Kedah Ke KL - MctHeory |
- LAWAK TENGAH MALAM!! Bila Ultraman Boleh Lupa Skill!! kah kah kah..
- TUDIAA!! Anwar mengamuk dengan blogger tak sekolah ye..
- Munajat DR.HASSAN ALI kepada umat Islam!!
- PANAS!! Apa Agaknya Anwar Buat di London Jumpa Al Gore?
- Tiket Final Mahal!! Berlagaknya FAM, Kena HACK! Ambik ko habuan!!
- TUDIAA!! Apa Tujuan Hudud Pas Sebenarnya??
LAWAK TENGAH MALAM!! Bila Ultraman Boleh Lupa Skill!! kah kah kah.. Posted: 28 Oct 2011 10:05 AM PDT Macam-macam ada.. bangang betui.. |
TUDIAA!! Anwar mengamuk dengan blogger tak sekolah ye.. Posted: 28 Oct 2011 05:39 AM PDT Dengar kata Anwar mengamuk gila sekarang ni, marah benar dia dengan blogger pro UMNO yang dikatakan tak sekolah ni. Apa dah jadi Anwar? Mana blogger2 dan cybertroopers Pakatan yang banyak2 tu? Pakatan telah mengupah seramai 500 orang cybertroopers (blog,fb,tweet) untuk menyerang kembali blogger, facebookers dan tweeters yang pro UMNO ni. Masalahnya Pakatan memperuntukan serangan sampai berjuta-juta bagi membayar belaan mereka untuk mengalahkan kami yang dok sokong UMNO ni. Tengoklah betapa hebatnya blogger tak sekolah ni (gelaran yang diberi oleh akhbar cina rasis). Hinggakan pemimpin Pakatan termasuk pemimpin-pemimpin tertingginya kecut perut bila mendengar nama blogger tak sekolah ni. Tengok dalam video You tube pun kita dah boleh tahu betapa risaunya Anwar dengan blogger tak sekolah ni. Hinggakan dia sampai tahap memaksa jenteranya bergerak. Hakikatnya cybertroopers Pakatan ni lemau, lagi lemau dari biskut marie yang kena air kopi. he he.. Dah bagi duit pun malas nak buat kerja. Tak boleh pakai punya orang. McTheory: Nampak sangat Anwar takut dengan blogger tak sekolah ni.. |
Munajat DR.HASSAN ALI kepada umat Islam!! Posted: 28 Oct 2011 02:18 AM PDT Video semasa HIMPUN! |
PANAS!! Apa Agaknya Anwar Buat di London Jumpa Al Gore? Posted: 28 Oct 2011 12:08 AM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di London untuk menghadiri mesyuarat dengan salah orang rakan baik dan mentornya, Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. "London: perbincangan sehari dgn Al Gore, Mitch Kapor, Jonathan Nash – mengenai pembangunan mampan dan beretika, pendidikan bermutu", kata Anwar dalam twitternya 11 jam yang lalu. Al Gore melalui partinya, Demokrat terpaksa berundur dari politik setelah tewas kepada parti Republikan pimpinan George W. Bush pada tahun 2000. Walaupun beliau pernah dicalonkan untuk jawatan Presiden dalam pemilihan jawatan itu pada tahun 2004, namun beliau mengumumkan untuk menarik diri dan dalam masa sama membuka sebuah syarikat di London. Al Gore merupakan pengkritik utama polisi-polisi Presiden Bush termasuklah dalam soal hak sama rata perkahwinan sesama jenis (same-sex marriage). Dalam program televisyen internet miliknya, Current TV, Al Gore mengkritik polisi Bush yang menentang perkahwinan sesama jenis itu. "Saya fikir lelaki gay dan wanita (lesbian) harus mempunyai hak yang sama sepertimana lelaki dan wanita heteroseksual dalam kontrak mereka, (mendapat) hak untuk melawat hospital, dan bersama-sama dalam perkahwinan", kata Al Gore Berdasarkan kritikan-kritikan keras Al Gore itu kepada polisi Republikan, maka tidak hairan jika beliau mula membuka operasi di luar negara. Ramai pemerhati politik AS berpendapat langkah Al Gore membuka Generation Investment Management (GIM) di London pada tahun 2004 sebagai usaha untuk 'melarikan aset/wang' miliknya ke luar negara supaya tidak menjadi sasaran kumpulan musuh politiknya, Republikan. sambung baca SINI. Patut la Anwar suka sangat kawan dengan Al Gore ni, ada kaitan rupanya. he he.. McTheory: Anwar, hai Anwar, bila la ko nak berubah! |
Tiket Final Mahal!! Berlagaknya FAM, Kena HACK! Ambik ko habuan!! Posted: 27 Oct 2011 09:08 PM PDT Mutu bola sepak baru naik sikit. Pasukan negara baru dua tapak naik ranking, tapi cara FAM berlagak serupa pasukan Malaysia dah masuk Piala Dunia. Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak daripada keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar. "Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain," katanya ketika dihubungi. Tempat duduk stadium kan ada beberapa peringkat. Ada grandstand, ada biasa, ada sipi-sipi. Kan boleh tetapkan harga tiket yang berasingan. Jangan paksa orang beli rm50 semua. Ini jenis manusia tak fikir orang lain. Baru pegang persatuan bola sepak dah berlagak semacam. Jawapan yang diberikan pun tak mesra rakyat langsung. Padan dengan muka bila laman web FAM kena GODAM (www.fam.org.my).. he he.. Walaupun Mc tak sokong pasukan N. Sembilan atau Terengganu, tetapi cara FAM menjawab harga tiket tu, bagi Mc serupa takdak adab. Perlu fikir perasaan penyokong sama, bukan semua kaya macam ko tu wahai Azzuddin! |
TUDIAA!! Apa Tujuan Hudud Pas Sebenarnya?? Posted: 27 Oct 2011 06:08 PM PDT Di bawah ini dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS. Hudud PAS bukan untuk menegakkan Islam. Hudud PAS hanya untuk membeli undi untuk PRU13. Terima kasih buat Datuk Zulkifli Nordin di atas pendedahan ini. Kalau mata hati tak celik lagi, tak tahulah. Maklumat ini Mc ambil dari blog CTS. Sememangnya hudud Pas ni hanya untuk menagih sokongan umat Melayu Islam, terutamanya di Kelantan. Mereka tahu, bahawa hudud masih tidak dapat di laksanakan sekarang (kerana masih ada faktor yang tidak mengizinkan). Sebab itu mereka sengaja, war-warkan isu ini, dengan harapan dapat menyalahkan UMNO/BN (kerajaan pusat) sebagai penghalang mereka kononnya mahu membuat hukum hudud di Kelantan. Hakikat sebenarnya, Pas takkan dapat melaksanakan hudud selagi mereka bekerjasama dengan Dap. Jikalau Pas laksanakan hudud, Pakatan Rakyat akan berpecah, seperti mana BA (Barisan Alternatif) dahulunya. Nampak sangat Pas lebih pentingkan persahabatan politik, kuasa politik dari melaksanakan hukum Allah. Apa kiblat Pas yang sebenar? Islam atau Dap? Tepuk dada, tanya Iman. McTheory: Khalifah Umar Abdul Guan Eng.. tu yang mereka sanjung.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment