Gelombang Rakyat |
- TARIAN LUCAH DI BERTAM.. PEMUDA PAS HENTAM PKR MORAL MENJIJIKKAN..!!
- TAWAN PUTRAJAYA - AKHBAR NANYANG SIANG PAU DAKWA ANWAR MIMPI DI SIANG HARI..!!?
- PARTI IKATAN.. MAMAK KADIR LETAK SYARAT MAHU JAWATAN PM JIKA JOIN PAKATAN..!!?
- KESAN ISU AIR.. 138 PELABUR UMUM TANGGUH PELABURAN DI SELANGOR..!!
TARIAN LUCAH DI BERTAM.. PEMUDA PAS HENTAM PKR MORAL MENJIJIKKAN..!! Posted: 07 Jun 2012 07:18 PM PDT Penganjuran Tarian 'Bertam Nite 2012' anjuran PKR baru2 ini telah mengejutkan beberapa pihak terutamanya penyokong2 PAS. Malah alasan skrip yang seringkali digunakan Pimpinan Parti tersebut atas nama sabotaj tidak mampu digunapakai. Pemuda PAS Penang telah tampil mengkritik PKR yang disifatkan mereka Hipokrit dalam mengakui kesilapan menganjur Program Hiburan melampaui batasan atas tiket Parti. Kenyataan wakil Pemuda PAS Penang menerusi Setiausahanya Afnan Hamimi Taib Azamudden telah mendesak Pakatan mengambil tindakan tegas dalam memastikan penganjuran Program2 Hiburan sebegini tidak lagi berlaku. Ia telah menyebabkan timbulnya satu bentuk maksiat yang dilihat tidak menjadi masalah dalam prinsip parti pimpinan Anwar Ibrahim tersebut. "Jika dikatakan ada unsur sabotaj sekalipun, sepatutnya pihak penganjur perlu segera menghentikan tarian tersebut dan tidak membiarkan ianya terus berlangsung sehingga menjadi tatapan hadirin dan dirakam secara bebas," kata Afnan. "Pihak penganjur juga mesti tegas mengambil tindakan kepada pihak yang melakukan sabotaj jika benar ianya satu sabotaj untuk merosakkan imej pimpinan muslim dalam PR khasnya dari PAS," tambah beliau. |
TAWAN PUTRAJAYA - AKHBAR NANYANG SIANG PAU DAKWA ANWAR MIMPI DI SIANG HARI..!!? Posted: 07 Jun 2012 04:39 PM PDT Secara keseluruhan di seluruh negara terdapat 222 kerusi parlimen. Untuk memenangi pilihanraya seterusnya menguasai tampuk pemerintahan peringkat pusat secara majoriti mudah bermakna minima 112 kerusi perlu dimiliki. Pada masa sekarang pakatan pembangkang memiliki 75 kerusi (sebelumnya 82), 7 dimiliki Bebas yang terdiri dari kalangan bekas pemimpin PKR manakala BN pula menguasai 140 kerusi. Mengikut ramalan saudagar mimpi terkenal pula iaitu Anwar Ibrahim, tanpa teragak-agak telah mensasarkan kemenangan pembangkang dengan majoriti mudah dengan kelebihan 10 kerusi. (Nanyang Siang Pau dan China Press) Maksudnya Anwar yakin pakatan pembangkang yang 'diketuainya' mampu menang mudah di 122 kerusi parlimen pada PRU 13 kelak. Dalam pada pembangkang masih mempertikaikan ketelusan dan keberkesanan SPR dalam menguruskan daftar pengundi pilihanraya, boleh pula Anwar meramalkan kemenangan bakal menjadi miliknya. Nampak sangat segala macam serangan terhadap kewibawaan SPR sebelum ini hanyalah agenda politik pembangkang semata-mata, lagipun kalau betul SPR tidak telus patutnya Kelantan dah lama kembali kepada BN. Berbalik pada keyakinan Anwar untuk menguasai 122 kerusi parlimen itu, sebetulnya siapa saja boleh membuat ramalan sambil bermimpi indah tambah-tambah lagi untuk memujuk hati sendiri. Tapi realitinya jarang sekali mengikut kehendak mimpi. Contoh mudah waktu Anwar sibuk mencanangkan mimpinya untuk menjadi PM 16 September 2008, walaupun berjaya menyebabkan penyokong pembangkang hanyut dalam lamunan, hakikat kemudiannya jauh panggang dari api. Trend sekarang tidak lagi sama seperti PRU 12 2008 dulu, hatta masyarakat Cina yang sebelum ini diketahui mendukung kuat agenda pakatan pembangkang pun sudah beransur-ansur menjauhi Anwar dan kuncu-kuncunya. Ditambah lagi dengan sokongan majoriti orang Melayu dan bumiputera lain serta kaum India condong bersama BN tentu saja sukar untuk Anwar merealisasikan mimpinya. Mengikut kajian ramai penganalisis politik, dalam pilihanraya akan datang paling tinggi pun hanya 70 kerusi parlimen sahaja yang boleh dimenangi pembangkang berbanding pencapaian terbaik mereka menguasai 82 kerusi semasa PRU 12 sebelum ini. Populariti yang dikecapi Anwar dan PR hasil kelemahan kepimpinan negara sebelum ini sudah tidak sama seperti dulu. Sebagaimana pembangkang naik mencanak demikian juga jatuhnya agak merudum. Terlampau banyak isu melingkari polisi dan dasar pembangkang yang diketahui umum tidak secocok dengan realiti masyarakat Malaysia yang menyebabkan Anwar hanya layak untuk kekal sebagai saudagar mimpi sahaja. |
PARTI IKATAN.. MAMAK KADIR LETAK SYARAT MAHU JAWATAN PM JIKA JOIN PAKATAN..!!? Posted: 07 Jun 2012 07:19 AM PDT Kalau tengok gaya majlis pelancaran Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pimpinan bekas menteri Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, ramai wartawan yang menghadirinya boleh agak ia tidak akan sampai ke mana. Majlis pelancarannya dibuat di hotel terkemuka Palace Of The Gorden Horses ,Serdang pagi Khamis bermula 45 minit dari jadual asal dan berakhir tiga jam kemudian dengan ucapan-ucapan ala ceramah. Majlis bermula dengan pengerusi memperkenalkan presiden, tiga orang timbalan presiden, setiausaha agung, serta enam orang ahli majlis tertinggi parti yang baru didaftarkan dua hari lalu itu. Dewan yang boleh memuatkan 400 orang itu hanya separuh dipenuhi dengan sebahagian besar adalah wartawan serta pemerhati politik. Dan paling jelas adalah tidak ada orang muda, sebaliknya baik pemimpin mahupun penyokong yang hadir kebanyakkannya 'senior citizen' dengan paling ramai orang Cina, India dan barulah Melayu. Selain Kadir sebagai Presiden sementara , timbalan-timbalan beliau adalah bekas pemimpin PBB Serawak Datuk Bujang Ulis, orang kuat Kelab Rotary Ong Hock Swee dan bekas presiden Majlis Peguam Regunath Kesavan. Selain itu, Pengerusi Koperasi Ukhwah Malaysia Datuk Seri Mustafa Kamal Maulud dinamakan sebagai setiausaha agung parti tersebut. Kadir dalam ucapan yang panjang dan meleret-leret berkata antara visi dan misi penubuhan IKATAN adalah berpaksikan kepada "amanat merdeka bapa Malaysia" Tunku Abdul Rahman serta isi kandungan dan roh Perlembagaan Malaysia. Partinya, kata Kadir bermatlamat menyambung kesinambungan semangat perjuangan UMNO lama di zaman Bapa Kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman. Kadir menegaskan, beliau berpegang kepada semangat perjuangan UMNO ketika itu mementingkan perpaduan antara kaum dan agama, yang didakwanya semakin pudar di bawah kepimpinan kerajaan sekarang. "Sekarang saya lihat perpaduan dah macam jadi benda kecil. Kami ingin membawa kembali rakyat ke pangkal jalan," kata Kadir. Antara yang diedarkan kepada wartawan adalah booklet mengenai parti tersebut yang mempunyai wajah Tunku Abdul Rahman dibelakangnya serta amanat Tunku yang menurut Kadir beliau sendiri dengar dari mulut perdana Menteri yang pertama itu. Isi kandungan amanah tersebut adalah "rakyat berbilang kaum dan agama - Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Siam, Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain mesti ikhlas satu sama lain, jika mahu hidup satu