BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! SECARA TERANG NIZAR DERHAKA PADA SULTAN JOHOR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 29 May 2012 12:28 PM PDT


Kurang dari beberapa jam Mynewshub.my menyiarkan berita mengenai individu mencemarkan status Sultan Johor dan mencerca tindakan Baginda membeli nombor plat kenderaan WWW 1,timbul pula isu dari pihak lain yang mempertikaikan pembelian nombor plat itu.Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempersoalkan kewajaran Sultan Johor,Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar membeli plat kenderaan itu dengan nilai RM520,000.

Dalam laman Twitter milik Nizar,beliau mengatakan jumlah wang yang dibayar untuk nombor plat itu sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat melayu Johor atau pun membina 20 rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).


Nizar turut memperli Sultan Johor adakah plat kenderaan itu digunakan untuk diletakkan di kereta Proton atau motorsikal.Di sini dapat dilihat,tindakan Nizar mempersoalkan Sultan Johor membeli plat kenderaan itu seolah-olah cuba dipolitikkan oleh beliau sendiri.Dengan tiada kaitan langung,Nizar juga mengaitkan nilai bayaran plat kenderaan itu dengan harga sebentuk cincin yang dikatakan dimiliki oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam perkembangan berkaitan,Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kenyataan yang dibuat oleh Nizar itu adalah tidak masuk akal dan menunjukkan dirinya cetek ilmu hinggakan sanggup membuat fitnah kepada Sultan Johor.Malah,Nizar juga dilihat seolah-olah mempersoalkan sistem bidaan yang dibuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti tidak telus dan tidak adil.

"Kritikan Nizar terhadap Sultan Johor berkenaan bidaan Baginda bagi nombor plat WWW 1 dianggap cetek kerana beliau seperti memfitnah dan membuat kesimpulan sendiri tanpa usul periksa. Ini membuktikan bahawa beliau tidak menghormati Sultan Johor dan institusi DiRaja negara ini.Hak membuat bidaan bagi nombor tersebut dibuka secara adil oleh JPJ dan terbuka bagi semua pihak untuk membuatnya termasuklah Baginda Sultan Johor sendiri," kata Rosnah kepada Mynewshub.My


Bagi Rosnah,kenyataan fitnah Nizar yang turut mengaitkan jumlah wang yang digunakan oleh Rosmah membeli sebentuk cincin juga tidak relevan.Justeru itu,Rosnah menggelarkan Nizar sebagai individu yang gemar bercakap celupar dan suka menimbulkan kontroversi serta fitnah kepada orang ramai.

"Dengan nilai bidaan yang tinggi itu tidak boleh membuktikan bahawa Baginda tidak membantu rakyat jelata yang sememangnya baginda dikenali sebagai Sultan yang berjiwa rakyat. Dan amatlah tidak relevan untuk membandingkan nilai ini dengan cincin Datin Seri Rosmah yang sememangnya sudah menjadi fitnah pembangkang selama ini.Nizar membuat kenyataan tanpa usul periksa dan menyebarkannya semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik dan mileage politik semata-mata. Beliau sememangnya seorang ahli politik yang celupar, sering mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja kontroversi tetapi berbaur fitnah dan boleh mencetuskan kebencian orang ramai.Seharusnya sebagai orang Melayu dan beragama Islam, beliau perlu berhati-hati dari mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keharmonian dan ketenteraman negara," katanya. - MyNewsHub

Masihkah Anda ingat no plate di bawah ???

AGS10,AFD11,AFD22,AFD33,AFD55,AFD66,AFD77,AFD88,AFD99,
AFD333,AFD999,AFF33,AFF88,AFF99,AGS828 dan AEU606.

Semuanya di daftrakan pada 9 Januari 2009.yang nizar pakai ni duit poket dia atau duit rakyat ??? kepada nizar,cermin dulu muka anda sebelum mengata DYMM Sultan Johor

USTAZ AZHAR PENCERAMAH POLITIK PAKATAN HARAM ???

NAK TAHU

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TENGKU MAHKOTA JOHOR BELASAH NIZAR DAN LELAKI YANG MENCERCA SULTAN KAW-KAW KERANA WWW 1 !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 29 May 2012 08:54 AM PDT


Tengku Mahkota Johor,Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail membidas sikap tidak berhati-hati ahli Parlimen Bukit Gantang,Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempersoalkan tindakan Sultan Johor membeli nombor plet kenderaan WWW 1 yang didakwa beliau telah menggunakan duit rakyat.Sebelum itu, dalam laman twitter,Nizar mempersoalkan pembelian nombor plet tersebut dengan harga RM520,000 sebagai pembaziran besar.Dalam laman twitter itu juga, beliau mendakwa wang sebanyak RM520,000 itu sepatutnya boleh digunakan untuk membantu rakyat miskin di Johor mahupun membina lagi 20 rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).


ANDA NAK TAHU APA YANG TENGKU MAHKOTA JOHOR KATA ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

satu lagi berita pula seorang lelaki telah berani mencerca Sultan Johor apabila berjaya memiliki nombor plat kenderaan "WWW 1" itu.Lelaki tersebut telah mempertikaikan dari mana sumber wang yang digunakan oleh Sultan Johor untuk membeli nombor plat itu di laman sosial Facebooknya.Malah,dia juga berani mengeluarkan kata-kata kesat mengutuk Sultan Johor dan kerabat di-Raja yang lain.

"Kenapa nak beli nombor plate samapi Rm5230K pasal nak no plate WWW1..Bodoh punya Sultan..That why I hate rotal people yng guna duit cukai rakyat semata-mata nak beli benda2 x guna. no plate WWW1 buat dia masuk syurga ke? Kalo la Rm520k buat amal jariah bukak sekolah tahfiz ke.. pahala dapat berganda2.. aku ada tngok seorang yang miskin keje kuli2 susah payah kumpul duit derma tuk pembangunan sekolah tahfiz.. Moga beliau dicucuri rahmat," tulis lelaki tersebut.


sedap mulut dia kata begitu pada Sultan ??? oklah saya akan bagi jawapan Tengku Mahkota johor.bila saya lihat gambar di atas,saya rasa nak hentak mamat ni.nasib baik saya ada hati perut.nak tahu apa jawapan Tengku Mahkota Johor ??? saya bagitahu lah.senang sikit...

"JOHOR Royal Family does Not take any Money from the Government.Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials.The money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim.The purpose of these foundation (Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim)is for the Rakyat and to assist the Johor State Government.I my self,since the time I was Raja Muda,Never took 1 cent from the Government till this very Day.Its my Rakyat's Money.Sobefore You Open you mouth.Do your research,"

ok,saya nak cerita pulak berkenaan Nizar.kepada yang sudah lupa.masihkah anda ingat bahawa kerajaan perak sewaktu pimpinan Nizar ada membeli 16 buah kenderaan camry ???

Masihkah Anda ingat no plate di bawah ???

AGS10,AFD11,AFD22,AFD33,AFD55,AFD66,AFD77,AFD88,AFD99,
AFD333,AFD999,AFF33,AFF88,AFF99,AGS828 dan AEU606.


Semuanya di daftrakan pada 9 Januari 2009.yang nizar pakai ni duit poket dia atau duit rakyat ??? kepada nizar,cermin dulu muka anda sebelum mengata DYMM Sultan Johor

USTAZ AZHAR PENCERAMAH POLITIK PAKATAN HARAM ???

NAK TAHU

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

ITU JAWAPAN DI BERIKAN !!!

KEPADA 2 INSAN DI ATAS !!!

JAGA SIKIT MULUT ANDA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! TIGA ARTIS MASUK UMNO TERMASUK AMY SEARCH !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 29 May 2012 08:23 AM PDT


Sebelum ini heboh di internet apabila penyanyi rock terkenal,Amy Search dikatakan semakin cenderung menyokong perjuangan Pakatan Haram.Gambarnya bersama Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Aziz Nik Mat disebarkan dengan meluas.


Malah Amy pernah dipetik sebagai berkata, " Tuan Guru Nik Aziz guru aku".

Namun beliau mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk menyertai UMNO hari ini.Amy atau nama sebenarnya,Suhaimi Abd Rahman menyertai penyanyi lain seperti Ibnor Reza dan Mus May sebagai ahli UMNO bahagian Bukit Bintang.tahniah kepada Jamal Abdillah kerana bersama dengan mereka bertiga.juak Pakatan Haram kata Jamal Abdillah 2 kali Masuk UMNO.muahahaha....jamal hanya menemani mereka bertiga lah.

LIHAT KENYATAAN DI BAWAH


Tindakan tiga artis tanah air mengambil keputusan untuk menyertai UMNO adalah atas kerelaan mereka sendiri bukannya dipaksa oleh mana-mana pihak dan bersedia untuk berdepan dengan cemuhan serta tohmahan.Lagenda rock tanah air,Suhaimi Ibrahim yang dikenali sebagai Amy Search berkata beliau bersama Mus May (Mustapha Din) dan Ibnor Riza bertindak sedemikian kerana menyedari hanya UMNO sahaja mampu memberi harapan bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi kepada semua rakyat di negara ini.

"UMNO ini diibaratkan seperti sebiji buah kelapa,semakin tua semakin banyak santan,kerana UMNO sahaja yang dapat memberi harapan kepada rakyat dan kita perlu buat keputusan yang betul dan jangan biar negara ini diperintah oleh orang lain.Saya pasti pelbagai tohmahan serta cemuhan dengan tindakan saya ini,saya masuk UMNO bukan kerana dibeli,kerana kerelaan saya sendiri,saya ada maruah dan fikir yang terbaik dan melihat masa depan," katanya selepas majlis penyerahan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO,Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO,hari ini.

Menurutnya,keinginan untuk bersama UMNO sudah lama di fikirannya selepas arwah bapanya yang meminta dirinya melihat apa yang telah dilakukan oleh UMNO sehingga berjaya membawa kemerdekaan negara.

Sementara itu,Mus May berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja yang bakal diperkatakan berhubung tindakan yang diambilnya.

"Itu hak mereka untuk menuduh apa sahaja, yang penting pada diri saya, apa saya lakukan ini adalah ikhlas dan bukannya disebabkan oleh sesuatu,orang Melayu perlu sedar,orang Melayu maju kerana UMNO.Walaupun ada di kalangan artis yang berlainan pendapat dan fahaman,namun kami tetap sahabat kerana itu adalah individu,bagaimanapaun kita perlu sedar supaya tidak mengambil tindakan yang silap dan akhirnya bukan sahaja merugikan kita tetapi keseluruhannya," katanya.

Ibnor Riza menyifatkan kemasukkan itu adalah keputusan beliau sendiri kerana sebelum ini tidak pernah bersama-sama dengan mana-mana parti politik dan berharap akan dapat memberi sumbangan terutamanya dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu. – MediaUMNO



TAHNIAH KEPADA TIGA ARTIS YANG MASUK UMNO !!!

LEPAS NI JUAK PAKATAN HARAM ASYIK MEROYAN LER !!!

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! BUKTI USTAZ AZHAR IDRUS ADALAH USTAZ POLITIK !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 28 May 2012 10:00 PM PDT



apa pendapat anda tentang video di atas ??? saya malas nak ulas panjang-panjang.sedapnya dia kata pasal arak dan bla,bla,bla.habis tu apa cerita dengan kes arak di selangor.patutnya dah tutup kilang arak sebagaimana janji Pakatan Haram selangor yang mengatakan kalau menang akan tutup kilang arak tu.lagi pun masa tu lesen kilang pun nak dekat tarikh mati.kenapa biarkan lagi buka ??? tempat urut pun dah berleluasa apa cerita ??? sekarang khalid gagap baru nak sedar lepas 4 tahun.kenapa tak dari dulu nak benteras.jangan kata bukan-bukan dengan parti lain.apa bukti PAS tu parti islam ??? lihat dulu dan cermin diri sendiri.dulu kata kononnya tak sokong mana-mana.video di atas dah membuktikan segalanya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! FAZURA DI TAJA RATUSAN RIBU UNTUK MEMBUKA BUTIK ??? IKUTI JAWAPAN SEBENAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 28 May 2012 04:00 PM PDT



"Perniagaan ini adalah keutamaan saya ketika ini dan lakonan jatuh nombor dua. Disebabkan itulah saya berusaha untuk merealisasikan impian ini," ujar Fazura pada sidang media pembukaan butiknya House Of Doll di Bangsar,Kuala Lumpur baru-baru ini

Bukan kecil modal yang dikeluarkan aktres yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati ini.Meskipun merahsiakan jumlah sebenar,khabarnya modal yang dikeluarkan adalah berjumlah ratusan ribu ringgit.Tegas Fazura,semua wang yang dikeluarkan untuk membuka perniagaan itu adalah hasil keringatnya sepanjang bergelar anak seni dan bukannya ditaja sesiapa.

"Bagi mereka yang suka menyangka bukan-bukan, mereka harus sedar bahawa saya juga ada pendapatan sendiri.Saya dibayar untuk berlakon.Itu tidak termasuk pendapatan yang diperoleh dari hasil saya menjadi duta produk.Tak perlulah untuk saya beritahu berapa wang yang saya ada dalam bank.Beratus ribu juga saya habis untuk membuka perniagaan ini.Semuanya adalah duit simpanan saya sepanjang menjadi anak seni dan saya tidak membuat pinjaman bank langsung.Tak percaya sila tanya 'banker' saya yang ada di sini," katanya kepada Berita Harian.


Dua tahun lamanya Fazura merancang untuk pembukaan butik ini.Bukan sekadar menggunakan nama dan popularitinya semata-mata,jelas Fazura semua perkara membabitkan butiknya itu adalah idea dan juga cita rasanya dengan dibantu pereka fesyen,Rizman Ruzaini.

"Dari sekecil-kecil cincin hinggalah pakaian berkonsepkan adi busana,semuanya adalah lahir dari cita rasa dan rekaan saya sendiri bersama Rizman. Harganya juga tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh peminat," jelasnya yang kelihatan cukup anggun mengenakan dress paras paha rona fuchsia yang juga berjenama HOD.

Ditanya apakah dia akan sentiasa berada di butik itu untuk melayan peminat yang ingin membeli pakaiannya,Fazura berkata perkara itu tertakluk pada jadualnya.

"Jika saya tidak terbabit dalam sebarang penggambaran,saya akan berada di butik.Jika tidak,kakitangan saya akan membantu mereka," jelasnya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...