BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! USTAZ FATHUL BARI MENJAWAB ISU PLAT WWW 1 !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 26 Jun 2012 02:35 PM PDT


Ustaz Fathul Bari dah jawab isu plat WWW 1.terhentak lah si Nizar ni dengan jawapan Ustaz Fathul Bari.jom lihat video di bawah



ANDA DAH LIHAT ???

RENUNG-RENUNGKAN

ISU KAPAL SCORPENE DAN ANTANTUYA !!! DATUK SERI ZAHRAIN HENTAM SUARAM DAN PAKATAN HARAM KAW-KAW !!!

Posted: 26 Jun 2012 12:00 PM PDT


Tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) SUARAM yang menaburkan fitnah dengan mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembelian kapal selam Scorpene dan Altantuya Shaariibuu dipersoalkan semalam oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim.Menurutnya,banyak kemusykilan dan keraguan berhubung dakwaan SUARAM yang kata beliau dibuat tanpa bukti dan merupakan satu pembohongan.

"Mereka dakwa Altantuya seorang jurubahasa, tapi kita tahu mendiang cakap Perancis pun tak tahu.Macam mana nak jadi jurubahasa malah beliau tidak pernah ke negara itu. Ini disahkan Imigresen Perancis bahawa tiada rekod antara 1999 hingga 2006,Altantuya ke sana," ujarnya.

Bercakap kepada Agendadaily di Parlimen,bekas pemimpin PKR Pulau Pinang itu berkata,semua itu adalah reka cipta yang diketengahkan SUARAM.Menurut Zahrain,Abdul Razak Baginda mengenali Altantuya pada 2004 manakala perjanjian membeli Scorpene dengan Malaysia pada 2002.

"Razak mengaku ada hubungan dengan Altantuya pada 2004 tetapi tidak ada kemungkinan kaitkan mereka, Scorpene dengan Najib," katanya.


Katanya,hubungan Razak dan Altantuya adalah soal peribadi mereka.

"Bila ada pihak kata Najib terlibat tetapi tak ada bukti. Ada gambar Najib, Razak dan Altantuya tetapi ramai tahu ianya super impose yang dilakukan Tian Chua,ahli parlimen Batu sekarang.Orang macam itu boleh buat rekaan dan dimainkan blog serta media.Saya hairan tak ada tindakan. Bagi saya ini satu kerja kotor dilakukan Ketua Pembangkang," katanya.

Zahrain mengimbas kembali bagaimana kerja kotor ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin ketika jadi peguam membela salah seorang dari dua pegawai polis yang dituduh membunuh Altantuya mencipta akuan bersumpah untuk menyatakan penglibatan Najib.

"Kita nampak itu satu rekaan buruk dan percaya mahu jatuhkan Najib.Apabila Zulkifli tolak dan tidak terlibat, ketua pembangkang itu gunakan badan lain untuk mempromosikan dusta dan fitnah termasuk menggunakan SUARAM," katanya.

Beliau bertanya peranan SUARAM sama ada sebagai NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau AGO (Pertubuhan Anti Kerajaan).Zahrain mendakwa tahu siapa dalang di sebalik pembohongan SUARAM.Sambil mempersoalkan dari mana dana SUARAM perolehi untuk tubuh tribunal dan peguam berhubung isu Scorpene,beliau mahu pertubuhan itu menuntut maaf daripada rakyat Malaysia,kerajaan dan Najib kerana semua pembohongan tersebut.

ANDA NAK LAGI BERKENAAN ISU ALTANTUYA ???

KLIK DI SINI


UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! PAS RELA KHIANATI MELAYU DARIPADA TINGGALKAN DAP ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 26 Jun 2012 08:30 AM PDT



Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR,watak,sikap,prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.masa DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu,PAS pula bertindak sebaliknya.Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.

Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Haram,semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang kononnya selamanya ini dipertahankan.Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak,Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.

Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu sejak berzaman.Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009 ???


SEBARKAN GAMBAR INI !!!

Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri,keceluparan Nizar dan sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Haram dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi DAP Perak,Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak,Nga Kor Ming.Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.Jadi bak kata pepatah Melayu,ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi.Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu,beliau akan diapit oleh Ngeh dan Nga.

Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka.Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999 tahun kepada penduduk Cina.Ini hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan pemimpin PAS dengan institusi raja.

Sejak bersekongkol dengan DAP,PAS tidak lagi menghormati raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan institusi itu.Bagi PAS,ia lebih rela menggorbankan agenda Islam dan membelakangkan bangsa Melayu sekiranya ini dapat membantu parti itu membolot kuasa politik,daripada berpisah dengan kekasihnya DAP yang tidak seagama dan tidak juga sebangsa.betul tak pembaca Badut Rakyat sekalian ???


RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! RAFIZI LEMBU BAKAL JERUT LEHER BERKENAAN FITNAH DAN AIBKAN @ NAJIBRAZAK !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 26 Jun 2012 05:00 AM PDT


Rafizi Ramli masih belum belajar dari kesilapan membuat tuduhan dan fitnah yang berterusan terhadap DS Najib.Masih belum serik lagi Lembu PKR ini yang telah memfitnah Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767,kononnya dibiayai dengan dana rakyat.Satu lagi fitnah terdesak mula dibangkitkan Rafizi Ramli kononnya DS Najib campurtangan dalam urusan penganugerahan tender mengenai Projek Penambahbaikan LRT Ampang.


Melalui laman blognya,Rafizi a.k.a. Lembu PKR menuduh dan memfitnah DS Najib sendiri campur tangan dalam memastikan memastikan kontrak bernilai RM960 juta tersebut dianugerahkan kepada konsortium George Kent/China Railway/Tewet GmbH (GEORGE KENT).Business Times turut memaparkan artikel penganugerahan projek tersebut kepada GEORGE KENT.


Lembu PKR ini turut mendakwa sepatutnya Konsortium PDA dianugerahkan projek ini berdasarkan kepada surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Dato' Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia.

(Konsortium PDA - Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.)


Memang benar,jika diikutkan kepada surat tersebut, sepatutnya Konsortium PDA dianugerahkan projek tersebut dengan nilai tender sebanyak RM 1,119,970,599 (Ringgit Malaysia Satu Bilion .... )Namun dimanakah dakwaan Rafizi Ramli bahawa DS Najib terlibat dan campurtangan menganugerahkan projek ini kepada syarikat lain, GEORGE KENT?

Surat di atas hanyalah cadangan dan kelulusan Lembaga Pengarah menganugerahkan projek tersebut kepada Konsortium PDA ... belum dimuktamadkan lagi Konsortium PDA sebagai kontraktor bagi kerja Projek Penambahbaikan LRT Ampang.

Mana surat perlantikan yang disahkan? Jangan jadi bodoh Rafizi Ramli.

MENGAPA GEORGE KENT TERPILIH?

Permainan persepsi politik (political perception) cuba dilakukan oleh Rafizi Ramli dalam isu penganugerahan Projek Penambahbaikan LRT Ampang.

Rasanya Lembu PKR ini bukannya bodoh melulu,beliau tahu Prasarana berhak melantik mana-mana syarikat yang dirasakan berhak.

Lembu PKR ini sekali lagi menuduh DS Najib bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.


Dalam artikel dari I Property ini (di atas), nyata lapan (8) konsortium dijemput untuk membida Projek Penambahbaikan LRT Ampang.

1. George Kent - China Railway - Tewet GmbH
2. Posco - Sojitz - Daewoo International - Thales
3. Invensys - Balfour Beatty Rail - Ingress
4. Colas - CMC Engineering - Thales
5. Samsung - LG - Thales
6. SNC Lavalin - WW Engineering - Bombardier
7. Siemens - SCOMI Engineering
8. Ansaldo - Emrail - Leighton

Sekali lagi GWM ulang, surat perlantikan disahkan kontraktor masih belum dikeluarkan oleh Prasarana.

FAKTA-FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN RAFIZI RAMLI

Jika mengikut artikel ini,GEORGE KENT merupakan pembida kedua terendah dan paling layak berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan Prasarana.

"Business Times understands that the George Kent-led consortium was the second lowest bidder, having placed a bid at RM1.13 billion to undertake the job.

The lowest bidder at RM950 million was Invensys Rail/Ingress/ Balfour Beatty, which had also bid for the Kelana Jaya line extension.

The other four contenders who did not make it were Colas/CMC/Uniway joint venture, the partnership which recently won a RM673.9 million contract for system works for the Kelana Jaya line : Invensys Rail/Ingress/Balfour Beatty; Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.

According to the source, the Ansaldo joint venture was not shortlisted as the company (Ansaldo) already has a contract to work on the Ipoh-Padang Besar double tracking project."

Fakta Pertama

Ansaldo merupakan salah satu dari gabungan Konsortium PDA (Konsortium PDA - Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.)

Memang tepat keputusan kerajaan untuk tidak menganugerahkan Projek Penambahbaikan LRT Ampang kepada Konsortium PDA berdasarkan kepada salah satu syarikat Konsortium PDA telah pun mempunyai kontrak untuk melaksanakan projek rel berkembar Ipoh-Padang Besar (Ipoh-Padang Besar double tracking project)

Tidakkah ini menunjukkan ketelusan kerajaan agar tidak ada satu syarikat mendapat dua atau tiga projek yang telah dianugerahkan dalam satu masa?

Fakta Kedua

Tiga konsortium berasingan (1) SNC Lavalin/WW Engineering, (2) Siemens/Scomi dan (3) Samsung/LG dengan masing-masing membida projek ini pada harga RM1.38 billion, RM1.17 billion dan RM1.16 billion.

George Kent Berhad pula membida dengan harga RM1.13 billion bagi projek di atas.

Adakah kerajaan dan Prasarana terlalu bodoh untuk menganugerahkan projek ini kepada tiga konsortium di atas ... yang nyata lebih mahal harga bidaan berbanding dengan George Kent Berhad?

Fakta Ketiga

Begitu juga dengan konsortium Colas/CMC/Uniway yang telah dianugerahkan projek bernilai RM673.9 juta bagi kerja-kerja membabitkan sistem stesyen Kelana Jaya.

Begitu juga dengan konsortium Invensys Rail/Ingress/Balfour Beatty yang telah dianugerahkan dengan projek lain, Projek Rel Berkembar Seremban-Gemas.

KEBODOHAN DAN KEBOBROKAN LEMBU PKR,RAFIZI RAMLI

GWM melihat kerajaan dan Prasarana telah bertindak adil dan saksama dengan menganugerahkan projek ini kepada konsortium George Kent/China Railway/Tewet GmbH.Tidak adil jika sekiranya kerajaan mahupun Prasarana menganugerahkan Projek Penambahbaikan LRT Ampang ini kepada Konsortium PDA atau mana-mana konsortium yang telah dianugerahkan projek-projek oleh pihak kerajaan sendiri.Ini hanya menggambarkan sikap tidak telus kerajaan dalam penganugerahan projek-projek.

Apa yang Rafizi Ramli merepek dengan menggambarkan campurtangan DS Najib dalam penganugerahan projek dari Prasarana?

Mana bukti campurtangan DS Najib dalam penganugerahan Projek Penambahbaikan LRT Ampang ini kepada Konsortium PDA?

Atau sebenarnya ... pihak Konsortium PDA sendiri telah 'kaotim' dengan Lembu PKR bernama Rafizi Ramli.Seperti yang telah GWM perkatakan ... Rafizi Ramli hanya menjerut lehernya sendiri.Lu paham ke maksud telus ni Rafizi Ramli. - Gelombang Wangsa Maju @ GWM

RENUNG-RENUNGKAN

ISU PTPTN !!! PAKATAN HARAM MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! PINJAM SENANG PULANG TAK NAK !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 26 Jun 2012 01:39 AM PDT


Ada beberapa perkara yang umum patut tahu tentang Pakatan Haram yang memutar-belit fakta yang dibuat tentang pembiayaan pengajian tinggi oleh kerajaan.Hal ini perlu diperjelaskan agar kita berlaku adil kepada generasi yang akan datang.

Fakta #1.

Tentang Finland.

Pakatan Haram menjadikan pendidikan percuma sebagai isu politik demi untuk meraih
undi di PRU kelak.Mereka mengambil Finland sebagai contoh dan beberapa negara lain
yang memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bagi meyakinkan tentang pendidikan
percuma. Yang jelas,Pakatan Haram menyembunyi fakta tentang negara yang memberi
pendidikan percuma daripada umum.Adalah tidak mustahil untuk memberi pendidikan percuma tetapi someone has got to pay for it!!!! Pembiayaan pendidikan percuma terpaksa ditanggung oleh rakyat Finland dengan membayar cukai yang tinggi dan negara Finland adalah negara yang ke 9 paling tinggi mengenakan cukai.

KLIK DI SINI

Rakyat Finland dikenakan cukai pendapatan sebanyak 49.2%,cukai VAT sehingga 23% ke atas semua barang malah cukai perbandaran sehingga 21%.Segala-galanya di Finland
dikenakan cukai.Ini tidak menghairankan kerana inilah satu-satu caranya bagi memperoleh pendapatan negara namun yang umum tidak sedari ialah yang dikenakan cukai tidak lain dan tidak bukan ialah ibu bapa penuntut-penuntut pengajian sendiri.Malahan,Finland mencadangkan kenaikan cukai bagi menampung belanjawan negara.Ini tak ubah seperti mengambil dari poket kiri dan memasuk ke poket kanan yang
membayar pendidikan ialah ibu bapa pelajar itu juga.

Fakta #2

Protes terhadap pembiayaaan pinjaman pengajian tinggi oleh kerajaan kebanyakannya datang dari kaum Melayu.Mereka tidak sedar bahawa pendidikan di negara sebenar-benarnya adalah percuma.Apa yang pelajar pengajian tinggi perlu buat ialah mendapat keputusan yang cemerlang kelas pertama.Apa yang susah sangat.Kalau 8,000 penuntut berbangsa Cina yang mengambil pinjaman pendidikan dari PTPT lalu berusaha dan berjaya memperoleh kepujian Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda lalu pinjaman mereka itu tadi telah dikecualikan bayaran balik.Kerajaan telah berlaku adil dalam mengagih bantuan.Pelajar Melayu ??? Hanya 2,000 lebih sahaja yang mendapat pengecualian bayar balik pinjaman.

Bukankah ibu bapa pelajar Melayu yang sepatutnya membantah sikap anak-anak mereka
yang sambil lewa tidak mengambil peluang memperoleh pengajian percuma.? Tak memadai
menyalah pihak yang telah pun membantu bagi meringankan beban kos melanjutkan
pengajian ke peringkat tinggi.Pengecualian bayar balik pinjaman pengajian adalah motivasi kerajaan kepada penuntut bagi memperoleh kepujian Kelas Pertama.Yang jelasnya ialah jumlah pelajar Melayu yang cemerlang masih rendah berbanding anak kaum Cina.Maka adalah menghairankan jika anak-anak serta ibu bapa Melayu yang menentang pembiayaan pinjaman pengajian tinggi.

Fakta #3.

Ramai yang tidak sedar bahawa dahulu,jumlah penuntut Melayu di pengajian tinggi begitu kurang malah boleh dibilang jari jumlah mereka. Antara sebabnya ialah faktor kewangan.Dahulu,jika anak-anak mereka mendapat tempat di pengajian tinggi belum tentu mereka mampu menyambung pengajian disebabkan ibu bapa tiada kemampuan kewangan.Ibu bapa tiada tempat untuk mendapat bantuan kewangan selain dari menjual tanah,meminjam atau menjual barang kemas yang ada… itu pun kalau ada.Ibu bapa Melayu atau India sekali pun bukanlah dikedudukan ekonomi yang selesa berbanding kaum lain.Mendapat tempat di pengajian tinggi telah pun sukar apatah lagi nak membiayainya.

PTPTN diwujud bagi merealisasi impian ibu bapa serta pelajar menyambung pengajian
di peringkat tinggi.Peluang untuk membina masa depan yang cerah serta memenuhi satu-satunya impian ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka menjejak kaki di pengajian tinggi telah dimudahkan melalui PTPTN.Kemudahan pinjaman pengajian disediakan untuk mereka tak kira apa juga kedudukan status ekonominya.Kerana itulah kita dapati jumlah pelajar Melayu serta bangsa lain yang kurang kemampuan kewangan semakin bertambah di pengajian tinggi.

Ikuti sambungan Pinjam Tau Pulang Tak Nak.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KENAPA KAUM CINA TAK PERCAYA KEPADA ANWAR IBRAHIM ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 25 Jun 2012 10:00 PM PDT


Kaum Cina,dikatakan kaum yang praktikal dan bukan emosional dalam menentukan matlamat hidup mereka.Praktikaliti bagi mereka,dinilai dari sudut keuntungan ekonomi dalam jangka masa panjang.Mereka sabar,tekun dan kekal fokus untuk mencapai apa yang diidamkan.Dalam menentukan kerajaan yang memerintah juga,kaum Cina mengambil sikap yang sama dan bergerak sebagai satu kumpulan bagi memastikan keuntungan maksima kepada kaum mereka.Barisan Nasional telah menjadi pilihan kaum Cina sejak sekian lama kerana mereka yakin bahawa parti ini mampu menyediakan persekitaran dan lanskap yang sesuai untuk mereka 'berkembang'.Walaupun terdapat puak-puak ekstremis Cina yang cuba menafikan keupayaan BN serta menghasut kaum Cina agar berprasangka,malah membenci BN dengan membangkitkan soal Hak-hak Istimewa Bumiputera tetapi tiada seorang pun manusia di dunia ini yang mampu menolak hakikat bahawa kaum Cina di Malaysia adalah antara yang paling makmur sekali di dunia di bawah pemerintahan BN.

Sekolah-sekolah Cina,dahulunya dibuka sebagai persediaan untuk kaum Cina kembali ke tanahair mereka selepas puas mencari kekayaan di negara ini.Namun,majoriti kaum Cina terus kekal di sini,menjadi warganegara yang setia kerana mereka tahu kerajaan Perikatan ketika itu dan BN hari ini,akan tetap membela mereka.Namun begitu,sokongan kaum Cina terhadap BN hari ini dikatakan merosot secara drastik dan apa saja yang dilakukan oleh BN tidak akan mampu lagi untuk memulihkan keadaan ini.Walaubagaimanapun,ini tidak bermakna yang mereka menyokong Pakatan Haram.Mungkin mereka tersasar sekejap pada tahun 2008 akibat terpedaya dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim dan faktor-faktor lain,tetapi seperti saya yang katakan tadi,kaum Cina bukan bertindak berdasarkan emosi,tetapi praktikaliti.Akhir-akhir ini,Anwar mula dipandang serong oleh kaum Cina apabila beliau membangkitkan idea untuk menghapuskan PTPTN yang mana akan merugikan para pelajar,termasuk anak-anak bangsa Cina yang majoritinya memilih pusat pengajian tinggi swasta yang jauh lebih mahal harganya.

Kemudian,Anwar sekali lagi menggusarkan kaum Cina apabila bertindak 'mengambil alih' perhimpunan BERSIH 3.0 dan menonjolkan warna sebenarnya sebagai seorang pemberontak yang ingin membuat huru-hara.Sudah tentu kaum Cina tidak inginkan huru-hara kerana ia akan bermakna kerugian bagi perniagaan mereka.Maka,dua insiden ini menjadi titik penting untuk kaum Cina kembali mengimbas sejarah lama dalam menjustifikasi undi mereka dalam pilihanraya kali ini.Ternyata sejarah tidak pernah berbohong dan sejarah telah memaparkan siapa Anwar yang sebenarnya.Setelah membaca sejarah Anwar ramai anak-anak muda Cina kembali berpijak di bumi nyata dari terus bermimpi diperintah oleh Pakatan Haram yang kononnya bakal memberi mereka kesamarataan total bagi membolehkan mereka berkembang ke tahap maksima dan menelan kaum-kaum lain di Malaysia.

Anwar Ibrahim adalah manusia dengan begitu banyak personaliti jika tidak,takkanlah beliau digelar 'sesumpah' oleh wartawan barat.Mengikut pendedahan buku The 'I' Files,pada satu masa,Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam 'sempurna' ala Iran,berkiblatkan Saudi,berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran.Bagi Anwar,kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam.Sehinggakan,kata penulis buku tersebut,Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi 'mimpi' Anwar pada waktu itu.Pendedahan ini boleh dibuktikan dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986-1990. Beliau mula melantik Guru Besar yang tiada latarbelakang pendidikan Cina di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina. Anwar juga tidak pernah membela sekolah Cina malah beliaulah yang begitu giat membawa semangat nasionalis sepertimana Indonesia di mana identiti kaum-kaum lain dihapuskan sama sekali bagi membentuk sebuah bangsa yang bersatu padu. Hanya pada tahun 1996, kerajaan BN telah meminda Akta Pendidikan 1961 seksyen 21 (2) untuk menarik balik kuasa Menteri Pendidikan menukar kedudukan sekolah Cina kepada sekolah kebangsaan selepas bantahan DAP dan Dong Jiao Zong.

Selain pendirian Anwar mengenai kedudukan kaum Cina di Malaysia yang sukar dijangka kerana asyik berubah-ubah mengikut keadaan politik semasa dan kepentingan peribadinya, Anwar juga dikhuatiri oleh kaum Cina sebagai tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk mentadbir ekonomi.Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dan kebetulannya pada tahun-tahun akhir sebelum dipecat iaitu 1997/98,negara telah mengalami serangan ekonomi yang buruk.Kebolehan Anwar sebagai Menteri Kewangan telah teruji dan ternyata Anwar gagal sama sekali.Dalam kebuntuan,Anwar telah mengambil keputusan yang mudah tetapi salah, iaitu menurut sahaja telunjuk IMF.Kadar faedah pinjaman dinaikkan secara drastik menyebabkan perniagaan tidak mampu membayar pinjaman dan bank-bank pula terbeban dengan 'Non-Performing-Loan' NPL).Akibatnya,ekonomi Malaysia hampir lumpuh sepenuhnya apabila perniagaan ditutup,bank-bank pula mengalami kerugian dan pengangguran meningkat sehingga menyekat kadar dayabeli rakyat.

Malaysia bertuah kerana diselamatkan oleh kebijaksanaan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berani mengambil langkah tidak popular dan menelan segala kritikan demi menyelamatkan negara yang hampir bankrap. Tindakan ini menyebabkan BN berjaya memenangi PRU 1999 apabila kaum Cina menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional sekali gus menjauhkan mereka dari pembangkang pada ketika itu, Barisan Alternatif yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.

Justeru,kita percaya kaum Cina cukup bijak untuk belajar dari sejarah dan tidak mudah terpengaruh oleh emosi yang kurang tenteram akibat dihasut oleh puak ekstremis,chauvinis,rasis dan pentingkan diri sendiri.Selama ini,negara ini berdiri teguh atas kerjasama semua kaum Dan kerjasama ini menjadi teguh kerana wujudnya perlembagaan yang mengambil kira keadilan mengikut struktur ekonomi dan sosial kaum-kaum di Malaysia dan bukannya kesamarataan secara buta tuli.Formula di dalam perlembagaan inilah yang menjadi kunci keamanan,keteguhan dan kemakmuran negara ini.Maka semua kaum wajar terus menjulang perlembagaan negara bagi memastikan apa yang dikecapi hari ini akan terus bercambah dan kukuh selama-lamanya.

Di masa yanga sama,kita melihat apa yang dimomokkan oleh Anwar hanyalah ilusi, mimpi dan fantasi seorang manusia yang gila kuasa.Kemungkinan besar Anwar sendiri tidak tahu apa yang diperkatakan dan dijanjikannya kerana kemungkinan besar Anwar sendiri tidak kenal lagi siapa dirinya iaitu sama ada beliau seorang fanatik,ektremis,liberal ataupun plural.Oleh itu,jalan terbaik bagi rakyat ialah memilih kepimpinan BN yang 'moderate' dan kekal konsisten dengan prinsip dan pendirian ini.betul tak pembaca Badut Rakyat sekalian ???

RENUNG-RENUNGKAN

ISU LYNAS !!! SKANDAL PENIPUAN PAKATAN HARAM TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 25 Jun 2012 07:00 PM PDT


Di Malaysia hari ini,sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika sesuatu perkara itu berkaitan dengan Pakatan Haram,maka ia tidak boleh lari dari pembohongan.Lynas,adalah salah satu pembohongan Pakatan Haram tahap paling memalukan.Ini kerana angka matematik dan fakta saintifik tidak boleh ditipu.Fakta dan angka telah membuktikan bahawa Kilang Lynas adalah selamat.Fakta dan angka ini bukannya direka-reka cipta sepertimana Raja Petra Kamaruddin mereka-cipta kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dari imaginasinya.Ia juga bukan seperti Anwar Ibrahim berimaginasi menjadi Perdana Menteri pada 16 September.Fakta dan angka dari kajian saintifik lengkap yang dikemukakan oleh pihak International Atomic Energy Agency (IAEA) dan AELB mengenai Lynas bukannya imaginasi.

Justeru,eloklah sekiranya Fuziah Salleh,Tian Chua,Tan Bun Teet (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) berhenti menyalak dan menerima hakikat bahawa Lynas adalah selamat.Belajarlah merasa malu dan bersalah apabila berbohong.Apatah lagi apabila sekutu sendiri iaitu Che' Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang saintis,sendiri mengakui bahawa Lynas adalah selamat.Fuziah,Tian Chua,Bun Tee sebelum ini begitu galak menyebarkan pembohongan bahawa kerajaan cuba 'mengecat-putihkan' apa yang gelap mengenai Lynas.Mereka mengenepikan segala dapatan dari kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang pakar mengenai radioaktif dan nuklear sebaliknya menampilkan pakar-pakar politik serta 'pencinta alam' yang sesetengahnya diimport dari Singapura untuk menguatkan hujah kononnya Lynas adalah merbahaya.Kerajaan bagaimanapun,tetap memberi ruang kepada mereka untuk membangkitkan isu ini sebagai usaha memastikan keputusan yang paling tepat untuk negara.Untuk itu,kerajaan telah menubuhkan panel parlimen untuk mengkaji apa yang dituduh oleh para penentang Lynas ini.

Bagaimanapun,pihak yang menentang langsung tidak mampu bercakap dalam bentuk fakta dan angka tetapi semua hujah mereka adalah bersandarkan emosi yang berbekalkan air liur semata-mata.Justeru,panel akhirnya memutuskan bahawa "Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat.Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia...Malahan,terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP."Jika Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu berhujah dengan fakta yang meyakinkan tentulah keputusan panel akan berbeza sama sekali. Sifat Pakatan Haram yang suka berbohong ini telah merugikan bukan sahaja Lynas, tetapi juga negara dan rakyat yang berpeluang bekerja di sana.

Menurut Lynas,penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya,yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari,mungkin akan ada "akibat yang sangat serius" untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk "10 tahun yang akan datang".Ini bermakna kerugian juga dialami oleh negara ini selama 10 tahun akan datang kerana pendapatan kilang Lynas juga bermakna pendapatan kepada negara.Apatah lagi dengan nadir bumi menjadi antara sumber penting untuk menampung keperluan dunia yang semakin canggih ini.Oleh itu,kita melihat tindakan menghalang operasi Lynas,adalah umpama menolak rezeki.

Nampaknya,dalam isu ini,yang membahayakan rakyat,negara dan alam sekitar bukanlah Lynas,tetapi Fuziah Salleh dan kuncu-kuncunya.Terbukti radioaktif dari air liur dan hati mereka yang busuk mampu menjejaskan rakyat dan negara.Saya percaya,majoriti rakyat Malaysia mampu membezakan antara fakta dan angka dengan emosi dan air liur.Kedegilan Pakatan Haram untuk terus memainkan isu Lynas dilihat sebagai bukti bahawa mereka amat terdesak kerana ketandusan isu di kala pilihanraya semakin hampir.Pakatan Haram nampaknya masih tidak sedar bahawa semakin degil sikap mereka untuk menolak Lynas,semakin kuat gelombang penolakan rakyat terhadap mereka.Betul Tak Pembaca Badut Rakyat Sekalian ???

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! REFORMASI GAGAL MERUBAH INDONESIA !!! KENAPA KITA NAK IKUT ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 25 Jun 2012 04:00 PM PDT


Kaji selidik rasmi yang dilakukan oleh Indo Barometer pada 25 April sehingga 4 Mei 2011 menemukan jawapan yang tentu sahaja sukar untuk diterima oleh para reformis Indonesia yang terlibat secara langsung dalam gerakan reformasi jalanan pada tahun 1998.Mengikut kajian tersebut yang dijalankan di sejumlah 33 wilayah merumuskan Order baru yakni polisi pemerintahan zaman bekas Presiden Suharto yang digulingkan ternyata jauh lebih baik berbanding Pasca Reformasi 1998.Sejumlah 28.2 peratus responden dari seramai 1,200 orang yang ditemubual menyatakan pasca reformasi menyebabkan tahap kehidupan rakyat lebih buruk dan amat tidak memuaskan.Manakala sejumlah 27.2 peratus lagi menyifatkan pasca reformasi 1998 lebihkurang sama sahaja seperti sebelumnya. Hanya 22.8 peratus sahaja bersetuju pasca reformasi adalah lebih baik berbanding Orde baru zaman Suharto.Kenyataan hasil kajian tersebut ada benarnya kerana tiga tahun sebelumnya yakni pada tanggal 20 Mei 2008, ribuan mahasiswa dan rakyat Indonesia telah memprotes kegagalan pemerintahan pasca reformasi yang gagal membantu kehidupan rakyat.