keluarga. Malah, setiap mereka, tidak boleh kata atau berbuat sesuatu yang menyakitkan hati atau menyusahkan hati setiap kaum. "Sebagai ahli keluarga yang ikhlas kita mesti selalu tolong menolong sesama kita. Yang kaya tolong yang miskin. "Yang maju tolong yang kurang maju. Dengan cara itu barulah kita akan jadi satu bangsa dan negara yang bersatu padu kuat. Semua orang akan bahagia. Barulah Malaysia dihormati oleh dunia," kata Kadir yang membaca petikan amanah tersebut. Dalam sidang medianya selepas itu, Kadir menafikan beliau mula tidak berpuas hati dengan kerajaan selepas tidak dapat jawatan Pengerusi MAS. "Saya tidak minta apa-apa jawatanpun, kalau saya minta mereka (pemimpin UMNO) mesti bagi, saya orang lama, saya tidak minta jawatan, atau kontrak," katanya menafikan cakap-cakap yang tersebar sebelum ini punca dia tidak puas hati. Bercakap mengenai potensi parti tersebut, kata Kadir, kerana visinya untuk menyatu padukan masyarakat berbilang kaum, beliau percaya ramai yang akan berminat. Beliau menjangkakan dalam masa setahun keahlian parti tersebut akan mencecah antara lima ratus ke sejuta orang ahli. "Kami akan jadi parti paling besar dalam pilihanraya akan datang (PRU 14)," katanya yang tidak menghalang jika ada ahlinya ingin bertanding pilihan raya umum ke-13 kali ini menggunakan tiket parti lain. "Ahli kami ada banyak muka baru, berkelulusan tinggi dan bertanggungjawab. Banyak calon boleh menang, mereka boleh bertanding dengan parti lain jika nak bertanding. "Tapi ada juga pemimpin parti lain yang ingin sertai kami, namun saya tidak boleh mendedahkan identiti mereka," tambahnya. Ditanya mengapa beliau tidak memilih menyertai mana-mana parti pembangkang, kata Kadir, beliau tidak menyertai parti-parti tersebut sudah pun mempunyai pemimpin mereka sendiri, dan jika beliau mendaftar, beliau hanya akan menjadi ahli biasa. "Mereka dah banyak pemimpin. Jika saya daftar jadi ahli, hanya jadi ahli biasa sahaja. Dengan ada kuasa, kita boleh rekrut ahli," katanya. Jawatan akhir Kadir semasa dalam kabinet dulu ialah Menteri Pelancongan manakala di UMNO Bahagian Kulim Bandar Bharu yang pernah dipimpinnya beliau menjadi Bendahari. Agenda Daily |
KESAN ISU AIR.. 138 PELABUR UMUM TANGGUH PELABURAN DI SELANGOR..!! Posted: 07 Jun 2012 04:01 AM PDT Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan sebanyak 138 syarikat swasta terpaksa mengangguhkan hasrat untuk melabur di Selangor kerana kegagalan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyelesaikan isu air. Katanya, tindakan tersebut adalah bukti nyata bahawa masalah air kini kritikal di Selangor sebagaimana kajian pakar iaitu negeri ini bakal berdepan krisis menjelang 2014 walaupun cuba dinafi berulang kali oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 komponen utama bagi Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor. Namun, projek berkenaan menemui jalan buntu selepas Selangor didakwa melengahkan kelulusan berkaitan pengambilan tanah, permit memasuki kawasan rizab hutan dan pengeluaran permit arahan pembangunan. Projek yang diluluskan Kerajaan Persekutuan pada 2005 itu bertujuan menyalurkan air mentah sebanyak 1,890 juta liter sehari dari Sungai Semantan di Kampung Jambu Rias, Pahang ke Selangor. Sekiranya kerajaan Selangor melambatkan kebenaran untuk pembinaan loji itu dikhuatiri krisis bekalan air menjadi lebih teruk di negeri berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment