pas.

Pas cuba memonopoli ketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis walaupun mereka tewas pada tahun 2008.

Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Kangar adalah kerusi Parlimen terbesar di negeri itu dengan kira-kira 50,000 pengundi dan kita optimis untuk menang.

Dr Juanda yang berasal dari Sarawak sebelum ini dilaporkan antara individu yang cuba dipancing BN dan Pakatan Rakyat.

Kerusi Parlimen Kangar disandang Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN) yang menewaskan calon PKR Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail dengan majoriti 13,600 undi pada pilihan raya umum 2008.

Disebabkan ingin bertanding diketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis, Pas dikatakan agak terkilan apabila Dr Juanda yang berlatarbelakangkan agama tidak tertarik untuk menyertai Pas.

Berdasarkan trend ini, maka jelas kepada kita, golongan ulama tidak lagi melihat Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam yang sebenar. Malah Pas dilihat seperti juga parti-parti politik yang lain seperti DAP, Gerakan, MCA dan MIC, malah sama juga dengan PKR yang sinonim dengan imej dan isu-isu seperti pluralisme, memperjuang LGBT, menerima dana Yahudi dan mempunyai pemimpin rendah moral kerana liwat, melanggan China Doll dan beronani dalam internet.

Bila sebut saja parti politik, maka jelas, pertubuhan itu bukan agama. Islam tetap Islam, tidak boleh dipergunakan demi kepentingan pihak tertentu.

Jika Dr. Juanda memilih BN, sudah pasti penyokong Pas akan menjerit-jerit dan melalak-lalak menyatakan Juanda telah dibeli kerana sanggup lari daripada perjuangan Islam.

Mari kita sama-sama tunggu, apa komen penyokong Pas atas tindakan Dr. Juanda memilih PKR yang dengan secara tidak langsung telah MENOLAK Pas secara rasmi.

Datuk Seri Mustapa Mohamed MAMPU GANTI Nik Aziz

Posted: 14 Apr 2013 05:53 AM PDT

Nik Aziz, 82, yang kerap berhadapan dengan masalah kesihatan didokong oleh penyokong Pas

KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, untuk menjadi seorang pemimpin memerlukan ciri kepimpinan yang cemerlang dan bukannya hanya satu sifat sahaja.

Beliau berkata, diakui golongan ulama boleh memimpin tetapi apa yang berlaku di Kelantan pada masa ini, BN yakin boleh memberi kepimpinan lebih baik.

"Gabungan antara ulama dan umarak (pemimpin) itu kita mantapkan. Kita yakin ada barisan calon-calon mahu pun tokoh agama yang boleh kita tonjolkan.

"Yang pokoknya (penting) ialah memimpin negeri, buat perubahan, kemakmuran, perpaduan, dan saya akui agama itu penting tetapi bukan itu sahaja kerana banyak juga perkara lain," katanya pada sidang media di Pusat Media Barisan Nasional (BN) di sini, Ahad.

14 April : Alhamdulillah, To' Pa merasmikan jambatan Sultan Yahya Petra dari Tesco ke Wakaf Siku, KB.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian pada Ahad bahawa PAS Kelantan mendakwa tiada seorang pun pemimpin Umno negeri yang ada kini berkelayakan memimpin Kelantan, apatah lagi mahu menggantikan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dipetik sebagai berkata, pemimpin yang ingin mengganti atau mengambil alih kuasa kepimpinan sekarang haruslah seorang yang mampu untuk mentadbir negeri dan mempunyai pengetahuan ulama yang luas.

Mustapa yang juga Pengerusi BN Kelantan berkata, tidak semestinya ulama boleh memimpin dengan baik atau mungkin boleh untuk memimpin tetapi apa yang dimahukan parti itu adalah kepimpinan yang cemerlang.

"Ini bukan satu perkara baru, itu merupakan bahan kempen (PAS) sejak tahun 90-an lagi sampai sekarang.

"Rakyat Kelantan pada hari ini sudah mula bangkit dan inginkan perubahan kerana rakyat Kelantan tahu dalam mana-mana pemimpin dalam organisasi pun memerlukan banyak sifat kepimpinan, bukan satu sahaja," katanya.

Celahgelegar: Masih terngiang-ngiang kenyataan Nik Aziz dahulu yang mengatakan jika hari ini Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai PM,keesokan harinya beliau akan meletakkan jawatannya juga.tapi sudah 11 tahun berlalu,namun janji yang dibuatnya dahulu hanya tinggal janji.Inilah adat berpolitik,ulama pun boleh keluk-kelik kerana terpedaya dengan kuasa dan harta dunia.

Kalau kita tutup Aib orang, aib kita juga akan ditutup di akhirat kelak - MB Terengganu (Ahmad Said)

Posted: 14 Apr 2013 03:57 AM PDT


RASA sejuk hati membaca kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berhubung penyebaran video lucah yang mengaitkan seorang pemimpin kanan sebuah parti yang mula tersebar sejak dua hari lalu.

"Saya tidak berani komen sebab tidak mahu terlibat memfitnah orang. Itu bukan prinsip saya.

"Bagi orang Islam, kalau betul sekalipun, tidak elok dedahkan hal peribadi orang lain. Kalau kita tutup peribadi (aib) orang, Insya-ALLAH, aib kita juga akan ditutup di akhirat kelak," kata Pengerusi Umno negeri itu kelmarin (Jumaat), apabila ditanya mengenai isu video berkenaan.

Suatu kenyataan yang sangat baik daripada seorang pemimpin politik dan patut diambil sebagai teladan.

Walaupun ini musim pilihan raya, beliau tidak melatah atau cuba memburukkan orang lain semata-mata untuk mendapat mileage (keuntungan) politik. Syabas Datuk Seri.

Ramai lagi yang berhati mulia dan berfikiran rasional seperti beliau, tetapi biasalah, manusia bermacam ragam.

Ada yang melihat dosa kecil seperti gunung yang akan menghempap kepala, sementara setengah pula melihat dosa yang besar seperti lalat yang boleh dinyahkan begitu sahaja!


Mustafa Ali dakwa Umno terdesak

Sementara itu bagi Datuk Mustafa Ali, beliau lebih SELESA dengan menghembur FITNAH bagi melawan fitnah yang dikenakan terhadap diri beliau.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

Ketika berucap pada satu majlis di markas Pas Kampung Molek  kelmarin, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaru fitnah Umno,"
katanya.

Mustafa berkata, beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

Sementara itu Asmuni berkata, penyebaran video itu bertujuan merosakkan kredibiliti kepimpinan Pas terutama menjelang PRU13  ini.

"Mengapa Mustafa Ali? Sedangkan dia tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan sudah tentu tiada sebarang kepentingan," katanya.

"Ini memang fitnah. Tidak ada orang buat kerja ini melainkan Umno.

"Anak guam saya menafikannya. Video itu tiba-tiba sahaja muncul,"

PKR tak terlibat

Manakala, pihak PKR pula awal-awal lagi sudah cuba sembunyi tangan. Siasat pun belum, alih-alih memberi kenyataan bahawa PKR tidak terlibat. Seolah-olah mendahului pihak polis dalam menyiasat individu yang dipercayai penyokong PKR yang telah mengedarkan VCD video sex pemimpin Pas itu.

Naib Presiden PKR, N Surendran terus sahaja menafikan parti itu terlibat dalam penyebaran video seks itu.

Menurut Surendran, tuduhan mengaitkan PKR dengan video panas itu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

"Pas dan PKR tidak pernah lawan satu sama lain. Kami sentiasa bersatu teguh untuk pilihan raya kali ini.

"Hubungan kami sangat baik dan tiada masalah," katanya.

Beliau turut menggesa pihak berkenaan berhenti menyebarkan video lucah kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada rakyat.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli enggan mengulas berkenaan isu itu kerana beranggapan tuduhan tersebut tidak masuk akal.

"Saya tidak mahu komen kerana tuduhan ini langsung tidak masuk akal," katanya.

Tunggu mesyuarat akan datang: Mat Sabu

Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu berkata, setakat ini tiada apa yang dibincangkan atau diputuskan oleh parti berhubung isu video itu.

"Tak ada apa-apa (arahan siasat), tunggu mesyuarat akan datang kita tengok macam mana.
"Saya duk (duduk) di Pendang kawasan pedalaman talian telefon pun putus-putus, saya tidak tahu apa-apa," katanya.

Mohammad yang lebih dikenali dengan Mat Sabu dalam kenyataannya dalam portal berita sebelum ini berkata  tidak menolak kemungkinan menyiasat penyebaran klip video yang membabitkan pemimpin kanan parti itu.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...