BADUT RAKYAT |
- KERAJAAN SELANGOR TUNAIKAN JANJI MUNAFIK DALAM KEADAAN TERGESA-GESA DAN TERPAKSA ??? WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR !!! MISTERI LEMBAGA WANITA DALAM KERETA WARTAWAN SINAR !!! WAJIB BACA !!!
- FAKTA ATAU AUTA !!! KALAU 105 KERUSI PAKATAN MENANG !!! PKR DAPAT BERAPA KERUSI ??? WAJIB BACA !!!
- SEKIRANYA PM AKAN DATANG ADALAH DARI KALANGAN BUKAN MELAYU !!! APA KATA DR RIDHUAN TEE ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! CERAMAH DI LEMBAH PANTAI DAN BALING BATU !!! SAKSI MELIHAT SENDIRI KEJADIAN !!!
- EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! MAT SABU MENGHINA UMNO !!! DIA KATA UMNO PENGKHIANAT ??? WAJIB LIHAT !!!
- EKSKLUSIF !!! KISAH TRAGIS !!! KEJADIAN KEMALANGAN DI KM70,JALAN KOTA TINGGI-KLUANG PADA 24 MEI 2012 !!! WAJIB BACA !!!
KERAJAAN SELANGOR TUNAIKAN JANJI MUNAFIK DALAM KEADAAN TERGESA-GESA DAN TERPAKSA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 28 May 2012 12:00 PM PDT Apa yang anda lihat dan baca diatas itulah yang dijanjikan semasa pilihanraya umum ke 12 yang lepas oleh PKR dan PAS dalam usaha mereka untuk menawan Selangor.Akhirnya usaha mereka berjaya dan mereka dapat membentuk sebuah kerajaan campuran di Selangor.Namun setelah berjaya membentuk kerajaan segala janji-janji manis mereka seperti diatas telah dilupakan.Apa yang kami ingin fokuskan adalah perkara ke tiga dalam segmen janji Sosial dan Kebajikan Rakyat.Janjinya yang berbunyi "MEMBERI BANTUAN RM 50 SEBULAN SEORANG BAGI PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH". Empat tahun memerintah mereka telah memungkiri janji tersebut.Setiap kali ditanya mereka akan beri seribu satu alasan.Namun selepas dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam siri debatnya dengan wakil PKR berhubung isu pendidikan percuma yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara,kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim seolah-olah terkena renjatan eletrik,lantas sehari selepas itu mengumumkan pemberian tersebut. S'gor beri RM50 sebulan untuk pelajar tadika miskin SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini meneruskan lagi usaha merakyatkan ekonomi negeri apabila mengumumkan pemberian elaun tadika RM50 sebulan kepada kanak-kanak dari keluarga miskin di negeri itu di bawah Skim Tunas. Pemberian itu bakal melibatkan 3,000 kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun yang berasal daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM1500 di seluruh negeri dan akan berkuatkuasa mulai 1 Julai ini. Dipetik dari harakahdaily.net Keputusan yang dibuat tergesa-gesa dan terpaksa selepas debat malam tersebut telah menyimpang dari apa yang dijanjikan pada tahun 2008. Jelas ianya satu keputusan untuk menutup malu.Dalam janji mereka tahun 2008 mereka berjanji untuk memberi bantuan RM 50 sebulan bagi pendidikan pra sekolah. Ianya membawa maksud seluruh anak Selangor layak yang memasuki tadika layak mendapat RM 50 sebulan tanpa mengira berapa pendapatan keluarga mereka.Namun kini ianya telah berubah kepada keluarga yang berpendapatan kurang dari RM 1500 sebulan sahaja. Itulah yang kami katakan keputusan tersebut dibuat tergesa-gesa dan terpaksa bagi menutup aib setelah dimalukan oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam debatnya dengan wakil PKR. Begitu juga dengan janji mereka berhubung pemberian air percuma 20 meter padu sebulan. Semasa janji pilihanraya mereka berjanji untuk memberi bantuan air percuma RM 11 sebulan kepada seluruh rakyat Selangor. Apabila mereka dapat membentuk kerajaan janji tersebut juga berubah. Hanya diberi kepada kediaman-kediaman yang mempunyai meter individu sahaja. Bagi kediaman-kediaman yang menggunakan meter pukal (flat) mereka tidak layak menerimanya.Jika mereka benar-benar hendak menunaikan janji mereka, bagi penghuni-penghuni rumah flat yang rata-ratanya berpendapatan rendah, kerajaan negeri boleh memberi kepada mereka bantuan air percuma RM 11 sebulan dengan memberi bantuan secara tunai secara langsung setahun sekali. Tetapi itu tidak dilakukan. Jelas kelihatan janji yang dilaksanakan hanya sekadar untuk melepaskan batuk di tangga kerana terpaksa. Tetapi dalam masa yang sama ianya juga boleh dijadikan modal politik. Janji-janji manis yang dijanjikan di Selangor pada tahun 2008 telah memukau rakyat dan mereka berjaya. Setelah berjaya di Selangor mereka mengulangi perkara yang sama dengan janji-janji manis dalam buku jingga pula. Dengan harapan janji dalam buku jingga tersebut akan membolehkan mereka menawan Malaysia sepertimana kejayaan mereka di Selangor. Dalam hal terang-terangan kelihatan mereka cuba untuk membodohkan rakyat. Rakyat Malaysia perlu bijak menilai janji-janji mereka ini. Sewaktu mereka berjanji di Selangor mereka pun tidak yakin dapat menawan Selangor. Sebab itu mereka berjanji yang indah-indah. Selepas berjaya mereka tahu sukar untuk melaksanakannya atau tidak boleh dilaksanakan. Begitulah juga dengan janji dalam buku jingga. Mereka berjanji bulan dan bintang dengan sesuka hati. Jika ditakdirkan mereka berjaya memerintah negara,maka perkara yang terjadi di Selangor akan berulang terjadi kepada Malaysia. - SD RENUNG-RENUNGKAN |
KISAH BENAR !!! MISTERI LEMBAGA WANITA DALAM KERETA WARTAWAN SINAR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 28 May 2012 08:30 AM PDT KULIM – "Cepat, baca surah Yasin!,ada benda sebelah aku ni," jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi,Khamis lalu. Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat,semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan. Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata,mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan. Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata,kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.Menurutnya,beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran. "Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan.Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat," katanya. Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi. "Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat," katanya - SH APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
FAKTA ATAU AUTA !!! KALAU 105 KERUSI PAKATAN MENANG !!! PKR DAPAT BERAPA KERUSI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 28 May 2012 05:00 AM PDT Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yakin Pakatan Rakyat mampu meraih sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen pada pilihan raya akan datang.Lima atau enam bulan lalu, BN beranggapan bahawa Pakatan hanya mampu memenangi 92 kerusi,kata Rafizi ketika melancarkan jentera pilihan raya parti. Namun selepas kajian semula,UMNO tahu bahawa UMNO akan berdepan dengan pembangkang yang mempunyai kekuatan 105 kerusi,katanya lagi.Oleh yang demikian,Rafizi menggesa jentera parti untuk bekerja lebih keras demi mendapatkan 10 lagi kerusi bagi membolehkan Pakatan meraih majoriti mudah.Sekiranya berjaya mendapat 105 kerusi,Pakatan memerlukan tujuh lagi untuk membentuk kerajaan. Azmin khabarnya tak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Rafizi ini.Alasan ??? Kerana pada pendapat Azmin,ianya masih terlalu awal untuk membuat kenyataan mengenai kekuatan PKR pada ketika ini sedangkan ada Negeri yang belum diselesaikan lagi isu pencalonan. Menurut info rakan blog ini saya Gelagat Anwar,PKR seboleh mungkin sedang mencari lebih 45 kerusi Parlimen yang boleh dimenangi pada ketika ini.Di Sabah,usaha sedang dilakukan untuk menarik beberapa buah parti/individu yang dirasakan boleh menang bagi menambah kuota kemenangan PKR. Kali ini,Azmin akan bergerak secara strategik dalam rakan Pakatan tetapi menuju kepada usaha memenangi 45 kerusi daripada 105 yang dimaklumkan oleh Rafizi.Barulah PKR akan menjadi parti peneraju kepada PR dan ini penting dalam meletakkan PKR dalam jawatan strategik selepas pilihanraya nanti. Sebenarnya,on paper,PKR baru sahaja mempunyai 21 kerusi (yakin menang).Masih banyak yang perlu ditambah.Proses negosiasi masih berlaku.24 kerusi lagi bukan boleh datang bergolek.Terutamanya,apabila ada pertindihan kerusi dengan PAS dan DAP.Azmin sudah pun sms Rafizi supaya lebih hati-hati dengan angka.Ini semua boleh membahayakan kedudukan PKR sendiri.Azmin juga sedang mendapatkan penjelasan dengan usaha PAS-DAP yang meninggalkan sama sekali PKR di Pahang. MAT SABU MENGHINA UMNO ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 28 May 2012 01:58 AM PDT Saya sebenarnya sudah malas untuk menulis dalam akhbar Utusan/Mingguan Malaysia.Keluar sahaja artikel,saya terus diserang.Tetapi bila akhbar ini diserang sedemikian rupa oleh ultra kiasu,malas atau tidak,terpaksalah juga saya tampil,bukan membela,tetapi berkata benar.Isu bukan Melayu sebagai Perdana Menteri bukan hari ini dibangkitkan oleh parti ultra kiasu.Tetapi sejak dahulu lagi.Cuba saudara pembaca buat kajian kenyataan demi kenyataan parti anti Melayu dan anti Islam ini sejak dahulu lagi.Bermula daripada ucapan-ucapan mereka dalam kempen pilihan raya umum (PRU) 1969,sehingga berlangsungnya PRU 1969 pada 10 Mei,diikuti perarakan kemenangan ultra kiasu di Kuala Lumpur 12 Mei,seterusnya membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan selepas itu.Saya tidak ingin mengungkap lagi apa yang telah berlaku.Biarkan sejarah berlalu.Tetapi provokasi mereka amat melampau.Saya menyeru kepada semua pembaca meluangkan masa membaca buku sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dalam pelbagai versi.Antaranya tulisan Goh Cheng Teik (1971),Leon Comber (1985),Tunku Abdul Rahman (2007) dan lain-lain lagi. Kata-kata seperti "Melayu sudah jatuh","Kuala Lumpur sekarang Cina punya","Ini negeri bukan Melayu punya","kita mahu halau orang Melayu" dan kata-kata seumpama itu adalah perkara biasa yang sering diulang-ulang sesama mereka hari ini.Saya bukan mahu mengapikan.Tetapi inilah bukti bagaimana sikap ultra kiasu tidak pernah berubah.Pada saya yang baik itu,baiklah.Perlu disokong.Namun,bila tiba bahagian mungkar,maka perlu ditolak.Hari ini mereka nampak lembut terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa.Apabila kuasa telah diperolehi nanti,rasalah akibatnya.Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat sokongan dalaman,tetapi juga luaran,terutama pulau kecil di selatan tanahair yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara kita.Menunggu masa sahaja untuk bertindak.Apakah kita masih buta? Pemimpin-pemimpin mereka selalu berulang alik ke sana mencari dan memberi maklumat.Ultra kiasu anak beranak itu cuba mempertahankan pengerusinya dengan merujuk kepada perlembagaan yang menyatakan bahawa jawatan PM terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Namun, katanya, berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu. Ya,saya tidak nafikan, tetapi jagalah adab-adab bila berbicara.Tidakkah kita tinggal di negara sebelah timur.Bila bercakap, berlapik kerana ini menyentuh sensitiviti orang lain.Sama seperti isu perkataan 'pendatang'.Perkataan ini amat sensitif.Kenapa tidak ada lagi orang Melayu yang bercakap menggunakan perkataan ini? Kerana ingin menjaga hati orang lain.Inilah adab-adab yang perlu kita belajar.Saya cadangkan parti ultra kiasu ini menganjurkan kursus kepada ahli-ahlinya.Kalaupun tidak ramai boleh berbahasa Melayu atau masih gagap,sekurang-kurangnya belajar menjaga sensitiviti kaum