BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! AWEK BELAJAR 'UPSR' HANYA LAYAK TERIMA HANTARAN RM2000 JER ???

Posted: 03 Jun 2012 12:30 PM PDT


Musim cuti sekolah sudah pun bermula.Pastinya ramai di antara kita menerima banyak undangan ke majlis perkahwinan tidak kiralah dari sahabat handai mahu pun saudara-mara sendiri.Bercakap mengenai perkahwinan, perkara pertama yang akan didahulukan atau dititik beratkan sebelum merancang majlis perkahwinan adalah penetapan nilai wang hantaran.Kalau dahulu, nilai wang hantaran ditetapkan mengikut kemampuan pihak lelaki asalkan tidak rasa terbeban untuk menyediakannya kepada pihak perempuan.Namun, di zaman sekarang, semuanya nyata terlalu berbeza.

Sejajar dengan perubahan masa dan taraf pendidikan,ibu bapa sekarang ini sudah 'berani' meletakkan nilai wang hantaran yang tinggi kepada bakal menantu lelaki sekiranya ingin menikahi anak perempuan mereka.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri juga mengeluarkan kajian mengenai penetapan nilai wang hantaran yang diberikan kepada pihak perempuan mengikut taraf akademik yang didapati.Antara nilainya :

- UPSR & PMR : RM2,000 – RM4,000
- SPM : RM4,000 – RM8,000
- STPM & DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
- IJAZAH : RM12,000 – RM15,000
- IJAZAH SARJANA : RM15,000 – RM20,000
- IJAZAH KEDOKTORAN : RM20,000 – RM30,000

Sekiranya pihak lelaki sendiri mempunyai kemampuan dan simpanan wang yang sangat kukuh,tiada salahnya untuk meminta nilai wang hantaran yang tinggi.Tiada salah juga kalau ingin mengadakan majlis resepsi yang 'grand',memakai pakaian yang mahal dan dihiasi dengan pelbagai barangan kemas.Tetapi,bagaimana pula kalau permintaan nilai wang hantaran yang tinggi tidak dapat dipenuhi oleh pihak lelaki ? Mampukah untuk pihak lelaki menyediakannya ?

Sebenarnya,di dalam Islam sendiri,isu mengenai perkahwinan itu terlalu mudah.Perkara yang wajib yang perlu dipenuhi adalah pemberian Mas Kahwin atau Mahar,manakala pemberian wang hantaran adalah adat semata-mata.Hantaran hanyalah tradisi atau adat yang telah berakar umbi di dalam masyarakat kita.Sedangkan tidak ada satu dalil pun di dalam Al-Quran mahu pun As-Sunnah yang menyatakan mesti menyediakan pemberian wang hantaran untuk pengantin wanita.Tidak ada apa yang dikenali kini dalam Islam dengan hantaran.Jauh sekali istilah serba satu,seba dua,belanja hangus dan macam-macam istilah yang hanya memeningkan kepala pengantin lelaki sahaja.Yang wajib adalah tetap pemberian mas kahwin.Mas kahwin boleh terdiri dari emas,duit,besi atau sekadar bacaan dari Al-Quran.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka." – An-Nisaa'; 4.

Sabda Rasulullah S.A.W pula yang bermaksud, "Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya." HR Al-Baihaqi.

Tetapi,ramai di kalangan kita takut untuk tidak mempunyai perkahwinan yang tidak 'meriah' dan 'menarik'.Antara sebab yang dirisaukan adalah risau dengan cakap-cakap masyarakat sekeliling,malu dengan permintaan hantaran yang rendah atau pun menjaga status serta mempunyai perasaan ingin bersaing dengan orang lain.Walhal,mengadakan walimah atau majlis sambutan adalah untuk menghebahkan kepada umum mengenai satu ikatan yang sah sudah dijalinkan selain ingin mengukuhkan silaturrahim dengan semua pihak.

Apakah dengan meminta wang hantaran yang tinggi akan menjaminkan majlis yang sempurna ? Tidak akan turunkah hujan ketika persandingan dilangsungkan ? Atau,apakah semua tetamu akan hadir sekiranya majlis yang 'grand' dijalankan ?

Perlu diingatkan,Islam itu terlalu mudah.Cuma,masyarakat kita yang suka menyusahkan diri dengan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya.Akhirnya,perkahwinan yang masih awal dibebani dengan masalah hutang yang menimbun.Jadi,perbelanjaan untuk menguruskan perkahwinan itu tidak perlulah terlalu mengikut nafsu sehingga membawa kepada pembaziran. Menguruskan perkahwinan juga boleh digunakan dengan prinsip berbelanja mengikut kemampuan.Meletakkan nilai hantaran yang tinggi sebagai tanda ukuran hebatnya seseorang gadis itu belum menjaminkan dirinya adalah terbaik untuk menjadi isteri yang solehah. Nilai wang yang tinggi belum tentu juga si isteri dapat membantu suaminya merentasi titian Siratul Mustaqim di akhirat kelak.Justeru itu, perbincangan yang baik perlu dijalankan secara hemah antara pasangan agar Baiti Jannati dapat didirikan dengan sempurna di atas dunia yang sementara ini. Wallahualam.

"Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya." HR Ibn Hibban. - MyNewsHub

HOT NEWS !!! YUNA KENA KUTUK SEBAB GAMBAR KAKI ??? PULAK DAH !!!!

Posted: 03 Jun 2012 09:30 AM PDT


Nampaknya,ada beberapa pihak yang tidak menyenangi dengan perlakuan dan tingkah laku penyanyi terkenal,Yuna.Yuna sering kali dilihat memuat naik gambar-gambarnya di profil Instagram miliknya tidak kiralah di mana sahaja dia berada.Kadang-kadang,kita boleh lihat Yuna berada di New York,kemudian di Kuala Lumpur.Selepas itu,terbang semula ke negara lain.Kiranya,perjalan karier seni Yuna amat memberangsangkan ketika ini.best juga jadi Artis seperti Yuna Terbang mengelilingi dunia tak kira lah new york ataupun di mana-mana sahaja.

Tetapi,dalam kegembiraan Yuna ingin berkongsi pengalaman kerjanya bersama-sama peminat,dia pula dikutuk kerana tindakan yang boleh dikira tidaklah keterlaluan.Semuanya kerana gadis dan juga kekasih hati kepada Qi Razali itu telah memuat naik gambar kakinya ketika dalam perjalanan ke Chicago,USA untuk memenuhi 'tour' persembahannya.



Menerusi laporan dari Rotikaya.com,peminat-peminat Yuna mempersoalkan kredibiliti Yuna sebagai seorang penyanyi yang terkenal dengan imej bertudung,tetapi telah mendedahkan aurat kakinya.Bagaimanapun,Yuna telah pun memadamkan komen-komen negatif yang diterimanya di profil tersebut.Mungkin juga Yuna menerima kritikan peminat-peminatnya.

ISU KAKI PUN NAK KECOH KER ???

ERKK....

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! BUKTI USTAZ AZHAR IDRUS MEMBOHONG TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 03 Jun 2012 05:00 AM PDT



apa yang Ustaz Azhar Idrus membohong kat rakyat malaysia ??? betul ker dia bohong.takut nanti saya pulak yang bohong.ok,lihat video di bawah berkenaan dengan patung,lepas itu saya jawab.saya cakap bodoh kang,kena maki balik.



kita lihat pula gambar di bawah


Kenapa Ustaz Azhar tak tegur Berkenaan Patung ni ??? bukan menyerupai manusia,siap boleh gerak lagi..apa cerita ni ??? saya hanya menegur.adakah perbuatan saya salah ??? anda lihat balik video di atas apa yang Ustaz Azhar cakap !!! yang best tu siap ada nama.yang patung laki ni nama dia Hadi.bukan Hadi Awang tau...erkkk....nak lagi ??? saya tambah sikit gambar di bawah.Kredit Untuk Rakan Blogger Mymassa...


HUDA ??? Nama ni macam kenal jer ??? kat mana yekk ??? Ohhh dalam rakaman telefon yang di katakan antara Mat Sabu dan Norma kan ??? Anak Mat Sabu pun memang nama Huda kan ??? Suratan atau Kebetulan ??? Mat Sabu pun nafikan memang itu perbualan melibatkan beliau.opsss....

Adakah patung ini permainan kanak-kanak seperti mana yang diterangkan dalam ceramah Azhar Idrus atau bentuk sembahan berhala baru bernama HADI oleh penganut PAS ???

Cakap tak boleh simpan patung.Tapi bila PAS sendiri yang buat anda tak berani tegur.MUNAFIK !!!

Baik buang kopiah tu kalau pemimpin parti sendiri tak berani nak tegur.Takut tak dipanggil bagi ceramah lagi ke ???

ANDA NAK LAGI BUKTI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! ADAKAH DAP BEBAS DARI SALAHGUNA KUASA DAN KORUPSI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 03 Jun 2012 01:30 AM PDT


Hakikat yang ramai orang lupa,DAP hanyalah sebuah parti politik yang sama standardnya seperti mana parti politik lain yang menjadi kawan dan lawannya di negara ini.Tujuan penubuhan ialah untuk menubuhkan kerajaan dan mempromosi agenda perjuangannya zaman berzaman.Kalau PAS berbangga dengan perjuangan Islamnya,DAP pula mempromosikan intergriti dan ketelusan serta apa-apa ayat yang boleh dikaitkan dengan itu sebagai tujuan utama penubuhannya.Walaupun hakikat sebenarnya mereka mahu menubuhkan kerajaan dengan orang cina sebagai ketua.Oleh yang demikian,bukanlah suatu perkara yang mengejutkan bila salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi kawasan Kg Tunku dalam negeri Selangor,Lau Weng Sen baru-baru ini berbalas-balas laporan polis dengan salah seorang pembantunya berhubung jenayah penyelewengan (criminal breach of trust-CBT) membabitkan sejumlah wang.

Kisahnya pada pandangan saya,mudah saja.Malah jumlah yang terlibat pun bukan besar mana,hanya RM 5,000.Kononnya wang ini gagal di depositkan ke dalam akaun ADUN tersebut oleh pembantunya tapi dinafikan oleh pembantu terbabit.Apa yang susah,tunjuk sajalah rekod deposit kalau benar sudah di deposit kan,apa yang nak buat laporan polis apa segala ???

Sudah tentu bila ada laporan polis,menunjukkan kes ini sebenarnya serius dan ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat Dan seperti mana persediaan untuk tindakan undang-undang yang lebih lanjut,laporan polis perlulah dibuat.Sebagai ADUN dari parti DAP yang dipenuhi peguam,Weng Sen tahu tentang itu.Pendek kata laporan polis ini adalah untuk melindungi Weng Sen dari tuduhan lain yang mungkin dihamburkan kepadanya nanti. Bukan sesekali bermaksud dia mahu bersikap telus.

Maklumat yang saya terima menyatakan bahawa,wang RM 5,000 ini adalah sumbangan dari sebuah syarikat pembinaan bagi 'jasa' Weng San mendapatkan satu projek dalam negeri Selangor.Sumber yang sama turut menyatakan kepada penulis bahawa jumlah yang sebenarnya adalah lebih besar lagi tapi diberi secara beransur melalui wakil Weng Sen bernama Dariff Din.Seorang lagi pembantu Weng Sen yang terlibat dikenali sebagai Evelyn Gan, tapi wanita ini telah dipecat sejak April lepas atas tuduhan menyelewengkan wang yang sepatutnya dibayar kepada Weng Sen.

Tujuan saya membangkitkan hal ini adalah untuk menyatakan kepada rakyat bahawa DAP tidak kebal dari penyelewengan dan salahgunakuasa.Usahlah DAP bercakap besar dan menjaja dirinya ke sana sini sebagai parti yang bebas rasuah dan penyelewengan, kalau hal yang sebenarnya mereka juga melakukan hal sama yang sering dituduh kepada UMNO (majoriti tuduhan tidak terbuktidi Mahkamah).Mungkin jumlah yang terlibat ini adalah kecil tapi seperti yang dinyatakan, RM 5,000 itu sepatutnya masuk ke dalam akaun Weng Sen dengan sebahagian besar yang lain masuk ke dalam tabung DAP. Jenayah CBT ini bukan kira sekecil atau sebesar mana,jenayah tetap jenayah.Hari ini kecil lah pasal yang terlibat pun ADUN dengan pembantu sendiri,bagaimana kalau rakyat beri peluang kepada puak-puak ini untuk memerintah negara kelak ???

Sudah tentu diwaktu itu, RM 5,000 ini hanya jadi bahan gelak.Ini sepatutnya tidak mengejutkan kerana kes kematian Teoh Beng Hock (membunuh diri),mendedahkan bagaimana amalan tidak sihat seumpama ini dilakukan DAP demi memenuhkan tabung parti tersebut.Antaranya menyediakan sumber pembiayaan bagi projek-projek kelas F yang dikhaskan semata-mata untuk golongan Bumiputera dan kemudian melahap sebahagian besar dari keuntungan projek tersebut untuk tabung parti tersebut.

Itu setakat yang terdedah,yang didiamkan berapa banyak pula ???

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! SIRI DEBAT PAKATAN HARAM HANYA IBARAT TIN KOSONG ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 02 Jun 2012 10:00 PM PDT


Sekarang ini adalah musim berdebat bagi pihak Pakatan Haram.Apa sahaja topik atau isu yang mereka fikir boleh diperdebatkan akan diwacanakan dikhalayak ramai.Mereka juga menjemput wakil Umno untuk bersama-sama mengupas sesuatu isu.yang terakhir sekali adalah debat mengenai cadangan Pakatan Haram berhubung pemansuhan PTPTN di antara Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin (KJ) dan Ketua Strategik PKR,Rafizi Ramli.Seperkara yang dilihat sepanjang siri debat yang diadakan setakat ini hanya melibatkan Rafizi.Di mana letaknya peranan Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai Ketua AMK Pusat yang sepatutnya berdebat dengan KJ sebagai rakan politik yang setaraf jawatan dengannya ???

Adakah ini bukti Rafizi sebagai anak emas istimewa Anwar Ibrahim yang hendak ditonjolkan atas pentas politik nasional dengan mengenepikan Shamsul begitu sahaja ??? Jawapannya amat terang dan jelas sekali.

Sudah tentu bagi penyokong Pakatan Haram,setiap debat pastinya harus dimenangi oleh pihak mereka,walaupun pihak Umno juga memberi fakta-fakta dan alasan yang munasabah dan konkrit bagi mendokong hujah mereka.Pakatan Haram terkesima atau terpukau dengan konsep debat yang diadakan semasa pilihan raya di Amerika Syarikat dan Britain.Bagi mereka itulah bukti serta contoh puncak kematangan sistem demokrasi.

Tetapi bagi debat yang dianjurkan oleh Pakatan Haram di negara ini,tujuannya hanyalah semata-mata untuk menjatuhkan air muka dan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menconteng lakaran negatif kepada pentadbiran beliau.Pakatan Haram beranggapan jika strategi ini berjaya,maka rakyat pun akan mempunyai persepsi negatif dan buruk terhadap kerajaan,maka mereka pun boleh memancing undi yang sangat diharapkan dalam mendamba harapan mereka ke Putrajaya pada PRU-13 nanti.Itulah sahaja matlamat utama debat anjuran Pakatan Haram tidak lebih dari itu.Ia hanya merupakan sesi menabur fitnah,memaki hamun kerajaan dan pemimpin kerajaan dan menabur jaji kosong kepada mereka yang mendengar.Pakatan Haram hanya berlagak seperti tin kosong.Tin kosong bunyinya amat bising disebabkan ruang udara yang tidak dipadati isi,begitu juga dengan sikap Pakatan Haram yang suara mereka sahaja berdegar-degar memenuhi ruang dewan tetapi kosong tanpa apa-apa isi.


Satu hal yang pelik yang menyerlahkan kemunafikan pemimpin pembangkang seperti Anwar dan Nik Aziz Nik Mat ialah berkaitan isu perpaduan Melayu.Pakatan Haram penuh semangat mengajak Umno berdebat tetapi apabila Umno bersetuju untuk mengadakan muzakarah dengan PAS,Nik Aziz berdolak dalih sehingga akhirnya cadangan mulia itu dimatikan begitu sahaja.Bermacam-macam alasan diberi oleh Nik Aziz agar tidak mahu bersemuka dengan Umno bagi membincangakan isu kritikal perpaduan umat Melayu di negara ini.PAS tahu jika muzakarah diadakan segala tembelang mereka akan terdedah kepada rakyat.

Salah satunya ialah melalui fakta sejarah bagaimana PAS terbentuk apabila Haji Ahmad Fuad Hassan (ketika itu Pengerusi Biro Agama Umno) kalah dalam pertandingan melawan Tunku Abdul Rahma Putra Alhaj bagi merebut jawatan Presiden Umno setelah Dato' Onn Ja'afar meninggalkan parti itu.Secara ringkasnya PAS ditubuhkan atas kerakusan dan ketamakan kuasa pemimpin awalnya, dan tindakan itulah yang menyebabkan perpecahan Melayu yang pertama di Tanah Melayu ketika itu.PAS tidak akan sanggup berdepan dengan hakikat ini,kerana itulah mereka menolak muzakarah diadakan.

Jadi untuk menutup isu PAS sebagai punca utama perpecahan Melayu,maka mereka bersama PKR dan DAP sibuk mengadakan pelbagai siri debat berkenaan bermacam-macam isu tetapi haram sekali menyentuh mengenai perpaduan Melayu !!! Tangan PAS berlumuran dengan darah perpecahan Melayu sejak 1951 lagi !!!

Bukan sahaja PAS gilakan kuasa tetapi juga ingin membalas dendam terhadap kekalahan pemimpinnya 61 tahun yang lalu.

RENUNG-RENUNGKAN

AYUH PEJUANG MAYA !!! KITA GEGARKAN KONVENSYEN MEDIA SOSIAL SELANGOR !!!

Posted: 02 Jun 2012 07:00 PM PDT


Tarikh 5 Jun (Selasa)

Politeknik Shah Alam

Ayuh hadir beramai ramai dalam menyatukan perpaduan kita pejuang Maya Pro Kerajaan



Siapa yang tak datang rugi wooo...

Macam-Macam Anda Boleh Belajar...

HATI-HATI !!! NEGRO NIGERIA REKRUT 'AWEK' MALAYSIA UNTUK DI JADIKAN GRO DI LUAR NEGARA !!!

Posted: 02 Jun 2012 04:00 PM PDT


TOKYO – Kegiatan maksiat terancang dianggotai ejen yang terdiri daripada warga Nigeria di Kuala Lumpur menawarkan pekerjaan kepada golongan wanita di negara ini sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) kepada ekspatriat Jepun dan asing di sini.Beroperasi dari daerah panas, Ropponggi dan Kabukicho, ejen tersebut yang dikenali sebagai Gagak Hitam menawarkan gadis-gadis Malaysia berumur 25 tahun ke bawah pendapatan sebanyak ¥50,000 (RM2,000) bagi perkhidmatan sebagai pengiring selama 24 jam.

Salah seorang ejen 'Gagak Hitam' ketika didekati The Star di Ropponggi,Jumaat mendakwa dia boleh mengatur temu janji dengan GRO Malaysia sama ada dari Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.Hanya ingin dikenali sebagai Kent,warga Nigeria berusia 29 tahun itu mendakwa terdapat sekumpulan GRO dari Malaysia yang sudah tinggal di beberapa hotel di bandaraya itu sejak beberapa hari lalu.

"Anda mahu gadis yang macam mana? Kami mempunyai set 1Malaysia,itu gelaran mereka di negara anda,adakah saya betul? Saya melanjutkan pengajian di Nilai (Negeri Sembilan) dua tahun lalu.Saya tahu segalanya mengenai negara anda dan mempunyai rangkaian di sana.Rakyat Malaysia dianggap cantik di Jepun.Anda tidak boleh mendapatkannya dengan murah dan oleh itu,harganya lebih mahal berbanding gadis dari Brazil,China atau Jepun.Saya juga mengenakan bayaran komisen sebanyak ¥5,000 (RM200) untuk membawa masuk GRO dan bayaran akan berganda," katanya.

Ketika ditanya bagaimana dia mengatur penerbangan GRO tersebut, Kent berkata dia akan menghubungi rakannya di Malaysia dan gadis-gadis itu akan tiba dari Kuala Lumpur dua hari selepas tempahan disahkan.

"Kami akan mengatur proses penerbangan gadis-gadis tersebut ke sini.Anda tidak perlu risau mengenainya,hanya perlu membayar deposit dan segalanya sudah dianggap selesai," katanya.

Semasa perbualan itu,Kent turut menawarkan Editor Eksekutif China Press,Yeong Kah Choon yang turut menyiasat kewujudan sindiket Gagak Hitam di Tokyo,seorang gadis Malaysia berusia 16 tahun.

"Dia berada di sini dan fasih bercakap Bahasa Malaysia tetapi anda perlu membayar dalam bentuk AS dolar jika ingin melanggannya kerana dia masih dibawah umur," katanya.

Ketika Yeong bertanya bagaimana gadis berusia 16 tahun itu yang sepatutnya bersekolah berada di Tokyo,Kent berkata :

"Anda tidak perlu bertanya mengenai perkara itu. Kami tidak menculik sesiapa dari Malaysia dan mereka datang secara sukarela untuk mendapatkan wang tambahan. Itu saja."

Ditanya mengapa mereka menggelar diri sendiri sebagai Gagak Hitam, Kent berkata, ia kerana polis Malaysia.

"Polis di Malaysia pernah memanggil kami Gagak Hitam dan satu operasi dilakukan untuk menggusir kami keluar dari Malaysia.Saya tidak tahu sama ada anda masih ingat tetapi kami menganggap sindiket kami sebagai Gagak Hitam kerana ketua kami masih di Kuala Lumpur," katanya. - The Star
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...