Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


TUN M - GEORGE SOROS PERNAH 'UGUT' MALAYSIA SERAH KUASA PM PADA ANWAR..!!

Posted: 23 Sep 2012 08:17 PM PDT



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.
Beliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros.

Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar.

"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?

"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.

mahathir and george soros meet 151206 smiles"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau juga menegaskan perkara itu ketika ditanya sama ada pembiayaan daripada Soros memberi kebaikan kepada negara.

"Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik... Dia nak pilih orang dia jadi PM," dakwanya.

Tambahnya Soros mempunnyai tujuan tertentu kerana dana berkenaan disalurkan atas nama demokrasi dan kebebasan.

"Dia derma dia tahulah ada tujuan dia demokrasi kononnya. Nama dana dia pun berkenaan promosi demokrasi dan kebebasan.

"Jadi kita (seolah-olah) tiada kebebasanlah di sini," katanya lagi.

Ditanya sama ada portal berita Malaysiakini juga terlibat dalam "konspirasi tersebut, Mahathir berkata: "Semua ada kaitan".
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sewaktu satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.

Selain Utusan, akhbar utama termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini memaparkan dakwaan bahawa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan dan Malaysiakini.

Laporan sama juga disiarkan di berita waktu perdana TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk daripada Open Society Foundation yang diasaskan Soros, bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan di seluruh dunia dan diganti dengan kerajaan proksi.


TERKINI - NOH OMAR UMUM RASMI CALON MENTERI BESAR SELANGOR.!!?

Posted: 23 Sep 2012 03:12 AM PDT




Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan cabaran PKR yang mahu mereka mendedahkan calon Menteri Besar disifatkan sebagai permainan politik bagi menghilangkan fokus BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, PKR tidak perlu sibuk mengetahui bakal Menteri Besar kerana perkara itu hanya akan diketahui apabila BN menang kelak.

"Sebelum mereka menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.

"Saya hendak tanya PKR, sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, ketika Pakatan Rakyat (PR) belum lagi memerintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mereka," katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas  cabaran PKR yang mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor, jika Umno sudah mempunyai ramuan lengkap untuk memenangi PRU13 kelak seperti didakwa sebelum ini.
 
Sementara itu, Mohd Zin menyifatkan cabaran PKR itu dibuat kerana mereka didakwa 'tertekan' sehingga terpaksa menggunakan isu tersebut untuk menjejaskan tumpuan BN untuk menawan Selangor.

"Hakikatnya, kita memberi tumpuan penuh untuk memenangi hati rakyat.

"Tentang mereka mengaitkan bahawa nama saya tidak tersenarai sebagai calon MB, saya tak mahu komen sebab jawapan itu tiada pada saya," katanya.


AKSI GILA MORIAN ANWAR - UMNO SABAH AKUI BAKAL TEWAS PRU13..!!?

Posted: 23 Sep 2012 01:45 AM PDT




Aksi terdesak Anwar Ibrahim dalam memperlihatkan kedudukannya yang kononnya kian kukuh di persada politik menjelang PRU13 jika tidak dikawal diakui mampu 'memikat' pengundi. Persepsi yang dimainkan Anwar menerusi tuduhan2 liar membabi buta terhadap apa yang disebut kezaliman Kerajaan BN semakin 'cemerlang'.

Agak bahaya kerana Anwar yang dari dahulu lagi dikenali sebagai pemimpin yang gila glamour, mungkir janji dan bijak mengalihkan beban janji Pilihanraya yang beliau pernah utarakan kepada rakan politik sendiri mampu menimbulkan pergolakan kritikal suasana politik tanah air di masa hadapan sebagaimana yang kini telah berlaku di beberapa Negara Timur Tengah.

Anwar akhirnya berani mati mengingkari perintah peguambelanya sendiri Karpal Singh membeli beberapa tokoh UMNO di Sabah. Ia merupakan strategi kitar semula setelah idea tersebut gagal dilaksanakan menerusi Deklarasi Rampasan Kerajaan Pusat 16 September.

Persoalannya, adakah UMNO Sabah dilihat tergugat?

Ketua Umno Papar, Datuk Abdul Rahim Ismail yakin keutuhan Umno Sabah tidak tergugat dengan tindakan dua bekas pemimpinnya menyertai parti pembangkang.

"Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai tindakan mereka itu kerana rakyat pun sudah tahu siapa mereka sebenar.

"Mereka boleh kata apa sahaja tentang BN mahupun Umno, namun rakyatlah yang lebih berhak untuk memutuskan sama ada menyokong atau menolak mereka," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Abdul Rahim mengulas tindakan bekas timbalan menteri persekutuan Datuk  Yahya Lampong dan bekas bendahari Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai PKR.

Abdul Rahim yang juga Pengerusi Risda Holding berkata, tindakan kedua-dua pemimpin itu juga tidak menggugat Umno Bahagian Papar kerana anggota-anggota parti itu tetap setia kepada Umno.

"Kami (Umno Papar) menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil apa juga langkah terbaik untuk Sabah," katanya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...