PANDAN, 5 Jun – Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (b) Mohd Iszeham A Hamid berkata pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberikan diskaun cukai pintu sebanyak 20 hingga 25 peratus adalah satu gimik politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13.
Katanya, hanya setelah hampir empat tahun mentadbir negeri Selangor, baru kini Kerajaan Negeri membuat pengumuman ini itupun bersyarat sedangkan mengurangkan cukai pintu adalah di antara janji pakatan pembangkang semasa PRU yang lalu.
"Pada PRU ke 12, pakatan pembangkang menerusi manifesto mereka berjanji kepada rakyat Selangor akan mengurangkan cukai pintu bagi semua jenis kediaman tanpa syarat pada kadar 20 peratus dan 10 peratus bagi premis perniagaan.
"Setelah empat tahun memerintah, Kerajaan Negeri Selangor baru 'teringat' akan salah satu janji diaorang. Tapi sayang, pengumuman ini saya ibaratkan macam cubaan menipu rakyat Selangor. Sudahla selama ini rakyat Selangor telah ditipu, kini sekali lagi mereka cuba gula-gulakan rakyat.
Nak tolong rakyat tapi bersyarat
"Kalau betul nak tolong rakyat dan mengikut manisfeso mereka, kenapa perlu ada syarat… Kenapa hanya untuk penghuni flat kos rendah sahaja… Rakyat lain macamana pula… Ini tidak mencerminkan keikhlasan sebenar kerajaan negeri mahu membantu rakyat sebaliknya lebih kepada retorik untuk berhadapan PRU 13. Mereka sebenarnya tak berhasratpun nak mengurangkan cukai pintu tapi terpaksa buat juga sebab PRU dah hampir," ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Iszeham lagi, pengumuman tersebut terang-terangan sekadar ingin mengaburi mata rakyat dengan tujuan memberikan imej yang baik kepada pakatan pembangkang. Hakikat sebenar, mereka hanya bermain drama menggula-gulakan rakyat demi meraih undi.
Banyak janji tinggal janji
"Banyak lagi janji mereka yang tidak ditunaikan seperti memberi bantuan RM350 kepada warga emas dan RM1000 kepada pelajar yang berjaya memasuki universiti.
"Saya amat berharap agar rakyat Selangor jangan terus termakan dengan janji manis pembangkang. Jangan terus ditipu… Disebabkan desakan demi desakan, barulah pengumuman ini dibuat itupun tidak sepenuhnya. Kerajaan Negeri tidak bersungguh di dalam membantu mengurangkan beban rakyat. Seharusnya, pengurangan cukai pintu ini telah lama ditunaikan tanpa syarat dan untuk semua rakyat Selangor, bukan hanya untuk penghuni flat kos rendah sahaja.
"Satu perkara yang harus kerajaan Negeri sedar adalah rakyat Selangor bukan mudah lagi untuk diperalatkan. Rakyat sudah semakin bijak menilai apa yang pemimpin lakukan. Jadi, cukup-cukuplah bermain sandiwara dengan rakyat," ujarnya lagi.
Semalam Menteri Besar Selangor mengumumkan untuk memberi diskaun cukai pintu sebanyak 20 hingga 25 peratus kepada pemilik kediaman di negeri ini.. Namun ianya hanya melibatkan rumah flat kos rendah dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri iaitu pemilik kediaman berkenaan harus tinggal di rumah mereka sendiri dan bukan menyewakannya kepada pihak lain.-
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment