BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KISAH BENAR !!! ISU SIAPA PM !!! PAS DAN DAP TIKAM BELAKANG ANWAR IBRAHIM ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 31 May 2012 05:00 AM PDT



masih panas lagi isu siapa nak jadi Perdana Menteri ni di kalangan Pakatan Haram.saya akan kupas satu persatu.Nampaknya isu siapa bakal memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram menang dalam pilihan raya umum ke 13 nanti masih menjadi polemik hangat dan panas di kalangan pemimpin mereka.Satu perkara yang jelas timbul daripada perdebatan siapa PM Pakatan Haram ialah Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi pilihan eksklusif PAS dan DAP.Ini berdasarkan kepada kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP bahawa beliau akan berjuang untuk impian Malaysia mempunyai PM daripada kalangan bukan Melayu akan menjadi realiti pada suatu hari nanti.Maksud beliau,DAP dengan bantuan sekutu rapatnya.PAS,sudah berkeyakinan untuk merampas Putrajaya,walaupun tanpa sokongan PKR.Ini kerana DAP melihat PKR sebagai sebuah parti pembangkang yang penuh dengan masalah dalaman terutamanya yang membabitkan peribadi dan moral Anwar.

Oleh sebab itu Karpal pernah mendakwa masalah terbesar dalam Pakatan Haram ialah Anwar lalu memintanya meninggalkan perkongsian tiga serangkai itu serta bertaubat.Untuk menyemarakkan api perselisihan antara PKR-DAP,Mursyidul PAS,Nik Aziz Nik Mat pula menyokong pendirian Karpal dengan menyatakan cadangan beliau boleh dilaksanakan asalkan calon PM beragama Islam,tidak kira apa bangsa sekali pun.Dalam polemik PM yang berlaku sekarang,Anwar tidak berani berkata sepatah pun,malah terus membisu dan bersikap seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.Kononnya untuk menjaga keharmonian dan keutuhan perpaduan,Anwar tidak mahu memberi sebarang komen,namun hakikatnya beliau kini tidak lagi dianggap pemimpin besar Pakatan Haram tetapi lebih kepada bangkai hidup yang terpaksa digalas oleh PAS dan DAP.

Anwar tahu PAS dan DAP telah memainkannya dan menikamnya dari belakang,bukan sekali tetapi beberapa kali.Perasaan saling tidak mempercayai di antara PKR-PAS-DAP diketahui umum.Anwar dikatakan telah menyatakan secara peribadi kepada beberapa pemimpin PKR yang rapat dengannya,betapa beliau tidak mempercayai DAP dan merasa sangsi terhadap PAS yang gila kuasa.PAS dan DAP pula tidak mempercayai Anwar dan tidak menganggap bekas Timbalan Perdana Menteri itu individu paling sesuai menjadi PM.Bagi Karpal dan Nik Aziz,PKR adalah parti yang membawa paling banyak masalah kepada mereka.


Sebagai parti carca marba dan paling kecil dari segi jumlah kerusi dalam parlimen (setelah lima ahli parlimennya melompat jadi anggota bebas),PKR pula mempunyai nafsu paling besar untuk menerajui Pakatan Rakyat dan seterusnya membolot jawatan PM dengan mengenepikan PAS dan DAP.PAS dan DAP pula tidak mungkin berdiam diri kerana mereka berfikir sebagai parti yang lebih besar,lebih lama dan lebih tersusun organisasi serta disiplinnya,hak menjadi PM seharusnya jatuh kepada mereka.

Bekas senator dan mantan Naib Presiden DAP,Tunku Aziz Tunku Ibrahim,secara sinis membayangkan senario di mana Anwar, Lim Kit Siang (mungkin juga Karpal) dan Abdul Hadi Awang (atau Nik Aziz) akan bergegas ke Putrajaya untuk menuntut jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menang.Akhirnya kata Tunku Aziz lagi,negara akan terjerumus dalam krisis yang amat serius disebabkan perebutan jawatan tersebut yang bukan sahaja menjadi impian Anwar,malah juga Kit Siang dan Abdul Hadi.Gambaran ini tidak mustahil berlalu melihat kepada insiden rusuhan yang berlaku semasa Bersih 3.0.

Pakatan Haram akan melakukan apa sahaja termasuk memporak perandakan negara yang aman dan makmur ini tanpa rasa bersalah sedikit pun.Sanubari pemimpin pembangkang dipenuhi dengan cita-cita politik rakus dan kepentingan masing-masing.Bagi mereka rakyat hanya tunggangan yang digunakan untuk meraih undi dan sokongan dan akan dicampak ketepi pabila mereka sudah menikmati kuasa.Namun impian Anwar mahupun Karpal atau Nik Aziz untuk mengecapi jawatan PM hanya mainan mimpi di siang hari atau lebih tepat 'syok sendiri'.Daripada sokongan yang semakin melonjak kepada pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM,rakyat sedari awal sudah membuat keputusan bahawa mereka mahukan permata bernilai bukannya kaca tiruan.

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! ISU LOJI LANGAT 2 !!! KHALID IBRAHIM SABOTAJ BERBILION RINGGIT DUIT RAKYAT ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 31 May 2012 01:30 AM PDT


1. Isu Air di Lembah Klang tidak akan selesai selagi kerajaan Negeri ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Kenyataan demi kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008 menunjukkan kesungguhan beliau dan Pakatan untuk mempolitikkan isu ini.

2. Saya tidak pasti mengapa Khalid begitu bersungguh-sungguh melengahkan dua isu besar air di Lembah Klang ini iaitu Penstrukturan Semula Air Selangor dan juga Pembinaan Loji Pembersih Air Langat 2 (Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor).Pelbagai alasan,rundingan dan kenyataan dibuat oleh kerajaan negeri Selangor. Sehingga kini belum ada satu idea yang lebih baik datang daripada kerajaan negeri kecuali idea-idea lawak jenaka seperti ingin menggunakan air lombong sebagai sumber air minuman.

3. Kajian oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang.Pelbagai kajian dilakukan termasuk mendapatkan air di Perak,namun akhirnya kos mendapatkan air dari Pahang yang paling murah.

4. Saya telah menulis sebahagian latar belakang industri air Selangor. Saya fikir tidak perlu kita ulangi lagi penjelasan panjang lebar ini.Yang saya fikir perlu rakyat lihat dan perhatikan ialah tindak tanduk Khalid ini akan menyebabkan kita akan menanggung beban kewangan yang lebih besar pada masa akan datang.

5. Dengan menangguhkan projek Loji Air Langat 2,Khalid akan menyebabkan kos pembinaannya akan meningkat dengan lebih tinggi. Ini kerana kos pembinaan sentiasa meningkat naik dari tahun ke tahun.Seterusnya,kerajaan Persekutuan juga akan menanggung beban kewangan yang besar apabila terpaksa membayar faedah dan hutang kepada Japan International Cooperation Agency (JICA) yang berjumlah berbilion ringgit.

6. Alasan Khalid untuk mencari kaedah lain yang lebih murah dan sebagainya adalah tidak masuk akal kerana Kerajaan telah pun membina laluan air dari sungai Pahang ke Selangor.Yang tinggal sekarang ialah untuk membina Loji Air Langat 2 bagi menyelesaikan isu air di lembah klang.Malahan pembinaan empangan ini langsung tidak mengambil wang kerajaan negeri.

7. Jadi mengapa Khalid yang tiada pengalaman dan pengetahuan dalam bidang ini begitu beria-ia ingin menghalang pembinaan empangan ini.Politik! Khalid ingin mempolitikkan keadaan ini sepenuhnya seolah-olah beliau berjuang untuk memberi air yang murah kepada rakyat.

8. Beliau membuat pelbagai kenyataan bagi menghalang pembinaan Loji Air Langat 2 ini seolah-olah jika dibina loji air ini maka tarif air akan naik, rakyat akan dibebani kos yang tinggi. Ini semua tidak lebih daripada manipulasi politik ala sosialis yang menguar-uarkan mantera perjuangan untuk rakyat menentang kerakusan kapitalis.

9. Hakikatnya,pembinaan Loji Air Langat 2 tiada kena mengena dengan tarif air. Ia merupakan projek kerajaan Persekutuan untuk memastikan Lembah Klang tidak berhadapan dengan krisis air yang serius pada masa hadapan.

10. Hanya Khalid dan pimimpin utama Pakatan yang mengetahui mengapa mereka begitu menentang pembinaan Loji Langat 2.Namun realitinya,sikap Khalid ini mencerminkan sikap busuk hati dan khianat seorang pemimpin yang rela memperjudikan keadaan ekonomi dan keperluan asas rakyat untuk percaturan politiknya.

11. Khalid boleh terus berbahas sama ada akan berlaku krisis air atau tidak pada 2014 nanti jika rancangan penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor tidak dilaksanakan. Khalid boleh sahaja mengutarakan pandangan pakar-pakar yang beliau dakwa berkata sebaliknya, biarpun sehingga kini tidak satu kajian dikemukakan kepada rakyat.

12. Namun apakah perlu Khalid memperjudikan keadaan ini sedangkan sebahagian rancangan ini telah dilaksanakan di sebelah Pahang? Jika Khalid berterusan menghalang pembinaan loji ini bermakna sebahagian besar pelaburan musnah tanpa hasil.Kerajaan Persekutuan juga akan menanggung hutang berbilion ringgit akibat disabotaj oleh kerajaan negeri Selangor.

13. Justeru tindakan Khalid menghalang pembinaan loji air Langat 2 ini merupakan tindakan sabotaj kepada ekonomi dan kewangan negara.Mungkin Kerajaan Persekutuan perlu menyerahkan projek pembinaan Loji Langat 2 ini kepada kroni-kroni kerajaan negeri untuk mendapat kebenaran pembinaan ini. Mungkin itulah yang mereka mahukan pun.

14. Dalam sistem demokrasi,kerajaan yang mengambil alih harus menghormati perjanjian dan persetujuan kerajaan sebelumnya kecuali terdapat isu-isu besar seperti penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

15. Namun dalam konteks ini kerajaan negeri tidak bertindak secara profesional sehingga menjejaskan kepentingan rakyat, kewangan negara dan imej negeri di mata pelabur asing.Projek yang dipersetujui dibatalkan sesuka hati hanya kerana ego politik kepartian.

16. Apakah pelabur asing dan tempatan bersedia membuat komitmen jangka panjang dengan kerajaan jika mengetahui persetujuan dan perjanjian mereka akan sewenang-wenangnya dihalang atau dimungkiri oleh parti yang lain yang mungkin menang dalam pilihan raya?

17. Ada orang yang kerana yang benci kepada Barisan Nasional dan pemimpin tertentu sanggup menerima apa sahaja tohmahan kerajaan negeri tanpa berfikir dengan rasional dan melihat fakta yang ada.

18. Hakikatnya kos menguruskan air bersih di Lembah Klang sangat tinggi hingga mencecah berbilion ringgit Dan ia perlu ditangani dengan cermat dan berhati-hati agar rakyat tidak terbeban dengan kos yang tinggi sama ada melalui tarif air mahu pun melalui subsidi kerajaan yang akhirnya merupakan wang rakyat juga.

19. Kerajaan Selangor hari ini yang kononnya memberi air percuma hanya masuk dalam keadaan segala-galanya telah tersedia,seperti kata orang hanya "cuci kaki sahaja".Selama empat tahun ini mereka tidak membina apa-apa pun kecuali meneruskan apa yang telah kerajaan sebelum ini bina.

20. Sekarang,mereka mahu menghalang usaha kerajaan Persekutuan mengatasi isu air di Lembah Klang.Adakah ini pemimpin yang baik? Adakah ini kerajaan negeri yang baik? Mereka mungkin menang dari segi promosi menaikkan imej sendiri dan memburukkan pemimpin BN.

Tapi adakah ini yang rakyat mahu pilih,Kerajaan propaganda dan papan tanda ?

Sumber Dr Khir Toyo

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR BERKENAAN ISU AIR DI SELANGOR !!! KHALID GAGAP TAK GUNA OTAK BILA MEMBUAT CADANGAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 30 May 2012 10:00 PM PDT



saya ketawa terbahak-bahak ketika membaca cadangan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim A.K.A Gagap yang bercadang untuk mengalirkan air dari Tasik Kenyir,Terengganu ke Selangor bagi mengatasi krisis air yang dijangka melanda negeri tersebut pada 2014.kenapalah tak nak guna air dari sungai pahang yang sedia ada tu ??? adakah cadangan ini ada udang di sebalik batu ??? ataupun nak lari dari kenyataan berkenaan dengan projek sungai Pahang tu ??? yang itu saya terangkan di bawah.mengikut Khalid,kononnya paip air baru itu nanti akan dibina mengikut paip gas sedia ada di Banjaran Titiwangsa yang menghubungkan Terengganu dan Selangor bagi tujuan tersebut.

Tapi si pandir ini telah di maklumkan atau tidak bahawa air dan gas tidak mempunyai berat yang sama dengan air adalah jauh lebih berat dari gas.meh saya ajar sikit si Khalid ni.Uji kaji mudah,cuba tuangkan air berkabonat ke dalam gelas,apa yang 'meletus-meletus' di atas dan apa yang tertinggal dibawah ??? Sudah tentulah gas yang akan meletus-letus di atas dan air yang akan tinggal dibawah.Justeru itu,untuk merealisasikan cadangan Khalid Gagap,maka akan menjadi satu kerja pulak lagi untuk membina sistem pam air tekanan tinggi yang mampu menolak air dari Tasik Kenyir melalui Banjaran Titiwangsa untuk menyalurkan air ke Selangor.

Berapa kos dan tenaga manusia yang diperlukan,itu satu perkara yang Khalid tidak terfikir hingga sekarang.Sudah tentu pam ini tidak boleh gagal atau rakyat Selangor akan dilanda 'kemarau air terawat',waima dimusim hujan.Kenapa Khalid memilih jalan susah sedangkan jalan mudah sudah ada ??? kenapa lah si Khalid ni tak terfikir yer ???



Yang perlu dilakukan Khalid sekarang ialah meneruskan projek penyaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor (Loji Langat 2) seperti yang telah dimulakan kerajaan BN terdahulu,itu saja.Projek itu pun sudah separuh jalan dan hampir siap.kalau bukan kerana pelbagai masalah dan tekanan yang diberikan kerajaan pimpinan Khalid Gagap sehingga menyebabkan projek tersebut terhenti.Ini menunjukkan tahap kepimpinan Khalid yang sebenarnya.Berlawanan dengan pendapat ramai penyokong Pakatan Haram,Khalid terbukti tidak sebijak mana dan hanya layak menguruskan estet,bukan sebuah negeri yang ada banyak masalahnya sendiri.

Memang kalau dilihat kebelakang,sejak 4 tahun lepas Khalid mengutarakan banyak cadangan,tapi dalam banyak-banyak cadangan itu,hampir tidak ada satu pun yang dilaksanakan hingga kini.Ambil contoh cadangan menggunakan air lombong sebagai sumber alternative bekalan air di Selangor.Setakat hari ini,sudah berapa banyak lombong yang dikenal pasti mampu menjadi sumber alternatif air seperti yang dicadangkan Khalid ???

Satu hal yang lain,sudahkah Khalid menjumpai jalan terbaik merawat air lombong yang dicemari dengan sisa logam berat (heavy metal contamination) yang biasa dikaitkan dengan kegiatan perlombongan seperti Boron dan sebagainya bagi membolehkan air tersebut selamat diminum ???


Adalah sebab kenapa tidak ada negeri-negeri di Malaysia yang menggunakan air lombong sebagai sumber minuman,kerana ia tidak selamat.Yang sebetulnya bukan air lombong sahaja yang tidak selamat di Selangor,air sungai di Selangor juga dikenalpasti sudah tidak boleh dirawat untuk dijadikan air minuman kerana teruk tercemar oleh sisa industri yang tidak terkawal di negeri tersebut sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.

Pendek kata,ada banyak masalah berkaitan dengan air ini di Selangor kalau nak dikisahkan.Kalau dibiarkan tanpa tindakan segera,rakyat Selangor hanya tinggal 2 pilihan,tukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan BN semula atau menghadapi risiko penyakit yang disebabkan oleh minum air dari sumber tercemar.yang mana satu anda akan pilih ???

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! SATU LAGI BUKTI PERBUATAN KERAJAAN PAKATAN HARAM SELANGOR YANG ZALIM TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 30 May 2012 07:00 PM PDT


Setelah genap 4 tahun memerintah Selangor,Kerajaan Pakatan Haram telah membelanjakan lebih RM1 juta semata-mata untuk meraikan ulangtahun 'kejayaan' mereka dengan menggunakan wang negeri dan wang rakyat Selangor.

Itu satu perkara…

Sedar atau tidak,ketika para penyokong dan pemimpin Pakatan Haram bergembira sakan kerana ulangtahun ke-4 itu,Kerajaan Khalid Gagap-Teresa telah mengarahkan Pegawai Daerah Hulu Langat MERAMPAS KEDIAMAN penduduk Taman Desa Mutiara Sungai Jelok dengan alasan penduduk gagal melunaskan cukai tanah.Keputusan tersebut telah dibuat dalam mesyuarat Exco pada awal April dan notis untuk perampasan telah dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Hulu Langat.Kawasan Desa Mutiara itu mempunyai penduduk berjumlah hampir RM500 orang dan majoritinya adalah orang Melayu-Islam.


Sel13.Com Melaporkan Berdasarkan semakan dan siasatan,beberapa orang kakitangan Pejabat Daerah Hulu Langat mengesahkan bahawa kegagalan membayar cukai tanah itu bukanlah di pihak penduduk tetapi pemaju yang gagal menjelaskan cukai tanah tersebut.Adalah tidak adil dan amat zalim jikalau penduduk yang telah mendiami kawasan perumahan itu hampir 10 tahun dihukum oleh Kerajaan Pakatan Haram,sedangkan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab adalah pemaju perumahan tersebut.

Apa yang berlaku kepada 500 orang penduduk ini jikalau tamat tarikh notis perampasan tanah tersebut ???

Seperkara yang menarik dan tidak pernah berani dibangkitkan oleh para penyokong Pakatan Haram ialah,di sebalik janji-janji Pakatan Haram untuk menurunkan cukai tanah,apa yang mereka lakukan sepanjang tempoh 4 tahun memerintah Selangor ialah menaikkan kadar cukai melebihi 40% di seluruh Selangor.Nyata sekali,Kerajaan Selangor bukannya Pakatan Rakyat tetapi lebih sesuai digelar....

GEROMBOLAN PENZALIM !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KECOH APABILA ARTIS SEPERTI 'BEREBUT TELUR AYAM' !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 30 May 2012 04:00 PM PDT


Sebahagian artis melahirkan rasa tidak puas hati semasa Mesyuarat Agung Tahunan, Persatuan Seniman Malaysia pada 26 Mei lalu.

"ADOIII... pening kepala betul.Sikit-sikit kecoh," Luah seorang pegawai kerajaan kepada saya selepas dia membaca laporan akhbar kekecohan yang berlaku semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14,Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang diadakan pada 26 Mei lalu.

Situasi tegang itu berlaku apabila ahli-ahli tidak berpuas hati berikutan minit mesyuarat tahun sebelumnya tidak dapat dibentangkan dengan alasan ia hilang diambil pencuri dalam kejadian pecah masuk pejabat persatuan itu.Saya pun ketawa terguling-guling.Apa punya pencuri... minit mesyuarat pun nak curi ka? Hahaha...itulah namanya pencuri yang hanya belajar mencuri minit mesyuarat.

Tapi realitinya ia adalah gambaran apabila artis berpersatuan.Dan untuk pengetahuan anda,terdapat lebih 10 persatuan melibatkan artis dan dunia hiburan pada ketika ini.Ia tidak termasuk lagi persatuan yang mahu ditubuhkan Saiful Apek iaitu Biro Kebajikan Eksklusif Masyarakat Artis dan Seni (KEMAS) serta Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) yang mana Datuk Sheila Majid sebagai Pengerusinya.

Ada orang bertanya kepada saya,artis-artis kita memang suka bikin kecoh kah? Saya kata ya! Memang betul pun.

Kalau tak kecoh... bukannya artis.Memang itulah trendnya sejak dari dulu.Artis-artis yang suka buat kecoh ini adalah artis yang tidak ada otak. Kalau mereka individu yang berotak, masalah ini tidak akan berlaku.Sebab itulah ada artis yang mengandung sehari pun heboh nak canang satu dunia.Sebab apa? Sebab mereka artis dan perlu buat kecoh.

Sama juga ketika AGM,Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) sebelum ini yang jadi kelam kabut macam dunia kena bom.Kekecohan seperti ini memperlihatkan betapa artis-artis kita sememangnya tidak boleh hidup berpersatuan tetapi ada hati nak buat persatuan itu dan ini.Malah persatuan untuk ahli-ahli "teliti kontrak" pun hendak diwujudkan hasil idea Saiful Apek,hahah...saya sekali lagi gelak terguling-guling.

Sebab itulah Ziana Zain awal-awal lagi tidak minat nak masuk mana-mana persatuan kerana baginya tidak dapat apa-apa faedah pun.Persatuan dilihat lebih untuk kepentingan peribadi sesetengah individu sahaja.Dan apabila Ziana berkata seperti itu,ada pula pihak yang tidak berpuas hati.Memang pun kalau masuk persatuan artis tak ada banyak faedah.Silap-silap hari bulan dahi bengkak kena baling kerusi masa AGM.

Artis-artis yang berpersatuan saling tak ubah umpama seekor ayam yang bertelur sebiji, riuh satu kampung.Dan telur yang sebiji itulah satu kampung asyik berebut.Ke mana hala tuju dunia hiburan apabila dalam kelompok artis itu sendiri mereka tidak menunjukkan sikap profesional masing-masing?

Malah pemimpin persatuan pula mewakili persatuan bukannya mahu meningkatkan kredibiliti dunia artis secara total tetapi lebih kepada faktor mahu mencari populariti.Kalau budaya kecoh bak berebut telur ayam ini terus berlaku, saya yakin, dunia artis dan persatuan tidak boleh ke mana.

Jadi,janganlah berangan tinggi menggunung nak tubuh pula macam-macam lagi persatuan kerana ahlinya adalah muka sama yang boleh diumpama seperti mereka yang hendak berebut telur dari seekor ayam.Saya bimbang takut nanti telur pecah, tahi ayam saja yang dapat.

Oleh
Niezam Mstar

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...