“Bertam Nite” : Tiba-tiba Semua Pemimpin Pas Jadi Orang Bisu

 
 
KUALA LUMPUR 6  Jun – Pas hari ini dibidas setelah dilihat berdiam diri dan seolah-olah 'kelu' berhubung dakwaan program yang dianjurkan di Bertam oleh sekutu mereka  yang turut disajikan dengan persembahan artis yang menjolok mata.
 
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Datuk Shabudin Yahya berkata jika benar perkara berkenaan ianya adalah satu perkara yang cukup malang bagi Pas kerana memperlihatkan sikap 'double standard' parti tersebut.
Menurut beliau jika konsert pada Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini mendapat respon yang 'cukup baik' di kalangan kepimpinan Pas, kali ini apa pula pendirian mereka dan apakah program berkenaan 'dihalalkan'.
 
"Saya pun keliru dalam soal ini…. Hendak kata tak betul orang semua dah cakap dan ada pula yang bagitau ada kat internet… Cuma sebaiknya mana-mana pemimpin mereka berilah penjelasan sebaik mungkin.
"Kita tidak mahu tuduh yang bukan-bukan kerana bagi kita memang peliklah kalau program itu turut disajikan dengan persembahan yang menjolok mata. Bukan apa… sebabnya bukankah sekutu PKR itu (Pas) adalah sebuah parti yang melaung-laungkan Islam.
 
"Jadi mereka perlu keluarkan penjelasan sebaik mungkin dalam soal ini. Saya pun bukannya mahu membuat sebarang tuduhan. Jika tidak betul sila perbetulkan dan saya pun nak tahu ada ke tidak seperti yang diperkatakan itu. Jika ada kenapa pula Pas yang sebelum ini cukup lantang kritik kerajaan khususnya dalam soal-soal keagamaan ini boleh berdiam diri. Mungkin terlepas pandang ka.. ada alasan lain ka…. Terpulang kepada kepimpinan pembangkang berikan penjelasan," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan program anjuran PKR di Bertam yang mana program berkenaan yang dipanggil Bertam Nite dikatakan turut menyajikan persembahan artis wanita yang menjolok mata.
 
Datuk Shahbudin seterusnya melihat Pas hari ini seolah-olah tidak lagi mempunyai prinsip yang jelas di dalam perjuangan mereka.
"Jika mereka berani dan ada taring kenapakah mereka seolah-olah tidak ada 'power' di dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikongsi bersama dengan DAP dan PKR hari ini.
 
"Yang kita nampak hanyalah sekadar ikut dan sama-sama memasang impian menuju ke Putrajaya bersama sekutu mereka. Yang di depan mata di biarkan dan apa yang penting matlamat politik menjaid sandaran dan keutamaan," katanya. -
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...