Gelombang Rakyat |
- FREE HIGHWAY.. TOK HIM SERANG KORUP HUSAM MUSA BODOHKAN RAKYAT!!
- BADI SELANGOR DARUL MAKSIAT.. KHALID GAGAP MELELEH GADIS URUT BERBOGEL!!
- KANTOI.. KERAJAAN NEGERI SELANGOR ROMPAK SUBSIDI RAKYAT!!
- ISU MUZAKARAH... DIN PUDU HINA ULAMA' MUFTI..!!
FREE HIGHWAY.. TOK HIM SERANG KORUP HUSAM MUSA BODOHKAN RAKYAT!! Posted: 29 May 2012 11:19 PM PDT Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta derma rakyat Kelantan bagi menampung kos pembinaan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) atau dikenali sebagai "lebuh raya rakyat" disifatkan sebagai sandiwara politik terhebat abad ke-21. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pembinaan lebuh raya itu hanyalah propaganda dan retorik Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) . Menurutnya lagi, sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan mengharapkan derma untuk membina lebuh raya itu, maka ia akan mengambil tempoh yang lama kerana menelan kos sebanyak RM1.8 bilion. "Sungguh kelakar. Dulu letak batu asas jambatan Kampung Laut ke Kota Bharu, projek pelabuhan dan Bandar Pantai 7, Tumpat dan Pelabuhan Darat, Kuala Krai, mana projek tersebut? Sebatang besi pun tak ada. "Nik Abdul Aziz dan Pas ingat mereka boleh perbodohkan rakyat Kelantan sepanjang masa. Kalau harap derma, mahu siap lebuh raya yang dicadangkan mungkin tunggu 50 ke 100 tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Sehubungan itu, Ibrahim menyeru supaya Nik Abdul Aziz menghentikan temberangnya dan berpijak di bumi yang nyata demi kepentingan rakyat Kelantan. "Kasihan rakyat Kelantan kerja pun tidak ada, ekonomi tidak meningkat dan air bersih pun tak ada, tanah rizab melayu digadai, inikan nak minta derma pula. Tak cukup lagi derma jihad masa ceramah, ini sesuatu yang dahsyat," katanya. Semalam, Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan pembinaan lebuh raya ini bukan berniat mahu mencabar mana-mana pihak. Sumber Kerajaan Negeri mengesahkan setakat semalam hampir RM1.4 juta derma dikutip melibatkan cek bernilai RM1,355,000 manakala RM14,777 diberi secara tunai. |
BADI SELANGOR DARUL MAKSIAT.. KHALID GAGAP MELELEH GADIS URUT BERBOGEL!! Posted: 29 May 2012 07:17 PM PDT Himpunan Jutaan Belia 2012 yang selesai dan berjaya berlangsung selama 5 hari telah didakwa blog2 Pro Pembangkang dengan menuduh telah menimbulkan maksiat. Pandai pula menyerang isu sebegini sebagai senjata PRU13. Tatkala bekas Pemimpin mereka dari PAS Hasan Ali mengutarakan isu2 maksiat yang berleluasa di Selangor secara belakang tabir, dipertahankan pula. Serangan yang memakan diri. Walhal hakikatnya, tiada unsur2 membawa maksiat berlaku. Ini kes terbaru melibatkan rumah Urut di Damansara. Sasaran asal PAS Selangor yang mahu memastikan Negeri tersebut Sifar bukan sahaja gagal, malah Pemimpin2 mereka merelakan diri mereka menanggung dosa membiarkan gejala2 maksiat menerusi Rumah Urut berleluasa di Negeri tersebut demi memberi fokus serangan fitnah pihak BN agar dapat menuju ke Putrajaya. Terbaru, Dua lelaki yang asyik bercumbu dengan dua pelacur Vietnam dalam keadaan berbogel tersentak selepas bilik mereka diterjah oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor. Hasil serbuan yang dibuat baru2 ini mendapati dua premis berlesen yang berselindung di sebalik pusat rawatan muka dan badan di Desa Aman Puri itu kemudiannya menemui puluhan kondom yang disembunyikan di dalam cawan dan satu kondom yang telah digunakan. Ketua Operasi, Asisten Superintendan Adzli Abu Shah berkata, enam wanita warga asing terdiri daripada Vietnam (5) dan Thailand (1) berumur 18 hingga 30 tahun dua penjaga dan dua pelanggan ditahan Menurut beliau, hasil operasi ini dilakukan berdasarkan risikan selama sebulan dan berdasarkan lesen kedua-dua sudah beroperasi sejak tiga tahun namun premis itu menawarkan khidmat seks pada kadar harga RM 168. untuk tempoh sejam. Difahamkan ke semua wanita warga asing yang ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial "Premis ini telah menyalahgunakan lesen pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan yang dikeluarkan dan kita akan minta pihak berkuasa tempatan menarik balik lesen kedua-dua premis ini," katanya. Menurutnya, kesemua yang ditahan dibawa IPK Selangor untuk siasatan dan tindakan lanjut. Tindakan diambil di bawah Seksyen 372, dan 373 kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran dan 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalah gunakan pas lawatan sosial. Pelacur warga asing yang ditahan dalam serbuan di dua buah premis di Desa Aman Puri. Tegurlah pemimpin2 kamu terlebih dahulu jika hendak bercakap soal moral. Kamu tahu mereka lebih 'hebat di ranjang'. Yang salah tetap salah. Perbetulkan. Jangan nak dok pertahan perkara yang terang2 salah. Kerana isu moral inilah senjata kamu menghina UMNO/BN. Walhal ianya telah menjadi rutin pemimpin2 kamu. |
KANTOI.. KERAJAAN NEGERI SELANGOR ROMPAK SUBSIDI RAKYAT!! Posted: 29 May 2012 04:38 PM PDT Kerajaan negeri perlu membayar subsidi RM11.40 untuk setiap isi rumah yang masih menggunakan meter pukal di flat dan pangsapuri dalam tempoh mereka memerintah. Itu kenyataan wakil NGO yang mewakili rakyat Selangor di kawasan Kota Raja. RM11.50 sebulan adalah subsidi air yang dibanggakan oleh rejim Khalid Gagap yang kononnya diberikan kepada semua rakyat Selangor. Keseluruhan kos untuk tempoh 50 bulan adalah sebanyak RM575 untuk satu keluarga. Andai subsidi air percuma diberikan kepada seluruh rakyat Selangor mengapa masih ada lagi tuntutan seperti ini dikalangan rakyat Selangor. BERITA MEDIA SEBELUM INI : - Tidak berpuas hati dengan janji kerajaan negeri berhubung pengagihan air percuma, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daerah Klang, semalam, menuntut kerajaan negeri mengembalikan bayaran 50 bulan subsidi air kepada penduduk dalam tempoh 10 hari. NGO berkenaan mewakili 4,000 penduduk flat dan pangsapuri di Kota Raja, di sini, yang tidak menerima subsidi air seperti dijanjikan kerajaan negeri selepas mengambil alih pentadbiran. Difahamkan, walaupun sudah empat tahun mentadbir Selangor, kerajaan negeri masih gagal memberikan 20 meter padu air kepada penduduk seperti dijanjikan. Presiden Badan Prihatin Rakyat Selangor (BPRS), Saarah Ali Bashah yang mewakili penduduk terbabit berkata, kerajaan negeri perlu membayar subsidi RM11.40 untuk setiap isi rumah yang masih menggunakan meter pukal di flat dan pangsapuri dalam tempoh itu hingga kini. Menurutnya, janji yang ditabur pada Pilihanraya Umum (PRU) 2008 perlu ditunaikan memandangkan tempoh pentadbiran kerajaan Selangor sudah menjangkau empat tahun. "Sudah 50 bulan kerajaan negeri mengambil alih pentadbiran dan setiap isi rumah perlu dibayar RM570 gara-gara tidak mendapat manfaat skim air percuma. "Sekiranya janji tidak ditunaikan, NGO dan penduduk akan terus membuat demonstrasi bagi menuntut janji berkenaan ditunaikan," katanya dalam sidang media di sini, semalam. Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Shah Alam, berkata, kerajaan negeri tidak akan membayar sebarang tuntutan yang dikemukakan penduduk berhubung isu air. Menurutnya, kerajaan negeri akan menukar meter pukal kepada meter individu bagi mengatasi masalah air percuma yang dihadapi penduduk. "Kerajaan negeri tidak akan membayar tuntutan yang dikemukakan penduduk kerana harga yang mereka (penduduk) bayar air melebihi daripada apa yang sepatutnya," katanya. |
ISU MUZAKARAH... DIN PUDU HINA ULAMA' MUFTI..!! Posted: 29 May 2012 08:19 AM PDT Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyelar Mufti Perak mendakwa pihaknya dapat melihat gambaran secara jelas yang Mufti Perak dipergunakan oleh Umno untuk menggunakan isu lapuk. "Bagi saya, segala tuduhan ini sudah lali. Bagaikan 'lagu lama' yang diperdengarkan kembali. Jadi, tidak perlu buang masa lagi bercakap mengenai isu ini," jelas beliau. Beliau menambah, Harussani juga menunjukkan sifat yang melampau sebagai mufti kerana tidak wajar bagi seorang mufti bercakap perkara yang ada kaitan dengan politik. "Perkara-perkara seperti ini, kita harus selesaikan dalam lingkaran parti politik sendiri, bukannya kita harus dengar tuduhan beliau," kata beliau kepada Sinar Harian Online. Dalam satu kenyataan semalam, Harussani menyifatkan Pas sebagai 'ghulub' ataupun melampau kerana mengenakan syarat untuk bermuzakarah bersama Umno hingga menyebabkan usaha itu tidak menjadi kenyataan. Kecewa keadaan itu, beliau turut menyatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keras hati dan sukar dilembutkan apabila tetap mengulangi pendirian tidak dapat melupakan sejarah lampau parti itu bersama Umno. Harussani berkata, sikap pemimpin Pas itu jelas menggambarkan mereka langsung tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata. Malah katanya, beliau sendiri sentiasa bersedia menjadi orang tengah dalam memastikan muzakarah antara Pas dan Umno menjadi kenyataan dan ia demi kepentingan Islam. "Saya sudah biasa bersemuka (dengan Pas), tapi kalau keras juga hati macam mana nak lembutkan. Saya juga sudah kemuka perkara ini (muzakarah) sekian lama dan minta jangan ada perpecahan orang Islam," katanya yang mengusahakan perundingan dan kerjasama politik Umno-Pas sejak Mac 2008. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment