Gelombang Rakyat |
- ANWAR GELAR PENEROKA TERIMA WANG UNTUNG SBG. PEROMPAK..!!
- TERKINI - PM UMUM RASMI AKTA HASUTAN DIHAPUSKAN.
- SAIFUL BUKHARI TAKKAN LEPASKAN KEKEJAMAN ANWAR - 'HAK SAYA KINI TERBELA..!!'
- AMUKAN DI JPM - PETANDA AJARAN SESAT MAKIN MENGGANAS..!!
ANWAR GELAR PENEROKA TERIMA WANG UNTUNG SBG. PEROMPAK..!! Posted: 11 Jul 2012 07:21 PM PDT Amat mengejutkan apabila laman web Suara PR telah dengan biadapnya menggelar para peneroka Felda sebagai perompak, dalam sebuah artikel yang bertajuk 'Peneroka Perompak Duit Rakyat' yang disiarkan semalam. Alasan laman tersebut ialah kerana pembahagian wang RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka pada Mei lepas adalah dibuat sebelum Felda Global Ventures (FGV) disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Justeru, menurut penulis tersebut, "wang berjumlah RM 1.69 billion yang diperuntukkan untuk membiayai 'durian runtuh' itu semestinya datang dari wang kerajaan (sebut wang rakyat) kerana Felda sendiri tidak ada wang kerana agensi itu sendiri bakal diisytiharkan bankrap." Tambahnya lagi, "disebabkan itu, mungkin ada program kerajaan untuk kebajikan rakyat yang lebih besar terpaksa ditangguhkan dulu untuk menyelesaikan janji 'durian runtuh kepada peneroka Felda dan keluarga masing-masing yang berjumlah sekitar 300,000 orang ini." Apa nak dikata, nampaknya, hadap sekali penulis tersebut dengan program kebajikan rakyat oleh kerajaan. Takut benar dia tidak dapat menikmati program kebajikan dari kerajaan kerana kebanyakan wang telah diberikan kepada warga Felda. Namun, dalam artikel yang sama, penulis tersebut juga menghentam program-program kebajikan rakyat ini sebagai haram dan rasuah. Entah manusia jenis apa yang langsung tidak ada maruah terhegeh-hegeh mengharap wang yang dituduhnya sendiri sebagai 'rasuah' dan haram. Dan bagaimana pula wang 'durian runtuh' itu dikatakannya wang rakyat sedangkan wang tersebut adalah hasil dari jerit perih peneroka serta kecekapan pengurusan Felda sendiri? Wang RM15,000 yang dibayar kepada setiap peneroka atau jumlah keseluruhan, RM1.69 billion, adalah hasil dari pelupusan kepentingan Felda Badan Berkanun (Felda BB) kepada FGVHB yang berjumlah RM5.65 billion sebagai proses penyenaraian. Justeru, tidak timbul wang tersebut sebagai wang rakyat atau wang kerajaan, tetapi bolehlah dianggap sebagai bonus terkumpul yang dijana sendiri oleh Felda dan warganya sebagai sebuah pasukan besar. Pembangkang boleh memutar-belit apa saja tetapi yang pastinya, peneroka tidak mungkin akan dapat menikmati wang tersebut jika pengurusan Felda tidak cekap. Malah peneroka tidak mungkin dapat menikmati pendapatan bulanan yang lumayan yang mereka nikmati hari ini, jika pengurusan Felda tidak berkredibiliti atau berintegriti. Lebih dari itu, peneroka kemungkinan besar masih belum keluar dari kemiskinan dan memiliki rumah dan tanah sendiri sekiranya kerajaan tidak mengilhamkan Felda sejak awal dahulu, bagi membantu mereka. Hakikatnya, Felda adalah bukti keikhlasan, keprihatinan dan kecekapan kerajaan Barisan Nasional. Dan kini, selain pendapatan tetap yang dinikmati melalui Felda, peneroka juga berpeluang mendapat keuntungan dengan pemilikan saham. Malah, melalui penyenaraian ini juga akan membuka peluang perniagaan yang lebih luas sekali gus memberikan pulangan bukan sahaja dari segi wang, tetapi juga dari segi kemudahan dan peluang pekerjaan kepada generasi Felda yang akan datang. Dengan itu, laman Suara PR tentunya dengki sehingga sanggup menggelarkan peneroka sebagai perompak akibat telah tersasul dan terlanjur mengharamkan 'durian runtuh' dan kini meleleh air liur melihat warga Felda menikmatinya. |
