Kedah Ke KL - MctHeory |
- VIDEO LAWAK!! Askar Nak Bunuh Diri!!
- TUDIAA!! Projek Jambatan "Halimunan" Satu Lagi Projek Kerajaan Pas Kelantan!!
- PANAS!! Pasal Laporan Audit, TPM Kata Anwar 'Baghal'..
- GEMPAR!! Michelle Yeoh Sertai BN Perak?
- PANAS!! Dap Bawa Pengundi 'Import' dari Singapork?
- KASI PANAS!! Bila YB Zul Hempuk Pala Anwar!!
VIDEO LAWAK!! Askar Nak Bunuh Diri!! Posted: 29 Oct 2011 09:08 AM PDT he he he.. lari selamatkan diri.. kalau tak lari, confirm nak bunuh diri.. | ||
TUDIAA!! Projek Jambatan "Halimunan" Satu Lagi Projek Kerajaan Pas Kelantan!! Posted: 29 Oct 2011 06:08 AM PDT
Projek jambatan yang tak nampak ni dah lama di janjikan, namun sampai sekarang satu apa pun takdak lagi. Sebab tu orang kampung panggil jambatan halimunan. Nama Projek : Jambatan Merentangi Sungai Kelantan dari kampung Cina, Kota Bharu ke Palekbang di Tumpat Tempoh Janji PAS : Sudah menjangkau 11 tahun Yang Dibina : Hanya batu asas yang telah lusuh (seperti gambar di atas) "Janji nak bagi jambatan, yang rakyat dapat hanya batu asas" Itulah kata-kata yang diterima bersama laporan yang telah diemail untuk disampaikan kepada pembaca. Sudah lebih 21 tahun memerintah, namun tiada janji yang dikota malahan ditambah pula dengan janji-janji kosong yang lain. Maka adakah ini juga membuktikan bahawa ''undi PAS masuk syurga'' adalah suatu pembohongan besar? sambung baca sini Sebab tu Mc kata, batu asas ka, batu nesan? Orang sini dah puas kena bohong, nak undi Pas lagi ka? Nak masuk syurga? Syurga bukan kepunyaan Pas, syurga milik Allah SWT. Jangan risau, undi UMNO pun boleh masuk syurga, asal ikut suruhan Allah dan hindari larangan Allah SWT. Bukannya dengan undi Pas.. McTheory: Muslim yang baik berpegang pada Rukun Islam dan rukun Iman. Rakyat yang baik, berpegang pada rukun negara.. | ||
PANAS!! Pasal Laporan Audit, TPM Kata Anwar 'Baghal'.. Posted: 29 Oct 2011 03:08 AM PDT Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang diumumkan baru-baru ini adalah gambaran kegagalan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, sebagai pemimpin yang pernah menerajui agensi serta kementerian ketika berada dalam kerajaan, Anwar sepatutnya mengetahui matlamat laporan tersebut dibuat. Malah katanya, laporan itu bukan sahaja menyentuh agensi, kementerian atau kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN), tetapi turut merangkumi teguran-teguran ke atas pentadbiran negeri yang dikuasai pakatan pembangkang. ''Laporan mencakupi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri, tidak terkecuali negeri di bawah pembangkang kerana ada juga perkara-perkara yang mereka perlu jawab. ''Saya tidak fikir Ketua Pembangkang yang pernah berada dalam kerajaan dan menerajui kementerian tidak tahu perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program School Times di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuloh, Lekir di sini, hari ini. Muhyddin diminta mengulas kenyataan Anwar dalam laporan portal Malaysiakini.comsemalam yang memetik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai berkata, perkara yang didedahkan dalam laporan tersebut membuktikan kegagalan program transformasi kerajaan. Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu memahami bahawa laporan tersebut amat penting dalam usaha kerajaan untuk memastikan setiap masalah atau kelemahan yang timbul di peringkat pelaksanaan belanjawan negara dapat diatasi dari semasa ke semasa. ''Kerajaan faham laporan audit ini penting kerana kita mahu supaya prinsip-prinsip seperti ketelusan dan akauntabiliti dijadikan sebagai asas paling penting dalam kita menguruskan belanjawan negara," jelasnya. Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak yang berkenaan mengambil serius segala teguran yang terkandung dalam laporan tersebut dengan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang timbul. Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya terdapat bukti berlaku elemen penyalahgunaan kuasa dalam perkara yang dibangkitkan melalui laporan itu, tindakan disiplin juga boleh diambil. ''Tetapi yang penting bagaimana teguran itu dijadikan panduan untuk tentukan supaya belanjawan negara melalui kementerian atau agensi terbabit dimanfaatkan sebaik mungkin untuk rakyat jelata," ujarnya. sumber SINI McTheory: Anwar sejak kawan dengan Mat Sabu ni, otak dia dah kena jangkitan 'B' yang berlebihan.. heh.. | ||
GEMPAR!! Michelle Yeoh Sertai BN Perak? Posted: 29 Oct 2011 12:06 AM PDT Ceritanya bermula apabila Datuk MichelleYeoh menyuarakan bahawa dia berminat untuk menyertai politik Malaysia setelah beliau berlakon di dalam filem 'The Lady'. Namun benarkah berita ini? Kini desas desus kedengaran pula Michelle Yeoh akan memulakan langkah politiknya di Ipoh Perak, tempat kelahirannya... Ibu Michelle, Datin Janet Yeoh. tidak menafikan ada mendengar berita ini daripada kawan kawannya. Manakala bapa Michelle, Datuk Yeoh Kian Teck adalah orang kuat MCA yang juga seorang peguam dan ahli perniagaan yang sangat dihormati dibandar Ipoh. Baguslah sekiranya Michelle berhasrat membantu polotik tanahair lebih lebih lagi mengembalikan sokongan undi kaum cina yang semakin menjauhi sokongan mereka terhadap BN. Ikon baru seperti Michelle mungkin boleh menarik sokongan pengundi generasi muda yang mudah terpesong kearah menjulang pimpinan DAP seperti Teoh Nie Ching, Hanna Yeoh, Teresa Kok dan lain lain lagi. Sekiranya benar Michelle Yeoh terjun kedalam dunia politik menjelang PRU ke 13 ini, ia akan memeriahkan lagi penyertaan artis artis setelah Bob Lokman, Sham Kamikaze, Ustaz Akhil Hayy dan Wardina Safiyyah berbuat demikian terlebih dahulu. Sumber Blog MIK McTheory: Penyuntik semangat besar pada MCA Perak.. | ||
PANAS!! Dap Bawa Pengundi 'Import' dari Singapork? Posted: 28 Oct 2011 09:08 PM PDT Telah dikhabarkan kini pertubuhan haram BERSIH sedang giat bergerak aktif dengan slogan Bersih 3.0 mengajak warganegara Malaysia yang bekerja dan duduk di Singapura untuk mendaftar undi. Pelik dan hairan kerana mereka bergerak seakan mereka mampu untuk mendaftarkan pengundi baru yang sepatutnya dilakukan oleh SPR ataupun mereka hanya ingin mendapatkan pengundi hantu. Desas-desus mengatakan kali ini Bersih dipimpin oleh Maria Chin Abdullah, maka Ambiga dan Mat Sabu sebagai apa? Apa agenda mereka? Persoalan yang timbul :
Cerita ini yang dibawa oleh Keris 7 Lok. Memang ada kebenaran seperti yang dikatakan oleh blogger Keris, mereka mendaftarkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapork. Kemungkinan besar, rakyat Singapork juga akan didaftar, dibawa masuk menjadi pengundi hantu pada PRU nanti. Dap mengunakan kaedah daftar dan pindah untuk menyalurkan pengundi baru (hantu) kepada kawasan yang mereka kalah dengan majoriti yang tipis. Taktik ini dapat di kesan dibeberapa tempat, seperti Johor, Melaka dan Sungai Petani. Pertambahan pengundi cina (pengundi baru) bertambah dengan cepat. Malah ada kes pemindahan pengundi, dari tempat yang majoritinya tinggi dihantar ke tempat yang Dap kalah dengan majoritinya yang kecil. Namun Mc tidak pula Mc tahu apakah perkara ini sudah disedari oleh SPR? Atau SPR sememangnya sedang menyiasat? Atau tak sedar langsung? Pada sesiapa ada maklumat yang lebih tepat mengenai perkara ini, sila emailkan kepada Mc. Mctheory@yahoo.com McTheory: SPR pun kadang2, tidornya pun boleh tahan jugak.. | ||
KASI PANAS!! Bila YB Zul Hempuk Pala Anwar!! Posted: 28 Oct 2011 05:12 PM PDT Kepada dajal Pakatan, YB Zul ni bekas peguam Anwar. Rahsia Anwar berada di dalam poket beliau saja. Beliau lebih mengenali setan2 Pakatan dari kalian semua. Beliau telah mengeluarkan statemend pelbagai mengenai Anwar, namun Anwar nak jentik beliau pun takut. Bukan kata saman, nak jentik pun takut. Kes liwat Anwar masih berjalan dan akan berakhir, pernahkah anda berfikir, kenapa dalam ramai2 lawyer Anwar, ktidak ada seorang pun Melayu Islam. Dulu ada, tapi banyak yang dah letak jawatan. Lari dari Anwar, kenapa? Tak sanggup menipu? Atau mereka tahu sememangnya Anwar meliwat! Tepuk dada, tanya akal! McTheory: Anwar, kami kenal siapa kamu.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment