BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BREAKING NEWS !!! VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM TERSEBAR DI LAMAN WEB PORN STAR !!!

Posted: 05 Jun 2012 01:04 PM PDT


VIDEO ANWAR IBRAHIM DI LAMAN WEB PORNSTAR !!!

PEMBACA DARI PUAK PAKATAN HARAM !!!

KALAU PUAK PAKATAN HARAM TAK PERCAYA ITU BUKAN ANWAR LIHAT VIDEO INI.SAYA DAPAT LINK INI DARI MESEJ DAN E-MAIL !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ANGGOTA TRAFFIK KOMA KERANA DI BELASAH MAT REMPIT !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 05 Jun 2012 12:00 PM PDT


"Ayah hanya bergantung harap pada mesin untuk hidup, jika tidak…"

Kata-kata Mohd Hafiz,21,tidak dapat diteruskan ketika ditanya keadaan ayahnya,Koperal Mustaghni Tabri, 48,yang terlantar di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.Di raut wajah anak muda itu dilihat penuh rasa terkilan dengan kejadian yang menimpa ayahnya.Sambil menyifatkan mat rempit itu kejam,di fikiran Mohd Hafiz didesak dengan satu soalan.

"Mengapa mereka tergamak buat ayah seperti ini? Mereka pukul kepala ayah…mungkin guna fork lock (pengunci motosikal).Ayah tidak sedarkan diri. Bernafas pun guna mesin. Ini semua sebab kesan pukulan kuat di kepalanya," katanya,semalam.

Menceritakan kejadian itu,awalnya,ibu,Norizan Shahidin,53,enggan menceritakan berita malang itu kepadanya.Mungkin tidak mahu hatinya risau,namun adiknya,Khairunnissa,20, menelefonnya dan memaklumkan ayahnya tenat.

"Selepas lima jam baru saya tahu berita ini.Ketika itu ayah sedang nazak,otaknya mengecut dan perlu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.Kuasa Allah,ayah kembali stabil," katanya.

Ibunya,tidak henti-henti mengalirkan air mata.Sambil beberapa bacaan surah diperdengarkan kepada ayahnya.Mustaghni parah di rempuh dan dihentak dengan topi keledar oleh dua mat rempit di Jalan Bunga Raya,Taman Gembira,kelmarin.Ketika kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu,Mustaghni sedang bertugas dalam operasi cegah lumba haram.

Sementara itu,Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi berkata,gerakan memburu dua lelaki tersebut sedang dijalankan. - SH

KISAH BENAR #HBN2012 !!! APA SALAH K-POP ??? K-POP KELANTAN APA CERITA ???

Posted: 05 Jun 2012 08:30 AM PDT


Masih riuh rendah penyokong Pakatan Haram khususnya dari PAS mempertikaikan penyertaan kumpulan artis K-pop dalam pertunjukkan pentas semasa Himpunan Jutaan Belia 2012 (HJB2012) anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS) minggu lalu.Menurut mereka,persembahan oleh artis seksi dari Korea itu tidak sesuai dengan adat resam negara kita selain dianggap akan menggalakkan kemaksiatan serta menyemarakkan kerosakan akhlak di kalangan generasi muda hari ini.Jika diterima bulat-bulat kata-kata mereka tentu saja kita beranggapan semua pengkritik itu sama sekali tidak akan membiarkan walau satupun kumpulan artis seksi atau jelik persembahannya seumpama k-pop menjejak kaki di negeri yang diperintah oleh parti pujaan mereka.Realitinya tidaklah begitu,kuman di seberang laut kerap kelihatan dan gajah depan mata selalu kita lupakan.Lumrah alam biasanya begitulah.

Setahun yang lalu kira-kira seminggu sebelum datangnya bulan Ramadhan,satu konsert hiburan dari sebuah kumpulan artis wanita K-pop Korea juga ada dilangsung di Bandar cahaya i-City,Seksyen 7 Shah Alam - MTV World Stage Live in Malaysia 2011.Manakala empat tahun dulu bertempat di Stadium Kelana Jaya sempena perlancaran majlis rasmi yang disokong kerajaan Pakatan Haram Selangor pula,sebuah kumpulan punk tempatan yang dinamakan Carburetors Dung buat pertama kalinya memecahkan rekod melondehkan seluar dalam dan punggung mereka kepada khalayak.

ketika itu tidak pula timbulnya kecaman ataupun kritikan membantah gerak tari yang meloyakan itu sebaliknya ada pemimpin Pakatan Haram misalnya Naib Presiden PAS,Husam Musa meminta khalayak menghakimi anak-anak muda itu melalui senikata lagu yang mereka persembahkan berbanding tarian londeh memperlihatkan seluar dalam.Demikian halnya dengan kemunculan sebuah kumpulan wanita 'k-pop' (Kelantan-Pop) yang dianggotai oleh empat ke lima orang anak jati Kelantan yang bergaya seksi tetapi agak popular nyanyian lagunya hingga ada antaranya menjadi siulan ramai anak-anak muda Kelantan.Sehingga kini tiada seorang pun pemimpin Pakatan Haram khususnya dari pimpinan PAS negeri yang memprotes kemunculan 'k-pop' tersebut,kalau adapun komplen cumalah kata-kata penafian enggan mengaku yang keempat-empat wanita seksi dan tembam itu adalah anak kelahiran Kelantan.



Mana ada yang nak mengaku,itu biasalah.Apapun, jika dalam kes K-pop di I-City,tarian punggung di Kelana Jaya dan 'K-pop' Kelate,kesemuannya dibiar lepas begitu sahaja tanpa kritikan dan cacian terhadap penganjurnya seolah-olah tiada apa silap pun,jadi apa pula salahnya dengan K-pop di program HJB 2012 anjuran KBS ??? Seksi ??? Tarian ghairah atau jelik ??? Apa bezanya dengan 'k-pop' Kelantan dan K-pop di I-City ???

Hakikatnya masing-masing ada kesalahannya,namun jika mahu mengkritik biarlah adil dan tidak bias.KBS sendiri pun menyedari pihaknya terlepas pandang isu penampilan artis luar negara tersebut malah tidak segan untuk merendah diri memohon maaf pada rakyat satu keterbukaan yang wajar dihargai.Tapi hingga kini tak pula kita kedengaran permohonan maaf dari kerajaan PR Selangor berikutan sokongannya terhadap konsert MTV World I-City kurang seminggu sebelum bulan puasa tahun lepas,walhal ia cukup-cukup menyentak sensitiviti orang Islam.

Apapun, masing-masing kita ada penilaian sendiri, adakala dek kerana perbezaan pandangan menyebabkan kita hanya nampak pada cacat cela pada kerajaan pusat saja hingga dengan sengaja menutup mata pada salah silap puak pembangkang. Bak kata pepatah, kuman berbikini di seberang laut boleh nampak tapi gajah berbogel depan mata buat tak tahu.Rasanya belum terlewat untuk kita baca penjelasan dari KBS dalam isu ini,mana tahu kot-kot ada lagi kalangan pembaca yang masih memandang serong pada KBS setidak-tidaknya biarlah kebenaran perihal kos perbelanjaan K-pop yang sedang dimanipulasi pihak tertentu dapat diketahui.

Kenyataan Rasmi KBS

KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN

PUTRAJAYA,1 JUN 2012 - Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.

"Bagaimanapun sehingga hari ini,KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai syarikat swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program.KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First.

Bagaimanapun menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak Stadium First telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-pop tersebut hanya RM900,000.Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS,TEEN TOP dan DAL SHABET.

Persembahan K-pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

DATO' MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.

1 JUN 2012

Untuk maklumat tambahan, sila berhubung
PUAN AZIAH AHMAD
Ketua Komunikasi Korporat, KBS
019-3315577

* Serabut wehhh...Rasonyo molek jugok kito laye k-pop Kelate seround dua buat cergah mato semula,mana tahu mato hok layu segar semula,dok gitu boh ??? :-)

lihat link di Bawah ABE WEEIII....

http://www.youtube.com/watch?v=FORnVdMqjnA
http://www.youtube.com/watch?v=UmhnAw7FkNA
http://www.youtube.com/watch?v=LNNqXQKB6Og

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! KISAH KAPAL SELAM !!! SIAPA BIAYA SUARAM UNTUK MENIPU ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 05 Jun 2012 05:00 AM PDT


Pembelian aset tentera tidak pernah lagi dipolitikkan sebegini rupa sepertimana yang dilakukan oleh SUARAM terhadap kapal selam Scorpene.Kes kapal selam ini 'timbul' lagi di Bangkok baru-baru ini bila SUARAM membuat sidang media untuk memberi taklimat tentang perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa di Perancis.Mengakui bahawa ia berbunyi seperti filem aksi risikan Hollywood,SUARAM terus mendahului mahkamah menuduh kononnya kerajaan korup dan Perdana Menteri sebagai pembunuh !!!

Menurut hakim,siasatan ini tidak akan selesai dalam masa 2-3 tahun.Jadi,kenapakah SUARAM tidak boleh duduk diam sementara menunggu keputusan ??? Kenapa mesti ada kenyataan akhbar ??? Kenapa perlukan publisiti ??? Kenapa sekarang ???

Bercakap mengenai kes ini,seseorang itu harus mempunyai sedikit pengetahuan mengenai latar belakang SUARAM.Dengan Pilihanraya Umum semakin hampir,motif SUARAM 'membangkitkan orang mati' adalah jelas.SUARAM adalah NGO yang amat kritikal terhadap kerajaan.Ini semua ditubuhkan oleh keluarga bekas tahanan ISA.Dalam ertikata lain,ia ditubuhkan berasaskan dendam kesumat serta hidup atas keinginan untuk membalas dendam terhadap kerajaan.bekerjasama dengan Pakatan Haram adalah cara terbaik untuk melakukannya.Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab,tanpa agenda jahat atau tersembunyi,seharusnya SUARAM membiarkan saja kes ini berlangsung dengan 'aman' di mahkamah.

Tetapi SUARAM tidak boleh duduk diam.Mereka perlu merosakkan imej kerajaan dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri untuk membantu Pakatan Haram mendapat sedikit keuntungan politik sehingga pilihanraya.Jika penipuan mereka terdedah selepas pilihanraya,biarkanlah.Tetapi buat masa ini,SUARAM berazam untuk terus menipu kononnya PM dan isteri telah membunuh Altantuya,seorang model dari Mongolia yang didakwa sebagai seorang penterjemah dan dibunuh atas alasan meminta bahagiannya dalam komisen pembelian kapal selam Scorpene.Tetapi penipuan mereka telah pun terdedah.Skrip asal filem risikan Hollywood telah dimusnahkan oleh penulisnya sendiri iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK).Di dalam satu wawancara,RPK telah mendedahkan bagaimana dia mereka-reka keseluruhan cerita berkenaan 'dengar cakap' setelah diarahkan oleh orang-orang tertentu dalam pembangkang.

Skrip ini juga terlalu dramatik sehingga tidak selari dengan fakta.Fakta kekal merekodkan bahawa pada masa kejadian,PM sedang menghadiri program berbuka puasa di Kedah dan isterinya,Datin Seri Rosmah menghadiri program yang sama bersama anak-anak yatim di Bangunan Tabung Haji,Kuala Lumpur.Terdapat video,gambar dan juga alibi yang mengesahkan bahawa Datin Seri Rosmah tidak berada di tempat kejadian sepertimana yang ditulis dalam skrip asal RPK.PM tidak mengenali Altantuya dan itu juga adalah fakta.Gambar superimpose lemah yang disebarkan oleh Tian Chua,Naib Presiden PKR yang menunjukkan mereka bersama adalah dengan sendirinya bukti bahawa pembangkang adalah penipu.Bagi menegaskan bahawa beliau tidak mengenali wanita itu,PM lebih dari bersedia untuk bersumpah atas nama Allah mengikut hukum Islam dan beliau melakukannya bukan sekali,tetapi 4 kali.Tiada seorang Islam yang waras yang berani bersumpah atas nama Allah jika mereka benar-benar bersalah.

Mahkamah Malaysia bukan sahaja tidak dapat menjumpai apa-apa untuk mengaitkan PM atau isteri dengan pembunuhan itu tetapi juga tidak menyebut langsung mengenai komisen atau kewujudan seorang penterjemah dalam perbicaraan.Ini kerana,Altantuya bukan seorang penterjemah dan tiada penterjemah diperlukan dalam transaksi Scorpene memandangkan semua perbualan dan dokumentasi dilakukan dalam bahasa Inggeris.Justeru,melihat dari semua ini,tidak syak lagi bahawa Scorpene dan nyawa Altantuya hanyalah permainan politik bagi pembangkang dan juga SUARAM.

SUARAM menyatakan bahawa mereka telah mendapat capaian penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat pendakwaraya dan kini memberi taklimat secara terpilih dari senarai tersebut.Jelas bahawa SUARAM cuba membayangkan pertubuhannya sebagai bebas dan punya kuasa untuk menentukan keadilan.Di mana,dalam kes ini,SUARAM hanyalah plaintif atau pengadu yang tiada hak untuk membuat keputusan sama ada korupsi berlaku atau tidak,apa lagi mengaitkannya dengan pembunuhan.Walaubagaimanapun,SUARAM mengakui bahawa mereka tidak dapat membawa keluar bukti dari Perancis dan taklimat tersebut adalah berdasarkan kata-kata mereka semata-mata.

Kita telah mendengar kata-kata SUARAM dan semakin banyak kita dengar,semakin pelik bunyinya.Bagaimana kita memegang kata-kata keluarga orang-orang yang ditangkap di bawah ISA iaitu orang-orang yang berpotensi membahayakan keselamatan negara ??? Bagaimana kita hendak memegang kata-kata manusia yang penuh dengan dendam kesumat ??? Bagaimana kita HENDAK memegang kata-kata mereka yang telah terbukti menipu rakyat Malaysia ???

Dalam menghalusi motif SUARAM,kita harus bersetuju bahawa dendam sahaja tidak akan menjana wang.Jadi,di mana agaknya SUARAM mendapat wang untuk mengupah peguam Perancis yang mahal,antaranya,Joseph Breham dan William Bourdon untuk mewakili mereka ??? Apakah mereka dibayar mengikut jam sepertimana kebanyakan peguam barat dan Eropah ??? Ambil maklum bahawa peguam-peguam ini dibawa ke Malaysia dan Bangkok untuk tujuan publisiti Dan berapa ramai pula pegawai SUARAM di Perancis yang memantau kes ini ??? dan untuk berapa lama ??? Siapakah yang menanggung kos penginapan,pengangkutan,perjalanan,makan-minum,dokumentasi dan segala-galanya ??? dan berapakah jumlahnya ???

Kita tahu bahawa SUARAM adalah sebuah pertubuhan yang kecil,hampir tidak dikenali langsung di kalangan rakyat biasa di Malaysia.Bagaimana mereka mampu membiayai semua ini ???

saya Percaya,ramai yang akan bersetuju bahawa nampaknya SUARAM lah yang perlu disiasat dan dibicarakan oleh rakyat yang inginkan kebenaran,bukannya kerajaan.Betul tak pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! NIZAR JAMALUDDIN MASIH BELUM TARIK DOA KEJATUHAN PAS !!! ADAKAH PAS AKAN JATUH ???

Posted: 05 Jun 2012 01:30 AM PDT



Nizar Jamaludin masih belum menarik balik kata-katanya yang disifatkan sebagai mendoakan kejatuhan PAS di semua peringkat.Pada 1 Jun,Nizar sewaktu berucap di Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Stadium Darul Aman di Stadium Darul Aman telah berkata :

"Selamatkan negara kita,selamatkan akidah kita,selamatkan negara dan masyrakat kita.perhimpunan di Kedah Tanda Kejatuhan PAS di semua peringkat bersama-sama dengan rakan-rakan kita Pakatan Rakyat"

ADAKAH PAS AKAN JATUH PADA MASA AKAN DATANG ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! HIMPUNAN HIJAU !!! PAKATAN HARAM SEBENARNYA SYOK SENDIRI !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Jun 2012 10:55 PM PDT


PAS seolah-olah terpegun dengan kejayaannya mengumpul lebih 50,000 penyokong di Stadium Darul Aman,Kedah baru-baru ini.Perhimpunan yang dinamakan Himpunan Hijau ke Putrajaya bertujuan menyuntik semangat dalam usaha parti itu merampas kerusi kerajaan pusat daripada Barisan Nasional.Begitulah gerak kerja PAS yang menganggap bilangan penyokong yang hadir pada sebarang perhimpunan atau ceramah mereka sebagai tanda aras kepada tahap sokongan rakyat kepada parti itu.Politik angka ini juga menjadi budaya PKR dan DAP kerana bagi mereka lebih ramai yang datang mendengar siri ceramah yang memaki hamun,mencaci dan memfitnah pemimpin negara maka lebih ramailah yang datang untuk mendengar.

Lebih-lebih lagi jika maki hamun dan cacian itu mencapai tahap maksima berisak-isaklah penyokong untuk mencari tempat duduk.Realitinya jumlah yang ramai belum tentu lagi diterjemahkan menjadi undi di peti undi setiap pilihan raya diadakan.Kebanjiran 'kopiah putih' di stadium tersebut umpama buih-buih di permukaan air yang akan hilang apabila ditiup angin.Mereka sebenarnya tidak mempunyai kekuatan sedikitpun kerana apa yang dipaparkan dalam media milik pembangkang atau youtube mahupun blog hanyalah sebagai satu propaganda murahan untuk menunjukkan seolah-olah mereka bila-bila masa sahaja boleh menawan Putrajaya. Jika begitu sudah lama PAS memerintah Malaysia sekiranya populariti diukur daripada berapa isi padang atau stadium mampu diisi oleh sesebuah parti politik.

Lihat sahaja semasa kempen pilihan raya peringat negeri Sarawak pada April tahun lalu di mana boleh dikatakan ceramah anjuran BN lebih kecil kehadirannya daripada yang dianjurkan Pakatan Haram.Mereka berdabik dada dengan penuh kebanggaan bahawa saatnya amat hampir untuk menubuh kerajaan negeri bari menggantikan BN.Malah Pengarah Pilihan Raya PKR bagi PRN Sarawak,Azmin Ali dengan begitu angkuh berkata partinya akan merangkul sekurang-kurang 34 kerusi.Namun apabila keputusan pilihan raya diumumkan, ia menunjukkan dengan jelas bahawa rakyat tetap memilih untuk kekal bersama BN.PKR yang paling yakin dan tamak hanya memperolehi 3 kerusi berbanding 16 bagi DAP dan kosong untuk PAS.

Ini kerana rakyat bijak menilai bahawa pihak Pakatan Haram Ini hanya parti cakap kosong yang menggunakan kepandaian berpidato sebagai modal politik mereka dan tidak lebih dari itu.Pembangkang tidak mempunyai visi yang jelas bagaimana mau mentadbir negara ini.Dalam Pakatan Haram terdapat tiga model pentadbiran yang bakal menjadi persaingan sengit sekiranya mereka menang,PKR akan menonjolkan konsep pluralisme agama dan Islam liberalnya,PAS pula memperkudakan Islam untuk memperlihatkan satu pandangan totok yang jumud dan beku sementara DAP pula merancang mahu merungkai segala institusi berkaitan Melayu.

Berbanding dengan BN yang sejak merdeka telah menunjukkan kecemerlangan mentadbir serta mengurus Malaysia peringkat demi peringkat sehingga mencapai tahap kejayaan yang dinikmati sekarang.Oleh kerana itu bolehlah dikatakan PAS dan rakan-rakan kongsinya bermimpi di siang hari jika mereka berfikir rakyat akan memihak kepada mereka berdasarkan kepada jumlah kehadiran semata-mata.Seperti yang pernah disebutkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,BN mampu menggembeling jumlah jauh lebih besar jika ia mahu tetapi sedar ia hanyalah satu usaha yang membazir dan tidak mendatangkan faedah.

Yang lebih penting bagi beliau ialah terus bertemu dengan rakyat dari segenap lapisan serta menerangkan dasar-dasar kerajaan disamping melaksanakan pendekatan yang lebih inovatif dan pro-aktif untuk membela nasib rakyat jelata.Seperti pepatah Melayu biarpun anjing menyalak,bukit tidak akan runtuh.biarpun pemimpin PAS,PKR dan DAP menjerit memaki hamun dan memfitnah pemimpin negara hingga terkeluar anak tekak,rakyat tetap tidak berganjak menyokong BN.Rakyat tahu BN adalah umpama gunung yang cuba diruntuhkan anjing dengan salakan kecilnya namun anjing itu tahu lama kelamaan suaranya akan tenggelam dan gunung tetap berdiri teguh.

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! LEBUHRAYA KOTA BHARU - KUALA KRAI ADALAH TALIAN HAYAT TERAKHIR PAS ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Jun 2012 08:33 PM PDT


Mulanya kerajaan PAS Kelantan terutama sekali Husam Musa menjangkakan pengumumannya untuk membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) pada Ogos 2011 lepas dapat di manipulasikan sepenuhnya dalam PRU 13 yang diramalkan akan berlangsung pada November 2011.Perkiraan PAS Kelantan cukup mudah,peristiwa menang nyawa-nyawa ikan di PRK Manek Urai (Julai 2009) dengan kelebihan hanya 65 undi serta kekalahan PAS di kerusi DUN Galas (Okt 2010) dengan majoriti lebih 1,000 undi menyedarkan PAS dari lamunan panjang.Kekuatannya dikalangan pengundi dalam negeri semakin merosot manakala sokongan pengundi luar pula kian merudum.Disebabkan itu apabila ramai pemerhati meramalkan pilihanraya bakal berlangsung dalam bulan November 2011,PAS mengambil langkah segera mengumumkan pembinaan lebuhraya tersebut pada Ogos 2011.

Dengan langkah tersebut PAS percaya akan mampu menarik kembali sokongan majoriti pengundi luar sekiranya projek tersebut dapat dimanipulasikan sepanjang kempen pilihanraya sekaligus dapat menampung kemerosotan sokongan dari kalangan pengundi dalam negeri.Tanpa sokongan besar pengundi Kelantan yang berada di luar negeri agak sukar untuk PAS meneruskan hayat pemerintahannya di negeri tersebut tatkala asakan gelombang merah semakin kuat merobek kekuatan PAS di Kelantan.

Soal pembinaan lebuhraya tersebut mampu direalisasikan atau sebaliknya,bukan persoalan penting kerana baik Husam mahupun kerajaan PAS Kelantan mereka tahu pembinaan jalan baru menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai sememangnya akan direalisasikan juga oleh Kerajaan Pusat sebagaimana termaktub dalam perancangan Central Spine Expressway.Bagaimanapun hasrat PAS untuk mengabui mata umum gagal dengan kehendak Allah s.w.t apabila pilihanraya umum tidakpun berlangsung dalam bulan November 2011.Berikutan itu selama beberapa bulan isu pembinaan lebuhraya KB-KK tenggelam begitu sahaja.

Apabila khabar angin pilihanraya umum kembali bertiup kencang pada awal tahun 2012 yang menjangkakan pada bulan Jun 2012 parlimen akan dibubarkan, PAS melalui Husam Musa sekali lagi tampil dengan idea pembinaan lebuhraya tersebut.Setelah PAS pasti parlimen akan dibubarkan pada Jun 2012,maka mereka segera bermesyuarat menetapkan tarikh majlis pecah tanah sebagai monumen bukti penting lebuhraya tersebut benar-benar akan dilaksanakan.

Pun demikian,setelah majlis pecah tanah selesai dilaksanakan oleh Menteri Besar,Nik Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012,keesokan harinya Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pembentangan Belanjawan 2013 akan dilakukan pada 28 September 2012 yang menandakan pilihanraya umum hanya akan berlangsung selepas pembentangan tersebut.Kini PAS pening kepala mencari idea untuk membuktikan projek lebuhraya tersebut tetap akan dilaksanakan juga tanpa perlu menunggu tempoh tiga empat bulan lagi sementara menanti tarikh pasti pilihanraya umum ke 13.

Melihat pada gerak tari politik PAS kita boleh menjangkakan banyak cara yang mereka akan lakukan untuk mengabui mata masyarakat bagi tujuan memanfaatkan talian hayat terakhir ini, namun di hujung sandiwara itu kelak akhirnya Kerajaan Pusat juga yang akan dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan janji politik PAS.

SATU PENIPUAN TELAH BERLAKU BERKENAAN LEBUHRAYA KOTA BHARU-KUALA KRAI !!!

NAK TAHU

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! MISLINA MUSTAFFA DAH LIMA BULAN HIDUP GELANDANGAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Jun 2012 04:00 PM PDT


Dalam mencari kehidupan yang berbeza daripada biasa,pelakon Mislina Mustaffa membuat keputusan untuk hidup gelandangan selama setahun.Mislina berkata,sudah lebih lima bulan dia bergelandangan dan keputusan itu dibuat kerana dia ingin menghasilkan sebuah buku berkisarkan tentang kehidupan golongan yang tiada rumah berjudul Homeless By Choice.

"Hidup saya kini hanya berbekalkan sebuah beg galas yang diisi empat helai baju, sebuah komputer riba dan beberapa keperluan sahaja.Dan saya akan 'menjelajah' dari satu tempat ke satu tempat lain di seluruh Malaysia.Menerusi projek Homeless By Choice juga,saya dapat merasai sendiri kesusahan kelompok masyarakat yang hidup tanpa rumah.Bagaimanapun,ia tidaklah sesukar yang disangka.Kehidupan gelandangan sepanjang lima bulan menyedarkan Mislina bahawa manusia mampu hidup bahagia walaupun tidak memiliki rumah untuk berlindung.Dan semua pengalaman yang dilalui akan saya masukkan dalam Homeless By Choice yang mungkin akan dikeluarkan pada tahun hadapan," katanya yang dihubungi mStar Online

Tambah Mislina,pengalaman bergelandangan turut mengajarnya bahawa kehidupan di luar tidaklah sekejam mana seperti yang kerap digambarkan menerusi berita di televisyen mengenai jenayah yang telah berlaku.Malah,kehidupan seperti itu membuka mata dan fikirannya bahawa gelandangan lebih menyeronokkan berbanding dengan kehidupan biasa dimana kebanyakan wanita memiliki matlamat tersendiri seperti ingin memiliki rumah,berkahwin dan berkeluarga.

"Biarlah orang kata saya tidak betul.Tetapi saya ingin mencuba lain daripada yang lain,bukan meletakkan sasaran biasa seperti bekerja keras membayar hutang rumah,kereta dan sebagainya.Bagi saya itu membebankan.Berbeza dengan hidup saya sekarang ini,rasa seperti bebas dan lebih mengenali masyarakat Malaysia dimana mereka ini sering dinilai oleh segelintir pihak yang bersifat prejudis," ujarnya.

Beritahu pelakon filem Jiwa Taiko ini lagi,dia akan menetap di sesebuah lokasi sekiranya mempunyai komitmen dengan kerja lakonan dan akan menyambung perjalanan sebagai seorang gelandangan seperti biasa.

"Buat masa ini,saya sibuk dengan latihan teater Shakespear di Universiti Sains Malaysia (USM),Pulau Pinang yang akan dipentaskan pada Julai ini.Kemudian saya akan mengarah sebuah lagi teater M Butterfly pada hujung tahun ini.Dan setelah projek selesai, saya akan menyambung misi untuk bergelandangan seperti biasa," tutur pelakon kelahiran Perak ini. - MStar
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...