Gelombang Rakyat |
TERBARU - NAJIB UMUM BUBAR PARLIMEN DI DEPAN 30 RIBU RAKYAT KELANTAN? Posted: 19 Jan 2013 10:14 PM PST "Ambo nak umum pilihan raya dah." Ungkapan ini dilontarkan PM Najib Tun Razak ketika berucap di hadapan rakyat Negeri Kelantan di Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar Kota Bharu Kelantan sebentar tadi. Najib telah memberi isyarat paling jelas bahawa PRU13 hanya tinggal sejengkal jaraknya dari sekarang. Kata2 itu diungkap ketika beliau bertanyakan lebih 30 Ribu rakyat Negeri tersebut mengenai persediaan berdepan Pilihan Raya paling panas dalam sejarah politik Negara. "Hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN?" kata beliau yang juga Pengerusi BN. Dalam ucapan itu, Najib turut mengumumkan tujuh janji kepada rakyat Kelantan sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri. Antaranya, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan. |
RAMALAN TUN M PRU13 - KERAJAAN BN TUMBANG KE TANGAN ANWAR? Posted: 19 Jan 2013 05:37 AM PST Kenyataan Bekas PM Mahathir Mohamad sejak akhir2 ini tidak sewajarnya dipandang remeh dari setiap pimpinan BN di peringkat Cawangan, Bahagian hinggalah barisan Majlis Tertinggi. Menerusi 22 tahun pengalaman mentadbir Negara dan Parti, sudah pasti beliau individu paling releven memberi ramalan paling tepat dalam melihat masa depan lanskap politik di Malaysia. Apatah lagi rentetan kronologi penglibatan politik satu2 nya Pemimpin Tertinggi UMNO yang lahir dan dibesarkan dari kalangan golongan kebanyakan ini. Ketegasan prinsip tidak dipamer menerusi teriakan di pentas. Akan tetapi terkenal dengan nada sinis sebagai peringatan buat parti dan pemerintah. Semalam Mahathir menjelaskan bahawa BN dianggap tewas pada PRU13)sekiranya mereka masih gagal memperoleh kemenangan 2/3 sepertimana disaksikan pada tahun 2008. Beliau menegaskan walaupun BN masih menang, namun kemenangan tersebut disifatkan "kosong" kerana sebuah kerajaan yang berwibawa memerlukan kemenangan majoriti besar dalam Dewan Rakyat. Menurutnya, dalam sistem demokrasi, kerajaan yang lemah amat mudah diserang dan kekuatan mereka akan terus merosot jika tidak berani bertindak. "Untuk menghadapi PRU13, pemimpin-pemimpin kena berani menonjolkan diri, jangan takut, jika terus takut maka kerajaan akan terus diserang dari pelbagai penjuru. "Jadi sekiranya kerajaan sekarang gagal mendapat dua pertiga, maka kerajaan yang ada sekarang adalah lemah," katanya pada program Bicara Minda: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU13?' anjuran Sinar Harian di sini, semalam. Selain itu, Dr Mahathir turut menegur kerajaan sekarang yang dilihat terlalu berlembut dengan tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak pembangkang sehinggakan keputusan tersebut amat merugikan. (Video Hishamuddin Rais Hasut Guling Kerajaan di Jalanan) Sambil memberi contoh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Dr Mahathir menegaskan pelbagai negara seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat (AS) meniru Malaysia, walaupun pernah menuduh akta ini menindas hak asasi manusia. "Di Malaysia, tangkapan ISA masih tertakluk di bawah undang-undang, tetapi AS terus menangkap tanpa apa-apa undang-undang dan menempatkan mereka di Teluk Guantanamo sehingga 10 tahun lebih," katanya. Peringatan Mahathir ini mesej paling jelas dan mesti dititikberat setiap pimpinan BN di seluruh kawasan. Dasar dan Prinsip Kerajaan adalah benar2 berkepentingan Suara dari Mulut Rakyat dan bukannya Suara Rakyat dari Mulut Anwar. Jangan hanya kerana ugutan persepsi demi persepsi Pembangkang yang kian bijak mengenalpasti pergerakan 'minda' Kerajaan. Kerana apabila Pembangkang pimpinan Anwar berjaya mengawal 'minda' Kerajaan, BN sudah pasti terkubur di sasaran. Mesti diingat Mahathir antara mangsa yang terpengaruh dengan permainan minda Anwar selama 16 tahun. Atas dasar prinsip itulah yang menyedarkan Mahathir seterusnya tekad memecat anak emasnya itu. Ada yang mendakwa Mahathir sewajarnya tidak perlu campurtangan dalam hal politik UMNO mahupun Kerajaan. Anda silap. Mahathir tidak campurtangan. Mahathir hanya memberi peringatan. Bukan arahan. Kita mudah berbicara. Kerana kita lupa akan nikmat yang kita perolehi sejak tahun 1981 hinggalah ke 2003 hasil kebijaksanaan kepimpinan beliau. Dan bukan sukar bagi Mahathir memastikan tempoh 22 tahun itu berakhir dengan cemerlang. Apatah lagi membawa UMNO yang pernah diharamkan Mahkamah satu ketika dahulu dibina semula hingga menjadi sebuah parti yang lebih kukuh. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment