Kedah Ke KL - MctHeory |
- MAKK AII!! Video Mamat Gila Raba Bra Orang!!
- PANASS!! Pas Malu Besar Apabila Peneroka Tidak Menyokong Himpunan Oren!!
- PANASS!! Leman Lembu Raja Lawak Jangan Sampai Kami Pecah Tembelang Hang!!
- TUDIAA!! MB Kedah Di Serang dan Di Kecam Lagi!!
- TUDIAA!! Harakahdaily Fitnah Team Media Kedah dan Dr.Novandri!!
- TUDIAA!! Kondom Pas ka ni?? Halal Bila digunakan!!
- INFO!! Kisah Malaikat Maut Intai Manusia!!
MAKK AII!! Video Mamat Gila Raba Bra Orang!! Posted: 18 Jul 2012 11:17 AM PDT Gila ka apa dia ni? Nak buat lawak pun agak-agak laaa.. jangan sampai menyusahkan orang lain.. mau sepak saja dia ni keluar dari kedai.. |
PANASS!! Pas Malu Besar Apabila Peneroka Tidak Menyokong Himpunan Oren!! Posted: 18 Jul 2012 08:19 AM PDT Pemimpin PAS terkedu dan menerima tamparan hebat apabila warga Felda menolak untuk menyertai Himpunan Oren anjuran parti itu Sabtu lalu. Selama hampir sebulan, media rasmi PAS, Harakah mewar-warkan penganjuran demonstrasi tersebut sebagai tindakan menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dengan mensasarkan penyertaan lebih 20,000 golongan peneroka. Akhirnya yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran kerana bukan sahaja tidak ada warga Felda yang menyertai Himpunan Oren tersebut, malah ahli PAS yang dikerah dari seluruh pelusuk negara pun tidak lebih daripada 2,000 orang. Sebenarnya sekalung ucapan tahniah dan pujian harus diberikan kepada peneroka diseluruh negara kerana bijak membezakan antara kenyataan kemajuan jelas yang telah diusahakan di bawah kerajaan Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan dan janji palsu pihak PAS dan pembangkang. PAS tidak dapat menerima hakikat bahawa penyenaraian FGVH merupakan tawaran awam awal kedua terbesar didunia selepas pengapungan Facebook Inc. Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, penyenaraian FGVH adalah saru rahmat besar bagi 112,635 peneroka di seluruh negara. Sejak diasaskan oleh ayahanda Perdana Menteri, Almarhum Tun Abdul Razak Hussien 56 tahun lalu, Felda telah berkembang pesat dan berjaya meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu di negara sendiri. Daripada menjadi bangsa yang miskin dan tidak memiliki tanah dan aset, kini orang Melayu boleh berbangga dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain. Tidak lagi Melayu dilihat oleh kaum Cina dan India sebagai kaum bangsat yang merempat di tanah air mereka sendiri. Tindakan Perdana Menteri menyenaraikan FGVH adalah langkah bijak serta menjadi satu lagi tanda aras kejayaan atau 'milestone' dalam sejarah panjang Felda. Setelah penat lelah serta membanting tulang empat kerat mengusahakan tanah mereka selama lebih 30 tahun, kini peneroka biberi peluang pula memiliki pegangan saham dalam salah sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia. Masa depan yang cerah bagi sektor perladangan dengan unjuran permintaan yang semakin meningkat bagi minyak sawit bermakna saham peneroka di dalam FGVH akan mempunyai nilai yang lebih tinggi. Bagaimanapun semua kejayaan Felda yang dikecapi oleh golongan peneroka (termasuk juga ramai ahli PAS!) tidak bermakna bagi PAS kerana parti itu hanya melihat kepentingan politik sempat parti itu dan bukannya kepentingan bangsa Melayu. PAS juga malu apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat bertindak membeli 500,000 unit saham FGVH. Malah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata keputusan PKNK mungkin berdasarkan faktor keuntungan dan bukan pegangan politik. Apabila dilihat memberi keuntungan, pemimpin PAS dengan segera boleh mengeluarkan fatwa menghalalkan sesuatu yang sebelumnya haram baginya! Himpunan Oren yang gagal itu juga memperlihatkan sikap bermuka-muka parti rasis DAP yang menepuk dada sebagai pejuang bangsa Melayu. Jika benar dakwaan PAS penyenaraian FGVH merugikan orang Melayu, mengapa satu batang hidung pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng tidak kelihatan pada himpunan tersebut? PAS sanggup bersekongkol dengan parti anti-Melayu itu demi kepentingan politiknya tetapi dalam banyak hal DAP sebenarnya tidak menyokong PAS, termasuklah Himpunan Oren yang dianjurkan. PAS menghasut warga peneroka Felda untuk menentang kerajaan kononnya atas kepentingan Melayu tetapi mereka lupa melihat diri dalam cermin sebelum menuding jari mencari kesalahan pihak lain. Mungkin pemimpin PAS seperti Abdul Hadi, Nik Aziz dan Mat Sabu boleh jelaskan ke mana perginya dana RM50 juta hasil pelaburan 20,000 anggota parti di dalam Koperasi Al-Hilal milik parti itu? Ke mana lesapnya wang ahli PAS yang sebegitu banyak? Alasan yang diberi ialah kegagalan pelaburan atau ini hanyalah sandiwara pak lebai untuk menutup skandal pemimpin PAS yang menyonglap wang tersebut? Bak kata pepatah, PAS ibarat ayam yang berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang dengan tahi; mengata orang itu dan ini, tidak betul, tidak Islamik tetapi diri sendiri penuh dengan kecacatan dan keburukan yang tidak mampu diselindungi lagi. - BB |
PANASS!! Leman Lembu Raja Lawak Jangan Sampai Kami Pecah Tembelang Hang!! Posted: 18 Jul 2012 05:36 AM PDT Mc sebenarnya malas nak peduli dan ulas pasal si Leman Lembu ni. Dia bukanlah popular sangat pun. tapi sejak akhir-akhir ini, si Leman Lembu bagaikan sudah melampau. Bak kata orang, cermin diri dulu la Leman oii.. sebelum dok kutuk orang lain. Kat bawah cara melawak Leman yang paling melampau dan paling menyampah Mc tengok. Nak pi ceramah Pas tapi nak minta duit pada orang ramai dan PM Najib Razak? Badan kuat, sihat, muda lagi.. pi la kerja. Takkan nak tunggu rezeki turun dari langit. Berdoa dan berusaha baru berjaya. Kalau setakat berdoa dan duduk saja, Allah nak beri rezeki dari sumber mana? Mungkin selepas Leman masuk Pas ni, si Leman dah tak reti nak buat kerja kampung malah dia hanya pandai meminta-minta dan memburukkan kerajaan. Takkanlah kutipan derma ceramah Pas tak dapat untung beriban-riban kot? Ceramah Pas kan selalunya dihadiri oleh PULUHAN RIBU orang, semestinya penceramah akan bawa balik beribu-ribu dalam poket untuk pulang kerumah. Lagi satu Leman, sebelum hang tegur kerajaan, adalah lebih afdal hang bersihkan diri dan keluarga hang dari gejala maksiat dan kemungkaran. Mc tahu banyak pasal latar belakang hang. Kalau Mc dedahkan, hang malu kot. Kalau nak masuk Pas sebab nak cari duit, buat cara nak cari duit. Jangan melampau sangat.. cermin diri dulu sebelum nak mengata orang. P/s: Lemann.. orang kenai 'Minah' urut batin kat Kampung Janing tuu... McTheory: Bukan kata urut.. siap boleh try lagi.. nak kami kasi PECAH ka?? |
TUDIAA!! MB Kedah Di Serang dan Di Kecam Lagi!! Posted: 18 Jul 2012 02:13 AM PDT Nampaknya Azizan menjadi isu lagi kali ni selepas FreeMalaysiaToday melaporkan: PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) Mazlan Aliman mahu Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah (PKNK) menjual kembali saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sekiranya mereka telah membelinya. "Kita konsisten dengan pendirian menentang FGVH. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam mesyuarat PAS Pusat. "Jika benar, saya akan bantah kerana ia bertentangan dengan solidariti parti komponen Pakatan Rakyat. "Kita juga akan mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan tersebut menjual saham dan memohon maaf pada rakyat," kata Mazlan yang juga ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Johor. - FMT. MalaysianInsiders pulak melaporkan: KUALA LUMPUR, 16 Julai – PAS melihat pemilikan 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah disebabkan "salah urus" kakitangan syarikat berkenaan yang "telah biasa" membuat keputusan tanpa merujuk kepada lembaga pengarah syarikat berkenaan. Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar) menjelaskan, kakitangan syarikat tersebut berkemungkinan telah membuat keputusan untuk membeli saham FGVH itu berdasarkan faktor keuntungan, dan bukannya berdasarkan "pegangan politik" kerajaan negeri tersebut. "Mereka (kakitangan) PKNK itu bekerja dengan profesional. Mereka mungkin telah biasa dengan sistem yang melangkaui keputusan lembaga pengarah yang diamalkan ketika pemerintahan Umno. "Bagaimanapun saya tidak menyalahkan mereka. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor keuntungan, bukannya pegangan politik kerajaan negeri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini. - TMI. Kalau aku ada kuasa untuk buat keputusan, aku tentu pilih cara Mazlan Aliman, jawapan yang cukup tegas walaupun masih berlapik. Aku yakin majoriti ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dan jugak warga Felda yang menentang penyenaraian FGVH boleh terima kalau PAS ambil pendirian macam pendirian Mazlan Aliman tu. Mungkin ada sikit rasa terkilan tapi kira ok la pasai mau mengaku silap, segera jual balik saham tu dan minta maaf secara terbuka. Yang aku sikit heran macamana Mahfuz boleh bagi komen macam yang MalaysianInsider laporkan tu. Pasai apa pulak kita tak boleh salahkan pengurusan PKNK sedangkan depa tu secara tak langsung sebenarnya makan gaji dengan kerajaan negeri dan depa kena ikut 'rentak' kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Lagi pun, pelaburan tu bukannya kecik anak, melibatkan dana lebih RM2juta duit PKNK. Memang la pelaburan tu mungkin menguntungkan dari segi ringgit dan sen tapi dari segi politik memang sah-sah merugikan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Aku langsung tak pecaya takdak langsung unsur sabotaj. Takkan la CEO PKNK tu bangang sangat bab politik sampai bacaan dan perkiraan politik yang mudah macam tu pun dia taktau. Pada aku CEO PKNK ni memang patut dikenakan tindakan dan ditukar ke jawatan lain atas kesalahan "salah urus" kakitangan PKNK tu. Selain dari penjelasan yang Setpol MB Kedah bagi macam yang aku salin tampal sebelum ni dalam artikel "Jawapan Setpol MB Kedah isu PKNK beli saham Felda Global Ventures", dia ada tambah lagi macam kat bawah ni: [Sumber: Facebook] Harga tertinggi setakat ni cuma RM5.50 dan harga semalam RM5.31 ( klik untuk semak harga semasa FGVH) Harapnya PKNK segera jual saham FGVH tu tumpang masih lagi buat untung. Kalau tunggu lebih lama tak mustahil harga saham FGVH tu akan turun lagi. Ini satu lagi artikel dari blog Pakatan Haramm .. Memang teruk la Azizan kena taruk kali ni.. nampak sangat puak Pas pusat dan pemimpin Pakatan Haram dah tak suka Ustaz Azizan lagi. Habis laa Pas Kedah kena bersilat lagi la kali ni.. he he.. McTheory: Tapi logik tak 500,000 saham, dibeli tanpa pengetahuan Pengerusi PKNK? |
TUDIAA!! Harakahdaily Fitnah Team Media Kedah dan Dr.Novandri!! Posted: 17 Jul 2012 11:12 PM PDT Ini artikel HARAKAHDAILY petik dari blog pencacai Pas Kedah. Link ke artikel ini boleh dibaca di SINI. Namun Haramkah perlu bertanggung jawab keatas segala tulisannya kerana ia memetik dan meletakkan artikel terbabit di portalnya. Artikel yang memburukkan nama Team Media Kedah kononnya di latih oleh APCO dan diselia oleh Dr. Novandri adalah satu artikel fitnah terbesar Pas Pusat dan Pas Kedah keatas kami. Mc sekalu Ketua Team Media Kedah berasa begitu terkejut dengan fitnah Harakahdaily keatas TMK. Malah kami tidak menyangka akan difitnah sebegitu teruk oleh sebuah portal PARTI ISLAM yang kononnya suci lagi murni. Dalam artikelnya itu, tidak ada yang benar, malah semua yang mereka nyatakan itu adalah palsu dan fitnah belaka dan TMK tidak pernah di LATIH di Janda Baik. Kami mencabar Pas Pusat dan Pas Kedah untuk sertakan bukti bahawa kami di latih oleh APCO di Janda Baik!! Nama saja parti ISLAM, tapi fitnah dan tohmahan adalah makanan harian Pas. Tidak cukup pemimpin kami difitnah, kini Pas mula tercabar dan memfitnah kumpulan blogger dan cybertroopers pula. Keji sungguh perbuatan ini. Namun kami faham apabila perbuatan fitnah yang keji ini akan dihalalkan oleh Mushitdoll Am Pas, Pok Nik Aziz. Dengan teknik matlamat menghalalkan cara. Sedangkan dengan SYAITAN pun Pok Nik Aziz sanggup berkawan, apa la sangat dengan fitnah dan cerita palsu macam ni. Terima kasih Harakahdaily, kerana menguatkan lagi semangat kami untuk terus menentang Pas dan Pakatan Haram. Malah setiap dari ahli kumpulan kami berjanji, akan bekerja lebih kuat untuk menumbangkan Pas di Kedah dengan apa cara sekalipun mengikut teknik 'matlamat menghalalkan cara' yang diajar oleh Pok Nik Aziz. Terima Kasih Harakahdaily kerana sangkaan kami memang tepat kerana (sambung baca dibawah) McTheory, Medan Tempur Kedah, Pisau Kedah, Kamera Kupang, Duke Of UMNO, Aktivis UMNO Pekan Naka, Dahlia B. Lada, Aiman Rosis, Nizam Wahab, Aireen Sweet, Tin Milo Kosong dan beberapa orang lagi ahli kumpulan kami akan berjuang sehabis-habisan sehingga ketitisan darah terakhir untuk memusnahkan Pas Kedah. Akhir kata, McTheory: Tun Faisal kirim salam pada Zulkifli Yahaya (Urusetia Penerangan Kedah paling lekehh)!! |
TUDIAA!! Kondom Pas ka ni?? Halal Bila digunakan!! Posted: 17 Jul 2012 08:26 PM PDT Ini adalah satu tahap penghinaan apabila mempergunakan air zamzam sebagai bahan pelaris kepada kondom yang berstatus halal. Kondom ini di katakan di celup dengan air zamzam bagi mencegah syaitan bersama ketika bersetubuh. Di harapkan produk sebegini tiada di pasaran Malaysia kerana sah-sah mengunakan air zamzam sebagai propaganda melariskan produk pengeluaran. McTheory: Jangan pula yang guna kondom ini untuk menghalalkan zina! |
INFO!! Kisah Malaikat Maut Intai Manusia!! Posted: 17 Jul 2012 12:13 PM PDT Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35) Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati. Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail. Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'" Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat? Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan. Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan). Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis. "Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi) Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai aripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka. Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar." Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. "Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. "Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun. Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia. Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri. Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s. Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka. Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah. Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu. Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya. Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya. Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian. Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah. Wallahu'alam…. sumber Darulaman.My |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment