Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


RONNIE LIU KEMBALI HINA ENAKMEN SYARIAH - PAS SELANGOR 'CARI' HASAN ALI..!!

Posted: 10 Jul 2012 10:19 PM PDT




Ronnie Liu dan DAP Selangor dilihat kembali 'berkuasa' dengan lebih 'mutlak' tanpa sebarang halangan susulan penyingkiran Hasan Ali. 

Terbaru Exco Kerajaan Negeri Selangor itu memberi arahan agar membekukan peraturan Majlis Daerah Kuala Selangor yang mengarahkan pasangan Muslim yang belum berkahwin supaya duduk berasingan dalam pawagam berkuatkuasa serta merta.

Alasan yang sama digunapakai ketika arahan MPSA menidakkan penjualan arak di kedai2 serbaguna di Shah Alam. "Keputusan  tersebut tidak pernah dirujuk kepada Kerajaan Negeri." 

Bercakap di lobi bangunan DUN Selangor, Ronnie berkata keputusan tersebut tidak pernah dirujuk kepada kerajaan negeri.

"Tak diberitahu, (saya) hanya mengetahuinya melalui laporan akhbar. Ini bertentang dengan peraturan di seluruh Selangor," tambahnya.






PAS Selangor lantaran itu terpinga2 mencari jaguh yang secara pantas memantau tindakan Ronnie yang sememangnya dilihat menghalang perlaksanaan Enakmen Syariah yang dinyalak oleh PAS sendiri mahu memperkasakannya.

Mungkin mereka terlupa jaguh yang bernama Hasan Ali kini telah tiada dalam PAS. Kepada siapa PAS Selangor hendak merujuk? Mungkin 'mengiyakan' sahaja tindakan tersebut.






"Tak mengapa. Yang penting tawan Putrajaya dulu. Soal ini kita ketepikan dahulu."
  
Teruskan bekerjasama dengan puak sebegini. Sekurang2 nya MCA sendiri tidak pernah menghalang perlaksanaan Enakmen Syariah di dalam mana2 Negeri.

Lagi Artikel Berkaitan (KLIK pada tajuk di bawah untuk baca) :-






BEKAS PEGAWAI TAMPIL DEDAH HUBUNGAN SULIT LIM GUAN ENG & BETTY CHEW..!!

Posted: 10 Jul 2012 07:21 PM PDT




Memandangkan pihak Guan Eng, Betty Chew dan Phaik Kheng sendiri enggan memberi penjelasan mengenai krisis yang melanda mereka, kebanyakan rakyat telah membuat kesimpulan sendiri bahawa skandal Guan Eng dengan Phaik Kheng adalah benar dan Betty Chew menyebabkan kecederaan di dahi Guan Eng juga benar. 

Kesimpulan ini dibuat berdasarkan sikap mereka yang mengelak malah Betty Chew yang meroyan apabila ditanya mengenainya. 

Namun, rakyat mungkin ada satu alasan lagi untuk mempercayai kisah skandal ini iaitu apabila seorang bekas pegawai Lim Guan Eng dikatakan akan tampil untuk menceritakannya secara terperinci. 

Pegawai ini dikatakan agak rapat dengan Phaik Kheng dan bersimpati dengan nasib beliau. 
Sumber-sumber menyatakan yang pegawai tersebut ingin membela Phaik Kheng yang kini dicemuh oleh rakan-rakan, penyokong dan pensimpati Betty Chew.   Menurutnya, Phaik Kheng tidak wajar diperlakukan sedemikian kerana yang bersalah juga adalah Lim Guan Eng. 





Malah Lim Guan Eng juga dikatakan sudah berhenti berusaha untuk menghubungi Phaik Kheng yang mana menyebabkan Phaik Kheng terpaksa menanggung cemuhan ini sendirian. 

Bila pendedahan akan dibuat dan bagaimana ia akan dibuat oleh pegawai tersebut tidak dapat dipastikan.  Mungkinkah ia bakal menjadi kejutan di saat-saat akhir sebelum pilihanraya berlangsung?   

Sukar untuk diramalkan kerana pegawai tersebut juga dikatakan begitu bimbang akan tindakbalas dari pejabat Ketua Menteri sekiranya beliau benar-benar tampil membuat penjelasan. 

Bagaimanapun, sumber juga menyatakan bahawa pegawai tersebut adalah seorang yang berpendirian dan tidak mudah mengaku kalah. 

Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja dengan tenang.  Kita harap, Betty Chew dan Guan Eng juga dapat bertenang dengan berita ini.


SAIFUL BUKHARI SUJUD TUNTUT BELA - TERUS DILUDAH MCM ANJING..!!

Posted: 10 Jul 2012 08:30 AM PDT




Pejabat Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Seorang timbalan pendakwa raya kanan yang dihubungi Bernama pada Selasa mengesahkan bahawa rayuan itu difailkan tengah hari semalam.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa mahkamah berkenaan tidak menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan itu.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan rekod rayuan, termasuk penghakiman bertulis setebal 80 muka surat untuk memudahkan pihak pendakwaaan memfailkan rayuan.

Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim perbicaraan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa mahkamah itu tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu (Mohd Saiful Bukhari).

Katanya sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis.

Berdoa Saiful Bukhari. Biarlah mereka hina kamu. Diludah anjing sekalipun. Jika kamu menuntut kebenaran sebenar, Allah bersama kamu. Jangan pernah henti berdoa.



LELAKI AMUK DI JPM - 'IMAM MAHADI' DIUPAH ANWAR ANCAM NAJIB..!!?

Posted: 10 Jul 2012 05:33 AM PDT




Lelaki yang ditembak mati di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam mungkin mengalami gangguan mental atau 'oppositional conduct disorder', iaitu kecenderungan untuk membantah dan memberontak dalam apa jua keadaan.

Pakar Perunding Psikologi Utama, International Psychology Centre Sdn Bhd, Dr Edward Chan ketika memberikan pandangannya itu berkata, dengan kata lain seseorang itu mungkin mengalami kecelaruan minda. "Berdasarkan pemerhatian saya melalui blog lelaki itu, saya dapati bahawa dia mempunyai perasaan curiga, sinis dan tidak rasional terhadap sesuatu perkara," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya, lelaki tersebut juga berkemungkinan mengalami gangguan mental sejak kecil lagi atau tidak mendapat nutrisi pemakanan yang seimbang dan juga kesan daripada pengambilan dadah.

"Selalunya individu yang mengalami gangguan ini akan bersifat murung, cepat marah dan panas baran yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam kerana mereka akan bertindak di luar kawalan," katanya.






Chan berkata sehubungan itu, sokongan moral dari keluarga dan rakan-rakan amat penting bagi mengelakkan individu tersebut bertindak di luar kawalan.

"Bila ada sokongan dari orang-orang yang rapat dengan mereka ini, sekurang-kurangnya mereka (kawan-kawan) dapat mengenalpasti gangguan yang dialami individu tersebut di peringkat awal lagi.
"Bila dah dapat 'early detection', macam murung dan sebagainya, mereka (kawan-kawan) boleh merujuk individu tersebut kepada pihak profesional untuk rawatan dan bantuan dari aspek psikologi macam kaunseling dan sebagainya," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang semalam, lelaki itu yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, yang menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi' mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, JPM.






Suspek wanita berusia 28 tahun itu, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan dirawat di Hospital Putrajaya.

Sementara itu, Penganalisis Jenayah Kamal Affendi Hashim mencadangkan agar setiap anggota polis termasuk polis bantuan dan sukarelawan dibekalkan dengan skim insurans memandangkan mereka sentiasa berdepan dengan risiko bahaya.



DR. RANI BACUL TOLAK DEBAT DGN. HASAN ALI - BUKTI PERJUANGAN PALSU!!

Posted: 10 Jul 2012 03:32 AM PDT




Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berharap Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menukar pendirian menolak debat kepada sedia berdebat dengannya di bawah tajuk PRU13: Di manakah Pas Selangor?


Hasan dalam satu kenyataan berkata,  Abd Rani seharusnya menyambut baik jemputan debat itu dan menggunakan peluang yang ada untuk mempertahankan kepimpinannya sebagai pemimpin nombor satu Pas di negeri ini.

"Saya difahamkan Dr Rani tidak bersedia menerima undangan tersebut atas alasan yang sukar untuk difahami seperti mendakwa saya menggunakan kaedah gengsterisme terhadap Pas.

"(Sepatutnya) Di pentas ini (debat), beliau boleh dapat menjelaskan apa yang Pas Selangor tawarkan untuk mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja di negeri Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya.






Hasan menjelaskan, beliau bukannya individu bertanggungjawab mengusulkan acara debat tersebut sebaliknya  ia diuruskan pihak penganjur iaitu Gerakan Masyarakat Prihatin Meru.

"Saya telah menyatakan persetujuan saya untuk menyertai debat tersebut kerana saya masih mengikuti perkembangan Pas secara dekat dan sehingga ini sentiasa diberi maklum balas mengenai gerak kerja parti oleh pimpinan di peringkat negeri dan kawasan.

"Saya harap Dr Rani akan menukar pendiriannya sebaliknya dapat bersama dengan saya pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sekiranya beliau ingin mencadangkan nama yang lain untuk menggantikan beliau, saya syorkan beliau menghubungi pihak  penganjur," katanya.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...