UMNO Online - “Harga Petrol RON 97 Turun 10 Sen Mulai Esok” plus 9 more

UMNO Online - “Harga Petrol RON 97 Turun 10 Sen Mulai Esok” plus 9 more

Link to UMNO Online

Harga Petrol RON 97 Turun 10 Sen Mulai Esok

Posted: 06 Jun 2012 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 6 – Kerajaan hari ini bersetuju supaya harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Jun 2012 dikurangkan 10 sen seliter, iaitu kepada RM2.80 seliter daripada RM2.90 seliter berkuat kuasa mulai 7 Jun 2012.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun.

Katanya harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran.

Seramai 15,555 Peniaga Terima Bantuan TEKUN Babitkan RM146.8 Juta

Posted: 06 Jun 2012 04:45 AM PDT

KUALA KRAU, 6 Jun  – Sebanyak 15,555 peminjam di negeri ini telah menerima pinjaman daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional membabitkan jumlah sebanyak RM146.8 juta sejak 1999 hingga akhir bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhamad berkata, pada tahun ini TEKUN menyasarkan seramai 2,700 peniaga lagi memohon pinjaman tersebut melibatkan sebanyak RM27 juta.

”Dalam konteks kawasan Parlimen Kuala Krau sahaja, sasaran pengeluaran TEKUN Nasional ialah sebanyak RM3 juta membabitkan 300 peminjam,” katanya selepas merasmikan Bengkel Pembiayaan Mikro-SME Jom Niaga di Dewan Balora Mastika Bandar Tun Razak, Jengka di sini baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said; Timbalan Ketua Eksekutif SME Corporation, Mahdi Mohd. Ariffin dan Pengerusi Kelab Komuniti Usahawan TEKUN Parlimen Kuala Krau, Jantan Mat Saman.

Ishak memberitahu, pengeluaran pinjaman tersebut sehingga April lalu di negeri ini adalah sebanyak RM6.9 juta dengan bilangan peminjam seramai 830 orang dengan Parlimen Kuala Krau mencatatkan seramai 101 peminjam dengan jumlah RM697,000.

Katanya, pada tahun ini TEKUN Nasional Pahang menyasarkan kutipan semula pinjaman sebanyak RM6.4 juta dan setakat ini RM5.4 juta berjaya dibayar oleh golongan peniaga terbabit.

”Peminjam dari kawasan Parlimen Kuala Krau paling cemerlang apabila membayar pinjaman sebanyak RM674,801 daripada sasaran asal iaitu RM760,000,” jelasnya.

Beliau memberitahu, sistem penyampaian akan dimantapkan supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada golongan sasar yang memerlukan bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan.

Katanya, kewujudan Komuniti Usahawan TEKUN merupakan jaringan strategik dalam kalangan mereka untuk menjalin kerjasama dan memberikan manfaat ke arah memajukan usaha niaga masing-masing.

Political Parties Will Be Allowed To Promote Manifestos On RTM – Rais

Posted: 06 Jun 2012 04:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 6 – Political parties will now be allowed to promote their election manifestos through Radio Televisyen Malaysia (RTM), said Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim.

He said the decision on this was taken after a Cabinet paper relating to requests by political parties for equal airtime to promote their respective manifestos, received the nod of ministers.

“As the arguments were based on Article 10 of the Federal Constitution pertaining to rights and freedom of speech, the cabinet paper was accepted.

“…Pursuant to this, when the Dewan Rakyat is dissolved and the Election Commission announces the campaigning period, political parties will be allowed to promote their manifestos through RTM or other broadcasters during the campaign period,” he said when opening Wisma Berita RTM and launching RTM’s news portal and digital archives at Angkasapuri here today.

He, however, did not state how much air time would be given or the conditions to be met in order for the political parties to be given the facility.

Rais said what was decided for now was that the parties would be given limited time to explain their manifestos on a selected RTM channel.

He said in providing the facility, RTM would make it incumbent that they adhere to set conditions which could follow what was practised in Commonwealth and advanced countries or tailored to RTM’s needs.

“For example in England, BBC gives 10 to 15 minutes for parties to promote their election manifestos subject to certain internal conditions. It is the same with Singapore and Thailand and the latest, Myanmar, with conditions acceptable to all the parties.

“Obviously, with this decision, various questions will arise and views will be forwarded. Nevertheless, the government will keep an open mind but the bottomline is that the facility has to be structured and based on the concept of broadcasting for the nation,” he said.

Rais, however, stressed that as a government broadcaster, RTM had to give priority to broadcasts related to the government and matters of importance to the people.

Selagi Azmin Membisu Selagi Itulah Gelaran YB Tandas Akan Terus Melekat

Posted: 06 Jun 2012 04:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mat Arip mengalu-alukan sikap berdiam diri Azmin daripada menjawab isu skandal video seks dan rasuah yang membabitkan dirinya dan beliau seterusnya menyarankan agar Timbalan Presiden PKR itu untuk terus diam seribu bahasa tanpa perlu menjawab isu-isu tersebut.

Menurut beliau, selagi Azmin tidak menjawab dan mempertahankan dirinya berkenaan isu-isu tersebut, maka selagi  itulah rakyat di negara ini akan menganggap bahawa Azmin merupakan seorang pemimpin yang pengecut dan tidak mampu mempertahankan maruah diri dan keluarganya sendiri.

"Sekiranya hari ini Azmin sudah tidak mampu untuk mempertahankan maruah dirinya, maruah keluarganya,  bagaimana mungkin kita mahu menaruh harapan kepada beliau untuk menjaga maruah agama, bangsa dan tanahair satu hari nanti?

"Bagi saya, Azmin hanyalah seorang pemimpin yang pengecut lagi dayus. Dengan sikap beliau yang menikus dan langsung tidak mampu untuk membela maruah dirinya itu, tidak hairanlah sekiranya hari ini ada rakyat yang menggelarkan beliau sebagai YB Tandas ," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, Azmin tanpa disedari kini menjadi liabiliti kepada Pakatan Pembangkang ekoran sifat pengecut dan dayus beliau dalam mempertahankan maruah diri dan keluarganya, dan sebaliknya menjadi aset kepada UMNO dan BN dalam mempersoalkan  kredibiliti kepimpinan yang ada di dalam Pakatan Pembangkang, terutamanya PKR.

"Saya juga menyeru kepada saf-saf kepimpinan di dalam Pakatan Rakyat agar terus mempertahan dan membela pemimpin yang dayus dan pengecut seperti Azmin.

“Saya yakin, dengan apa jua cara sekalipun mereka  (kepimpinan pakatan pembangkang) akan cuba membela Azmin kerana jika tidak, seolah-olah saf-saf kepimpinan Pakatan Pembangkang, terutama Pas dan PKR telah melakukan satu dosa besar kerana gagal membela Azmin  anak emas kepada Anwar Ibrahim," tegas beliau lagi. -MediaUMNO

Majlis Syura Pas Jangan Buat-buat Lupa Pendirian Anwar Sokong Israel

Posted: 06 Jun 2012 04:05 AM PDT

KUALA LUMPUR 6 Jun – Majlis Syura Ulama Pas diminta menyingkap kembali 'fail-fail lama' khususnya 'fail' isu  sokongan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau Kapt (B) Datuk Najmuddin Elias Al-hafiz berkata alang-alang mereka membuat pendirian terhadap penganjuran Bersih 3.0. apakah salahnya Majlis Syura berkenaan turut melihat dan membuat pendirian terhadap isu Anwar itu.

Menurut beliau persoalan tersebut telah lama menjadi bahan bualan kerana pada satu ketika Anwar diberikan kata dua sama ada menarik balik kenyataan sokongan terhadap Isarel atau mengambil tindakan saman terhadap WSJ itu.

"Dalam bab himpunan Bersih 3.0 bukan main lagi bersemangat pemimpin mereka… Dan menariknya kenyataan itu sekali gus menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

"Bayangkan… pandangan Majlis Fatwa pun tidak menjadi pertimbangan. Secara logiknya bukankah Majlis Fatwa terdiri daripada ramai kalangan tokoh agama dan ilmuwan Islam lain.. Tentunya keputusan secara perbincangan dan ada asas-asas tertentu.

"Yang saya pelik keputusan Majlis Fatwa dipandang sinis tetapi bila berdepan dengan Anwar tidak berani pula untuk menyatakan pendirian yang konkrit. Inilah yang saya fikirkan. Apakah mereka 'takut' atau gentar kepada Anwar hanya Pas yang tahu, " katanya kepada UMNO-Online di sini.

Majlis Syura Ulama Pas akhirnya mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap penganjuran Bersih 3.0 serta memutuskan bahawa demonstrasi berkenaan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Kenyataan itu sekali gus menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Namun sehingga ke hari ini,difahamkan  Majlis Syura Ulama Pas masih menyepi berhubung  tindakan Anwar yang tidak akan menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Anwar mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam baru-baru ini.

Malah Anwar berkata WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.

Sambil menyifatkan kuman di seberang laut nampak jelas, dan gajah depan mata tidak kelihatan, Ustaz Najmuddin seterusnya menambah keputusan berkenaan jelas bersandarkan kepada politik semata-mata.

"Bagi saya mereka cukup celaru sekarang dan pendirian yang diambil tidak berpaksikan kepada perkara yang sebenarnya… Sepatutnya mereka perlu berkata benar walau pun pahit dan  bukannya bersikap sedemikian rupa.  Mungkin pada dan ketika ini, kuasa..kuasa..kuasa dalam otak pemikiran mereka, " jelas beliau. -MediaUMNO

Isu Kapal Selam : SUARAM Rupa-rupanya NGO Jelmaan PKR

Posted: 06 Jun 2012 03:24 AM PDT

SUARAM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh keluarga bekas banduan ISA iaitu pesalah yang mengancam keselamatan negara, sering menggambarkan pertubuhan itu sebagai telus, bebas dan berjuang demi hak asasi manusia dan keadilan.

Ia ditubuhkan pada 5 Ogos 1989 selepas Operasi Lalang dengan perjuangan utamanya adalah untuk menghapuskan ISA yang bagi mereka menafikan hak seseorang untuk dibicarakan.

Namun, bagi rakyat Malaysia yang rasional dan bijak menganalisis maklumat, SUARAM adalah pertubuhan yang berjuang untuk memastikan negara sentiasa terdedah kepada bahaya dengan memberikan hak, masa dan ruang kepada penjenayah atau pengganas untuk beroperasi.

Bagi rakyat Malaysia juga, SUARAM hanyalah salah satu dari berbagai-bagai bentuk penyamaran pembangkang, atau lebih spesifik PKR dan DAP dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan.   SUARAM sama sekali tidak bebas, tidak telus dan tidak memperjuangkan keadilan mahupun hak sesiapa.

SUARAM hanya memperjuangkan politik pembangkang yang bermatlamatkan negara republik, pemikiran liberal dan menghapuskan bukan sahaja hak dan kedudukan istimewa, tetapi segala-galanya yang berakar dan bertiangkan agama Islam dan budaya Melayu.

Warna sebenar SUARAM terserlah dengan jelas sekali apabila NGO ini begitu beria-ia menjuarai isu kapal selam scorpene yang kononnya dibicarakan di mahkamah Perancis.

Ia bermula dengan SUARAM membuat aduan di mahkamah Perancis berhubung DCN, iaitu syarikat pembuat kapal selam negara itu kerana kononnya membayar sejumlah rasuah kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia.

Aduan ini diperbesarkan dengan pembohongan bahawa Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene.

Altantuya dikatakan dibunuh kerana meminta sebahagian dari rasuah terbabit.   Lanjutan itu, SUARAM juga memainkan cerita kononnnya PM akan akan disapina oleh mahkamah Perancis.

Semua 'butir-butir' kes disebarkan oleh SUARAM melalui siri-siri sidang akhbar, antaranya pada 3 Mei dan 26 Mei baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sehingga hari ini, maklumat mengenai kes hanya didapati dari kenyataan atau 'air-liur' SUARAM dan para peguam mereka tanpa memberikan apa-apa bukti langsung.

Air liur SUARAM itulah yang diambil oleh para blogger dan pemimpin pembangkang sebagai bukti sahih hatta seolah-olah keputusan penghakiman, dan kemudiannya disebarkan sebagai 'makanan minda' kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan telah bertindak bijak dengan tidak melatah dalam kes ini.  Sebaliknya PM membuat penafian secara tenang, bersumpah secara Islam dan memberi penjelasan secara baik di dalam Dewan Rakyat.

Langkah yang berhati-hati diambil agar tidak mengganggu proses mahkamah yang dikatakan oleh SUARAM sebagai sedang berjalan di Perancis.  Hanya SUARAM yang tidak sabar-sabar menunggu keputusan mahkamah dan ke sana ke mari menghebahkan membuat berbagai-bagai kenyataan.

Kesungguhan SUARAM mendahului mahkamah dalam isu ini tidak sukar untuk difahami.   Memandangkan SUARAM adalah pembangkang dan pembangkang adalah SUARAM, maka sudah pastilah pilihanraya yang semakin hampir menjadi punca isu ini dimainkan dengan bersungguh-sungguh oleh mereka akhir-akhir ini.

Bukti bahawa SUARAM adalah pembangkang tidak sukar untuk dikemukakan.  Lihat sahaja senarai nama orang-orang penting NGO tersebut, dan kita akan mendapati bahawa mereka adalah juga orang-orang penting di dalam pakatan pembangkang Malaysia.  Antaranya:

1.      Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM dan juga 'key-person' dalam pembohongan isu scorpene.  Beliau juga adalah Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya, dilantik oleh kerajaan PKR negeri Selangor.

2.      Dr. Kua Kia Soong adalah bekas Ahli Parlimen DAP

3.      Sivarasa Rasiah adalah Ahli Parlimen PKR, Subang, Petaling

4.      Irene Fernandez adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR.

5.      Dr. Syed Husin Ali adalah bekas Timbalan Presiden PKR.

6.      Tian Chua adalah Ahli Parlimen PKR, Batu.

7.      S.Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia

8.      Dr. Nasir Hashim, Presiden Parti Sosialis Malaysia

9.      Elizabeth Wong, bekas ko-ordinator SUARAM dan sekarang adalah ADUN PKR di Selangor

10.  Premesh Chandran bekerja dengan Malaysiakini dan rakan karib Tian Chua.  Kedua-dua mereka adalah ahli Network of Overseas Collective of Australia bersama dengan Elizabeth Wong.

Kesimpulannya, SUARAM tiada bukti penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya.  SUARAM juga tidak bukti bahawa rasuah telah berlaku dalam pembelian scorpene.

Tetapi, kita ada bukti bahawa SUARAM bukan bertindak sebagai badan bebas dan telus kerana SUARAM adalah jelmaan pembangkang yang matlamatnya hanyalah untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan.

Justeru, tidak hairanlah SUARAM tidak langsung teragak-agak untuk menipu, memutarbelit malah mereka-reka cerita mengenai rasuah hinggalah pembunuhan, semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.

Mr Beruang Biru

Hasut Jangan Bayar PTPTN : Yang Tanggung Kesan Pelajar Bukan Anwar

Posted: 06 Jun 2012 03:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Jun – “Kalau dah pinjam, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membayarnya. Oleh itu, saranan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar para peminjam PTPTN agar tidak membayar hutang tersebut merupakan satu tindakan keji dan tidak bertanggungjawab”, demikian pandangan Pengerusi Persatuan Pemikir Muda (PPM) Wilayah Persekutuan, Izwany Abd Malek.

Justeru beliau menyifatkan desakan dan cadangan Anwar ini hanyalah satu retorik pihak pembangkang untuk mendapat undian dari kalangan anak muda khususnya golongan mahasiswa.

"Setakat ini, mereka yang telah meminjam PTPTN tidak pula mengeluh namun mereka mencadangkan agar faedah 1% yang dikenakan PTPTN dimansuhkan.  Mereka juga faham, selepas menamatkan pengajian mereka dengan pinjaman PTPTN inilah, mereka dapat kerja dan menjalani kehidupan dengan lebih baik.

“Mampu meminjam untuk membeli kereta, beli rumah, bayaran-bayaran lain seperti ASTRO, Streamyx dan memberi duit belanja buat keluarga di kampung, jadi sepatutnya tidak menjadi halangan untuk membayar  semula pinjaman PTPTN yang akhirnya akan digunakan oleh generasi yang akan datang untuk meneruskan pengajian mereka pula," ujarnya mengulas kenyataan Anwar yang minta peminjam PTPTN untuk tidak membayar balik pinjaman mereka.

Dalam masa yang sama, beliau mempersoalkan siapa nak dipersalahkan kalau mereka tidak membayar yuran, jika nama disenarai-hitamkan institusi pengajian dan sebagainya.

“Adakah Anwar Ibrahim akan bertanggungjawab atau sekali lagi demonstrasi jalanan akan digunapakai untuk menyelamatkan pula mereka yang disenarai-hitam akibat tidak membayar pinjaman PTPTN tersebut”, soalnya lagi. -MediaUMNO

15 Percent Increase In E-Filing, Says LHDN

Posted: 06 Jun 2012 02:59 AM PDT

CYBERJAYA, June 6 – The Inland Revenue Board (LHDN) received 2.1 million income tax return forms via e-filing so far since the beginning of the year, compared to 1.8 million forms during the same period last year, an increase of almost 15 percent.

LHDN chief executive officer Tan Sri Mohd Shukor Mahfar said the positive trend showed the same pattern as in previous years.

“The collection trend for the past five months was positive, same as last year, which shows that the Malaysian economy is not as affected as other countries for example in Eastern Europe,” he explained.

He was speaking at a press conference after launching the “SeMalaysia Revenue Health Week” at the LHDN head office here between June 4 and 11.

Last year, LHDN collected RM109.674 billion in revenue, an increase of about RM23 billion compared to the previous year, which was considered an extraordinary achievement by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak when he officiated at the opening of Menara Hasil, LHDN in March.

Mohd Shukor was of the opinion that the significant increase last year helped the government reduce its deficit and provided an extra budget for expenditure to implement projects such as the 1Malaysia Peoples Aid and book voucher assistance for students.

In a statement early last month, LHDN targeted a collection of RM110 billion for this year compared to RM109.674 billion in 2011.

Uncontrolled Developement In Penang Worrying, Says Gerakan

Posted: 06 Jun 2012 02:55 AM PDT

GEORGE TOWN, June 6 – Uncontrolled development in Penang by the Pakatan state government, especially along hillsides and coastal strips is worrying, said Penang Gerakan vice-chairman Wong Mun Hoe.

He said the kind of uncontrolled development approved within the last four years by the state government had also seen increasing protests from residents’ groups, which was unprecedented.

Wong said consumer/environmentalist groups such as the Consumers Association of Penang (CAP) and Sahabat Alam Malaysia had been voicing their concerns, besides residents living within the vicinity of such development projects.

“For those staying in apartments and condominiums near the coast, their prized sea-view front will be gone soon, and with that, a drastic drop in their property value,” he said in a statement, here, today.

According to Wong, there are nine projects coming up in Tanjung Bungah, Batu Ferringhi, Bukit Gambir, Pantai Jerejak and Sungai Ara and more to come.

He said the kind of development taking place clearly reflected a lack of planning that led to uneven spread of construction projects on the island.

“Penangites now have the opportunity to think hard on the kind of government they want.

“If even in their first term, the Pakatan state government already has a devil-may-care attitude towards development and residents’ protests, what then will a second term bring about for Penangites?” he said.

“Bertam Nite” : Tiba-tiba Semua Pemimpin Pas Jadi Orang Bisu

Posted: 06 Jun 2012 01:49 AM PDT

KUALA LUMPUR 6  Jun – Pas hari ini dibidas setelah dilihat berdiam diri dan seolah-olah 'kelu' berhubung dakwaan program yang dianjurkan di Bertam oleh sekutu mereka  yang turut disajikan dengan persembahan artis yang menjolok mata.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Datuk Shabudin Yahya berkata jika benar perkara berkenaan ianya adalah satu perkara yang cukup malang bagi Pas kerana memperlihatkan sikap 'double standard' parti tersebut.

Menurut beliau jika konsert pada Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini mendapat respon yang 'cukup baik' di kalangan kepimpinan Pas, kali ini apa pula pendirian mereka dan apakah program berkenaan 'dihalalkan'.

"Saya pun keliru dalam soal ini…. Hendak kata tak betul orang semua dah cakap dan ada pula yang bagitau ada kat internet… Cuma sebaiknya mana-mana pemimpin mereka berilah penjelasan sebaik mungkin.

"Kita tidak mahu tuduh yang bukan-bukan kerana bagi kita memang peliklah kalau program itu turut disajikan dengan persembahan yang menjolok mata. Bukan apa… sebabnya bukankah sekutu PKR itu (Pas) adalah sebuah parti yang melaung-laungkan Islam.

"Jadi mereka perlu keluarkan penjelasan sebaik mungkin dalam soal ini. Saya pun bukannya mahu membuat sebarang tuduhan. Jika tidak betul sila perbetulkan dan saya pun nak tahu ada ke tidak seperti yang diperkatakan itu. Jika ada kenapa pula Pas yang sebelum ini cukup lantang kritik kerajaan khususnya dalam soal-soal keagamaan ini boleh berdiam diri. Mungkin terlepas pandang ka.. ada alasan lain ka…. Terpulang kepada kepimpinan pembangkang berikan penjelasan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan program anjuran PKR di Bertam yang mana program berkenaan yang dipanggil Bertam Nite dikatakan turut menyajikan persembahan artis wanita yang menjolok mata.

Datuk Shahbudin seterusnya melihat Pas hari ini seolah-olah tidak lagi mempunyai prinsip yang jelas di dalam perjuangan mereka.

"Jika mereka berani dan ada taring kenapakah mereka seolah-olah tidak ada 'power' di dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikongsi bersama dengan DAP dan PKR hari ini.

"Yang kita nampak hanyalah sekadar ikut dan sama-sama memasang impian menuju ke Putrajaya bersama sekutu mereka. Yang di depan mata di biarkan dan apa yang penting matlamat politik menjaid sandaran dan keutamaan," katanya. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...