Jika 10 tahun sebelum itu mereka berhimpun di jalanraya menuntut pengunduran Suharto sebagai Presiden, tanggal 20 Mei 2008 mereka seperti menyesali penyertaan rakan-rakan mereka dalam demonstrasi jalanan era reformasi yang ternyata hanya indah khabar dari rupa.Dari segi ekonomi pula nyata tiada perubahan yang berlaku walaupun tampuk pemerintahan berkali-kali bertukar tangan sejak era pasca reformasi. Indonesia terus kekal sebagai penyumbang terbesar dalam sektor pembantu rumah kepada negara-negara lain.Satu-satunya kejayaan mereka disebalik gerakan jalanan reformasi 1998 ialah kebebasan yang lebih baik berbanding zaman Suharto namun natijahnya pula membawa keburukan dari segi hubungan sesama rakyat berbilang kaum dan agama.Sudah 14 tahun era reformasi 1998 di Indonesia berlalu dan dalam jangka masa tersebut ratusan peristiwa berdarah terjadi yang memburukkan suasana hubungan kaum dan agama.

Reformasi 1998 terbukti gagal merubah nasib rakyat, realitinya hingga kini agak ramai rakyat Indonesia seakan merindui kembali ketegasan Suharto memimpin negara mereka.Jika demikian hakikat selepas 14 tahun orde reformasi Indonesia gagal sama sekali dalam merubah nasib rakyatnya, mana mungkin untuk kita rakyat Malaysia menyambut baik gerakan reformasi yang sama acuannya.Umum menyedari,sejarah reformasi di Malaysia khususnya yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim segalanya diceduk dan diciplak dari Indonesia.Saat Indonesia dilanda permulaan kelam zaman reformasi pada bulan Mei 1998, sebulan kemudiannya yakni pada 18 Jun 1998 Anwar mula melaungkan teori reformasi dengan harapan tempias di Indonesia akan menyemai ke sanubari rakyat seterusnya membantu dirinya ke puncak kuasa.

Selepas kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula 2 September 1998 Anwar memanipulasi sepenuhnya semangat gerakan reformasi Indonesia yang akhirnya menyaksikan ibukota Kuala Lumpur hampir lumpuh dengan demonstrasi jalanan di merata tempat.Gedung perniagaan dan premis kerajaan terpaksa di tutup, huru hara dan rusuhan bermaharalela di sekitar Kuala Lumpur.Tika itu sebahagian besar mahasiswa universiti yang terpengaruh dengan adu domba slogan anti KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme) yang dilaungkan oleh Anwar beramai-ramai turun ke jalanan.Manakala masyarakat Cina Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati memandangkan sejarah hitam reformasi di Indonesia yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pembantaian kaum Cina Indonesia masih segar dalam ingatan.

Bagaimanapun setelah kalut ribut rusuhan di Kuala Lumpur seakan hampir mirip dengan apa yang berlaku di Indonesia, menyebabkan mereka secara total menolak perlakuan ganas yang diimport dari negara jiran tersebut.Mereka sedar,jika sudah buruk permulaan sesuatu gerakan yang menyebabkan ramai nyawa tidak berdosa menjadi mangsa hingga ramai gadis dirogol dan dilapah kulitnya kerana prasangka kaum dan agama,tentu sahaja sukar sekali untuk mengambil teladannya untuk diimplementasikan dalam negara sendiri.Malah kalut malut era reformasi Indonesia diikuti kejadian sama di Malaysia nyata hanya merosakkan suasana pemulihan ekonomi negara selain mengancam nyawa dan harta benda rakyat.

Majoriti rakyat Malaysia,baik Melayu, Cina,India dan lain-lain akhirnya sependapat perubahan ganas di negara jiran bukan jawapan terbaik apatah lagi ianya disemai oleh seorang politikus yang hanya mengutamakan kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ketenteraman negara.Justeru itu,budaya politik ciplak dan songsang yang dirintis oleh Anwar telah terbukti gagal dan tidak sesuai untuk diamalkan di negara kita yang tercinta ini. Tiada sebab untuk kita meneladaninya apatah lagi untuk dibudayakan di negara ini.Reformasi jalanan bukan cara kita dalam membangunkan negara yang pelbagai kaum dan agama, hanya transformasi yang berhemah dan kepimpinan yang berdaya saing, jitu pemikiran dan cakna rakyat sahaja yang mampu membawa kita makmur dan maju ke depan.

http://www.freemalaysiakini2.com/?p=34836

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...