Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Dari Kedah Pasangan Kekasih Terlampau Di Tangkap!!

Posted: 11 Feb 2013 07:17 AM PST




Tindakan sepasang kekasih merempuh sekatan jalan raya yang dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Bharu pada 31 January lalu membongkar kegiatan sebenar pasangan itu.

Pasangan itu disyaki terbabit mencuri kabel dan pecah rumah di sekitar Kulim, Pulau Pinang dan Perak selepas siasatan dilakukan terhadap kedua-dua mereka.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, pasangan yang berusia 24 dan 28 tahun memandu sebuah kereta sebelum ditahan di kawasan Ladang Kelapa Sawit Batu Hampar, Kampung Air Puteh, Serdang selepas melarikan diri daripada sekatan polis.

Ketua Jabatan Siasat Jenayah Kedah, Assisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, pasangan itu berjaya ditahan dan hasil daripada soal siasat berjaya membongkar kegiatan jenayah mereka selepas sepasukan polis melakukan serbuan terhadap sebuah premis di Sungai Ular, dekat sini.

"Hasil serbuan itu, kami berjaya menahan enam orang termasuk seorang wanita berusia 22 hingga 71 tahun di premis berkenaan yang menjalankan perniagaan mengutip besi buruk.

"Pemeriksaan lanjut terhadap premis itu menemui kira-kira 100 kilogram kabel tembaga milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM)," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau berkata, serbuan itu turut menemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk pecah rumah termasuk kad pengenalan milik orang lain. Katanya, premis menjual besi buruk itu hanya digunakan untuk melindungi kegiatan sebenar mereka.

PANASS!! Bapa Kesan Kotak Gula-Gula Ada Terselit Lambang Salib!! #KalimahAllah

Posted: 11 Feb 2013 04:37 AM PST



Seorang kontraktor kesal kerana ada pihak tidak sensitif dengan umat Islam apabila menjual makanan ringan mengandungi pelekat lambang salib sebagai cenderamata dalam kotak makanan berkenaan yang biasanya dibeli kanak-kanak.

Kontraktor itu yang mahu dikenali sebagai Chaq, 40-an, berkata dia membeli makanan ringan dalam kotak berharga RM1 di sebuah pasar raya di Bagan Ajam dekat sini, untuk anak saudaranya, kelmarin.

"Selain makanan ringan, ada beberapa keping gambar kartun dalam kotak berkenaan dan salah satu ialah lambang salib yang dilekatkan pada peti sejuk.

"Mulanya saya sangka ia gambar kartun biasa tetapi selepas diamati ia sebenarnya lambang salib," katanya di sini, semalam.

Pemerhatian pada kotak makanan ringan berkenaan mendapati tertera notis 'mengandungi barang istimewa' dan 'tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah enam tahun'.

Chaq berkata, mungkin ada pihak sengaja menjadikan lambang salib sebagai hadiah dalam makanan ringan dengan kanak-kanak sebagai kumpulan sasaran.

"Ketika isu kalimah Allah hangat diperkatakan, ada pula pihak cuba menyentuh sensitiviti umat Islam dan perkara begini tidak sepatutnya berlaku," katanya yang membuat aduan kepada Pertubuhan Pembela Insan (PPI).

Perkara begini begitu sensitif. Patutnya kita mengelakan ianya berlaku. Namun ada pihak yang cuba bermain dengan api apabila melakukan perkara seperti ini.

Pada ibu bapa hati-hatilah dengan barangan yang dibeli untuk anak-anak. Tengok betul-betul baru beli. Kandungan makanan ringan juga perlu diambil berat, kerana sudah beberapa kali makanan ringan seperti keropok atau gula-gula diletakan lemak babi.

Paling senang, ketahuilah  apa makanan yang mahu kita makan. Insyallah selamat dunia akhirat!

McTheory:
Benda nak jadi darah daging, tak boleh dibuat main.

HANGAT UPDATE!! Rakaman Audio YB Pas Kedah Kutuk Menteri Besar, Perli Pimpinan Pas Pusat, Kata BUTA!! Rakaman Audio Kedua, ketiga didedahkan!

Posted: 11 Feb 2013 02:19 AM PST

Inilah YB Nasir Mustafa, Adun Kubang Rotan

Semalam Mc ada buat pendedahan pasal rakaman audio YB Nasir Kubang Rotan dok kutuk MB Kedah Azizan.  Rakaman pertama ada kat bawah. Nak dengar lebih baik, sila gunakan earphone.


Komen YB Nasir:

Lepas ni orang bawahan boleh sertai program yang menunjukan sokongan kepada UMNO. Kemudian pakai baju yang menunjukan sokongan pada UMNO. Lebih kurang macam tu la komen YB Nasir ni. Agaknya di tujukan pada sapa?

Tapi ayat last sekali tu yang tak boleh tahan.

Sembelihan orang UMNO tak boleh, sembahyang dengan orang UMNO pun tak boleh. Pakai baju UMNO serupa masuk UMNO, kapiaq juga la.


Update:
Kat bawah ni pula rakaman audio yang kedua. Depa dok perli dan kutuk Azizan Razak sebab pi program Kerajaan Pusat.

Jentera Pas semua buat gencatan senjata sebab Azizan berdamai dengan UMNO. Kata depa lagi la.. untuk lebih lanjut, dengar perbincangan dalam rakaman dibawah.

Nak dengar lebih clear, sila gunakan earphone.
Rakaman Kedua


Rakaman Ketiga



McTheory:
Rakaman audio yang ketiga akan menyusul.

PANASS!! BN Perlu Majoriti 2/3 Untuk Halau Ambiga Dari Malaysia!!

Posted: 10 Feb 2013 10:17 PM PST



Tentunya saranan yang diberi oleh Tun Dr Mahathir sangat bermakna. Rakyat harus mengundi 2/3 terlebih dahulu bagi melucutkan kewarganegaraan rakyat Malaysia yang cuba memecah-belahkan rakyat, maka Perlembagaan Persekutuan perlu terlebih dahulu dipinda, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menjelaskan bahawa Perlembagaan itu hanya boleh dipinda sekiranya kerajaan yang mentadbir memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen, beliau menyeru pengundi dapat membantu Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang hadirin majlis 'Santai Bersama Tun M' di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini yang membangkitkan soal melucutkan kerakyatan individu-individu seperti bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk S Ambiga yang dilihat berselindung di sebalik nama NGO dan memecah belahkan rakyat.

Halau saja individu yang cuba menghancurkan negara. Nak simpan buat apa lagi. Kalau di sesetengah negara, mereka ini dah lama dihukum buang negara, atau ditembak!


McTheory:
Orang macam Anwar dan Ambiga memang tak guna disimpan..

PANASS!! Gambar Menarik KUBU Kuat Nik Aziz Di Serang UMNO!! #SaveKelantan

Posted: 10 Feb 2013 07:17 PM PST






Gambar ini Mc ambil dari blog CTS,  Ini adalah Pengkalan Chepa, Parlimen di mana yang berjawatan MB Kelantan dan dua EXCO tinggal dan bertanding. Malam tadi malam bersejarah buat penduduk di Pengkalan Chepa.

Tidak pernah berlaku sebelum ini ribuan Rakyat membanjiri himpunan Gelombang Merah. Disaat PAS membuat replika patung Datuk Mustafa Mohamed dan memukul replika patung berkenaan dengan rotan di sebelah petangnya, di sebalah malam pula ribuan Rakyat Pengkalan Chepa berhimpun menyatakan sokongan pada Tok Pa dan Tok Dali serta angkatan pemimpin seluruh Pengkalan Chepa.

Nampaknya kali ni, Kelantan benar-benar dilanda gelombang perubahan. Kalau dalam kubu MB pun boleh himpun sebegini ramai. Sudah tentu ditempat lain, lagi porak peranda dikerjakan oleh UMNO Kelantan.

Mungkin rakyat Kelantan sudah bosan dengan penipuan Nik Aziz dan exco-exconya? Kita tunggu PRU ke 13 kali ini. Rasanya ada perubahan besar akan berlaku di Kelantan.


McTheory:
Selepas kalah, Nik Aziz boleh bersara dengan tenang..

PANASS!! Bila Penganut Pas Mula Menyembah Gambar Nik Aziz?

Posted: 10 Feb 2013 04:36 PM PST


Agak mengejutkan, bila Mc tengok gambar ni. Gambar dan cerita ni Mc ambil dari blog G-Kick. Apa agaknya dalam fikiran tuan rumah yang letak gambar Nik Aziz dihadapan rumahnya tu?

Penyokong Pas seperti pemilik rumah dibawah ini antara pentaksub kepada Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, gambar tersebut dirakamkan di Kampung Kuchelong, Bachok Kelantan, disamping rumahnya dicat dengan warna hijau, gambar Nik Aziz turut dijadikan sembahan apabila pemilik rumah ini mengagungkan gambar tersebut dengan meletaknya dipintu masuk rumah berkenaan.

Kalaulah macam ni akhlak penyokong Pas, bagaimanalah dengan akidah generasi yang akan datang, mengagungkan Nik Aziz bagaikan Tuhan, sikap jahiliah yang diterapkan ini wajib dikikis agar umat Islam berpegang kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah bukannya ajaran Pas yang dibawa oleh Nik Aziz.

Kebiasaannya kita sering melihat gambar-gambar Nik Aziz hanya digantung didalam rumah, namun hari ini cukup berbeza, gambar Nik Aziz digantung dihadapan pintu rumah yang hampir menyerupai amalan agama-agama tertentu, dan amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Sepatutnya penyokong kepada perjuangan Islam harus lebih faham hukum hakam mengenai perkara ini, sekalipun gambar yang dipuja itu orang yang mulia, Islam tetap tidak membenarkannya, bahkan bertambah jijiknya umat Islam bilamana mengagungkan sekaligus mendewakan makhluk yang kata-katanya tidak pernah konsisten, dan hidupnya pula lebih utama mengajak manusia kepada Parti Pas bukannya kepada Allah. Anda Mampu Mengubahnya.

Mari dengan pendapat Ustaz Fathul bari,

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...