lain, terutama bangsa majoriti.Isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri amat sensitif kepada Melayu kerana ini adalah tanahair tumpah darah mereka kerana setiap bangsa ada tempat tumpah darahnya. Apakah kita masih tidak sedar? Kecualilah kalau kita masih terpengaruh dengan pemimpin ultra kiasu Singapura yang sudah tua itu. Beliau pernah berkata: Mengikut sejarah katanya orang-oranng Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil,cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini,kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha Agung Umno,Dato' Syed Jaafar Albar,yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun. Dari itu,adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa mereka adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka.Utra kiasu itu berkata lagi,beliau dapat menyusun-galur nenek moyangnya sehingga 100 tahun di Singapura.Beliau menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera Gugusan Pulau-Pulau Melayu (Lee Kuan Yew, 1965; Flether, 1969). Saya yakin ramai ultra kiasu masih terpengaruh dengan kata-kata ultra kiasu tua itu.Saya tidak nampak Utusan bersikap tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dalam melaporkan berita.Jika tidak benar,samanlah.Utusan tidak boleh asyik nak mengalah sahaja di kala orang lain terus menyerang.Mereka juga harus bertindak seperti akhbar Rocket,Suara Keadilan dan Harakah.Pemimpin ultra kiasu berkata,"Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka." Persoalan saya, apakah Umno atau Barisan Nasional mendapat liputan yang baik di muka hadapan akhbar-akhbar mereka? Tidak juga. Jadi,sebenarnya, mengata orang dia yang lebih.Saya berpegang kepada prinsip,"kita tidak akan menyerang jika tidak diserang.Tetapi kita tidak akan menyerang, tanpa tentangan". Menurut ultra kiasu,Utusan sengaja mencipta "isu yang tidak wujud" demi kepentingan politik dan berkempen menakut-nakutkan orang ramai, seperti "fitnah" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika Umno tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik.Pada saya,bukti sudah jelas di depan mata,apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura apabila ultra kiasu memegang kuasa.Terbelakah orang Melayu.Ada atau tidak,Melayu menjadi presiden Singapura selepas itu? Begitu juga kedudukan Melayu dalam jawatan berkaitan strategik dan keselamatam seperti perkhidmatan polis,tentera,pilot,imigresen dan sebagainya.Janganlah buat tidak tahu. Perancangan busuk ultra kiasu sudah termaktub dalam sejarah.Lepas ini mungkin ada yang berkata dalam blog saya,ada yang terasa nak murtad apabila membaca pandangan saya.Saya tidak boleh berbuat apa-apa.Saya hanya berkata benar.Jika ada yang mahu murtad disebabkan pandangan dan hak saya untuk bersuara,saya serahkan kepada Allah SWT. Tetapi saya tidak boleh berdiam diri melihat sahaja perancangan jahat orang lain. Kenyataan balas pengerusi ultra kiasu dibuat semata-mata strategi untuk menarik orang Melayu menyertai mereka setelah Tunku Abdul Aziz keluar parti. Kepada orang Melayu berada dan yang menyertai parti ultra kiasu ini, insaflah. Banyak lagi parti lain yang matlamatnya lebih jelas daripada parti ini.Pada saya,jika benarpun dari segi undang-undang,tidak perlu bercakap,kerana ia menyakitkan orang lain.Apakah mungkin Singapura berperdanamenterikan Melayu walaupun perlembagaan negara tersebut tidak menetapkan bangsa Cina sahaja yang akan menjadi perdana menteri? Apakah peluang tersebut akan diberikan kepada Melayu? Jauh panggang dari api.Saya bukan membela Utusan atau membela Umno.Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh bersetuju.Tetapi itu bukan bermakna kita boleh biarkan sahaja mereka diserang.Yang baik,sokonglah,yang salah,saya tolak.Tetapi ultra kiasu ini tidak sedemikian, termasuk ultra kiasu Melayu,buat baik,salah,buat jahat,lagi salah.Semua jadi serba salah.Inikah ciri orang bertamadun? Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah Ketua Jabatan, Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia |
Posted: 27 May 2012 09:51 PM PDT Saya berada di ceramah Ummi Hafilda malam tadi di Pantai Permai,Pantai Dalam yang bersebelahan dengan khemah ceramah PKR yang turut dihadiri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah.Semasa kedua-dua ceramah berlangsung,tiba-tiba Anwar Ibrahim tak pasal-pasal menjerit "Pemuda UMNO SIAL!" Tak tipu.Anwar memang cakap macam itu."Pemuda UMNO Sial" kata Anwar. Rupa-rupanya dia menuduh Pemuda UMNO baling batu ke kawasan ceramahnya.Sebenarnya yang baling batu ialah orang PKR sendiri! Lihat bukti seorang pemuda UMNO yang memakai baju Gelombang Merah menjadi mangsa keganasan PKR yang membaling batu ke khemah UMNO malam tadi.Adik ini kena 7 jahitan. Pemuda UMNO yg jadi Mangsa keganasan PKR di Lembah Pantai semasa ceramah Anwar dan Nurul Izzah Bukan dia saja yg kena,tetapi pendengar ceramah PKR sendiri turut jadi mangsa.Rupa-rupanya di sebelah PKR pun ada yang terkena balingan,seperti yang dilapor di Malaysiakini.Saya tak dapat memastikan dengan tepat siapa yang baling.Joe Pisang tak suka menuduh tanpa bukti tepat,bukan macam orang Pakatan Rakyat. TETAPI! Sebenarnya,ada beberapa eye-witness yang menyaksikan objek-objek terbang pada datang dari kawasan samseng-samseng AMK berkumpul. OBJEK TERBANG INI BUKAN SAJA MENGHALA KE KAWASAN UMNO TETAPI JUGA KE ARAH PENYOKONG MEREKA SENDIRI.REPEAT.ADA SAKSI YANG NAMPAK OBJEK TERBANG DATANG DARI TEMPAT PKR KE ARAH TEMPAT PKR YANG LAIN. DAN Takkan lah ada pemuda UMNO yang nak duduk tercongok celah-celah gerombolan AMK!!!! Ini twit-twit dari eye-witness yang nampak objek berterbangan semasa kejadian. dari Azrilbangsar : Tweet semasa time kejadian dari Zuhri Aziz : Lagi saksi yang nampak objek dibaling dari gerombolan PKR! Ingat Bersih 2.0, di mana ada seorang yang sengaja berlakon mati dan kemudian menghilangkan diri apabila dikesan ia hanya satu lakonan.Tetapi penyokong PR percaya habis beliau mati dan kata polis kejam. Sama lah dalam kes ini.Mereka baling sendiri,lepas tu letakkan kesalahan pada UMNO.Sedangkan perangai baling-membaling batu,tendang polis,terbalikkan kereta polis,bergaduh ini bukan budaya UMNO.Ia adalah budaya politik baru yang DIAMALKAN PKR DAN KINI DILIHAT SUDAH MENULAR DI KALANGAN UNIT AMAL PAS!. Berhati-hatilah dengan apa yang anda baca di Malaysiakini.Tolong sebar cerita sebenar ini! Sumber Joe Pisang MAT SABU MENGHINA UMNO ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA |
EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! MAT SABU MENGHINA UMNO !!! DIA KATA UMNO PENGKHIANAT ??? WAJIB LIHAT !!! Posted: 27 May 2012 07:00 PM PDT |
Posted: 27 May 2012 03:45 PM PDT seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut bersama ibu dan ibu saudaranya dalam kemalangan di KM70,Jalan Kota Tinggi-Kluang pada 24 Mei baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Kluang ACP Abdul Majid Mohd Ali berkata Sharmila Jumadi,2,ibunya Marlisa Mansor,25,serta ibu saudaranya,Maryana Mansor,22,meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya Sofea Balqis Jumadi,4,cedera parah. "Kemalangan berhampiran Ladang Tabung Haji itu berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi tadi apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu Marlisa dari arah bandar Kluang menuju arah Bandar Tenggara cuba memotong sebuah kereta Toyota Hilux di depannya.Dipercayai wanita berkenaan gagal memotong kenderaan terbabit lalu berlanggar dengan sebuah lori dari arah bertentangan sebelum berpusing dan kemudiannya dilanggar oleh Toyota Hilux yang tidak sempat mengelak," katanya ketika dihubungi. Bernama Melaporkan Abdul Majid berkata pemandu lori yang berumur 29 tahun dan pemandu Toyota Hilux yang berumur 40 tahun itu,bagaimanapun,tidak mengalami kecederaan.Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai kes berkenaan dan siasatan mengenainya dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat manakala Sofea Balqis dihantar ke Hospital Sultanah Aminah,untuk rawatan. Berikut adalah petikan dari blog http://budakbakong.blogspot.com mengenai peristiwa itu… 3.Aku sempat meninjau lokasi kemalangan sebanyak dua kali..lagipun jalan ni lah yang aku selalu gunakan..sesungguhnya aku tak percaya kemalangan yang tragis dan amat memilukan ini boleh berlaku di jalan yang begitu lebar bahkan begitu lurus sekali!!!!sayang sekali tiada saksi kejadian yang betul2 melihat apa sebenarnya berlaku..agak mustahil arwah tidak dapat melihat kehadiaran treller yang sebegitu besar kerana jalan begitu luru sekali!!!!!puas aku termenung mencari jawapan..hingga kini sukar untuk menerima hakikat macam mana kejadian berlaku..itu aku..bagi keluarga mangsa lagi la sukar untuk mempercayainya..maka tidak hairanlah suami si mati yakni suami kepada marlisa dan ayah kepada sharmila jumadi sim telah beberapa kali pengsan tahkala menghadapi saat getir dalam hidupnya.. 4.Sebaik sahaja mendapat maklumat bos aku yang tahkala ini sedang bercuti segera memberi arahan agar aku segera menyelesaikan kes ini..jadi seawal pagi aku dah bertolak ke Felda bukit tongkat dimana aku pasti dan bertekad akan menyelesaikan semua urusan hari ini juga!jadi aku tak nak buang2 masa terus ke felda bukit tongkat untuk mencari rumah waris mangsa kemalangan tersebut..puas jugakla berpusing pusing nak cari rumah mereka ni..last2 suh pakcik jaga pi tunjuk tak tau nape selama ini kami cukup biasa selok belok jalan felda bukit tongkat,namun hari ni lain..lain kerana fikiran kami melayang layang tak tenang..masih terharu dengan kejadian tersebut.. 5.Sejujurnya ini antara kes yang menyayat hati yang pernah aku jumpa..aku tal kisah mengalir air mata kerana kes ini..tiada perasaan malu dikala itu kerna segalanya berlaku secara semulajadi..sebaik tiba dirumah pakcik mansor..ayah kepada 2 mangsa yang meninggal dunia ini serta kehilangan cucu kesayangan aku dan rakan setugas disambut mesra..aku faham mereka masih lagi dalam keadaan bersedih..bahkan air mata bercucuran tahkala menyambut kedatangan kami..saat ini aku tak mampu untuk berkata apa2..kami berbalas air mata kelu lidah tidak terkata hanya linangan air mata pemecah bicara.. 6.Selang 2-3 minit kemudian rombongan guru2 dari sekolah anak arwah belajar juga tiba..sekali lagi mereka menangis hiba..lantas aku biarkan mereka tenangkan diri terkebih dahulu..rasanya jika keadaan ini berterusan aku boleh memohon diri untuk balik..tak sanggup aku meneruskan tugas dalam keadaan sebegini..namun mereka menghalang niat aku..takpa mereka perlukan sokongan sebenarnya..aku dengan satu persatu cerita mereka..sedan sedu esak tangis sentiasa menjadi irama mengiringi perbualan kami…ohh ayahandaku mansor..ohh kakanda jumadi tabahkan hatimu…kuatkan semangat..hidup perlu diteruskan walau apa cara sekalipun..patah sayap bertongkat paruh patah paruh bertongkat dagu patah dagu maka bertongkat kuku..namun mengalah jangan sekali! 7.Hebat sungguh dugaan bulan rejab kalian..selepas ini kalian akan menyambut ramadan dan syawal tanpa insan tersayang.. 8.Aku hanya mampu berdoa…moga kalian dikuatkan semangat..simpanlah air mata kesedihan itu..nyahkan ia jauh jauh..biarlah ia berlalu pergi biarkan kesedihan itu berlalu..sesungguh kalian diantara orang2 yang terpilih untuk diuji.. Akan bersambung nanti…..sempat jugak menziarahi pusara arwah.. AL-FATIHAH... |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment