BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRU13 !!! SAH !!! #TOLAKDAP !!! DINASTI LIM PUNCA PERGOLAKAN DAP !!!

Posted: 20 Apr 2013 01:02 PM PDT


DAP dikenali sebagai parti anak beranak yang urusan pentadbirannya dijalankan bagai sebuah syarikat swasta persendirian milik keluarga.Itu identitinya yang tak siapa dapat nafikan.Pendek kata bila sebut saja DAP orang akan teringatkan Dinasti Lim kerana disebabkan jasa dinasti itulah,kini DAP di puncak kegemilangan sehingga mampu menjadi abang besar kepada PAS dan mempunyai orang kanan seperti PKR.Itu cerita dulu kerana beberapa bulan kebelakangan ini imej Dinasti Lim nampaknya sudah tercalar terutama sekali selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung akhir tahun 2012.Sana sini wujud kebimbangan ketara di kalangan pemimpin dan ahli DAP tentang kemungkinan parti itu akan digantung atau diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) gara-gara kemelut penyelewengan semasa pemilihan tempohari.Lebih dramatik lagi bila timbul dakwaan menyatakan ROS tidak mengiktiraf senarai ahli CEC DAP dari pemilihan itu disebabkan banyak keraguan yang timbul. 

Proses pemilihan CEC itu sepatutnya lancar seandainya Penasihat DAP,Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta balaci kroninya berpegang teguh pada aspek ketelusan semasa pemilihan itu.Tapi disebabkan besarnya nafsu untuk menguatkan kedudukan Dinasti Lim,maka berlakulah silap mata di mana kroni Guan Eng iaitu Zairil Khir Johari tiba-tiba sahaja menduduki tangga ke-20 sebagai ahli CEC yang dipilih.Zairil atau nama sebenarnya ialah Christopher Ross Lim, 100% darah keturunan Cina, dinaikkan kedudukannya sebagai ahli CEC walau hakikatnya tidak terpilih,semata-mata untuk menonjolkan konon ada juga pemimpin Melayu yang menjadi pilihan ahli DAP.Tambah menimbulkan kecelaruan bila mana seramai 753 orang perwakilan keturunan India sengaja dinafikan hak memilih hanya semata-mata kelompok pemimpin dan perwakilan itu memusuhi Dinasti Lim.Disebabkan kecelaruan dan penyelewengan yang berlaku akhirnya meletakkan DAP dalam keadaan tersepit berdepan dengan siasatan selepas ahli-ahli DAP sendiri membuat laporan kepada ROS kerana meragui ketelusan proses pemilihan CEC DAP. Dan baru sekarang para pemimpin DAP sibuk menyuarakan kebimbangan mereka kalau-kalau DAP terpaksa digantung atau dikuburkan sebelum atau selepas PRU-13, sudah agak terlambat kerana kerosakan yang berlaku sukar sekali diperbetulkan. Namun seandainya ia menjadi kenyataan,tidak syak lagi beban kesalahan itu kelak perlu dipikul oleh Dinasti Lim.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! CALON PKR DIPAKSA 'BAIAH' BAYAR RM5 JUTA JIKA KELUAR PARTI ???

Posted: 20 Apr 2013 05:00 AM PDT



Ahli-ahli PKR memang terkenal dengan 'Sindrom Lompat Parti'.Biasalah tu.Majoriti mereka semua pada asalnya adalah ahli umno yang terpinggir.Untuk mengelak sejarah lama tidak berulang,PKR kononnya lebih berhati-hati dalam soal memilih calon kali ini.Kononnya mencari calon yang boleh pegang amanah dan setia.Tapi Anwar dan Azmin masih tidak yakin dengan calon-calon mereka sendiri.Mereka masih takut ada diantara calon mereka akan menjadi pengkhianat kepada perjuangan mereka.Jika sebelum ini negara digemparkan dengan pendedahan ajaran sesat Pas,calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya disyaratkan supaya membuat sumpah baiah yang antara kandungan dalam baiah tersebut adalah menceraikan isteri jika mereka lompat parti.Walaupun dinafikan oleh wali mereka Nik Aziz,baiah ini sememangnya wujud walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi ayat, sumpah jatuh talak 3 itu wujud. 

Menurut sumber dalaman,dalam perjumpaan tertutup calon dengan Anwar dan Azmin pagi semalam,mereka telah dipaksa untuk ber 'baiah' secara bertulis "Sekiranya calon yang menang dalam PRU13 akan datang melompat parti,mereka akan dipaksa membayar RM5 juta sebagai ganti rugi". Fuhh.. RM5 juta tue.Calon-calon yang hadir ada yang merasa terkejut dengan pendirian parti.Ada juga yang kecewa kerana parti tidak mempercayai mereka 100%.Tapi apa boleh buat,nama dah naik,terpaksalah mereka ber'baiah' walaupun hati tidak rela.Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak,Nizar Jamaluddin ketika ditemui oleh pemberita yang berkata mana-mana calon jika mereka melompat sama ada rela atau paksa dia kena bayar RM5 juta sebagai bon. 

Malah menurut Nizar lagi,pendekatan Pas agak sedikit berbeza apabila semua calon telah diminta untuk berikrar dan berjanji tidak meninggalkan parti.Namun sekiranya mereka ingkar mereka akan DILAKNAT OLEH RAKYAT.Begitulah kaedah yang diguna pakai oleh pakatan pembangkang bagi memastikan calon-calon mereka tidak melakukan perbuatan yang digelar sebagai 'KATAK'.Ia secara tidak Pasti ramai yang masih ingat ketika negara digemparkan dengan berita akan jatuhnya kerajaan BN yang tidak mempunyai kuasa dua pertiga pada 16 September 2008 kerana wakil rakyatnya akan berpaling tadah.Malah mereka turut menyebarkan cerita,kononnya Anwar telah dipanggil menghadap oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong untuk mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri. Itu belum lagi diambil kira pendedahan Bekas Setiausaha Sulitnya,Anuar Shaari yang mendedahkan berhubung sebuah dana khas yang diwujudkan pembangkang bagi membiayai ahli UMNO dan BN untuk melakukan sabotaj dalam pilihan raya umum akan datang.Kesimpulannya inilah wajah sebenar manusia yang kononnya berjuang atas prisip tetapi di masa adalah merupakan BAPAK SEGALA KONSPIRATOR yang hanya ingin merealisasikan impiannya untuk bergelar Perdana Menteri.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PSM NAIK ANGIN DAN MEMBANTAI PKR KAW-KAW !!!

Posted: 20 Apr 2013 01:30 AM PDT


Parti Sosialis Malaysia (PSM) begitu marah dengan keangkuhan PKR kerana telah mungkir janji dalam pemilihan calon.Dalam satu kenyataan akhbar 17 April 2013,PSM mendedahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap PKR yang meletakkan calon bukan dari PSM untuk DUN Semenyih walaupun pimpinan tertinggi PKR berjanji meletakkan calon PSM dengan syarat mereka menggunakan logo PKR.Arul calon PSM di Semenyih begitu berang dengan Azmin dan menganggap sebagai punca segala masalah ini berlaku.Ketua pembangkang,Anwar Ibrahim sebelum ini telah berjanji akan memberikan kerusi DUN Semenyih kepada PSM dengan syarat menggunakan logo PKR.Tapi malangnya,setelah permintaan PKR itu dipenuhi,Azmin telah merosakkan segalanya apabila meletakkan orangnya di situ. Dipercayai kumpulannya adalah dalang di sebalik pertelingkahan ini kerana beliau mahukan seorang calon Melayu bertanding melawan BN di DUN Semenyih. 

Azmin memberi alasan isu perkauman.Arul yang berbangsa India dilihat tidak layak bertanding di DUN Semenyih.Azmin mendakwa masyarakat Semenyih menolak calon India.Alasan yang digunakan nyata tidak berasas.Pada PRU12,Arul cuma tewas dengan majoriti seribu lebih sahaja.Bukan jumlah yang besar untuk DUN Semenyih.Dia bukan sahaja tidak mahu meminta maaf,bahkan telah memberi amaran kepada PSM supaya tidak mengganggu kerusi PKR di Semenyih itu.Azmin dengan angkuh berkata Pakatan telah mencapai persetujuan untuk membenarkan PSM bertanding menggunakan logo PKR di kerusi DUN Sg. Siput dan Kota Damansara sahaja.Azmin terus menutup pintu rundingan semata-mata untuk meletakkan calon pilihannya di situ.Dengan menjual nama Anwar,dia berkata beberapa siri rundingan Anwar dengan pemimpin-pemimpin PSM telah dibuat dan keputusan muktamad telah dicapai.Bekas ahli parlimen Gombak itu juga menggunakan alasan kesuntukan masa supaya tidak ada sebarang perubahan dibuat oleh Anwar.Mesyuarat Pakatan yang diadakan untuk membincangkan mengenai beberapa pertindihan kerusi di antara mereka turut tidak melibatkan PSM.PSM telah di pinggir dan dianggap pengacau oleh Azmin.adakah ini parti yang akan membela rakyat malaysia ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! SENARAI SYARIKAT DI SINGAPURA UNTUK MENYOKONG DAP SECARA TERBUKA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 19 Apr 2013 10:00 PM PDT


Persoalan yang timbul,kenapa PAP Singapura menyokong DAP dengan begitu terang-trangan lagi sehingga beberapa syarikat Singapura sanggup memberikan bukan sahaja cuti,tetapi juga tiket kepada pekerja mereka untuk pulang mengundi pada5 Mei nanti.Apa motif Singapura ??? Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah dan kawasan itu merupakan sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Iskandar yang mana bakal menyaingi Singapura selepas ianya disiapkan.Jelas di sini melihatkan betapa Singapura enggan tewas kepada Malaysia dan secara terang-terangan membantu PR,khususnya DAP untuk menang di Gelang Patah.Hubungan rapat antara DAP & PAP Singapura memang bukan suatu rahsia lagi.Pemimpin DAP kerap berulang alik ke Singapura sejak beberapa tahun sebelum ini,malah beberapa mesyuarat rahsia juga turut diadakan di negara berkenaan.PAP secara terang-terangan beri bantuan kepada DAP dalam usaha memenangi PRU13.Ini menjadikan PA pengkhianat kepada masyarakat Melayu dan agama Islam kerana bersekongkol dengan mereka yang mahu menjahanamkan Malaysia yang mempunyai 60 peratus masyarakat beragama Islam.Jika tidak,mengapa DAP begitu beria-ia mahu DAP menang dalam pilihan raya ??? kerana mereka akan dapat mengawal ekonomi Malaysia serta memecahkan kuasa yang dimiliki Melayu sebagai majoriti penduduk di negara ini. Berikut adalah syarikat yang memberikan cuti kepada rakyat Malaysia untuk balik mengundi: 

AUTOMOBILE IMPORTER & EXPORTER ASSOCIATION (SINGAPORE) 
988 INTERNET BROADCASTING PTE LTD 
AVOCENT ASIA PACIFIC PTE LTD 
BIZ CONSULT BOLD ENTERPRISE PTE LTD 
CG ALLIANCE DART HOLDINGS PTE LTD 
EILUMINA RESOURCES PTE LTD 
ENERCON SYSTEMS INTERNATIONAL,LLC HEATEC JIETONG PTE LTD 
J. HANG INVESTMENT PTE LTD 
KORDAMENTHA FORENSIC PTE LTD 
MAZ ENERGY PTE LTD
MICROLOGIC SOLUTIONS LLP PRICE CUT PTE LTD 
S P SETIA INTERNATIONAL (S) PTE LTD 
SOLAR SHIPPING SINGAPORE PTE LTD 
TEIAN CONSULTING INTERNATIONAL PTE LTD 
TMF SINGAPORE H PTE LTD 

Syarikat-syarikat ini yang dikawal DAP/PAP di Singapura menggalakkan kakitangan ambil cuti bantu DAP di Malaysia.Singapura mula tergugat dengan kemajuan Wilayah Iskandar & Greater Johor Plan.Jangan memperkecil bila orang 'bisnes' di Singapura mula bertindak untuk membantu rakyat Malaysia balik mengundi.Anwar sangat gembira bila DAP menyerahkan senarai syarikat yang dikatakan akan membantu memberi cuti kepada kakitangan Malaysia.PKR setakat ini merasakan apa yang dilakukan DAP ini sangat membantu untuk PRU13.Cuti 2 hari dan perkhidmatan bas disediakan demi untuk menjatuhkan sebuah kerajaan Islam.Amat menyedihkan,namun hakikat ini perlu diketahui umum kerana ia bukan lagi melibatkan urusan dalaman negara,tetapi juga kedaulatan dan keislaman negara kita.Mungkin mereka hanya menganggap lumrah kalah menang dalam pilihan raya,namun jika mahu tewas sekalipun,tidak sekali Islam akan diruntuhkan.Jelas dan nyata perkara itu bukan lagi soal kalah menang pilihan raya,tetapi survival Melayu dan Islam di Malaysia

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ADAKAH DATUK DR HASAN ALI BERTANDING DALAM #PRU13 ???

Posted: 19 Apr 2013 07:00 PM PDT


Persoalan-persoalan mengenai penyertaan saya di dalam PRU 13 menjadi tanda tanya kepada teman- teman politik dan sahabat-sahabat sekerjaya serta anggota masyarakat.Pejabat saya dan saya sendiri dihujani dengan panggilan telefon,mesej pesanan ringkas dan email untuk mengetahui posisi yang saya ambil berkaitan dengan perkara tersebut.Saya akui ada menerima tawaran untuk bertanding dalam PRU ke 13 dengan cadangan ditempatkan dikawasan-kawasan dijangkakan boleh memberikan kemenangan kepada saya.Saya berterima kasih dan menghargai harapan dan kepercayaan pimpinan Umno/Barisan Nasional terhadap saya.Namun setelah berbincang dan menerima pendapat dan pandangan daripada berbagai pihak dan ditambah pula dengan peluang yang dibukakan oleh Allah untuk saya terlibat langsung di dalam 3 pilihanraya umum sebelum ini,maka saya dengan segala rendah diri mengambil keputusan untuk tidak bertanding di dalam PRU ke 13 ini.Saya merasakan lebih selesa bersama dengan JATI untuk berusaha terus melonjakkan keberlangsungan Islam,bangsa Melayu dan Institusi Raja di negara ini. 

Cabaran yang semakin getir yang bakal dilalui dalam mengagungkan Islam dan memartabatkan Melayu, memerlukan gabungan NGO yang padu dan mantap serta mempunyai daya tahan dan daya juang untuk membentengi sebarang percubaan untuk menidakkan Islam dan Melayu di negara ini.Saya dan teman-teman di JATI telah membuat ikrar untuk terus berjihad untuk tidak melihat Islam dan Melayu diinjak-injak di bumi bertuah ini. Saya dan rakan-rakan dalam JATI berserta dengan NGO-NGO Islam akan menggerakkan seluruh kekuatan yang boleh dijana untuk menentukan UMNO/BN terus berkuasa termasuk merampas semula negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 ini.Seperti yang telah diumumkan,sokongan kepada UMNO/BN selain daripada bertepatan dengan kaedah usul fiqh,sokongan JATI yang tidak berbelah bagi tersebut adalah untuk melihat pimpinan UMNO yang ada sekarang diberi kekuatan oleh Allah dan berikutan dengan itu bersunguh-sungguh untuk menjadikan Islam sebagai landasan kepada pembangunan negara yang bakal diredhai oleh Allah SWT. 

Harapan saya dengan kenyataan ringkas ini dapat meredakan sebarang spekulasi,khabar angin dan prasangka yang akhirnya tidak membuahkan sesuatu yang berfaedah.Sebaliknya segala kekuatan yang ada hendaklah ditumpukan kepada usaha meraih kemenangan kepada UMNO/BN sebagai langkah mengelakkan malapetaka yang mungkin boleh menimpa rakyat negara ini sekiranya Pakatan Rakyat diizinkan mentadbir negara ini. 

DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia Tmn Tun Dr Ismail, KL 
19 APRIL 2013

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI SUDAH !!! #PRU13 !!! DEMI ANAK !!! NIK AZIZ TERUS BERTANDING SEHINGGA HUJUNG NYAWA ???

Posted: 19 Apr 2013 04:00 PM PDT


Sekarang terjawablah sudah apa yang tersirat di sebalik kenyataan Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini beberapa kali menyatakan kesungguhannya untuk bertanding pilihan raya sehingga akhir hayatnya.Ia tidak hanya berlegar pada sifat kemaruk Nik Aziz pada kuasa dunia seakan mahu bertongkat langit sampai mati,sebaliknya mempunyai maksud lain juga melibatkan kepentingan darah dagingnya sendiri.Apa lagi kalau bukan untuk memastikan anak lelaki kesayangannya,Nik Abduh yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat benar-benar terjamin kedudukan dan tempat selamat untuknya sebagai calon rasmi PAS dalam PRU-13.Bagi Nik Aziz legasinya perlu diteruskan untuk itu walau dalam keadaan sakit dan sering jatuh pitam keletihan hatta nyawa di hujung kerongkong pun akan digagahkan jua bertanding dalam PRU-13.Tanpa pengaruh Nik Aziz sukar untuk Nik Abduh mendapat tempat dalam parti apatah lagi diangkat mewakili PAS dalam PRU-13, tapi memandangkan batang tubuh Nik Aziz masih menguasai PAS maka mudahlah mencipta ruang untuknya melakar masa depan politik. 

Mengikut pengumuman rasmi PAS,Nik Abduh akan diletakkan di Parlimen Pasir Mas meskipun sebelum ini anak MB Kelantan itu sudah disahkan tempatnya di Parlimen Rantau Panjang,sebuah kawasan selamat kerana ia merupakan kubu kuat PAS.Kawasan Parlimen lain termasuk Pasir Mas langsung ditolaknya mentah-mentah malah kurang disenangi Nik Aziz sendiri kerana tahu ia berisiko tinggi dalam keadaan semarak Gelombang Merah sedang menghakis pengaruh PAS ketika ini.Tapi senario berubah dan tak semena-mena timbul semula kejantanan Nik Abduh untuk beradu nasib di Pasir Mas setelah wujud kemungkinan pertarungan tiga penjuru di situ melibatkan calon BN,Che Johan Che Pa dan calon Bebas,Ibrahim Ali. Berbunga riang hati Nik Abduh sama seperti ayahandanya,Nik Aziz yang kelegaan kerana menjangkakan kerusi Pasir Mas hampir pasti milik putera politiknya.Jangan terkejut,selepas ini kempen PAS akan banyak tertumpu di Pasir Mas demi memastikan kemenangan Nik Abduh.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...