PEMIKIR POLITIK JERANTUT

PEMIKIR POLITIK JERANTUT


GEMPAR! KETUA PEMUDA UMNO KEPONG PARAH DITIKAM DIPERUT!!

Posted: 23 Sep 2012 11:22 PM PDT


AMPANG – Ketua Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali, 41, kini dilaporkan kritikal akibat ditikam di perutnya di luar rumahnya di Taman Dagang, di sini, kira-kira 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata kejadian berlaku ketika mangsa baru balik daripada menonton perlawanan bola sepak bersama rakan di gerai mamak.
"Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa meletakkan keretanya kira-kira 20 meter dari rumah dua tingkat di Jalan Dagang 2/4, Taman Dagang apabila dua lelaki dipercayai warga asing mendekatinya.

"Kami tidak pasti masa ada pergelutan berlaku ketika itu tapi suspek kemudian lari meinggalkan mangsa yang cedera," katanya.
Barangan milik Norizan juga tidak dilaporkan hilang.

PANAS! PENYANYI SHILA HAMZAH JADI MANGSA POLITIK DAP!

Posted: 23 Sep 2012 08:05 AM PDT


KUALA LUMPUR – Parti DAP cuba mengangkat kemenangan Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) pada pemilihan Gabenor dan Timbalan Gabenor Jakarta sebagai inspirasi buat ahlinya berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ia kerana Ahok yang dikatakan seorang berketurunan Cina serta beragama Kristian tetapi boleh menang pada pemilihan tersebut di Indonesia.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kemenangan Ahok yang tidak dijangka itu merupakan satu peristiwa yang turut membawa harapan kepada DAP di Malaysia.

"Ahok merupakan seorang Cina yang beragama Kristian. Beliau berjaya walaupun lawan menggunakan kempen kotor dan berunsur perkauman. Jelas rakyat Indonesia mengabaikan serangan perkauman dan mengundi berdasarkan prestasi.

"Jika negara yang dikatakan kurang maju seperti Indonesia boleh mengenepikan sentimen perkauman dan memilih prestasi untuk meningkatkan taraf hidup, rakyat Malaysia seharusnya boleh juga," dakwanya.
Beliau membuat dakwaan itu melalui teks ucapannya pada Konvensyen DAP Perak seperti yang disiarkan kepada pihak media hari ini.
Dalam pada itu, Guan Eng dilihat cuba mengaitkan kejayaan penyanyi Shila Amzah menewaskan penyanyi dari merata Asia pada pertandingan nyanyian Asian Wave 2012 di Shanghai, China dengan situasi politik negara.
Dakwa beliau, kejayaan penyanyi Melayu itu dengan menyanyikan sebuah lagu bahasa Cina memberi harapan bahawa pergantungan pada sentimen pelampau perkauman dan agama akan ditolak oleh rakyat Malaysia.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...