Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Azhar Idrus Tengok Seluar Dalam Bintang K-POP?? #HBN2012

Posted: 05 Jun 2012 05:36 AM PDT

Ustaz Takdak kelayakkan..

APA yang PAS kecoh pasal K-Pop masa Himpunan Belia Negara (HBN) lepas pun penulis tidak tahu. Penulis dapat tahu Ustaz takde kelayakan bernama Azhar Idrus bercakap panjang mengenainya semasa himpunan hijau PAS di Alor Setar Jumaat lepas.

(Yang sebetulnya tak puas hati programnya di PICC dibatalkan sebab dia takde kelayakan dan tauliah mengajar agama, tapi kepada K Pop dan HBN yang dialihkan geram. Sikit-sikit K Pop, sikit-sikit K Pop).

Nampak macam penting, tapi apa yang penting sangat? Dia nak tunjuk apa sebenarnya? Nak tunjuk dia Islam lebih dari UMNO ka? Atau pasal seluar dalamnya ke? Seluar dalam pun nak kecoh? Azhar Idrus tak pakai seluar dalam ke sampai cemburu seluar dalam kawan tu ternampak?

Tapi itulah balaci PAS kalau ada yang tak tahu, kawan tu datang nak menari dan menyanyi, tapi yang dipandangnya seluar dalam orang tu, betul-betul punya musibat manusia.

Apa yang PAS nak hujah sangat pasal seluar dalam kawan tu ternampak? Apa masalah moralnya disitu? Apa masalah akidahnya disitu? Adakah semua yang hadir itu sudah tahu yang mereka akan ternampak seluar dalam salah seorang artis K Pop yang membuat persembahan?

Percayalah, tak siapa nak datang situ untuk tengok seluar dalam, mereka nak tengok K Pop, seluar dalam itu 'bonus' - pada mana yang berminatlah.

Tapi masih lagi persoalannya, apa masalah yang macai PAS menghebat-hebatkan sangat soal seluar dalam tu? Elizabeth Wong berkain tak pakai seluar dalam, bermukah dengan laki orang lagi, PAS ok je, siap hantar muslimah lagi, menyokong. Anwar, pun sama, terakam menutuh pelacur dalam bilik hotel dengan 'kote' bengkoknya tu, PAS sokong je.

Mana moral, mana agama, mana Azhar Idrus?

Oh, adakah PAS cuba nak jadi juara moral? PAS nak tunjuk yang belia dibawah UMNO ini akan menuju ke neraka dan hanya PAS yang boleh menarik belia ke syurga? Itu ke soalnya? Apa bukti yang ada? Apa bukti yang boleh ditunjuk PAS berjaya membawa belia ke arah yang lebih baik dan berakhlak mulia?

Unit Amal ke? Budak-budak Mansuh PTPTN yang dapat sokongan PAS kat Dataran tu ke? Itu ke lambang kejayaan PAS membawa orang muda ke arah moral yang lebih baik? Atau statistik HIV tertinggi Kelantan (majoriti orang muda) mengatasi negeri-negeri lain dalam Malaysia?


Kalau itulah lambang kejayaannya, Hadi dengan Nik Aziz lebih baik terjun dan mati dalam lubang jamban sajalah, baru sepadan dengan status.

Dahlah tu, toksahlah PAS nak cakap pasal Islam, pasal moral, pasal agama, tolonglah. Jeliklah. Macamlah kami tak tahu tujuan bercakap tu semata-mata nak menunjuk hebat pasal agama, sedangkan sasaran sebenarnya ialah kuasa, undi dan wang.

Orang macam Azhar Idrus ni sangka dia ada nilai dalam PAS. Yang dia tak sedar, PAS hanya memperalatkan dia untuk kepentingan sementara tengah popular. Sebab niat PAS merekrut orang seperti ini, bukan nak mengajar agama tapi nak menambah penyokong, yang boleh mendatangkan undi aka kuasa aka duit. Macam Hasan Ali dan Azmil Mustapha dululah. Kemana semua orang tu sekarang? Ke laut.

Besar mana pun Azhar Idrus, no way dia boleh lawan pengaruh Nik Aziz. Bangkai bernyawa ini akan tetap jadi living god dalam PAS, dipuja dan disembah selamanya. Bila dia sedar hakikat tersebut, terimalah nasib macam Hasan Ali sekarang. Yang ramai-ramai menyokong hari ini pun, tak segan-segan memaki hamun balik.

Ini politik PAS, actually, inilah PAS.

TUDIAA!! Pemimpin Pas Sanggup Makan Babi dengan Dap?? - Hasan Ali

Posted: 05 Jun 2012 02:12 AM PDT



Pas ganti UMNO? kah kah kah.. Pas nak ganti UMNO? Lawak ehh.. parti Katak Hijau SeMalaysia nak gantikan UMNO sebagai tulang belakang kerajaan? Perkara ni lagi lawak dari Super Spontan.

Pas parti Melayu yang mengaku terlebih ISLAM dari orang lain semua, kemudian Pas parti yang tidak pernah ada telur untuk menegur Dap jika hukum Islam di langgar. Kini berani cakap untuk mengantikan UMNO? Dah kena sawan babi ka apa puak Pas ni?

SEGAMAT - Pas perlu cermin diri dan mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu sebelum berangan-angan untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama orang Melayu dan Islam di negara ini.


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, parti tersebut tidak layak menjadi pengganti UMNO kerana tidak mempunyai kekuatan dan hanya berperanan sebagai 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.


"Saya tidak fikir Pas boleh lakukan (Pas ganti UMNO) kerana bilangan kerusi Pas tidak mencukupi untuk menggantikan UMNO. UMNO adalah tulang belakang Barisan Nasional (BN), ini berbeza dengan Pas kerana sudah tentu tidak boleh menjadi tulang belakang pakatan pembangkang.


"Sebab kedua ialah Pas hanya pengikut, dia bukan di depan atau di kiri atau kanan tetapi di belakang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas majlis Wacana Minda Islam di Dataran Segamat, di sini malam tadi.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar, Kedah kelmarin, menyatakan kesediaan parti itu menggantikan UMNO sebagai parti utama masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.


Hasan yang juga bekas Exco Selangor berkata, berbeza dengan kedudukan UMNO yang diterima dan diiktiraf MCA dan MIC, Pas sebenarnya hanya dipergunakan untuk kepentingan pakatan pembangkang.


"Jadi macam mana nak tandingi UMNO kerana Pas hanya jadi parti di belakang. UMNO sudah lama di depan dalam BN dan hakikat ini diterima MCA dan MIC. Pas hanya menyusur di akar, yang tegak menjadi dahan dan batang ialah DAP dan PKR," katanya.


Beliau berkata, Pas juga tidak mempunyai pengalaman, ilmu dan kemahiran dalam mengurus negara dan ia dibuktikan di negeri yang kini ditadbir oleh parti itu.


Mengenai kemampuan BN menawan semula Selangor, beliau berkata, strategi yang harus digunakan adalah meletakkan 60 peratus muka baru dan jika itu tidak dilakukan, peluang menawan semula negeri tersebut adalah tipis.


Terdahulu dalam ceramahnya, Hasan mendedahkan semasa beliau menjadi pemimpin Pas, seorang pemimpin tertinggi parti tersebut pernah menyatakan 'sanggup makan babi' bersama pemimpin DAP daripada makan ayam bersama Perdana Menteri sebagai kiasan menolak kerjasama dan perpaduan antara UMNO dan Pas yang dicadangkannya.


Beliau berkata, kata-kata itu jelas menunjukkan Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO berbanding keikhlasan UMNO menerusi Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedia menerima kerjasama dan perpaduan antara dua parti Melayu itu. - Utusan

PANASS!! Gambar Rumah Bekas Menteri UMNO Paling Miskin??

Posted: 04 Jun 2012 11:12 PM PDT

Kat bawah ni dikatakan rumah bekas Menteri dalam UMNO yang paling miskin di Malaysia.. wow!! pehh.. boleh percaya ka?

Besarnya rumah...
Pehh siap ada bot lagi nih...
Apa kena mengena rumah ni dengan Kadiaq?

Nak tau cerita selanjutnya boleh baca kat SINI

PANASS!! Wisma Darul Aman Di Serbu Lagi!! #SaveKedah #Pasrabut

Posted: 04 Jun 2012 08:12 PM PDT


Enam badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi aman dan menyerahkan memorandum mendesak kerajaan Kedah pimpinan PAS memantau operasi dan pengeluaran lesen pusat hiburan di negeri ini.

NGO yang terlibat terdiri Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia(Pekida), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kedah, Persatuan Penduduk Melayu Islam (PPMI), Persatuan Ibu Tunggal Kedah, Persatuan Penjaja Melayu Islam dan Badan Generasi Prihatin Kedah.

Jurucakap kepada keenam-enam NGO tersebut yang juga Pengerusi Pekida Kota Setar, Mursyid Ariffin mendakwa banyak rumah urut dan pusat hiburan dibuka menerusi kelulusan diberi oleh kerajaan negeri.

Katanya, hanya kira-kira 300 pusat hiburan dan rumah urut yang memiliki lesen dan selebihnya tidak mempunyai lesen di samping ada juga yang menyalah guna lesen perniagaan mereka.

Mursyid mendakwa akibat kurang atau tidak adanya pemantauan, ramai remaja Melayu Islam terlibat dalam gejala sosial seperti melakukan kegiatan tidak bermoral dalam bilik hotel dan pusat hiburan selain terlibat mengambil pil khayal dan minuman keras.

"Setakat ini tidak ada operasi penguatkuasa kerajaan negeri ke atas pengusaha hotel bajet yang menyewa bilik kepada pasangan melakukan maksiat," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi aman oleh kira-kira 50 anggota NGO tersebut di hadapan Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Mursyid berkata pemantauan yang dibuat seperti 'melepaskan batuk di tangga' kerana tidak secara berterusan bagi mencegah kegiatan tidak bermoral itu.

Beliau berkata pihaknya sedia turut sama menyertai operasi membanteras kegiatan maksiat jika diminta.

Sebelum itu Mursyid menyerahkan memorandum daripada NGO berkenaan kepada wakil Menteri Besar Kedah, Mohd Rosli Azmi.- Bernama

GEMPAR!! Ketua Pas Cawangan Kata Nizar BODOH?? @mbnizar

Posted: 04 Jun 2012 06:12 PM PDT

Nizar Bodoh?

Nizar bodoh? Maksud kurang bijak adalah apa? Bukankah ia bermaksud bodoh? Sememangnya Nizar manusia yang kurang bijak, dan kurang mengunakan akal yang dianugerahkan Allah pada manusia. Sebab tu beliau kelihatan macam orang sewel saja setiap masa.


Mc rasa Ketua Cawangan Pas ni lebih bijak daripada Nizar. Nizar mahu popular dikalangan penyokong Pakatan, sebab itu beliau mempertikaikan Sultan Johor memberi Plat nombor. Sedangkan tindakan kurang ajar tu sebenarnya membawa padah, kerana ia dilihat kurang sopan dan tidak menghormati seorang Sultan Melayu yang berdaulat. Bagi orang atas pagar, Nizar adalah penderhaka dan biadap!!

Sepatutnya seorang pemimpin bekas MB, kena lebih peka dengan keadaan ini. Bukannya memberi kenyataan dengan membabi buta.


McTheory:
Rasanya Ketua Cawangan Pas tu pun.. boleh jadi YB lebih baik dari Nizar kot..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...