UMNO Online - “Peserta Dibayar : Idris Ahmad Atau Penyokong Pas Yang Menipu?” plus 9 more

UMNO Online - “Peserta Dibayar : Idris Ahmad Atau Penyokong Pas Yang Menipu?” plus 9 more

Link to UMNO Online

Peserta Dibayar : Idris Ahmad Atau Penyokong Pas Yang Menipu?

Posted: 05 Jun 2012 03:51 AM PDT

Bekas Ketua Penerangan Pas yang diturunkan pangkat menjadi AJK Pas biasa, Idris Ahmad, cuba menonjolkan dirinya seolah-olah cuba menjadi juara apabila menafikan sebarang bentuk pembayaran atau "duit minyak" kepada para penyokong Pas yang menyertai Himpunan Hijau 100k Ke Putrajaya baru-baru ini.

Dalam kenyataannya di laman rasmi Pas, Harakahdaily, semalam, dia yang bagaikan "kemaruk mahukan jawatan Ketua Penerangan" parti itu kembali, menyatakan bahawa orang Pas tidak seperti orang UMNO yang kononnya perlu disogok untuk ke majlis anjuran parti.

Sebenarnya, tidak dapat dinafikan bahawa ada kalanya para pemimpin UMNO terpaksa mengeluarkan sedikit perbelanjaan bagi para penyokong tidak mampu mengeluarkan belanja, tapi bersemangat mahu menghadiri majlis anjuran parti.

Sebagai contoh, sekiranya majlis tersebut berlangsung di Alor Setar, para penyokong yang tinggal jauh seperti di Baling, Sik dan kawasan-kawasan lain terpaksa mengeluarkan wang yang agak membebankan mereka dan keluarga.

Namun, atas dasar membantu dan meringankan beban para penyokong tersebut, maka mereka diberikan sedikit wang untuk mengisi minyak kenderaan.

Salahkah pemberian seperti itu?

Dan untuk pengetahuan Idris Ahmad, para penyokong yang tidak layak, mampu dan tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut sememangnya tidak mendapat apa-apa bayaran dari mana-mana pihak. Tapi mereka tetap juga hadir di majlis…

Tapi, Idris menafikan sepenuhnya bahawa Pas tidak membayar sebarang bayaran meskipun dalam bentuk "duit minyak" sebagaimana UMNO.

Benarkah dakwaan Idris Ahmad itu?

Pada saya, sama ada orang Pas atau UMNO, kita semua beragama Islam dan Islam melarang umatnya berbohong.

Saya mendapat maklumat dari rakan-rakan Pas, khususnya dari golongan muda bahawa ramai di kalangan para penyokong parti itu menerima bayaran "duit minyak" dari pemimpin-pemimpin mereka.

Tidak banyak pun bayaran yang mereka terima.

Katanya, bagi penunggang motosikal akan diberikan sebanyak RM20 untuk petrol. Bagi mereka yang datang dengan bas pula akan diberikan sebanyak RM50 dan mereka yang datang dengan kereta sendiri pula akan diberikan sebanyak RM150.

RM20 itu ialah untuk satu kepala. Ia diberi sebanyak itu memandangkan mereka yang menunggang motosikal dipercayai tinggal berdekatan dengan Alor Setar dan memadai untuk mengisi minyak dan membeli air bagi melepaskan dahaga mereka menjerit atau bertakbir.

RM50 juga diberikan ikut jumlah kepala bagi yang menaiki bas. Ia diberikan sebanyak itu kerana dipercayai mereka datang dari jauh dari luar Kedah seperti Kelantan, Terengganu dan Selangor, Perak dan sebagainya. Sekurang-kurangnya bayaran itu boleh menampung perbelanjaan makan minum mereka di sepanjang perjalanan.

Bagi yang berkereta pula, RM150 itu untuk satu kepala itu diberikan kepada mereka yang juga datang dari luar Kedah, atau yang tinggal agak jauh dari Alor Setar seperti di Sik, Baling dan sebagainya.

Wang tersebut diberikan untuk "milage claim", minyak dan makan minum, yang diselalunya dikongsi bersama  bagi seisi kereta.

Pada saya, bayaran atau pemberian itu adalah wajar dan patut diberikan kepada para penyokong Pas yang hadir di majlis Himpunan tersebut.

Namun, rakan-rakan Pas saya itu juga tidak menafikan bahawa ada juga para penyokong Pas yang hadir dan tidak mendapat sebarang bayaran dari mana-mana pihak. Ia adalah kerana dipercayai mereka mampu atau "tidak diberitahu" mengenai bayaran tersebut.

Persoalannya, semua maklumat tersebut diceritakanoleh rakan-rakan saya dari Kelantan dan Terengganu yang kebetulan masih di Kedah. Lebih penting lagi, mereka menceritakan soal bayaran tersebut ketika saya bertemu dengan mereka pada malam himpunan itu.

Dalam ertikata lain, mereka menceritakan "rahsia bayaran" dari Pas kepada para penyokong parti SEBELUM Idris Ahmad mengeluarkan kenyataan menafikan bayaran tersebut. Rahsia terbuka lebih awal dari penafian?

Jadi, siapa yang berbohong? Idris Ahmad atau rakan-rakan saya yang membelanja saya makan bihun sup di gerai himpunan pada malam itu dengan "duit bayaran" tersebut? Idris Ahmad menipu atau para penyokong Pas (rakan-rakan saya) yang menipu?

Saya ingatkan sekali lagi, penganut agama Islam sebenar tahu bahawa hukum menipu adalah berdosa dan jangan ingat saya tiada rakan-rakan yang menyokong Pas secara "totok"…

kedahan69ers.com

Amanat Baru Haji Hadi Seperti Ketam Menyuruh Anaknya Berjalan Betul

Posted: 05 Jun 2012 03:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Jun – ‘Amanat baru’ Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang mahu penyokong pembangkang bersopan santun menurunkan kerajaan diharapkan bukan sekadar ungkapan mengabui mata rakyat, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Serentak itu, beliau mencabar Presiden Pas supaya terlebih dahulu menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penganjur BERSIH 3.0, S. Ambiga supaya tahu menghormati undang-undang negara.

“Menghormati undang-undang dan peraturan juga termasuk dalam keadah sopan santum, jadi Anwar dan Ambiga seeloknya dinasihati menunjukkan pekerti mulia supaya dicontohi oleh pengikut mereka,”  tegasnya dalam entri terbaru umnobahagiancheras.blogspot.com.

Katanya, Haji Hadi juga sepatutnya terlebih dahulu ‘mentarbiahkan’ pemimpin pembangkang supaya tidak menggunakan politik kotor dan melakukan keganasan di jalanan dalam usaha mereka untuk berkuasa.

“Saya bimbang, amanat baru Haji Hadi akan ditertawakan oleh orang ramai kerana saranan itu kelak diumpamakan seperti  ketam mengajar anaknya berjalan betul,” ujarnya lagi.

Katanya, perlakuan politik pemimpin pembangkang termasuk mereka yang anti-kerajaan sejak akhir-akhir ini amat memalukan dan bertentangan dengan tatacara kehidupan dan budaya masyarakat negara ini.

“Apakah merusuh di jalanan, memekik terlolong dan mencerca pemimpin itu termasuk dalam kaedah berpolitik yang direstui oleh pembangkang terutama Pas,” soal beliau lagi.

Oleh itu katanya, ‘amanat baru’ Haji Hadi itu diharapkan bukan sekadar ungkapan kosong untuk menyedapkan telinga pengikut mereka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau mengulas kenyataan Haji Hadi yang mahu penyokong pembangkang supaya menurunkan kerajaan dengan cara yang bersopan santum,, bukan melalui tindakan yang memalukan mereka.

“Kita rakyat Malaysia berslogankan  sopan santum. Naik turun pemimpin juga mesti melalui sopan santun,, bukan cara memalukan,” kata Haji Hadi sepertimana kenyataannya disiarkan oleh sebuah akhbar harian hari ini.

Mengulas lanjut kenyataan terbaru Haji Hadi itu, Syed Ali bagaimanapun berkata jika kenyataan tersebut dibuat dengan ikhlas ianya satu perkembangan yang baik.

“Haji Hadi sepatutnya terlebih dahulukan  tarbiahkan Anwar, Azmin dan  Ambiga..”

“Bagaimanapun, sukar untuk kita yakin dengan percakapan pemimpin pembangkang termasuk Haji Hadi kerana lazimnya banyak yang putar belit dan tersirat pelbagai helah,” tegasnya.

Beliau seterusnya mendesak Haji Hadi menasihati Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya terlebih dahulu membersihkan diri mereka secara terbuka ekoran pelbagai isu moral yang memalukan.

 

Sebagai contohnya kata beliau, Azmin dikaitkan dengan skandal rasuah sehingga mampu mengumpul kekayaan luar biasa manakala Anwar pula dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri Azmin.

“Sepatutnya Haji Hadi tegur Anwar dan Azmin sebab mereka berdua ini berada dalam rumah tangga Pakatan Rakyat (PR) yang turut disertai oleh pemimpin Pas,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyifatkan dakwaan pembangkang kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja melambatkan PRU ke-13 kerana BN beradala dalam zon berbahaya, hanya sebagai satu provokasi.

Sebaliknya jelas beliau, penentuan bila pilihan raya sememangnya menjadi satu kewajipan kerajaan yang memerintah tetapi perlu secara teliti bagi memastikan segala usaha dan perancangan membangunkan masa depan rakyat tidak tergendala.

“Memang sudah mejadi tabiat pembangkang, jika pilihan raya diadakan awal, mereka akan tuduh sebagai muslihat UMNO, tetapi jika lambat sikit, mereka juga tuduh yang bukan-bukan, inilah kerja pembangkang,” tegasnya.

Azmin Sedar Lagi Banyak Buka Mulut, Lagi Banyak Tembelang Pecah

Posted: 05 Jun 2012 03:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Sikap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang selama ini begitu lantang mengkritik kerajaan khususnya pemimpin UMNO diibaratkan terkena batang hidung sendiri apabila kali ini beliau membisu seribu bahasa daripada memberi kenyataan mahupun untuk membela dirinya berhubung isu video skandal seks dan isu rasuah yang didedahkan oleh  beberapa penulis blog baru-baru ini.

Menurut bekas setiausaha peribadi Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, inilah balasan kepada Azmin apabila beliau sebelum ini begitu lantang menuding jari mencari kesalahan orang lain yang tuduhannya itu hanya berdasarkan emosi, fitnah dan bukannya berdasarkan fakta-fakta yang sahih dan benar.

"Bagi saya, tindakan Azmin yang mengambil sikap berdiam diri apabila timbul isu yang terkena batang hidungnya sendiri, merupakan satu sikap yang diwarisinya secara turun temurun dari mentornya, Anwar Ibrahim.

"Sehingga ke hari ini, saya  lihat Azmin begitu takut untuk mengulas panjang tentang isu video skandalnya itu, bahkan untuk menyebutnya juga Azmin tidak berani. Saya yakin beliau bimbang sekiranya isu ini diperbesarkan, akan terdedah segala kebenaran yang selama ini cuba disembunyikannya dari pengetahuan rakyat," katanya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Jelas beliau lagi, selepas ini Azmin pastinya akan mencuba mencari isu-isu hangat yang boleh ditimbulkannya bagi mengalih perhatian umum agar tidak lagi tertumpu kepada isu video skandal seksnya itu.

"Saya yakin Azmin akan cuba mencari isu-isu yang melibatkan kepimpinan UMNO atau kerajaan untuk ditonjolkan sebagai satu strategi politik bagi membuatkan rakyat lupa kepada isu moralnya dan memberikan perhatian terhadap isu baru yang bakal ditimbulkannya itu.

"Ini adalah lumrah cara bermain politik Pakatan Pembangkang, khususnya PKR dalam usaha mereka untuk menutup kelemahan dan kesilapan mereka, untuk mengaburi mata rakyat agar dengan memberi gambaran yang buruk dan kotor terhadap kerajaan terutamanya kepimpinan UMNO, " ujarnya.

Azmin juga menurutnya, tidak perlu membela dirinya dalam isu skandal video seks dan rasuahnya di atas pentas-pentas ceramah, sebaliknya sekiranya benar dia tidak bersalah dan difitnah, beliau perlu membawa perkara ini ke mahkamah untuk mencari keadilan, agar mereka yang bertanggungjawab menyebarkan video fitnah terhadapnya boleh dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya itu. -MediaUMNO

Sudah Empat Tahun Rakyat Sudah Serik, Muak Janji Palsu Pembangkang

Posted: 05 Jun 2012 03:16 AM PDT

Saudara Pengarang,

Kecewa di hati masih berdarah bila terkenangkan janji Pakatan Pembangkang terhadap rakyat belum tertunai, tetapi telah ditambah pula dengan pelbagai janji baru kepada rakyat seperti kami.

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor mengumumkan rebat 25 peratus cukai pintu kepada pemilik rumah pangsa kepada rakyat Selangor. Tetapi malangnya ianya bersyarat dan layak diberikan kepada mereka yang menghuni rumah pangsa dan berdaftar dengan Badan Pengurusan Bersama sahaja.

Dulu masa pilihanraya umum 2008 masa berjanji tidak pula diletakkan syarat tapi sekarang selepas didesak rakyat selama empat tahun baru pakatan pembangkang tergesa-gesa nak tunaikan janji.  Seperti luka diperah limau… janji yang baru nak dilaksanakan itu pula ada syarat. Sandiwara apa pula ini?

Tidak seperti negeri yang ditadbir kerajaan BN jauh lebih banyak memberi manfaat kepada rakyat. Skim rumah pertamaku dan pemilikan rumah kos rendah mengikut kesesuaian dan kemampuan keluarga untuk meringankan beban rakyat.

Maka tidak hairanlah mengapa rakyat di Negeri Selangor dan Pulau Pinang masih tidak mampu miliki rumah sendiri seperti yang dijanji pemimpin pembangkang ketika PRU lalu. Kami tidak mahu pembangkang beri janji baru sebaliknya mahu janji sedia ada tertunai sebelum PRU 13.

Lihat bagaimana kerajaan BN beri BR1M termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia dan terbaru durian runtuh untuk peneroka diberikan tanpa mengira warna kulit, agama mahupun anutan politik.

Jika beginilah hendaknya pentadbiran pembangkang, percayalah kami tidak akan benarkan "Pisang berbuah dua kali". Jangan harap rakyat akan mengundi Pakatan.

Adam Marcus, Gombak

Program 1Azam Bukti Kerajaan BN Sentiasa Dahulukan Rakyat

Posted: 05 Jun 2012 03:03 AM PDT

KOTA KINABALU, 5 Jun – Program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) yang dilaksanakan oleh Kerajaan merupakan langkah penting Kerajaan untuk melaksanakan proses tranformasi bagi menaikkan taraf ekonomi rakyat khususnya di luar bandar dalam usaha membasmi kemiskinan tegar dan masalah rakyat mudah miskin.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Keningau Azman Haji Roslan berkata, program 1Azam ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu Azam Tani, Azam Niaga, Azam Kerja dan Azam Khidmat.

"Semua projek ini memberikan tumpuan kepada pembangunan projek-projek ekonomi yang dijangkakan mampu melonjak dan menjana pendapatan isi rumah atau golongan sasaran sekali gus membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan.

"Pada tahun 2010, program ini telah memberikan tumpuan dan menyasarkan pembangunan kepada Ketua Isi Rumah (KIR), tetapi pada tahun lalu hingga kini, ia telah memberikan tumpuan kepada golongan miskin dan mudah miskin," katanya.

Beliau yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penutupan Program 1Azam di Air Port View Hotel dekat sini baru-baru ini.

Seramai 160 peserta dari daerah Keningau menyertai program tersebut yang menfokuskan kepada kursus pembuatan kek dan kuih muih anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Azman berkata, melalui kursus seumpama ini peserta diberikan pengetuhan serta kemahiran bagi memastikan Program Pembasmian Kemiskinan berjaya membantu golongan sasar keluar daripada kepompong kemiskinan dan seterusnya menikmati kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

"Saya berharap selepas ini, mereka akan mendapat pengetahuan dan ilmu melalui program ini. Manfaatkanlah sebaik mungkin apa yang telah dipelajari demi memajukan diri dan keluarga," katanya.

Tambah Azman, dalam mempastikan program 1Azam ini berkesan dan mencapai matlamatnya, para peserta perlu mengamalkan prinsip 5P iaitu, perubahan (tranformasi), pendidikan, perniagaan, pemikiran dan pemerintah.

Jelasnya perubahan perlu datang dari dalam diri sendiri untuk mengubah taraf hidup masing-masing melalui peluang-peluang yang diwujudkan oleh Kerajaan.

Rakyat kata beliau lagi  perlu pintar untuk memanfaatkan apa yang telah diberi, contohnya memanfaatkan apa yang telah dipelajari semasa mengikuti kursus tersebut.

Jelasnya kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) telah meletakkan rakyat sebagai keutamaan selaras dengan Gagasan 1 Malaysia 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' sebab itulah pelbagai program diwujudkan demi keutamaan rakyat.

"Dengan ini, kita berharap para peserta yang telah mendapat kemahiran melalui program ini terus berusaha memperkembangkan kemahiran mereka dengan menggunakan setiap kemudahan yang telah diberikan dan jangan mengamalkan sikap terus bergantung kepada bantuan orang lain pada setiap masa ” katanya lagi. – MediaUMNO

Malas Tarik Pengundi Baru, Sebaliknya Pembangkang Persoal Pertambahan Pengundi

Posted: 05 Jun 2012 02:44 AM PDT

SHAH ALAM, 5 Jun – UMNO Selangor hari ini membidas sikap pakatan pembangkang khususnya di Selangor kerana gagal memainkan peranan menarik rakyat di negeri ini mendaftarkan diri sebagai pengundi, ujar Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar.

Tambahnya, sikap tersebut jelas dapat dilihat di Selangor apabila kerajaan negeri lebih suka mempersoalkan pertambahan pengundi baru yang telah berdaftar berbanding menarik rakyat untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih.

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi, kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas telah mengarahkan wakil mereka untuk membuat soal selidik dari rumah ke rumah untuk mencari pengundi baru di Selangor. Kenapa kerajaan negeri mahu cari dan periksa pengundi baru yang telah berdaftar secara sah dengan SPR di negeri ini.

Kenapa mereka tidak berusaha untuk menarik lebih ramai rakyat yang layak mengundi untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi.  Saya difahamkan kerajaan negeri memperuntukan RM1 juta untuk tujuan bantahan senarai pemilih, kenapa tak buat bantahan kepada SPR kalau tidak puas hati,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Media Sosial 1Malaysia peringkat negeri yang dihadiri lebih 1,000 orang yang terdiri daripada pengendali blog dan pengguna media sosial di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, tambau beliau lagi UMNO Selangor tidak menolak kemungkinan tindakan kerajaan negeri mempersoalkan pertambahan daftar pemilih baru yang sah di negeri ini, bertujuan politik selain menjadikan SPR sebagai bahan politik mereka, SPR kononnya suruhanjaya yang tidak telus apatah lagi jika mereka gagal pada pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendedahkan seramai 3.6 juta rakyat negara ini yang layak mengundi masih gagal mendaftarkan diri sebagai pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 600,000 orang diikuti beberapa negeri termasuk Johor (492,454), Wilayah Persekutuan (360,000), Perak (lebih 300,000) dan Kelantan (kira-kira 200,000). -MediaUMNO

Teraju Dapat Bantu Tingkat Ekonomi Bumiputera Sabah – Musa Aman

Posted: 05 Jun 2012 02:37 AM PDT

KOTA KINABALU, 5 Jun – Kerajaan Sabah berharap Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi golongan Bumputera Sabah melalui inisiatif yang akan dibawanya menerusi Jejak 2012.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata peranan yang dimainkan oleh Teraju berupaya memacu pembangunan industri seperti pelancongan, pembuatan, pertanian dan pemprosesan makanan agar boleh dimanfaat usahawan bumiputera tempatan.

“Saya percaya industri-industri ini mampu menarik lebih banyak penyertaan dari usahawan-usahawan bumiputera tempatan,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Jejak 2012, di sini hari ini.

Musa berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam melaksanakan pembangunan menyeluruh, bagi mempertingkatkan ekonomi negeri ke tahap lebih tinggi selain menghargai kerjasama dan sokongan yang diberikan kerajaan persekutuan melalui agensinya, Teraju.

“Saya berharap agar para usahawan bumiputera dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baik bagi memacu peningkatan sosio-ekonomi ke tahap maksima,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Musa meminta semua usahawan bumiputera agar menggunakan peluang keemasan tersebut untuk memaju dan mengembangkan perniagaan mereka.

“Saya juga meminta semua peniaga dan pengusaha bumiputera supaya mengambil kesempatan ‘peluang emas’ ini dengan baik kerana apabila mendapat bantuan kerajaan ianya dapat digunakan secara maksimum dan optima bagi memulakan usaha sebagai peniaga,” katanya.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Eksekutif Teraju Husni Salleh.

Jejak 2012 merupakan inisiatif Teraju yang menumpukan kepada usahawan bumiputera seluruh negara bermula di Wilayah Ekonomi Koridor Utara sebelum ke Sarawak pada 6 dan 7 Mac lepas. Program akan diteruskan di Johor dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Najib An Impressive Reformer – McCain

Posted: 05 Jun 2012 02:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 5 – United States Senator John McCain said he had a ‘terrific’ meeting with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak when he visited Malaysia last week and regarded the latter as “an impressive reformer”.

“I had a terrific meeting with Prime Minister Najib in Malaysia – an impressive reformer who is improving US-Malaysia relations,” McCain wrote in his tweeter message.

Senator McCain and Senator Joseph Lieberman visited Malaysia on May 30 at the invitation of the Malaysian Business Council to attend the Invest Malaysia 2012 Conference, which was launched by Najib.

While here, they called on Najib and Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman besides meeting with business and civil society leaders as well as opposition party representatives to discuss various issues.

Both senators had said they were impressed with the country’s development, especially in areas of entrepreneurship and practice of free enterprise.

“We are very impressed with the entrepreneurship, the freer price system here and the economic process that we have observed, and are very proud to have the opportunity to be here,”  McCain told a media conference with Lieberman.

EPF Records RM7.74 Billion Investment Income For Q1

Posted: 05 Jun 2012 01:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 5 – The Employees Provident Fund’s (EPF) investment income for the first quarter ended March 31, 2012, rose RM1.21 billion or 18.52 per cent to RM7.74 billion compared to the same period last year.

Chief Executive Officer Tan Sri Azlan Zainol said the fund’s performance was primarily driven by gains realised in equities, when the EPF capitalised on the positive equity market during the quarter by taking profits early in the year.

“The results for the quarter reflect the success of our active but disciplined investment approach that allows the fund to react when opportunities present themselves,” he said in a statement.

Investment income from equities amounted to RM3.62 billion, up from the RM3.23 billion in the same quarter last year.

Loans and bonds brought in RM2.49 billion in investment income compared to RM1.77 billion in the corresponding period of 2011.

One of EPF’s major investment transactions during the quarter includes its subscription to the global sukuk issued by PLUS Bhd following the privatisation of PLUS Expressways Bhd in December last year.

Investment assets rose to RM488.54 billion from RM450.26 billion in the same quarter last year.

Total contributions of RM12.74 billion received during the quarter exceeded the total amount of RM8.42 billion withdrawn, resulting in a RM4.32 billion net inflow of funds.

The EPF’s total overseas exposure constituted 13.96 per cent of its total investment cost.

During the quarter under review, an additional US$1.2 billion in investments was made in global equities and real estate.

Azlan said the EPF planned to step up its investments in overseas real estate and infrastructure deals as well as Islamic and conventional bonds.

It would take into consideration the right opportunities and market movement and directions, with an intention to gradually increase its overseas exposure to between 18 and 19 per cent of total investments by year-end.

He assured members that the EPF is very selective and cautious in its venture into the global market and only invests after a thorough study is conducted.

On the outlook for the rest of the year, Azlan said: “Uncertainties surrounding the global economy, especially the ongoing sovereign-debt crisis in Europe, will continue to have a bearing on EPF’s investment performance.”

The EPF predicted a tough year going forward and would hold firm to its long term strategic asset allocation approach that provides the resilience necessary in the present challenging market conditions.

Lawak Selangor… Sudah Empat Tahun Baru Nak Tunai Janji, Itu Pun Bersyarat

Posted: 05 Jun 2012 12:55 AM PDT

PANDAN, 5 Jun – Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (b) Mohd Iszeham A Hamid berkata pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberikan diskaun cukai pintu sebanyak 20 hingga 25 peratus adalah satu gimik politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13.

Katanya, hanya setelah hampir empat tahun mentadbir negeri Selangor, baru kini Kerajaan Negeri membuat pengumuman ini itupun bersyarat sedangkan mengurangkan cukai pintu adalah di antara janji pakatan pembangkang semasa PRU yang lalu.

"Pada PRU ke 12, pakatan pembangkang menerusi manifesto mereka berjanji kepada rakyat Selangor akan mengurangkan cukai pintu bagi semua jenis kediaman tanpa syarat pada kadar 20 peratus dan 10 peratus bagi premis perniagaan.

"Setelah empat tahun memerintah, Kerajaan Negeri Selangor baru 'teringat' akan salah satu janji diaorang. Tapi sayang, pengumuman ini saya ibaratkan macam cubaan menipu rakyat Selangor. Sudahla selama ini rakyat Selangor telah ditipu, kini sekali lagi mereka cuba gula-gulakan rakyat.

"Kalau betul nak tolong rakyat dan mengikut manisfeso mereka, kenapa perlu ada syarat… Kenapa hanya untuk penghuni flat kos rendah sahaja… Rakyat lain macamana pula… Ini tidak mencerminkan keikhlasan sebenar kerajaan negeri mahu membantu rakyat sebaliknya lebih kepada retorik untuk berhadapan PRU 13. Mereka sebenarnya tak berhasratpun nak mengurangkan cukai pintu tapi terpaksa buat juga sebab PRU dah hampir," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Iszeham lagi, pengumuman tersebut terang-terangan sekadar ingin mengaburi mata rakyat dengan tujuan memberikan imej yang baik kepada pakatan pembangkang. Hakikat sebenar, mereka hanya bermain drama menggula-gulakan rakyat demi meraih undi.

"Banyak lagi janji mereka yang tidak ditunaikan seperti memberi bantuan RM350 kepada warga emas dan RM1000 kepada pelajar yang berjaya memasuki universiti.

"Saya amat berharap agar rakyat Selangor jangan terus termakan dengan janji manis pembangkang. Jangan terus ditipu… Disebabkan desakan demi desakan, barulah pengumuman ini dibuat itupun tidak sepenuhnya. Kerajaan Negeri tidak bersungguh di dalam membantu mengurangkan beban rakyat. Seharusnya, pengurangan cukai pintu ini telah lama ditunaikan tanpa syarat dan untuk semua rakyat Selangor, bukan hanya untuk penghuni flat kos rendah sahaja.

"Satu perkara yang harus kerajaan Negeri sedar adalah rakyat Selangor bukan mudah lagi untuk diperalatkan. Rakyat sudah semakin bijak menilai apa yang pemimpin lakukan. Jadi, cukup-cukuplah bermain sandiwara dengan rakyat," ujarnya lagi.

Semalam Menteri Besar Selangor mengumumkan untuk memberi diskaun cukai pintu sebanyak 20 hingga 25 peratus kepada pemilik kediaman di negeri ini.. Namun ianya hanya melibatkan rumah flat kos rendah dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri iaitu pemilik kediaman berkenaan harus tinggal di rumah mereka sendiri dan bukan menyewakannya kepada pihak lain.- MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...