Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


SUSPEKS PAMER PUNGGUNG GAMBAR PM MENGAKU PENYOKONG ANWAR..!!

Posted: 04 Sep 2012 12:21 AM PDT




Polis hari ini menahan seorang pelajar IPTS berhubung tindakan beberapa orang peserta semasa sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Jumaat lalu

Remaja yang juga penyokong kuat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim itu difahamkan ditahan di kawasan Pusat Pengajian Tinggi sekitar Cheras KL jam 12 tengahari tadi.

Dalam kejadian pada Jumaat malam lalu, seorang lelaki dilaporkan menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga gambar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.






Dalam gambar insiden tersebut yang kini beredar di Internet, seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an, kelihatan melondehkan seluarnya dan turut menunjukkan punggungnya pada gambar Najib, Rosmah serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Tindakan menunjukkan punggung tersebut menerima kecaman pelbagai pihak termasuk Pemimpin UMNO dan PAS.



SOKONG USTAZ NASHA - PARASIT UGUT PAS KEDAH SINGKIR USTAZ AZIZAN..!!

Posted: 03 Sep 2012 09:16 PM PDT



Spekulasi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bakal digantikan kembali diperkatakan kebelakangan ini ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.

Memetik laporan sebuah portal berita, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu mengesahkan, kemungkinan Azizan digantikan sekiranya ada calon yang sesuai dikenalpasti.

Difahamkan, pemimpin Pas Pusat sudah mengadakan beberapa perbincangan untuk mencari calon sesuai menggantikan Azizan.

Sebuah laman blog (Kedah Ke KL) pula mendakwa, masalah kesihatan Azizan dijadikan alasan oleh pemimpin Pas yang berpengaruh untuk menyingkirkan Azizan daripada jawatan Menteri Besar, manakala sebuah blog (Unit Media Kedah) melaporkan Azizan kini dikelilingi pemimpin yang mahukan jawatan beliau termasuk Exco Kerajaan Negeri.

Mengulas perkara itu, pemimpin Pas kanan yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul menafikan spekulasi itu, selain menyifatkan ianya hanya khabar angin.

"Tidak ada perbincangan dibuat oleh pemimpin Pas Kedah mahupun Pusat untuk gantikan Azizan dengan pemimpin lain. Saya juga tidak dimaklumkan oleh mana-mana pemimpin Pusat berkenaan perkara itu," katanya.

Menurutnya, keyakinan yang ditunjukkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika mengunjungi Azizan di hospital baru-baru ini, menepis spekulasi terbabit, di mana Azizan dikatakan masih mampu menerajui Kedah.

"Mustafa sendiri akui Azizan mampu mempengerusikan mesyuarat penting walaupun diadakan di hospital. Ini bermakna Azizan masih mampu terajui Kedah walaupun masih dalam proses rawatan," katanya.

Mohamed Taulan berkata, Azizan perlu mendapat rehat secukupnya tanpa gangguan. Keadaan ini perlu bagi membolehkan beliau pulih dengan cepat dan kembali bertugas secara rasmi.

"Keadaan Azizan semakin baik, beliau bukan sahaja hadir pada Rumah Terbuka Pas Kedah Sabtu lalu, malah dijadualkan mempengerusikan mesyuarat Exco esok, (Rabu, 5 September) ini," katanya.

Menurutnya, walaupun keadaan Azizan semakin positif, namun hanya saudara terdekat dan pegawai kanan Azizan dibenarkan berjumpa dengannya.

"Saya sendiri belum berjumpa Azizan sejak beliau dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC)," katanya.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Mohamad Helmi Mohd Khalid ketika dihubungi, mengesahkan mesyuarat Exco yang dijadualkan esok akan menjadi perjumpaan rasmi pertama dengan barisan Exco sejak beliau mengalami masalah kesihatan.

"Sejak dimasukkan ke KMC, Azizan tidak dibenarkan menerima kunjungan pelawat bagi membolehkan beliau rehat secukupnya," katanya.

Azizan dilaporkan berada di KMC sejak 22 Ogos lalu.


BLOGGER PRO ANWAR GELOJOH SAMPAI TERCEKIK FITNAH FOTO ROSMAH & BUDAK TAHFIZ..!!

Posted: 03 Sep 2012 07:42 AM PDT




Pendirian yang dikeluarkan berulangkali Puak2 Pimpinan Pembangkang tidak akan sama sekali melakukan serangan peribadi mana2 pemimpin terbukti omong kosong semata2. Bukan sahaja terus menerus menyerang, malah serangan tersebut berjaya dibuktikan berbentuk fitnah.

Isteri PM Rosmah Mansor menjadi sasaran lagi. Kali ini mengaitkan pula gambar dari sumber Laman Portal KL POS mendakwa sekumpulan pelajar Tahfiz enggan bersalam dengan Rosmah. Serangan politik apa yang dipamerkan puak2 Pembangkang.






Akhirnya memakan diri. Tindakan gopoh blogger2 Pembangkang menyerang Rosmah demi kepentingan politik akhirnya terbukti fitnah semata2. Bukan isu salam yang ditimbulkan. Bukan isu Rosmah yang hendak dibela. Akan tetapi hikmah disebaliknya. 

Terbukti Isteri PM ini merupakan antara individu yang menjadi mangsa fitnah yang dilemparkan Pembangkang. Jika ini telah terbukti fitnah, usah ditanya kebenaran tuduhan2 mereka yang lain terhadap Najib dan Isteri.

KLIK DI SINI untuk penjelasan lebih tepat mengenai fitnah Pembangkang terhadap Rosmah Mansor.




PAKAR SEJARAH CINA BALUN ANWAR BANGKIT SEMULA 'SANG SAKA MALAYA'..!!

Posted: 03 Sep 2012 05:17 AM PDT




Cancelor Universiti Kolej Damansara Utama (KDU), Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mempersoalkan tindakan pihak-pihak tertentu yang mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka malam Khamis lalu.

Ianya seolah2 ada agenda tersembunyi pimpinan Anwar dalam membangkitkan semula pemberontakan dari kalangan rakyat atas nama semangat 'kebangsaan'.





Menurut pakar sejarah itu, bendera "Jalur Gemilang" telah diterima oleh majoriti rakyat negara ini semenjak tahun 1957.

"Kenapa baru sekarang nak timbulkan soal bendera merah putih? Bendera yang ada kaitan dengan satu negara, diputuskan oleh majoriti rakyat. Bendera yang digunakan sekarang sudah diterima oleh rakyat semenjak tahun 1957," katanya.

Khoo juga menyifatkan tindakan mengibarkan bendera alternatif oleh pihak tertentu sebagai tindakan ahli politik yang tidak ada kerja lain.

"Kalau majoriti rakyat nak tukar bendera, bolehlah tukar. Kalau tidak kita guna sahaja yang sedia ada," katanya lagi.

Anwar hari ini mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan beberapa puak penyokong beliau yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dalam menunjukkan desakan menolak Jalu Gemilang pada Perhimpunan Janji Demokrasi baru2 ini.




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...