TERKINI - PM UMUM RASMI AKTA HASUTAN DIHAPUSKAN. Posted: 11 Jul 2012 08:31 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan, dan digantikan dengan akta baru, yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara malam ini. "Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail. |
SAIFUL BUKHARI TAKKAN LEPASKAN KEKEJAMAN ANWAR - 'HAK SAYA KINI TERBELA..!!' Posted: 11 Jul 2012 06:21 AM PDT Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Saya bersyukur kehadrat Allah SWT dan menerima baik keputusan Pihak Peguam Negara didalam memfailkan Petisyen Rayuan ke Mahkamah Rayuan kelmarin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9hb Januari 2012 yang telah melepas dan membebaskan tertuduh. Saya dan keluarga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Petisyen Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana. Kami berharap, tarikh rayuan yang bakal ditetapkan kelak tidaklah terlalu lewat dan prosiding berjalan dengan lancar. Untuk rekod, pada 28 Jun lepas, genap 4 tahun dari hari saya membuat laporan polis. Walaupun ia satu tempoh yang lama, namun saya akan terus berdoa, istiqamah dan sabar, tidak sesekali saya akan menyerah kalah. Akhir kalam, Saya dan keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana. Kepada Allah saya berserah. |
AMUKAN DI JPM - PETANDA AJARAN SESAT MAKIN MENGGANAS..!! Posted: 11 Jul 2012 03:45 AM PDT Cetek pengetahuan dalam ilmu agama; terikut-ikut dengan ajaran sesat dan terlalu ingin menjadi manusia hebat dengan kebolehan luar biasa mendorong seseorang itu menjadi imam 'Mahadi' palsu. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya berkata seseorang tidak boleh sewenang-wenangnya mempercayai dirinya Imam Mahadi kerana terdapat ciri dan sifat tertentu membezakan Imam Mahadi dengan manusia biasa. "Antara sifat Imam Mahadi digambarkan Nabi Muhammad SAW dalam hadis riwayat Abu Daud ialah beliau bangkit memimpin dan menjadi imam kepada seluruh umat manusia," katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian amuk seorang lelaki dikatakan mengaku imam Mahadi di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lepas. Lelaki berusia 47 tahun itu meninggal dunia di hospital selepas terkena tembakan pada tangan dan bahagian ari-ari, yang dilepaskan polis bagi mempertahankan diri daripada serangan lelaki terbabit. Seorang wanita 28 tahun pengikut lelaki itu juga terkena tembakan dan masih dirawat di Hospital Putrajaya. Fathul Bari berkata Imam Mahadi tidak bangkit secara mengaku "akulah Imam Mahadi yang ditunggu-tunggu" sebalik ciri-ciri dan sifatnya diketahui sendiri orang ramai menerusi kepimpinannya membawa dan mengisi keadilan kepada seluruh dunia. Ditanya mengapa sejak akhir-akhir ini banyak individu dikultuskan sebagai imam 'Mahadi', Fathul Bari berkata tindakan itu merupakan modus operandi kelompok yang tersasar daripada akidah Islam yang sebenar. "Pertama sekali mereka ingin diikuti dan dijadikan sebagai ikutan, mereka akan membina kultus mereka sendiri, dia akan tanam bukti-bukti dan ciri-ciri sebagai Imam Mahadi seperti yang berlaku dalam beberapa ajaran sesat. "Bila mereka mula ke tahap melampau mereka akan mengangkat diri mereka dan mensucikan diri mereka sampai ke tahap apa yang mereka kata mesti benar dan tepat, apa yang mereka kata tak boleh dikritik dan tak boleh disanggah, sehinggakan pengikut mereka kena terima bulat-bulat," katanya. Bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Salleh Ahmad berkata salah satu cara membendung kejadian seperti itu ialah memberi pendidikan ilmu akidah berterusan kepada umat Islam sejak kecil. "Perkara ini berpunca dari kejahilan mereka dan ada yang cuba untuk berlagak jadi orang hebat dengan mengaku bahawa dia Imam Mahadi. "Pihak berkuasa harus mempergiatkan gerakan dakwah bagi memastikan perkara ini tidak berulang," katanya. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment