Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


MUKHRIZ AKHIRNYA BERSUARA - BALAS TUDUHAN KAKAKNYA MARINA MAHATHIR..!!

Posted: 30 Jun 2012 11:17 PM PDT




Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan penglibatan kakaknya, Datin Paduka Marina dalam Bersih 2.0 memberi kesan terhadap kepentingan politik beliau.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengakui teguran bapanya ada kebenaran kerana hubungan persahabatan Marina dengan Datuk Ambiga menimbulkan kebimbangan dan tidak puas hati penyokong kerajaan.

"Seperti mana bapa (Tun) sebut hubungannya dengan gerakan Bersih sedikit sebanyak beri kesan kepada saya sebagai ahli keluarga yang terlibat politik," katanya, semalam.

Baru-baru ini, Dr Mahathir dipetik berkata, beliau berharap Marina tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya.

Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum  yang bersih dan adil.


Artikel Sebelum ini  (Klik pada tajuk di bawah untuk paparan) :-


PRU13 - NAJIB KENA 'WARNING' DGN. MAHATHIR!!

Posted: 30 Jun 2012 09:43 PM PDT




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menggunakan tempoh mandat yang ada untuk memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kebolehan serta keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya terhadap rakyat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan Najib yang menghormati mandat lima tahun diberi rakyat untuk mentadbir negara sebelum mengadakan pilihan raya umum adalah sesuatu yang lebih baik.

"Tetapi ada kemungkinan pula, jika kerajaan beri masa yang panjang (sebelum mengadakan pilihan raya umum), desakan dan tuntutan yang bukan-bukan terhadap kerajaan akan bertambah dan mereka akan mengugut kerajaan, jika tidak bagi ini, mereka tidak akan sokong," katanya.

 Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan Kali ke-51 di sini hari ini.

Semalam, Najib berkata, tidak timbul soal BN kurang yakin menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh pilihan raya.

Presiden Umno merangkap Pengerusi BN itu menegaskan, BN diberi mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun bagi memperlihatkan kemampuan memimpin dan mentadbir negara serta membawa kemajuan dan membela untung nasib rakyat.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, pandangannya mengenai kemenangan calon BN ditentukan oleh pengundi Cina  dibuat berdasarkan kebenaran, bukan sentimen atau faktor lain.

"Dulu kita dapat sokongan daripada pengundi Cina yang menyebakan kita (BN) menang. Apabila orang Melayu berpecah dua, yang menentukan siapa menang adalah orang Cina. Apabila orang Cina berpecah dua, yang tentukan siapa menang adalah orang Melayu.

"Jadi dalam bandar yang mana jumlah orang Cina ramai dan mereka berpecah dua, maka orang Melayi yang akan tentukan. Di kawasan orang Melayu ramai dan berpecah, sekarang ini berpecah tiga, jadi undi orang Cina yang tentukan siapa menang," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa BN menggunakan wang ringgit untuk mendapatkan sokongan rakyat, Dr Mahathir berkata, kos hidup rakyat semakin meningkat dan ini menjejaskan terutama kepada kehidupan golongan miskin.

Bagaimanapun, katanya, bantuan wang tunai yang diberi oleh kerajaan BN bagi menyokong kehidupan rakyat untuk membeli seperti keperluan harian dan buku, sampai terus kepada rakyat yang benar-benar memerlukan dan tidak sewajarnya dianggap sebagai cubaan merasuah rakyat.

Menjawab soalan tentang dakwaan bantuan kerajaan menerusi pemberian wang  kepada rakyat itu boleh membawa negara kepada muflis, Dr Mahathir yakin Najib mempunyai penasihat kewangan dalam menyalurkan bantuan itu.


PENDUDUK BERANG - MAHFUZ VS UST. AZIZAN REBUT WANG RUMAH KOS RENDAH..!!

Posted: 30 Jun 2012 01:19 AM PDT


Kerajaan Persekutuan kesal dengan kerajaan PAS Kedah yang tidak menunaikan janji untuk membina rumah kos rendah kepada rakyat setelah menang pilihan raya umum (PRU) 2008.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata beliau kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang gagal menunaikan janji yang ditaburkan kepada rakyat negeri ini.

 




Katanya walaupun pelbagai alasan yang diberikan seperti mahu mengubah pelan perumahan di beberapa daerah, namun ia hanya untuk menutup kelemahan kerajaan pembangkang itu.

"Empat tahun memerintah adalah masa yang agak panjang dan apabila PRU nak dekat baru mereka cakap nak buat," kata Chor kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penghuni perumahan Taman Uda di sini hari ini.

 




Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata sebelum ini kerajaan persekutuan tidak berhenti menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan negeri-negeri terutamanya di negeri pembangkang namun mereka tidak memanfaatkannya.

Katanya sehingga kini kerajaan negeri Kedah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak pernah meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan masalah rumah kos rendah.

 



Kerajaan PAS Kedah sebelum ini didakwa gagal menguruskan tiga projek perumahan antaranya apartmen kos rendah Bandar Darulaman di Jitra, Bandar Sejahtera di Pokok Sena dan Bandar Tunku Puteri, Gajah Mati juga di Pokok Sena.

Sementara itu, Chor mengingatkan kepada bakal pembeli rumah agar tidak mudah tertipu dengan tawaran rumah oleh sendikit penipuan rumah.

Katanya beliau dimaklumkkan pemaju yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mengumumkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bakal membina lebih banyak rumah kos rendah di bandar raya ini.


 




"Rakyat tertipu kerana beranggapan pemaju terbabit mempunyai hubungan dengan kerajaan negeri dan persekutuan sehingga ada pembeli rumah telah mengeluarkan wang pendahuluan yang tinggi," katanya.

Beliau berharap pihak polis akan melakukan siasatan dengan secepat mungkin dan menangkap pihak tidak bertanggungjawab berkenaan.

Pada 25 Jun lalu, seramai 16 pembeli rumah kos rendah sekitar bandar raya ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star kerana mendakwa mereka ditipu oleh ejen menjual rumah kos rendah sejak dua tahun lalu.

Pembeli yang tertipu terpaksa membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,000 terlebih dahulu namun tapak rumah yang dijanjikan oleh agen perumahan tidak ada.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...