PISAU.NET

PISAU.NET


K-Pop Wilayah Hadhari Ceriakan Pak Aji & Abg Lebai!

Posted: 05 Jun 2012 09:16 AM PDT


Patutlah Kepala Batas ramai dengan puak pakatan rupanya Kepala Batas Bertam Night lebih hangat dari biasa.

Kita sebagai rakyat biasa janganlah tersalah anggap mengenai majlis PKR dan Pakatan kerana ia lebih bersifat tradisional . PAS Pulau Pinang juga berkata K-Pop Kepala Batas adalah tidak salah memandangkan ia bersifat "menyedapkan mata" dan lebih bersifat riang ria mencerminkan keharmonian pakatan dinegeri Pulau Pinang yang tercinta.


Wilayah Hadhari Kepala Batas ceria dengan tarian tradisional seperti kenyataan pihak penganjur.

assalamualaikum salam sejahtera buat semua facebookers sekalian...saya Khairul Nadzmi Bin Ramli mewakili AMKPP ingin menjelaskan mengenai video tarian pada majlis Bertam Nite anjuran PKR Pulau Pinang..disini jika anda menonton video itu jelas terpampang sedikit banner tertulis TARIAN TRADISIONAL seperti kami anjurkan dimana-mana majlis iaitu tarian India,Cina & Melayu..




Zaman BN tak pernah Kepala Batas jadi macam ni...makin terbuka disana sini sejak pakatan memerintah.Tahniahlah buat PKR ,PAS dan DAP.

Menurut sumber PKR,yang menari diatas pentas tersebut adalah orang Umno yang cuba mengsabotaj program mereka....haha..bleh percaya ker ni?

Pisau kata " tarian tradisional pakatan begitu rupernyer "

Mahkamah Putus Anwar Korup, Salah Guna Kuasa Timbalan Perdana Menteri

Posted: 05 Jun 2012 03:00 AM PDT

AIDCNews – 04/06/12 – Mahkamah telah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang tokoh politik yang korup apabila didapati bersalah menyalahgunakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk melindungi hubungan seks dan aktiviti liwat.


Pengamal undang-undang, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata dalam kes salah guna kuasa itu Anwar telah tewas di mahkamah untuk semua peringkat iaitu di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.


Khairul Azam juga menjelaskan satu persatu berkenaan dua kes di mahkamah yang membabitkan Anwar pada tahun 1998, iaitu kes salah guna kuasa dan kes liwat.


Ikutilah wawancara AIDC dengan peguam muda, Khairul Azam.


Khairul Azam : Anwar dihadapkan ke mahkamah atas dua kes yang berbeza.


AIDC : Dua kes ya?


Dua kes yang berbeza.


Yang pertamanya adalah kes salah guna kuasa beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Kewangan. Jadi, kes itu dituduh di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu 1970. Jadi, kes ini dibicarakan di hadapan mendiang Yang Arif Datuk Agustine Paul. Yang ini kes yang pertama.


Pertuduhan Pertama


"Bahawa pada 12 Ogos sehingga 18 Ogos tahun 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No 47, Jalan Damansara. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah melakukan perbuatan rasuah iaitu mengarahkan Datuk Mohamad Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Khas 2 PDRM untuk memperolehi pengakuan bertulis daripada Azizan Abu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan akibatnya Azizan Abu Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri sebagaimana yang diarahkan oleh kamu."


Pertuduhan Kedua


"Bahawa kamu pada 27 Ogos, di kediaman rasmi juga telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Mohamad Said Awang dan Amir Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 2 PDRM untuk menggesa Azizan Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu."


So, tadi tu minta dia tarik balik. Yang ini, bagi satu kenyataan baru. Dah tarik, kemudian bagi satu kenyataan baru yang dia tidak pernah diliwat.


Pertuduhan Ketiga


"Pada 12 Ogos sehingga 18 Ogos, di kediaman rasmi juga telah mengarahkan Datuk Said Awang dan Amir Junus tadi juga untuk memperolehi pengakuan bertulis daripada Ummi Hafilda Binti Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan ataupun prosiding bersifat jenayah."


Ni yang kata Shamsidar Taharin ni ?


Ini yang salah laku seks dan liwat. Seks tu yang melibatkan Shamsidar Taharin, isteri kepada Azmin.


Pertuduhan Keempat


"Bahawa pada 27 Ogos di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri juga telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Said Awang untuk menggesa Ummi Hafilda Ali supaya memberi kenyataan umum bertulis menafikan salah laku seks yang telah kamu lakukan."


Semua pertuduhan ini ia adalah melibatkan elemen rasuah.


Rasuah didefinisikan bukan semata-mata memberi duit tetapi dengan menggunakan kuasa beliau pada ketika itu sebagai TPM dan Menteri Kewangan, beliau mengarahkan polis. Jadi, itu juga dianggap sebagai satu elemen rasuah salah guna kuasa.


Sebenarnya kes ini adalah berikutan daripada laporan polis yang dibuat oleh Azmin Ali sendiri terhadap penulis buku '50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Dapat Menjadi Perdana Menteri'.


Daripada buku itulah penyiasatan yang dibuat oleh polis, polis siasat buku itu dan polis melihat ada kebenaran dalam beberapa isu yang ditimbulkan dalam buku itu. Maka, sebab itulah Anwar Ibrahim didakwa sebab telah gunakan kuasa dia untuk mengarahkan polis.


Jadi, pertuduhan ini tidak ada kena mengena lagi dengan liwat. Tidak ada kena mengena lagi dengan salah seks. Tak ada. Ia hanya berkaitan dengan sama ada benar atau tidak dia telah menggunakan kuasa dia untuk mengarahkan polis untuk mengugut saksi-saksi.


Maksudnya?


Salah laku seks dan liwat. Dua benda.


So, dalam buku 50 Dalil itu menyatakan hubungan seks Datuk Seri Anwar ini bukan setakat meliwat tetapi termasuk juga hubungan seks dengan Shamsidar Taharin. Itu yang dalam perbicaraan mahkamah, diangkut tilam dan sebagainya untuk Membuktikan. apa secara tersiratnya memang ada juga melibatkan salah laku seks dengan Shamsidar. Tetapi tidaklah dinyatakan dalam kertas pertuduhan ini.


Kes ini telah dibicarakan sehingga tamat di hadapan Datuk Agustine Paul, mendiang Hakim Mahkamah Tinggi pada ketika itu.


Anwar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun bagi setiap pertuduhan ataupun denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Maksimum penjara adalah 14 tahun.


Kemudian, barulah pergi kepada kes yang kedua.


Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim ini adalah sama ada beliau meliwat atau tidak. Ini baru menjurus kepada sama ada dia (Azizan Abu Bakar) diliwat atau tidak. Yang kes ini dibicarakan di hadapan Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi.


Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan. Datuk Seri Anwar dituduh melakukan persetubuhan luar tabii di Unit No 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar di sini pada satu malam, pukul 7:45 antara Januari hingga Mac 1993.


Sukma ada dituduh sekali?


Ya, Sukma dituduh dalam kes yang sama tapi berasinganlah. Maksudnya dua kes lah. So, satu yang dituduh adalah Anwar, sorang lagi yang dituduh adalah Sukma.


Dalam kes ini, Anwar telah dipanggil untuk membela diri. Jadi, apabila telah dipanggil membela diri, bermaksud, pendakwaan telah berjaya membuktikan wujud kes prima facie sehingga Anwar perlu membela diri dia.


Jadi, setelah selesai semua proses, Anwar Ibrahim telah didapati bersalah dan dihukum penjara selama 9 tahun. Itu dalam kes dia meliwat.


Begitu juga dengan Sukma ?


Iya, begitu juga dengan Sukma.


Kes rayuan pada 2004?


Di dalam kes rasuah yang..kes yang mula-mula sekali, kes pertama..beliau merayu sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke peringkat Mahkamah Persekutuan.


Di peringkat Mahkamah Persekutuan, kedua-dua kes ini yang mula-mula sekali diputuskan oleh mahkamah adalah kes dia yang kedua, iaitu sama ada liwat Azizan ataupun tidak. Itu diputuskan pada 2 September 2004. Seminggu selepas itu baru keputusan sama ada dia bersalah merasuah atau tidak.


Korum mahkamah pada ketika itu terdiri daripada tiga orang Hakim iaitu Datuk Abdul Hamid Mohammad, Datuk Rahmah Hussin dan Datuk Tengku Baharuddin Shah Tengku Mahmud.


Jadi, tiga orang Hakim ini membuat keputusan majoriti. Maksud dua orang Hakim menerima rayuan Anwar, seorang Hakim menolak rayuan Anwar.


Ini ground of judgement yang dibuat oleh Datuk Abdul Hamid Mohammad dan Tengku Baharuddin Shah. Dua orang Hakim tu dia bergabung satu alasan penghakiman. Dan Hakim yang menolak rayuan Anwar Datuk Rahmah Hussin memberikan ground of judgement yang berbezalah di dalam kes Anwar ini.


Saya bacakan apa kata Hakim yang membebaskan Anwar daripada kes ini. Dia kata; "To summarize our judgement event the reading appeal record we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometimes discourt as cause….."


Di sini bermaksud, Hakim Datuk Hamid sendiri kata, beliau mempercayai bahawa memang appellants dalam kes ini iaitu Datuk Seri Anwar, memang terlibat dalam kegiatan homoseksual dan beliau percaya insiden itu telah berlaku di Tivoli Villa.


Mahkamah tidak boleh nak memutuskan telah berlaku itu hanya sebab teknikal. Sebab tarikh tak ingat, tak ada rekod dan sebagainya. Jadi, mahkamah menerima rayuan Anwar itu semata-mata sebab teknikal.


Bebas dalam erti kata tidak bersih dari segi perbuatan homoseksual ?


Ya betul. Ketiga-tiga Hakim, dari segi betul atau tidak Anwar meliwat, ketiga-tiga Hakim percaya Anwar meliwat.


Seminggu selepas itu, satu lagi keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan dengan kes salah guna kuasa. Genap-genap seminggu selepas tarikh 2 September itu.


Dalam kes ini di Mahkamah Persekutuan, korumnya adalah Datuk Malik Abdul Ahmad, Datuk Siti Norma Yaakub dan Datuk Alauddin Mohamad Sherif. Ini korum yang berbeza daripada tadilah.


Dalam kes salah guna kuasa ini sama ada benar atau tidak Anwar telah menyalahgunakan kuasa dia sebagai Timbalan Perdana Menteri arahkan polis mengugut saksi-saksi, tarik balik akuan bersumpah dan beri surat akuan bersumpah palsu yang baru. Ketiga-tiga Hakim secara sebulat suara bersetuju menolak rayuan Anwar.


Bermaksud, kalau dia tolak rayuan Anwar, bermaksud dia mengekalkan keputusan salah Anwar sabit penjara 6 tahun itulah. Dan memang terbukti, Anwar telah pun menyalahgunakan kuasa dia. So, dia bersalah kerana dia salah guna kuasa dia.


Kes rasuah ini sebenarnya complete bahawa Anwar bersalah ?


Ya, betul.

Opposition Are Obsessed With Their 'Massive Assembly'

Posted: 05 Jun 2012 01:00 AM PDT

PAS seemed to be astonished with their achievement in assembling more than 50,000 of their supporters at the Darul Aman Stadium, recently.


The assembly which was known as the Himpunan Hijau to Putrajaya was organized to motivate the party's spirit in taking over the government from Barisan Nasional.
That is how PAS acted when they take numbers of attendance as their yardstick in considering the amount of supporters for their party.


This numeric politics seems to be a culture in PKR and DAP because as for them, the more people who comes to their series of ceramah where they would mock, insult and accuse the nation's leaders, the more would spread their messages of hate.


The reality is, number of supporters that comes to their ceramah does not really translate into how many would actually vote for them.


The flood of 'white kopiahs' in the stadium seemed like bubbles that would burst with only the slightest touch.

They do not have as much strength as how their opposition-owned media or YouTube blogs tried to portray, showing as if they could take over Putrajaya anytime they want.


Just look at Sarawak's election in April last year where the number of ceramah made by BN were only attended by a few, a lot less attendance to be compared to ceramah made by the opposition.


They were full of themselves in hoping that they could establish a new government, replacing BN.


Even PKR's Election Director for PRN Sarawak, Azmin Ali arrogantly said that they would get at least 34 seats.


But when election results kick in, it was obvious that rakyat chooses to stick with BN.
PKR only gained 3 seats, 16 for DAP and no seats for PAS.


This is because rakyat are aware that the opposition are void and they only give empty promises. No more, no less.


The opposition do not have any clear vision on how would they run this country. There would be three different administration model in Pakatan Rakyat if they do win - PKR would come up with their religion pluralism and Muslim liberals, PAS would use Islam for their interest and DAP would want to abolish everything that has to do with Malays.


To be compared to BN who had been administrating this country with great success since the Independence, PAS and their friends could just dream about taking over if they think the amount of their supporters could help them get to Putrajaya.


Like what was mentioned by the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, BN could have given a much bigger attendance if it wants to, but it is such a wasteful effort and that it does not provide any benefit.


What is more important is for him to keep on making visits to rakyat all over the country to explain on government's initiatives and to defend every Malaysian

Azhar Idrus Bakal Ganti Nik Aziz.?

Posted: 04 Jun 2012 11:00 PM PDT


Perhimpunan PAS yang berlangsung baru baru ini di Alor Setar dicanang dengan kehadiran puluhan ribu para penyokongnya.


Apa yang menarik dalam perhimpunan ini,PAS terpaksa menggunakan Ustaz Azhar Idrus sebagai daya penarik agar ruang stadium dipenuhi.Walaupun Nik Aziz sebagai Mursidul Am dan juga Hj Hadi sebagai presiden,populariti Azhar Idrus mengatasi kedua dua tokoh PAS ini.


Hj Hadi dikatakan sebagai liabiliti dengan idea perpaduan oleh puak liberal dan golongan muda PAS,manakala Nik Aziz pula dikatakan menjadi punca PAS kehilangan banyak sokongan umat Islam dek kerana keceluparan dan kenyanyokan beliau yang sering kali memeningkan kepala para pengikutnya.


Manakala Bob Lokman yang diangkat menjadi Ustaz hanya mampu menjual kopi didalam stadium pada waktu perhimpunan tersebut.Daya tarikan artis pencen ini hanya sekadar hebat dengan menjual kopi jantan.


Pisau melihat Ustaz Azhar Idrus mampu menjatuhkan Nik Aziz dan juga Hj Hadi jika gelombang perubahan kuasa ketiga didalam PAS selain daripada golongan pro ulama dan liberal.


Azhar Idrus terkenal apabila secara terbuka mengkritik Nik Aziz dan menyifatkan Mursidul Am PAS adalah bodoh,manakala Hj Hadi dikatakan sudah semakin kurang sokongan daripada golongan muda PAS.


Sama ada Azhar Idrus sudah menjadi ahli PAS atau tidak,tarikan beliau sebagai penceramah agama berunsur hiburan terbukti mampu menjatuhkan serban Nik Aziz dan Hj Hadi.


Pisau kata " dah ramai puak pas kata Nik Aziz menyusahkan diaorang"

Regim DAP Pulau Pinang Gusar Dengan Kebangkitan PCM @HuanPCM

Posted: 04 Jun 2012 09:00 PM PDT


Parti Cinta Malaysia, parti politik berpangkalan di Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 2009, akan bertanding di dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada pilihan raya umum tidak lama lagi, kata naib presidennya Huan Cheng Guan. Beliau berkata dua kerusi Parlimen itu ialah Batu Kawan dan Bagan manakala kerusi DUN ialah Machang Bubok, Bukit Tengah, Prai, Bagan Dalam, Bagan Jermal dan satu lagi kerusi akan dimaklumkan kemudian.


"Kita akan bertanding di Batu Kawan menentang timbalan ketua menteri dan Bagan menentang Ketua Menteri. Saya akan bertanding di Batu Kawan (kerusi Parlimen) dan Machang Bubok (kerusi DUN).


"Kali ini, saya percaya situasinya berbeza memandangkan pengundi akan melihat calon yang bertanding, berbanding mengundi berdasarkan parti," katanya kepada Bernama. Penyandang Batu Kawan ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P. Ramasamy manakala Bagan dipegang Ketua Menteri Lim Guan Eng.


Huan, bekas naib presiden Gerakan, adalah bekas anggota Parlimen Batu Kawan dari 2004-2008, sebelum memberi laluan kepada Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding di kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 8 Mac 2008. Huan kemudian bertanding di kerusi DUN Bukit Tambun tetapi kalah kepada calon PKR Law Choo Kiang, manakala Dr Ramasamy, yang memenangi kerusi DUN Prai, juga mengalahkan Dr Koh bagi kerusi Parlimen Batu Kawan pada pilihan raya itu. Huan keluar dari Gerakan pada pertengahan 2009 sebelum menyertai PCM pada penghujung tahun itu.


"Saya bekas anggota Parlimen Batu Kawan. Saya masih mempunyai penyokong di sana. Bagi Machang Bubok, banyak penyokong akar umbi di sana.


Sebab itu, saya membuat keputusan untuk bertanding di dua kawasan ini. Peluang saya adalah lebih baik kerana memandangkan ramai orang kuat PKR di kawasan itu telah menyertai PCM," katanya. Huan berkata parti itu memutuskan untuk memberi tumpuan di Pulau Pinang kerana mereka mempunyai peluang lebih baik berbanding di negeri lain, walaupun beliau tidak menolak kemungkinan parti itu mungkin akan bertanding di negeri lain juga.


Parti itu pertama kali bertanding semasa pilihan raya negeri Sarawak, menggunakan logonya sendiri selepas Suruhanjaya Pilihan Raya memberi kelulusan. PCM kalah satu-satunya kerusi parti itu di Ngemah, selepas pengerusi negeri, Gabriel Adit tewas 995 undi dengan calon Barisan Nasional Alexander Vincent. Kesemua calon lain parti itu turut kalah. Bagaimanapun, bagi pilihan raya umum ke-13, Adit dilaporkan akhbar Sarawak minggu lepas, sebagai berkata PCM tidak berminat untuk bertanding di 31 kerusi Parlimen negeri itu kerana kekurangan dana. - Bernama

Anwar Istihar Pulau Pinang Mansuhkan Hutang Pinjaman Pelajaran.

Posted: 04 Jun 2012 06:00 PM PDT

Lim Guan Eng & Anwar Ibrahim sekali lagi mendahului Barisan Nasional dalam menjuarai kebajikan rakyat. Kepentingan dan kebajikan pelajar diutamakan seperti mana yang diperjuangkan oleh mahasiswa hari ini disahut oleh para pemimpin pakatan rakyat.


Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mencatatkan sejarah apabila memansuhkan hutang Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang yang mencecah lebih 30 juta dalam merealisasikan pendidikan percuma seperti mana yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim ,Lim Guan Eng dan juga Hj Hadi.


Beberapa siri kempen memansuhkan PTPTN agar diberikan pendidikan percuma sebelum ini banyak disanggah oleh kerajaan pusat yang berpendapat hutang harus dibayar dan tiada pendidikan percuma ini amat berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri pakatan.


Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng telah memberi penghormatan kepada Anwar membuat pengumuman di Permatang Pauh semalam.


Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam ceramah beliau di Permatang Pauh semalam telah mengistiharkan agar pinjaman pelajar dihentikan dengan serta merta.Ini termasuklah hutang pinjaman penuntut Negeri Pulau Pinang.


Langkah ini disambut oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang mementingkan kebajikan rakyat didahulukan.


Para peminjam yang masih berhutang boleh mendapat pengesahan dengan hadir sendiri ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,Paras 25,KOMTAR atau berhubung di talian 04-6505165/6505391/6505627.


Untuk nama peminjam yang disiarkan oleh akhbar Buletin Mutiara,menurut Datuk Seri Anwar & Lim Guan Eng hutang anda dimansuhkan serta merta berkuat kuasa semalam.



Semalam, Anwar Ibrahim menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anwar menyatakan demikian kepada orang ramai dalam satu ceramah di kawasan parlimennya, Permatang Pauh sambil diiringi laungan takbir dari penyokong Pas.

Anwar juga berjanji, Pakatan Rakyat akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Skim PTPTN akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi.

Beliau juga mengulangi tawaran Pakatan untuk mengurangkan harga minyak dalam tempoh sehari selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

Sejarah tercatat apabila kerajaan negeri Pulau Pinang yang bebas daripada rasuah dan juga kroni mengambil inisiatif menggunakan dividen anti rasuah untuk memansuhkan hutang pelajar . Kejayaan ini adalah kejayaan RAKYAT ,dibawah kerajaan pakatan rakyat yang susah pasti akan dibela.

Adam Adli bersama rakan rakannya sudah pasti bersyukur apabila negeri kelahiranya adalah yang pertama menghapuskan pinjaman pelajaran.

Pisau kata " tahniah Lim Guan Eng"
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...