Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


DEDAH AGEN SULIT ANWAR - SUARAM AKUI TERIMA SUMBANGAN HAMPIR RM1 JUTA SEBULAN..!!

Posted: 02 Jul 2012 12:35 AM PDT




Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang banyak membuat bising dan giat berusaha memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri telah pun dibuktikan sebagai penipu.  Beberapa tuduhan mereka berkenaan isu kapal selam scorpene telah pun dikantoikan dengan jelas sekali di mana perbicaraan langsung tidak berlaku di Mahkamah Perancis. 
Namun, SUARAM sudah begitu sebati dengan menipu dan mereka langsung tidak hairan jika penipuan mereka terbongkar.  Apa nak dihairankan dengan sikap SUARAM ini apabila bukan sahaja aktiviti hariannya adalah menipu, tetapi asas kewujudan SUARAM itu juga adalah satu pembohongan. 

SUARAM, selama ini mewar-warkan diri mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga mereka demi memperjuangkan hak asasi dan keadilan.  







Namun, beberapa individu yang pernah bersama rakan2 komplot SUARAM telah mendedahkan bahawa menerusi semakan dokumen awam SSM,  beliau mendapati SUARAM adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan sebuah NGO seperti yang diwar-warkan mereka.

Lebih menarik lagi ialah 'syarikat SUARAM' ini didapati mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010.   Adalah difahamkan bahawa pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan lagi pendapat ramai bahawa SUARAM adalah talibarut asing yang tugasnya adalah untuk mencipta suasana tidak tenteram dengan membangkitkan keraguan terhadap kerajaan yang memerintah bagi membuka jalan kepada boneka asing, iaitu pihak pembangkang untuk berkuasa sama ada melalui pilihanraya mahupun jalanraya.

Sudah lama rakyat tertanya-tanya bagaimana sebuah NGO yang tidak berorientasikan keuntungan mendapat wang untuk ke sana ke mari memburukkan kerajaan?   Bagaimana mereka mengupah peguam dari luar negara dan bagaimana mereka menanggung kos perjalanan, penginapan dan makan minum pegawai serta peguam mereka dalam 'misi' memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia?  Itu belum termasuk kos dokumentasi dan lain-lain kos pengurusan dan pentadbiran. 




 
Dengan pendedahan ini,  terjawablah sebahagian dari kemusykilan rakyat terhadap SUARAM. 

Sebelum ini SUARAM juga telah didedah sebagai menerima bantuan dari pertubuhan-pertubuhan luar dari rangkaian CIA.  Berdasarkan pendedahan rekod kewangan 'syarikat' mereka ini, tidak mustahil sama sekali bahawa semua pendedahan tersebut adalah benar belaka. 

SUARAM tidak boleh lari lagi kali ini.  Untuk ke sekian kalinya, selain dari menuduh dan menuntut agar orang lain menjawab persoalan yang dibangkitkan mereka, SUARAM perlu menjawab tuduhan ke atas mereka pula: 

Apakah ia sebuah syarikat perniagaan?  Jika ya, apakah yang mereka perniagakan?  Apakah ia sebuah NGO?  Jika ya, dari mana datangnya sumber kewangan?

Mungkin SUARAM perlu lupakan sekejap soal kapal selam. Lagipun, menurut SUARAM kes tersebut sedang 'dibicarakan' bukan?  Jadi, biarlah 'perbicaraan' berjalan dengan tenang sementara kita menunggu keputusannya.  

Buat masa ini, SUARAM perlu jelaskan pertuduhan ke atas mereka terlebih dahulu iaitu benarkah mereka ditaja oleh CIA?

Jika tidak, kenapakah SUARAM perlu mencipta publisiti ke atas kes yang kononnya 'sedang dibicarakan'?  Apakah yang SUARAM cuba capai sebelum 'keputusan perbicaraan' diumumkan? 

Jika benar SUARAM adalah sebuah organisasi yang telus dan berniat baik, maka SUARAM tidak harus punya masalah untuk menangani persoalan mudah ini.



TERKINI - ANWAR & AZMIN ALI BERDEPAN TUDUHAN BARU DI MAHKAMAH..!!

Posted: 01 Jul 2012 09:24 PM PDT


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi pemimpin PKR hari ini didakwa dengan satu lagi tuduhan atas dakwaan bersubahat memecahkan sekatan ketika perhimpunan BERSIH 3.0.

Dakwaan baru itu merupakan tuduhan ketiga yang dihadapi tiga pemimpin berkenaan yang sebelum ini didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan melanggar perintah mahkamah.

Anwar dan dua pemimpin PKR – timbalan presiden Azmin Ali dan bekas anggota majlis pimpinan tertinggi parti itu, Badrul Hisham Shaharin – merupakan antara yang terawal didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman.



 



Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan.

Anwar yang berang dengan tuduhan baru hari ini menyifatkan tindakan berkenaan merupakan satu lagi penganiayaan politik, Mahkamah menetapkan 3 September untuk sebutan kes berkenaan.

Pada 22 Mei lalu, mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah mahkamah yang menghalang perhimpunan tersebut.






Majistret Zaki Asyraf Zubir dalam perintah bertarikh 26 April itu melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Anwar dan Azmin boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut dan boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.


TANGKAP SEGERA - UNCLE SEEKERS DAH KENA SUMPAHAN JIN HINA SULTAN JOHOR..!!

Posted: 01 Jul 2012 04:38 PM PDT




Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari semalam di Balai Polis Sentral bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya.



PENGUMUMAN.. UNISEL BAKAL ISYTIHAR MUFLIS..!!

Posted: 01 Jul 2012 06:23 AM PDT




Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel).
  
Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian.
  
"Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini hari ini.
  
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata sejak parti pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu dan digantikan dengan pemimpin pembangkang daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

  



Beliau berkata kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Anggota Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Anggota Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai Anggota Lembaga Pengarah universiti itu.
 
"Jika zaman BN mentadbir dahulu kita hanya letakkan seorang sahaja wakil kerajaan negeri iaitu Exco Pendidikan, tetapi mereka jelas meletakkan orang politik yang mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan universiti itu," katanya.
  
Noh turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melantik tiga Timbalan Naib Canselor dengan gred gaji Jusa B berbanding seorang sahaja semasa di bawah BN dan mewujudkan jawatan Pendaftar Kanan dengan gred gaji yang sama dalam pentadbiran Unisel.
  
Noh turut mendesak Abdul Khalid menunaikan janji untuk mendedahkan maklumat pemberian kontrak secara rundingan terus di bawah pentadbiran kerajaan Selangor.

"Saya desak mereka dedahkan secepat mungkin, atau mereka boleh dedahkan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Jika mereka gagal melakukannya saya akan bantu mereka dedahkan," katanya.


Artikel Berkaitan (KLIK pada tajuk di bawah untuk paparan) :-





SIJIL GRADUAN UNISEL TAK LAKU..!!? - UNIVERSITI 'GAJAH PUTIH'.

Posted: 01 Jul 2012 02:32 AM PDT




Gara2 campurtangan politik yang melampaui batasan dalam Pengurusan, Universiti Selangor (Unisel) yang pada asalnya dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal hilang krelibiliti sebagai salah sebuah Institut Pengajian Tinggi terbaik di Malaysia apatah lagi di peringkat Global.

Kenyataan terbaru dari Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini ada kebenarannya.

Ini kerana tindakan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik individu yang terlibat dalam politik sebagai Lembaga Pengarah Unisel banyak mempengaruhi tindakan dan keputusan universiti itu.

Beberapa tokoh Politik yang diletakkan bagi jawatan Board Of Director termasuklah ADUN Hulu Langat Che Rosli Che Mat dan Faekah Husin yang kini sarat dengan pertuduhan pecah amanah dari kalangan Pimpinan PKR sendiri.

Adakah Unisel kini menjadi platform Pakatan dalam mendapatkan pengaruh sokongan undian Mahasiswa? Sehingga membiarkan Mahasiswa mengabaikan pendidikan akibat seruan desakan politik sempit?


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...