PISAU.NET

PISAU.NET


#HBN2012 Kanak Kanak Patah Kaki

Posted: 27 May 2012 06:30 AM PDT

Anak kecil ini walaupun patah kaki,tapi tetap bersemangat untuk berkunjung bersama ibu bapanya ke Himpunan Sejuta Belia Di Putrajaya.Malam ni masih ramai yang berkumpul menyaksikan persembahan di pentas utama.

Jalan masih sesak...
Pisau kata " lepas ni cerita Guan Eng pulak..!"

#HBN2012 Gambar Semasa Perasmian PM.

Posted: 27 May 2012 04:30 AM PDT

Ratusan ribu berkumpul serentak disekitar pentas utama semasa ucapan perasmian Hari Sejta Belia oleh PM .

Pisau agak bersimpati dengan blog haprak pakatan apabila mereka cuba spin kononnya perasmian PM tak mendapat sambutan.

Seluruh dunia saksikan lintas langsung yang disiarkan oleh RTM ,tapi apa boleh buat S.O.P haprak pakatan wajib menipu untuk burukkan aktiviti belia negara. Burukkan kempen Sejuta Belia dengan harapan kononnya program kerajaan Barisan Nasional UMNO diboikot ,buktinya didepan mata orang muda benar benar menyokong aspirasi kerajaan!

























Pisau kata " meriah beb!"

BERSIH 3.0 : Fasa Kedua Kejatuhan Anwar

Posted: 27 May 2012 02:24 AM PDT

AIDC – Sama ada disedari atau tidak, Anwar Ibrahim kini sedang menuju ke fasa kedua kejatuhannya, di mana dalam fasa pertama dulu, Ketua Umum PKR dibuktikan dengan fakta statistik yang menunjukkan beliau telah jatuh merudum popularitinya.


Fasa pertama kejatuhan Anwar bermula selepas Oktober 2008 yang berpunca dari kegagalan beliau menunaikan janjinya sendiri untuk membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri (PM) pada 16 September 2008.


Kenyataan ini bukan bersifat andaian semata-mata, tetapi dengan sokongan fakta hasil kajian penyelidikan daripada Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM.


Hasil kajian itu merumuskan populariti Anwar mula merudum sejak Oktober 2008, di mana sebelum itu, iaitu di antara April 2008 hingga 15 September 2008, Anwar telah membuat satu 'janji besar' kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu beliau akan menjadi PM pada 16 September 2008.


Anwar telah letak tarikh spesifik, bila beliau akan jadi PM. Itulah janjinya. Itulah turning pointnya.


Fakta ini disokong oleh kenyataan YB Datuk Zulkifli Noordin yang merumuskan faktor pengerakan keluar aktivis PKR, termasuk dirinya sendiri, Tan Tee Beng, Datuk Zahrain dan lain-lain berpunca dari pembohongan Anwar menunaikan janji 16 September 2008.


Fasa Kedua Kejatuhan Anwar

BERSIH 3.0 dianggap anti-klimak, di mana peranan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali mula dipertikaikan di kalangan aktivis-aktivis BERSIH sendiri.


"Pembangkang, Keadilan tidak sepatutnya mengambil bahagian dalam perhimpunan ini, ianya telah dihijack,"kata Benji Lim, salah seorang penyokong BERSIH yang tidak berpuas hati dengan penglibatan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam perhimpunan BERSIH, 28 April.


Benji Lim, seorang aktivis pembikin filem mahu mendengar sendiri jawapan Anwar tentang penglibatannya ketika sidang media di ibu pejabat PKR, 30 April.


Ketika timbul soalan berkaitan dengan 'bahasa isyarat tangan' yang disifatkan ramai pihak sebagai bahasa isyarat supaya peserta BERSIH rempuh-masuk ke Dataran Merdeka, Anwar dan Azmin menafikannya.


Ketika itu Benji Lim mula bersuara dan meluahkan kekesalan yang terbuku di hatinya.

"Apa maksud anda (Anwar) bahawa anda tidak menghasut peserta ? Saya berada di sana. Ketika penghalang (ke Dataran Merdeka) dibuka, ia seperti rempuhan. Rakyat boleh terbunuh apabila mereka cuba untuk menyeberang ke Dataran Merdeka dan anda membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh orang ramai", kata Lim.


Anwar cuba memenangkan Lim dengan berkata ini adalah sidang media untuk para wartawan dan dia akan diberi layanan berasingan selepas ini.

"Tidak, saya mempunyai hak untuk tahu, kenapa anda mendakwa PKR tidak menghasut peserta. Saya juga adalah seorang warganegara", kata Lim yang cuba ditenteramkan oleh staf PKR lain.


Big Fan Meragui

Kenyataan Benji Lim disokong oleh 'big fan' Anwar, Ahmad Ali Karim yang menulis di laman peribadinya, ahmadalikarim.wordpress.com.



Anwar Ibrahim memeluk Ahmad Ali dalam satu program pada 23 Mei 2010

"Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar seorang yang baik dan pemimpin yang baik?

"Mengapa Azmin tidak memberitahu lelaki India supaya berhenti membuka penghadang rintangan ke Dataran Merdeka?

"Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggunakan megafon untuk memerintahkan Peserta BERSIH supaya tidak memasuki Dataran Merdeka apabila beliau tahu penghadang rintangan telah dibuka ?


"Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim melarian diri ?

"Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membantu atau melindungi peserta Bersih 3,0 apabila mereka berada dalam bahaya?

"Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap benar atau beliau berbohong apabila beliau menafikan memberi isyarat kepada Azmin untuk membiarkan lelaki India membuka penghadang rintangan ke Dataran Merdeka ?," itu soalan-soalan yang dikemukakan Ahmad Ali yang berumur 9 tahun.


Selalunya sentuhan deria kanak-kanak berumur 9 tahun seperti Ahmad Ali berpihak kepada kebenaran.


Kata orang, kanak-kanak tidak mungkin berkata bohong dan deria kanak-kanak amat sensitif untuk membezakan antara baik dan tidak baik.

Bahkan tiga orang lagi adik beradiknya, Aiman amani, Aeshah Adlina dan Anisah Afifah turut menyokong pandangan Ahmad itu.


BERSIH berjaya ?

Seorang lagi penyokong BERSIH, Lydiawati Osman menyalahkan Anwar dan Azmin sebagai 'pengacau' yang menghasut peserta supaya merempuh ke Dataran Merdeka, meskipun Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga memberi arahan supaya peserta bersurai.


"Saya berasa tertipu berarak untuk Bersih dan untuk Ambiga,"kata Lydiawati ketika meluahkan kekecewaan Anwar merampas perhimpunan tersebut untuk kepentingan politik peribadinya.

"Pengorbanan saya untuk menghadapi sebarang kemudaratan tubuh badan, bukannya murah untuk dibeli dengan propaganda pembangkang.


"Saya tidak akan berarak lagi jika Anwar dan pengacau-pengacaunya dibenarkan untuk mengambil alih apa yang sepatutnya dimiliki oleh masyarakat sivil.


"Kami telah mencipta kesedaran ini, kami berjuang untuk ini, kami telah ditangkap dan merasa tidak selesa untuk ini tetapi akhirnya Anwar dan pengikutnya telah mengutip 'kejayaan' dari Bersih 3.0.


"Anwar dan Pakatan Rakyat tidak demokrasi dalam mengutip 'keuntungan' daripada ini," luahnya.


Menurutnya, jika tanpa penglibatan Anwar dan para pengikutnya, sudah pasti BERSIH 3.0 berakhir dengan aman dan damai.


Saat Kejatuhan Anwar

Lim Chee Wei

"Huru-hara dan detik mula pengakhiran untuk Anwar," kata Lim Chee Wei, Presiden Majlis Peguam.

Kenapa Lim Chee Wei yang sebelum ini dilihat sebagai antara penyokong utama Ketua Umum PKR berpendapat BERSIH 3.0 sebagai detik permulaan era kejatuhan Anwar ?


Puncanya, huru-hara dan keganasan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang bermula dari bahasa isyarat tangan yang disifatkan arahan untuk merempuh ke Dataran Merdeka.

Menurutnya, tindakan Azmin itu merupakan paku terakhir dalam keranda politik mentornya, Anwar Ibrahim.

"Orang ramai melihat Anwar hilang kawalan dan menghantar askar-askar pengacaunya untuk memusnahkan segala-galanya," katanya sambil menambah bahawa Anwar Ibrahim tidak mungkin dapat merealisasikan cita-cita menjadi PM, ekoran tindakannya yang desprado dan terdesak sudah dikesan oleh rakyat jelata dalam perhimpunan BERSIH 3.0.


Menurutnya, peserta-peserta BERSIH yang memecahkan kereta peronda polis tidak akan terdorong untuk melakukan perbuatan itu, jika tidak dihasut dan individu yang menghasutnya adalah Anwar Ibrahim.


"Anwar tahu jika mereka melakukan huru-hara di jalanan, polis akan bertindak. Hanya dengan itu, kawan-kawannya dalam media asing akan mendapat banyak liputan menarik tentang huru-hara lagi di negara majoriti Muslim yang lain"


Katanya, sebagai seorang berbangsa Cina, beliau melihat sejak dari tahun 2008, inilah saat Anwar tidak sesuai untuk menjadi PM kerana tidak menepati ciri-ciri pemimpin demokrasi.

"Saya dengan ini menulis, inilah detik mula pengakhira kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pada 28 April 2012," tegasnya.


Sindrom Penafian

The Wall Street Journal (WSJ), berpendapat Anwar sepatut mengaku bersalah terhadap pertuduhan melanggar undang-undang ketika demonstrasi jalanan Bersih 3.0, 28 April lepas, sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak memadai.


Pada kejadian tersebut, Anwar, Azmin dan Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin dikenakan pertuduhan menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim supaya membuka sekatan di sekeliling Dataran Merdeka yang dilarang dimasuki peserta perhimpunan.


Menurut WSJ dalam rencananya bertajuk "'Malaysian People's Court, Anwar's civil disobedience and the next election" berpendapat cara lebih kukuh untuk menyakinkan orang ramai bahawa undang-undang yang tidak adil adalah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.


Jika Anwar terus mengamalkan sindrom penafian dan menuduh pendakwaan bermotif motif ia akan meletakkan kes ini dengan kes pertuduhan liwat yang pernah dilaluinya.

"Bagaimanapun, kes ini berbeza. Anwar bertindak melanggar tuntutan sivil dan kini beliau perlu menanggung padahnya.


"Jika Anwar ingin melanggar tuntutan sivil, beliau tidak boleh berpura-pura tidak bersalah, pada waktu yang sama," tulisnya.

Jika Anwar menang sekalipun di mahkamah dalam kes tersebut, bermakna beliau tidak mahu bertanggungjawab di atas insiden rempuhan di Dataran Merdeka pada 28 April dan meletakkan seratus-peratus kesalahannya kepada rakyat untuk melepaskan tengkuknya.

Dan inikah teladan pemimpin baik yang diwar-warkan oleh para pengikutnya sebagai bakal PM ?.

Kes ini sama seperti pada hari kejadian, di mana selepas beliau didakwa memberi arahan dan para peserta mula masuk untuk 'bertempur' dengan polis, Anwar mula menghilangkan diri.


Sekiranya Anwar mengaku salah dan memohon maaf, sekurang-kurang dapat meredakan kekecewaan individu-individu seperti Benji Lim, Ahmad Ali, Lydiawati Osman, Lim Chee Wei dan ramai lagi yang pro-BERSIH.


Sekaligus membuktikan Anwar Ibrahim masih lagi lelaki Melayu-Islam yang budiman sepertimana yang pernah disebut oleh bekas sahabat lamanya, Ustaz Ismail Mina.

Di kalangan blogger-blogger pro-pembangkang seperti ktemoc dan CT Ali sudah membahaskan tentang liabiliti hubungan akrab Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.


Malah, blogger Amenoworld merupakan antara individu yang menyalahkan Anwar dan Azmin dalam kejadiam melanggar perintah mahkamah memasuki Dataran Merdeka, 28 April itu.


Berikut kronologi foto-foto bahasa isyarat Azmin, Anwar yang bukan lagi menjadi rahsia umum.

Minit 00:01 - Kelihatan Anwar sedang memalingkan muka ke arah Azmin, ketika Chegu Bard sedang berucap. Anwar duduk di atas sebuah trak pikap, dihadapan Bank CIMB Masjid Jamek



Minit 00 : 06 - Kelihatan Anwar mula beri isyarat tangan kepada Azmin

Bermula minit 00 : 08 - Kelihatan tangan Anwar merewang-rewang di atas kepala seorang lelaki berbaju oren seorang aktivis PAS, Mazlan Aliman yang menunjukkan isyarat tangan berbentuk arahan kepada Azmin



Bermula minit 00 : 14 - Rakaman dari sisi Azmin pula. Azmin dikatakan berdiri di atas kereta supaya dapat melihat isyarat-isyarat Anwar. Turut kelihatan adalah orang kanannya, R Thangam yang juga dapat melihat isyarat-isyarat Anwar

Azmin berpaling kepada Thangam yang sedang menunjukkan ibu jari ke arah penghadang Dataran Merdeka

Thangam mengesahkan arahan Anwar itu daripada Azmin

Azmin menganguk-angukkan kepala sebagai mengesahkannya

Seorang lelaki lagi yang turut berada di samping Azmin tunjuk isyarat ibu jari yang mungkin membawa maksud 'OK' kepada Chegu Bard

Cuba dengar secara teliti apa yang diucapkan oleh Chegu Bard sebagai orang yang memegang loud speaker ketika itu..

Kedengaran suara..'masuk..masuk..masuk' ketika Azmin mula turun dari tempat tinggi

Mulai minit 00 : 30, Thangam mula buka penghadang Dataran Merdeka

Para peserta mula masuk ke Dataran Merdeka...

sumber:AIDC

Pakatan Berjaya Kumpul Jutaan Belia Di Shah Alam!

Posted: 26 May 2012 11:00 PM PDT

beliaselangor1xx

MALU BESAR...itu kata-kata yang paling afdal untuk memulakan kisah ini.Nawaitunya nampak macam nak 'lawan tetap lawan' dengan Himpunan Jutaan Belia yang sedang berlangsung dengan meriah dan jayanya di Putrajaya.

Majlisnya, Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012.Tarikhnya Sabtu.Lokasinya Komplek Belia dan Sukan Selangor Seksyen 7 Shah Alam.


Himpunan sehari ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor menerusi pejabat Exco Belia.

Kalangan wartawan yang ditugaskan membuat liputan himpunan itu terpinga-pinga melihat keadaan dan suasananya.

Lengang dan sepi dari pagi hingga ke petang.



beliaselangor2xx

Mengikut jadual sepatutnnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan beri ucaptama dan tetamu kehormat lain adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


Namun tunggu punya tunggu, tidak ada siapapun hadir.

Sebab apa... mudah saja, tak dapat sambutan LANGSUNG. Suasananya paling memalukan bagi sesiapa saja yang berada di situ.


Ini jauh beza dengan kemeriahan di Himpunan Jutaan Belia diPutrajaya, yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mei. Ada lebih 500 program, 22 pentas dan ratusan acara, dengan kehadiran belia dari seluruh negara.


Tinjauan Agendadaily di Komplek Belia dan Sukan Shah Alam jam 3.00 petang dapati yang ada hanya petugas sahaja.


Program forum yang melibatkan 'ikon belia PR' aktivis mahasiswa ,Adam Adli tidak ada pengunjung kecuali petugas dan unit amal yang duduk tidak sampai 20 orang.

beliaselangor5xx

Ratusan kerusi kosong, bukan dalam dewan sahaja, di luar dewan.

Suasana lebih menyayat hati kepada peniaga-peniaga, tak ada orang datang.

Dalam erti kata lain, rugi besar.

Difahamkan pada sebelah pagi, program yang seharusnya bermula pada awal pagi, terpaksa ditunda kerana KETIADAAN PESERTA.

Jumlah yang hadir jam 10:24 pagi, tidak sampai pun 100 orang. Walaupun Pesuruhjaya PAS, Dr. Rani Osman dan Exco Adat Resam Melayu, Dr. Ahmad Yunus bin Hairi telah sampai awal dan mundar-mandir melihat jumlah peserta yang berapa kerat sahaja.


Walaupun majlis dijadualkan seawal jam 9:00 pagi, namum sehingga 10:24 pagi, majlis tetap tidak bermula.

beliaselangor6xx

Kalau dilihat kepada persediaan, memang gempak habis,ada empat kaunter pendaftaran mengikut kategori iaitu NGO, Orang Awam,Mahasiswa dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT), telah disediakan.


Manakala jika bilangan kerusi-kerusi yang diatur, diambil kira,sepatutnya kehadiran peserta adalah paling kurang 1,000 orang . 50 meja akan untuk 500 orang dan 2 skrin putih besar turut disediakan.


Berdasarkan aturcara, Anwar hadir pada majlis tersebut pada pukul 9:00 pagi.

Pada ketika Exco PAS Selangor Dr. Yunus Hairi berucap jam 10:15 pagi, Anwar Ibrahim masih belum nampak kelibat dan batang hidungnya. Kehadiran pula tidak sampai 100 orang.

Penganjur turut menayangkan video debat PTPTN antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli pada 23 Mei 2012 lalu.


Tayangan terpaksa dibuat sementara menunggu kehadiran lebih ramai hadirin.

Lebih malangnya, pada ketika itulah lebih kurang 40 orang belia dari Kedah bertindak keluar dari dewan kerana mendakwa tertipu dengan program berkenaan.


Mereka telah dijanjikan untuk dibawa ke Program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, sebaliknya mereka dibawa ke Program Himpunan dan Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012.

Exco PKR Selangor Yaakob Sapari, yang mewakili Menteri Besar Selangor ketika berucap akhirnya mengesahkan Anwar tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program lain kononnya.

Keseluruhan program berkenaan tidak mendapat sambutan ekoran kehadiran yang sangat tidak memuaskan iaitu tidak sampai 150 orang.


beliaselangor8xx

Walaupun penganjur membuat hebahan awal dengan memasang kain-kain rentang dan membuat penyebaran SMS kepada seramai 33,000 orang belia di Selangor, namun usaha tersebut masih gagal menarik kehadiran golongan belia ke majlis berkenaan.


Terdengar ada kalangan yang hadir berbisik ini satu pengajaran kepada kerajaan Selangor pimpinan PKR, jangan nak dakwa 'RAKYAT' sentiasa menyokong mereka.


Kalau bandingkan antara kehadiran di Shah Alam dan Putrajaya, bos-bos pembangkang di Selangor jenuh kena cari lubang cacing untuk sorok muka.- OLEH HELME HANAFI/AgendaDaily - 26/5/2012

PM dan MB Di Halau Keluar Masjid!?

Posted: 26 May 2012 08:00 PM PDT

Ahli jawatankuasa Masjid Taman Sri Pulai Perdana bertindak menghalau "Anugerah Tuhan" Ds Anwar Omega yang gila nak jadi PM dan Salahudin Ayub calon MB pakatan kerana mahu berceramah politik didalam masjid.

Anwar dan Salahudin cabut lari kemaluan kerana kehadiran mereka tidak diterima dek kerana hanya dialukan jika mahu beribadat bukan berpolitik secara gampangan.



Pisau kata "dia selalu kata rakyat sok0ng dia..betullah tu..sampai kena halau..hehe"

Belia Hari Ini Pewaris Negara Kita

Posted: 26 May 2012 06:00 PM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan berjanji akan menyajikan dan menyerahkan kepada belia sebuah negara yang lebih baik daripada hari ini untuk diwarisi oleh golongan itu. Justeru itu, Perdana menteri berkata apa yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan agenda transformasi nasional adalah demi menyediakan sebuah negara yang hebat dari segala hebat.


"Saya dah anggota Kabinet berhimpun atas pentas ini…tidak ada apa yang lain melainkan di atas bahu kami…kami melihat muka belia hari ini pewaris negara kita, apa yang nak kita lakukan dengan ETP,dengan agenda transformasi nasional, tidak lain dan tidak bukan kami nak menyerah sebuah negara Malaysia yang lebih baik daripada hari ini,




"Sebuah negara yang lebih berjaya dan hebat,sebuah negara yang berjaya dari segala sudut, kita akan jadi Malaysia negara maju dan juga sebagai Negara 1Malaysia…InsyaAllah," katanya semasa berucap sempena sambutan Hari Belia Negara di sini,hari ini.


Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan menteri Kabinet. Dalam ucapan pelancaran Hari Belia itu, Najib berkata semua rakyat Malaysia perlu bersatu padu bagi melonjakkan negara sebagai negara yang hebat dan berjaya.


"InsyaAllah kita akan menunaikan dengan bersungguh-sungguh, kita akan bersemangat bekerja siang dan malam, kita akan sajikan negara Malaysia yang lebih baik daripada hari ini untuk dimiliki dan diwarisi saudara saudari," katanya.


Beliau turut mengajak para belia untuk merenung sejenak apakah kejayaan yang dimiliki negara sehingga kini dan pembangunan yang dinikmati di Putrajaya sehingga mampu menjadi sebuah lokasi menghimpunkan jutaan belia.


"Ia adalah kerana lebih kurang 55 tahun lalu, orang-orang muda yang sebaya dengan saudara-saudari pada ketika itu menjadi pengundi telah mengambil keputusan dan membuat pilihan tepat lagi bijak.


"Mereka memilih sebuah kerajaan dan kerajaan yang telah dipilih itu Berjaya memimpin negara kita, melakukan perubahan demi perubahan, selama tempoh menjangkau 55 tahun," katanya.


Perdana Menteri berkata bukan dalam sekali pilihan raya tetapi 12 kali, generasi belia dan mereka yang lebih dewasa telah memberi kepercayaan kepada kerajaan yang sama dan kerajaan sama itulah yang membuktikan kemampuan untuk membawa perubahan demi perubahan.


Disebabkan itu, pada hari ini, katanya kerajaan yakin dengan tema 'Jadikan Hari Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini', kerana sudah 55 tahun janji ditepati dan selama tempoh itu juga pelbagai perubahan hebat berlaku.


"Para belia yang berhimpun hari ini akan menjadikan pihak yang ada di luar boleh berasa yakin bahawa di bawah pimpinan kerajaan yang ada hari ini, esok akan lebih baik daripada hari ini," katanya. Antara intan dan kaca, Najib berharap belia mengetahui siapa yang boleh menjamin sebuah negara yang maju dan berjaya.

"Suara belia adalah suara keramat justeru belia perlu bangun serta tunjukkan bahawa saudara-saudari semua adalah golongan bijak memilih," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...