Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANAS!! Pusat Pelacuran Kelantan di dedah!!
- TERKINI!! DEMONTRASI BANTAH PEMBALAKKAN TERLAMPAU DI KEDAH!!
- KASI PANAS!! Apabila Anwar nak minta maaf pada Ghafar Baba!!
- HANGGIT!!! APA DATUK LATT SHARIMAN BUAT DI SIAM???
- PANAS!! Pas Kambing Hitamkan Soi Lek!!
- TUDIAA!! Demo Jalanan Tak Puas Hati Terhadap Pas Kedah!!
- PANAS!! Siapa Nak Jadi Calon BN, Sila Bayar Dulu!!
- KASI PANAS!! Kisah benar, Anwar Lari Kedutaan Turki!! - YB Zul Nordin!!
PANAS!! Pusat Pelacuran Kelantan di dedah!! Posted: 31 Oct 2011 10:13 AM PDT Ternyata sebelum Februari 2011, ramai diantara kita tidak pernah dengar bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Tetapi apabila blog ini mendedahkan aktiviti pelacuran di Kelantan, ramai penyokong tegar PAS yang mahu menutup malu memberitahu kita bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Yang pasti, tidak ramai umat Islam ke Mekah mengambil kesempatan meninjau aktiviti pelacuran di sana. Minggu lepas, agen Johnson dan saya kembali ke Kota Bharu untuk membuat tinjauan susulan terhadap aktiviti pelacuran di bandar itu setelah pendedahan kami memaksa Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam bertindak menyerbu sarang pelacuran di sana. Daripada sumber-sumber risikan kami, tindakan MPKB-BRI yang melepas batuk ditangga itu tidak membawa apa-apa kesan terhadap aktiviti pelacuran di Kota Bharu. Sumber risikan kami juga melaporkan aktiviti tersebut masih bergiat aktif di lokasi yang sama. Video di bawah adalah bukti yang kami perolehi sendiri hasil Ops Johnson II yang telah menunjukkan kesahihan sumber yang kami terima. Kami dapati aktiviti pelacuran di Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis, yang hanya 400 meter dari Pejabat Menteri Besar Kelantan terus aktif. Aktiviti di situ bermula seawal jam 7.30 malam dan reda menjelang jam sepuluh malam sepanjang 3 hari tinjauan kami. Cerita panas ni sambung baca SINI | ||||||||||||||||||
TERKINI!! DEMONTRASI BANTAH PEMBALAKKAN TERLAMPAU DI KEDAH!! Posted: 31 Oct 2011 06:09 AM PDT
Hari ini 31 oktober 2011 HAMPIR 100 orang penduduk-penduduk kampung sekitar daerah Pendang dan Padang Terap membuat demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh regim Pas Kedah yang meluluskan lesen pembalakan kepada sebuah syarikat Ng N Beh Trading,no lesen KT 01-(P)-52-2011 di kawasan HUTAN SIMPAN KEKAL BUKIT PERAK sejak lebih sebulan yang lalu. Tindakan kerajaan negeri Kedah itu telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk-penduduk di 7 buah kampung iaitu Kg Sg Mas,Kg Sg Pisang,Kg Sungai Siput,Kg Mahawangsa,Kg Lasau,Kg Titi Akar dan Kg Padang Durian kerana aktiviti pembalakan tersebut dilakukan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air bagi ketujuh2 buah kampung terbabit. Menurut Abdullah b. Shaari S/U JKKKP Kg Mahawangsa dan juga S/U bg Jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak,kerajaan pas Kedah telah bertindak zalim terhadap penduduk2 di 7 buah kampung terbabit kerana meluluskan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air yg menjadi sumber air mereka sejak dari dulu lagi. Malah,kerajaan negeri langsung tidak pernah memaklumkan langsung kepada penduduk2 kampung serta kepada jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak. Akibat daripada aktiviti pembalakan tersebut,air yang disalurkan ke rumah mereka menjadi keruh berwarna merah hingga menyukarkan kehidupan seharian mereka. Lebih mendukacitakan lagi,apabila ada kematian di kampung mereka kerana urusan memandikan jenazah terpaksa menggunakan air yang kotor. Sebagai mewakili penduduk2 kampung,Abdullah Shaari menegaskan yang demonstrasi yang diadakan tadi adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan negeri agar prihatin dan mendengar keluhan mereka agar membatalkan kembali lesen balak yang dikeluarkan kepada syarikat terbabit. Tinjauan kami di lokasi Pusat Pengumpulan Balak Bukit Merah yang menjadi tempat demonstrasi tadi,kami mendapati banyak kayu kayu balak yang dikumpulkan di situ sebelum di hantar ke kilang memproses kayu balak. Apa yang memeranjatkan,terdapat banyak kayu2 balak yang bersaiz kecil. Bagaimana kayu balak yang bersaiz demikian boleh di tebang? Patutlah hasil kutipan balak Kedah di bawah pentadbiran Pas meningkat berkali ganda berbanding kutipan di zaman kerajaan BN dulu. Rupa-rupanya,sekarang ini semua pokok di tebang tanpa mengira saiz,samaada kecil ataupun besar hingga habis gondol hutan. Rata-rata penduduk yang ditemui,melahirkan rasa kecewa dan tertipu dengan janji-janji Pas sebelum ini yang kononnya akan mentadbir Kedah dengan lebih baik lagi daripada BN. Hakikatnya kini,kerajaan pas dilihat lebih zalim dan rakus berbanding BN dulu kerana meluluskan lesen pembalakan dengan sewenang-wenangnya walaupun di Hutan Simpan Kekal. Ketua Pemuda UMNO Kedah Hj Badrol Hisham yang ditemubual oleh para wartawan semasa demonstrasi tadi menjelaskan yang kerajaan Pas kedah dilihat terlalu bergantung kepada hasil balak semata-mata untuk menjana pendapatan negeri hingga sanggup meluluskan lesen balak di kawasan tadahan air Hutan Simpan Kekal. Berbeza dengan polisi kerajaan BN ketika mentadbir Kedah dulu yang tidak terlalu fokus dengan hasil pendapatan daripada sumber balak sebaliknya lebih menumpukan kepada pendapatan daripada Pelaburan Asing (FDI),pelancongan dan lain-lain lagi. Pentadbiran pas dilihat tidak kreatif untuk menjana pendapatan negeri. Terbukti pas Kedah GAGAL mentadbir negeri Kedah dengan berkesan. Negeri Kedah yang kaya dengan kawasan hutan,yang boleh dieksploitasikan untuk pelancongan kini semakin terhakis akibat kerakusan regim pas Kedah meluluskan lesen aktiviti pembalakan,hatta di kawasan yang telah pun diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal. Rakyat Kedah WAJIB bangkit menjatuhkan Pas Kedah pada PRU13 nanti kerana Pas Kedah bertindak zalim terhadap alam sekitar dan rakyat. Menjadi kewajipan kita untuk sama-sama mempertahankan bumi Kedah Darul Peace daripada kezaliman regim Pas Kedah. JOM KALEH KEDAH!!! Gambar dan Artikel : Aktivis UMNO Pekan Naka McTheory: Patutla pendapatan balak banyak, puak ni dok sapu licin semua pokok muda.. mampuih la.. | ||||||||||||||||||
KASI PANAS!! Apabila Anwar nak minta maaf pada Ghafar Baba!! Posted: 31 Oct 2011 03:07 AM PDT Memang patut tengok video ni.. kah kah kah.. Anwar.. hai la Anwar.. | ||||||||||||||||||
HANGGIT!!! APA DATUK LATT SHARIMAN BUAT DI SIAM??? Posted: 31 Oct 2011 12:39 AM PDT Misi bantuan kemanusiaan Malaysia kepada mangsa banjir di Thailand, yang diselaraskan oleh Pejabat Perdana Menteri, berupa satu kontena mengandungi lebih 1,000 karton air minum tiba di sini malam tadi.Penyelaras misi penghantaran itu, Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah (gambar), berkata empat lagi kontena air minum akan dihantar dengan lori treler dan dijangka tiba menjelang Selasa ini. Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencetuskan idea supaya badan bukan kerajaan (NGO) membentuk satu gabungan bagi mengumpul sumbangan untuk dihantar kepada mangsa banjir Thailand."Pada masa ini mereka sangat memerlukan air minum berikutan bekalan air bersih di Bangkok terputus malah Pegawai Khas Perdana Menteri Yingluck Sinawatra memberitahu mereka amat memerlukan air minum."Pihak berkuasa Thai turut memberi bantuan dan komitmen penghantaran bantuan itu berjalan lancar," kata Latt Shariman kepada wartawan Malaysia yang turut serta dalam misi itu. Air minum tersebut diserahkan kepada Ketua Polis Hatyai, Jirawat Payungtham yang akan menguruskan penghantarannya ke Bangkok.Katanya, pasukan St. John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah Kedah dan Pulau Pinang serta Barisan Kola (UMNO Kuala Kedah) yang membentuk satu gabungan misi 'Bantuan Banjir Thailand' menerima banyak sumbangan daripada syarikat korporat dan individu. Latt Shariman yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah berkata, bantuan lain kepada mangsa banjir Thailand akan menyusul kerana banyak lagi bantuan dijangka diterima.Sebelum ini kerajaan Malaysia telah menyumbang sebanyak RM1 juta kepada kerajaan Thailand untuk membantu mangsa banjir.Sementara itu, Jirawat, bagi pihak kerajaan dan rakyat Thailand mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang bermurah hati dan bersimpati dengan menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa banjir di negara itu. Beliau juga berkata, kerajaan Thailand telah membuat persiapan untuk menghadapi kemungkinan banjir melanda Hatyai seperti tahun lepas. "Pada masa ini sukar meramalkan banjir akan melanda Hatyai kerana ia bergantung kepada cuaca dan hujan pada November ini," kata Jirawat. - BERNAMA PMK INGATKAN APA KERJA LA DATUK LATT BUAT KAT SANA..SEBUT SIAM NI SENSITIF WOO..SILAP2 ADA BIDEO NANTI..TP BIDEO SERAH BANTUAN LA..HAHAHA..BKN MACAM BIDEO NUAR BERAHIM.. DATUK,JANGAN LUPA PERSIAPAN BANJIR KAT KOLA SAMA,STANBY BANYAK2 SKIT AYAQ BERSIH,NAK HARAP BANTUAN DARI KERAJAAN PAS JENOH TUNGGU LA..AYAQ BAH SURUT BELUM TENTU BANTUAN SAMPAI..MACAM TAK PENAH KENA TAHUN LEPAS.. | ||||||||||||||||||
PANAS!! Pas Kambing Hitamkan Soi Lek!! Posted: 31 Oct 2011 12:09 AM PDT Pas makin mengelupur apabila isu hudud semakin hari semakin meracuninya. Hinggakan Nik Aziz sendiri pun dah tak berani nak menyebut pasal hudud lagi takut kena maki dengan Dap. Namun untuk menutup salah sendiri, Pas sengaja mencari kambing hitam untuk dipersalahkan. Kali ni Soi Lek pula menjadi mangsa untuk menutup kelemahan Pas yang terserlah akibat menolak untuk melaksanakan hukum hudud. Pas dan segala jentera cybertropnya hari demi hari menyiarkan kenyataan Soi Lek yang menolak hudud dan menyalahkan UMNO kerana membiarkan Soi Lek mempersendakan hudud kononnya. Pendirian Soi Lek sebenarnya sama seperti Dap. Tak ada beza pun pendirian Guan Eng dan Soi Lek ni. Malah Soi Lek lebih jujur berbanding Guan Eng, yang banyak cakap belakang dari cakap depan. Sebagai seorang Presiden MCA, sememangnya Soi Lek menolak hudud, dia pun bukan Islam, jangan harap la orang bukan Islam nak menyokong hudud, kalau benar dia menyokong hudud, sudah semestinya dia memeluk Islam. Dap yang dok berpeluk, bercium dengan Pas pun tak sokong hudud. Kalau kerajaan nak laksanakan hudud pun, kita tak boleh buat sekaligus. Terus declare akan laksanakan hudud secara tiba2. Terkejut rakyat. Semuanya kena perlahan-lahan, ubah sikit2. Pas tak faham, mereka mengunakan secara ekstrimis. Menekan untuk orang supaya menerima Islam, sedangkan Islam tidak ada paksaan. Sebab tu Islam di lihat sebagai agama yang kasar dan keras, sebab ada orang2 macam ni la. Gunakan akal untuk orang asing menerima Islam. Kalau seseorang muslim tidak bersembahyang, wajib kita tegur kerana dia memang muslim. Namun kalau orang bukan Islam tak menerima Islam, takkan kita nak paksa? Kalau kita paksa, dan mereka menerima, itu bukan ikhlas, itu paksaan. Tak guna menerima kalau hati tidak ikhlas.. McTheory: Islam agama yang suci.. tolong jangan kotorkan demi politik.. | ||||||||||||||||||
TUDIAA!! Demo Jalanan Tak Puas Hati Terhadap Pas Kedah!! Posted: 30 Oct 2011 09:07 PM PDT Kisah dan gambar ni di ambil dari satu blog baru Info 4 The Truth Perhimpunan aman NGO GAGAH (Gabungan Generasi Hilang Tanah) di hadapan kilang Gula Padang Terap (GPT) bagi menuntut janji-janji Kerajaan Negeri PAS Kedah yang berjanji akan menyelesaikan masalah tanah mereka. Semasa kempen PRU-12 dahulu, PAS Padang Terap dan YB Nasir Zakaria telah berjanji akan menyelesaikan masalah tanah mereka jika PAS menjadi Kerajaan Negeri. Walaupun masalah tanah penduduk Padang Sanai sebenarnya sudah lama sejak zaman Barisan Nasional memerintah lagi selepas Kerajaan Negeri mewujudkan ladang tebu yang antara tujuannya adalah utk mengekang ancaman Komunis dahulu. Isu utamanya di sini adalah PAS telah berjanji dan memberi harapan palsu kepada penduduk yang kononnya mereka akan menyelesaikan masalah tanah mereka jika mereka dipilih menjadi Kerajaan Negeri. Bagi membuktikan janji yang dibuat, PAS menunjukkan Manifesto PAS Kedah pada PRU-12 yang antara lain berbunyi "PAS akan menyelesaikan masalah tanah rakyat Kedah". Kini apabila PAS sudah memerintah Kedah hampir 3 tahun lebih, langsung tiada usaha daripada PAS untuk menunaikan janji-janji yang mereka sendiri lafazkan. Akibatnya, penduduk-penduduk Padang Sanai, Daerah Padang Terap mula menuntut apa yang telah dijanjikan oleh PAS dahulu. PAS Padang Terap cuba lepas tangan dengan spin isu menyalahkan Kerajaan BN sebagai punca masalah tersebut berlaku. Ramai ahli-ahli PAS di Padang Sanai yang marah dengan sikap PAS Padang Terap yang cuba lepas tangan hingga menyebabkan 35 orang ahli PAS daripada Cawangan Kampung Baru di Padang Sanai isytihar keluar PAS dan sertai UMNO termasuk juga bekas Ketua MKK Kampung tersebut serta Setiausaha MKK hingga menyebabkan Cawangan PAS di kampung tersebut lumpuh. Atas inisiatif Dato' Syed Sobri ADUN Kuala Nerang merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, telah menubuhkan sebuah NGO yang digelar sebagai GAGAH yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli PAS di sekitar Padang Sanai bagi menuntut Kerajaan Negeri dan Syarikat Tradewind milik Tan Sri Mokhtar menyelesaikan masalah tanah mereka. Kemuncaknya, hari ini wakil-wakil daripada NGO GAGAH dan PERKASA Padang Terap telah menyerahkan memorandum bantahan kepada MB Kedah Azizan di Wisma Darul Aman seterusnya membuat perhimpunan aman di hadapan kilang Gula Pdg Terap (GPT) yang dihadiri oleh 1,000 orang lebih penduduk kampung di sekitar Padang Sanai pada pukul 2.30 petang. Walau bagaimana pun, perhimpunan terpaksa bersurai setelah diarahkan oleh pihak polis setelah ada pihak yang membuat laporan. Sungguh pun begitu penduduk Padang Sanai akan terus berjuang bagi menuntut janji-janji daripada Kerajaan Negeri PAS serta menuntut hak mereka dikembalikan semula. Wakil daripada PAS Padang Terap langsung tidak kelihatan. Ahli Parlimen Padang Terap YB Nasir Zakaria merangkap Ketua Pemuda PAS Padang Terap dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, lngsung tidak kelihatan. " Kembalikan Tanah Hak Kami ! " Kehadiran POLIS untuk meleraikan himpunan aman GAGAH " Kembalikan Tanah Hak Kami ! " Penduduk kampung berarak dalam himpunan aman GAGAH. Khemah Himpunan GAGAH Dato' Syed Sobri bersama wakil MCA " Kembalikan Tanah Hak Kami ! " " Janji wajib dikota, kata perlu dilaksana hak rakyat wajib dibela..... " " KEMBALIKAN HAK RAKYAT TANAH WARISAN UNTUK GENERASI MASA DEPAN " Penduduk kampung " BUKTI !!!!! Penduduk kampung tidak berbohong !!!! " Penduduk penduduk kampung yang hadir tadi Antara penduduk yang terlibat Antara penduduk yang terlibat Tandatangan penduduk-penduduk yang ingin menuntut HAK mereka ! Wakil GAGAH memberi taklimat dan ucapan Semakin hari semakin dahsyat rakyat Kedah Padang Terap menuntut janji, mengamuk demi membuktikan kerajaan Pas Kedah telah mungkir janji pada mereka. Memang patut siri demo menunjukkan ketidak puasan hati, diteruskan hingga ke PRU ke 13. Untuk mengingatkan rakyat Kedah yang lain, supaya tidak terpedaya dengan janji manis dan tipu helah dari kerajaan Pas Kedah. Berjanji memang la senang, bila dah jadi kerajaan boleh pula depa buat2 lupa. Rakyat juga yang kena tipu. Haprak punya orang! McTheory: Slogan kebajikan tu sebenarnya, kebajikan rakyat pada Pas.. bukan Pas kepada rakyat, kena ingat tu.. | ||||||||||||||||||
PANAS!! Siapa Nak Jadi Calon BN, Sila Bayar Dulu!! Posted: 30 Oct 2011 06:07 PM PDT "Siapa kata nak jadi calon Umno atau Barisan Nasional (BN) kena bayar?," tanya Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurutnya, Umno tidak pernah dalam sejarahnya meminta sesiapa yang berhasrat mahu bertanding pada pilihan raya membayar dalam jumlah tertentu untuk memastikan nama mereka dipilih oleh pucuk pimpinan parti. "Ini semua mengarut. Kita tidak pernah pun buat seperti itu. Kalau ada orang yang minta wang kononnya untuk bawa nama jadi calon, jangan percaya," katanya. Tengku Adnan mengulas dakwaan ada beberapa individu tertentu pada masa ini yang dikatakan turun ke merata bahagian Umno di seluruh negara atas arahan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat penilaian dan laporan mengenai ahli parti yang layak dan mendapat sokongan untuk diangkat sebagai calon pilihan raya umum akan datang. Namun di sebalik itu, ada pula dakwaan kononnya kumpulan penilai terbabit meminta sejumlah wang tertentu kepada mereka yang mahu menawarkan diri untuk membolehkan nama mereka diajukan terus kepada Najib. "Sebenarnya tidak ada sesiapa yang kita arahkan untuk berbuat demikian (penilaian) melainkan mereka yang diberi tauliah khusus oleh Ibu Pejabat Umno atau Ibu Pejabat BN. Tugasan mereka juga tidak melibatkan sebarang pemberian," katanya. Tengku Adnan menasihatkan sesiapa yang didekati individu seperti itu supaya jangan terlalu ghairah mahu jadi calon pilihan raya dengan membiarkan diri mereka terdedah kepada ruang untuk diperdaya oleh pihak yang mahu meraih keuntungan segera menjelang pilihan raya dengan menggunakan nama Umno dan BN. | ||||||||||||||||||
KASI PANAS!! Kisah benar, Anwar Lari Kedutaan Turki!! - YB Zul Nordin!! Posted: 30 Oct 2011 11:05 AM PDT Pendedahan berani YB Zul mengenai Anwar yang menipu rakyat Malaysia!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment